Part 77 - Perjanjian
Kereta yang dipandu memasuki perkarangan rumah. Dari dalam kereta dia melihat Andry Zuhairie Risley sedang mendukung Zaura melihat bulan. Dah buang tebiat apa mamat ni. Tak pernah pernah nak tengok bulan. Siap dengan Zaura lagi.
Randy membelek wajahnya di cermin. Mahu memastikan semua berada dalam keadaan normal. Kesan darah di bibir dilap. Bukannya Zuhairie tak tahu tentang kegiatannya selama ini. Cuma, lelaki itu cukup pantang dia berkelakuan seperti itu. Andai lelaki itu ingat semula nanti, mampukah dia diterima seperti ini.
Randy melangkah keluar dari kereta. Pintu ditutup lalu dikunci.
"Lambat balik. Cari mangsa lagi ke?" Tegur Zuhairie sambil melihat Randy melangkah mendekatinya. Zaura dalam dukungan dipeluk erat.
"Seorang je malam ni. Mangsa tak banyak" jawab Randy selamba. Sudah biasa disoal seperti itu. Jaket kulit yang dipakai ditanggalkan dari tubuh.
"Sudah- sudah la buat kerja tu. Bukannya ada faedah pun" Zuhairie menjeling seketika.
Suasana hening seketika. Randy hilang jawapan. Memang susah nak berhenti ! Apatah lagi hampir setiap malam dia mencari mangsa. Sudah terbiasa dengan rutin pada malam hari.
Kedengaran rengekan Zaura yang mahu didukung oleh Randy. Tangan digawang ke hadapan. Rapat sungguh dia dengan lelaki itu. Asal nampak Randy mesti mintak dukung. Apa yang dia suka sangat dengan Randy ni pun tak tahu la.
Randy tersenyum lantas mengambil Zaura. Pipi bayi itu dicium bertalu-talu. Soalan Zuhairie dibiarkan seketika.
"Aku akan cari yang betul-betul kena dengan tekak aku. Baru aku berhenti" Randy menjawab dengan tenang. Dan dia sudah jumpa orang yang dimaksudkan itu.
"Macam mana lagi yang kau nak. Dalam banyak-banyak yang kau pernah rasa tu tak kan satu pun tak sesuai dengan tekak kau"
Randy tersenyum seketika. Wanita yang dia lihat tadi bermain di fikiran.
"Aku nak yang manis, yang mampu buat aku termimpi setiap malam. Cuma aku belum jumpa je" jawab Randy satu persatu. Zaura dalam dukungan asyik bergerak-gerak membuatkan dia perlu berhati-hati.
"Kau tu lain la. Dah ada depan mata tak reti nak terkam" kini giliran Zuhairie pula dituju. Jelas riak wajah Zuhairie berubah. Kenapa aku juga yang kena?
"Perempuan tu?" Zuhairie buat buat tak faham.
"Ye la.. bini kau" Randy menjulingkan mata ke atas. Ada perempuan lain ke dalam rumah tu selain Ain Amani.
Zuhairie menggeleng laju.
"Aku kenal dia pun tak. Tiba-tiba nak rasa darah dia. Entah-entah pahit jer rasa" dia ketawa sinis. Apa yang kelakar dia sendiri pun tak tahu.
Randy ikut sama tersenyum sinis. Dia pandang ke atas. Ya, dia dapat rasa kehadiran seseorang. Tepat rekaannya, dia ternampak kelibat Ain sedang memerhati dari jauh. Semakin lebar senyuman sinis di bibir. Takut sangat aku apa-apakan anak dia. Huh!
"Dah la. Ambik balik Zaura. Aku nak masuk dalam mandi. Kau tu jangan berlama sangat kat luar. Zaura ni kecil lagi, tak tahan sejuk. Demam karang aku juga yang susah" Zaura diberikan semula kepada Zuhairie. Randy membetulkan rambut yang serabut akibat tarikan Zaura tadi. Boleh tahan lasak jugak budak ni !
Randy terus meninggalkan dua beranak itu lalu melangkah masuk ke dalam rumah.
•••••
Ain Amani melangkah ke katil selepas menidurkan Zaura. Tengok bulan sampai terlelap dalam dukungan Zuhairie. Seronok sangat kena dukung dengan papa dia.
Cakap pasal papa si Zaura ni, entah ke mana Zuhairie menghilang. Sejak tadi lagi dia tak nampak kelibat lelaki itu.
Ain mengerling jam yang tergantung pada dinding. Jam sudah menginjak ke angka 1 pagi. Ke mana suaminya pergi?
Bunyi pintu dikuak membuatkan Ain lantas mengalih memandang pintu bilik. Senyuman manis terukir di bibir apabila melihat bayangan dingin Zuhairie melangkah mendekatinya.
"Abang pergi mana tadi? Puas Ain cari tau" Ain berwajah ceria. Rasa rindu menggunung terhadap Zuhairie yang dulu. Bila lelaki itu akan sembuh?
Tindakan Ain terhenti seketika. Hilang senyuman di bibir. Perasaan cerianya berganti dengan rasa risau. Zuhairie masih diam. Berdiri kaku di hadapan Ain Amani.
"Abang? Abang okay? Kenapa calar balar kat tangan ni?" Tangan berdarah Zuhairie dicapai dan dibelek. Boleh tahan teruk juga luka ni. Tak lain tak bukan pergi redah hutan la ni. Entah apa yang suaminya buat dalam hutan tu.
Sedang ralit dia membelek, tiba tiba pergelangan tangannya direntap dengan kuat. Ain tersentak. Pantas dia mendongak memandang Zuhairie di hadapan. Mata lelaki itu hitam pekat. Merenung tajam ke arahnya.
Jantung Ain berdegup kencang. Apa yang terjadi pada Zuhairie sebenarnya? Seperti --
"I need your blood !" Keras nada suaranya. Betul ke ni Zuhairie? Atau 'benda' lain yang memasuki badan lelaki itu.
Belum sempat dia membalas, pergelangan tangannya digigit kuat. Darah yang keluar dihisap rakus oleh Zuhairie. Sakit ! Ya memang sakit. Namun, sakit lagi hatinya yang dilayan tak ubah seperti barang.
Zuhairie sudah hilang akal. Langsung tidak diendahkan tubuh Ain yang semakin lemah tak bermaya. Darah manis Ain dihisap hingga dia puas. Mata Ain perlahan-lahan tertutup. Gelap dan akhirnya kelam.
•••••
Ain menuruni tangga satu persatu. Tubuhnya yang lemah membuatkan dia perlu berhati-hati. Kepala juga terasa pening dan sakit. Ikutkan hati mahu saja dia berehat di bilik dan sambung tidur. Namun, digagahi juga kerana Zaura tidak henti menangis kerana mahukan susu.
Pagi tadi, sedar saja dari tidur pergelangan tangannya amat sakit. Dan darah bertompok merata di atas katil. Pergelangan tangan dirasakan seperti mahu patah. Pedih tak terkata apatah lagi apabila terkena air. Dia mahu balut luka itu tetapi kotak first aid hanya berada dalam bilik rahsia Zuhairie di bawah tanah. Jadi, terpaksalah dia turun ke bawah untuk mengambilnya.
Zuhairie pula menghilang entah ke mana. Perangai Zuhairie semakin hari semakin aneh. Mungkin kesan darah vampire yang mengalir dalam badan lelaki itu.
Sampai saja di dapur, dia terus mengeluarkan susu dari dalam peti ais. Bekalan susu yang dibuat memudahkan kerjanya. Tak perlu lagi dia bersusah untuk menyelak sana sini. Bawa sahaja bekalan itu ke mana sahaja.
Derapan kaki dari arah belakang tidak diendahkan. Biarlah siapa pun yang turun. Yang penting dia mahu cepat naik ke atas. Menyusukan Zaura dan berehat sepuasnya.
"Lambat kau bangun pagi ni? Kena buli ke malam tadi?" Kedengaran suara sinis di belakangnya. Bukan suara Zuhairie ! Siapa lagi kalau bukan si Randy. Kalau tak buat aku sakit hati, tak sah. Sejak bila ntah si Randy berdiri di situ.
Ain memandang ke belakang. Terpampang wajah kacak Randy yang sedang memeluk tubuh sambil bersandar pada pintu dapur. Lelaki itu merenung tajam ke arahnya. Apa dia ingat elok buat macam tu? Suami aku handsome lagi la, huh !
Dia langsung tidak menghiraukan kata-kata Randy. Pintu peti ais terus ditutup dengan kasar. Kaki melangkah mahu melintasi Randy untuk ke bilik. Tetapi, pantas dihalang oleh Randy. Dia mendengus kuat. Aku tumbuk jugak kang mamat ni ! Nasib tangan ni sakit je.
"Kenapa dengan tangan kau tu? Kena gigit nyamuk ke malam tadi?" Kata Randy lebih kepada menyindir. Bekas gigitan yang agak teruk ditangan Ain dipandang sekilas. Makan besar nampaknya Zuhairie malam tadi.
Ain cuba menyembunyikan tangannya ke belakang. Namun, Randy sempat menangkap dengan laju. Menyeringai kesakitan gadis itu dibuatnya. Nasib baik berlapik dengan baju lengan panjang. Kalau tak memang dia lesing kepala mamat vampire sekor ni.
Dahi Ain berkerut sedikit. Dah la sakit kena gigit, ditambah lagi sakit kena cengkam. Aduhai ! Malangnya nasib si Ain Amani.
"Alolo kesiannya... Sakit?" Ejek Randy seraya ketawa kecil. Siap dengan mimik muka lagi. Makin membara la jiwa dan raga Ain Amani. Lekat jugak buku lima kat muka mat saleh ni kang.
Ain segera merentap kembali tangannya. Kalau Zuhairie nampak tak ke naya. Mampus dia nak jawab. Mahu mati dia kena cincang dek lelaki itu. Walaupun dia tahu Zuhairie langsung tak kisah dan tak mahu ambil peduli. Lantas jelingan maut dihadiahkan khas buat Randy.
"Itulah... Aku nak tolong, kau sombong ! Tengok apa dah jadi. Jangan satu hari anak kau tu pulak yang jadi mangsa Zuhairie" ujar Randy bersahaja. Dia sengaja menambahkan lagi rasa sakit hati Ain Amani.
Ain terpana. Lantas memandang Randy bersama api yang membara di mata. Dia pantang kalau sesiapa main-main dengan Zaura. Jangan harap sesiapa pun dapat sakiti Zaura.
"Aku boleh tolong kau sembuhkan Zuhairie. Tapi, dengan satu syarat" sebelah kening dinaikkan. Menunggu jawapan Ain tentang tawarannya. Satu langkah mengorak ke depan. Mendekati Ain Amani.
"Kau jangan main-main Randy !" Balas Ain dengan suara yang agak kuat.
"Aku serius. Aku tolong kau dan kau tolong aku. Deal?"
Ain tidak mengangguk mahupun menggeleng. Diam terkaku di tempat dia berdiri. Hanya memandang ke dalam anak mata milik Randy. Cuba mencari keikhlasan di situ.
"Aku nak... kau-- "
Dari jauh qda seseorang memerhatikan mereka berdua. Andry Zuhairie Risley mengetap bibir. Adegan yang bermain di depan mata membuatkan hatinya membara tiba-tiba. Bukan main mesra lagi. Depan aku bukan main kata sayang, cinta... Tapi, belakang? Siap sentuh-sentuh dengan lelaki lain.
Kau tunggu Ain ! Aku akan buat kau terikat dengan aku. Rindu aku kan?! Aku akan biarkan kau lepas kerinduan kau tu sepuas-puasnya. Malam ni !
Zuhairie berlalu dari situ. Menuju ke bilik bawah tanah untuk melepaskan kemarahannya.
•••••
How gais?
Syarat apa pulak si Randy tu mintak?
Dia nak dapatkan Ain ke?
Apa pulak Zuhairie nak buat pada Ain waktu malam tu?
Haishhh seram !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro