Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 76 - Mangsa seterusnya

Andry Zuhairie Risley menyelak helaian seterusnya majalah MASKULIN yang dibaca. Zaura yang sedang berada di atas katil tidak dihiraukan. Tadi, Ain ada meminta dia untuk menjaga Zaura sementara menunggu untuk mengemas rumah dan memasak. Tapi, benda lain dia lakukan. Langsung tidak mengambil peduli tentang bayi tersebut.

Kira bersyukur la aku sanggup tengok-tengokkan budak ni. Kang aku keluar, tinggai budak ni sorang baru kau tau

Zuhairie menyilangkan kaki di atas kerusi di tepi katil. Gaya seperti seorang bos. Sesekali dijeling tajam Zaura yang sedang merangkak di atas katil. Erghh! Budak ni memang tak reti duk diam ke? Jatuh katil tu baru padan muka kau.

Entah mengapa majalah yang memaparkan wajah wajah lelaki berjaya langsung tidak menarik minatnya. Tumpuannya kini hanya pada Zaura yang berada di hujung katil. Katil itu pun boleh tahan tinggi. Kalau jatuh mau pecah kepala budak tu. Hishh kau ! Tinggi sangat imaginasi kau ni Zuhairie!

Zaura makin hampir di hujung katil. Zuhairie masih lagi melihat. Tidak langsung terdetik mahu mengambil Zaura. Aduh ! Bapak siapa la ni !

Zaura bagaikan mahu jatuh. Badannya terumbang ambing. Dan tiba -tiba ---

Zuhairie tergamam. Tanpa menunggu lama, majalah di tangan terus dilempar entah ke mana. Di fikirannya kini hanya mahu menyelamatkan Zaura yang menunggu saat terhempas ke lantai.

Dapat !!

Zuhairie duduk di birai katil. Manakala Zaura di ribaannya. Kepala Zaura yang terhantuk sedikit diusap dan ditiup lembut. Dia pelik. Aik ! Budak ni tak reti nak menangis ke? Tak sakit ke? Atau jenis kepala batu macam mak dia?

Zuhairie memerhatikan Zaura. Tangan tidak berhenti mengusap kepala kecil itu. Manakala sebelah lagi memegang tubuh Zaura agar tidak jatuh. Comel pulak budak ni. Geramm je aku tengok. Pipi tu aku gigit jugak kang ! Bisik hati kecilnya.

Zuhairie makin selesa. Kadang kala dia bercakap dengan anaknya. Dicium perut Zaura berkali-kali sehingga bayi itu ketawa kegelian. Tanpa sedar, dia turut sama ketawa. Hilang terus mood untuk membaca majalah tadi. Kini, dia lebih tertarik mahu bermain bersama Zaura.

"Aisha Zaura Rislea... Aucakk !" Zuhairie memanggil nama penuh anaknya. Ingat pulak kau dengan nama budak ni. Nama lebih kurang macam aku jer.

Makin kuat tawa Zaura. Ni kalau Andrea tengok mau kena bahan setahun. Muka dah macam beruk semata-mata mahu buat Zaura ketawa.

Ketawa Zaura kedengaran di segenap ruang bilik. Sampai ke bawah Ain boleh dengar. Ain tersenyum kecil. Mungkin Zuhairue dah boleh terima Zaura dalam hidupnya.

Zaura kelihatan selesa bersamanya. Tanpa sedar, dia tersenyum kecil melihat telatah Zaura. Tak sia-sia dia suruh Zuhairie jaga tadi.

•••••

Bunyi derapan langkah seseorang jelas kedengaran di lorong gelap itu. Hoodie hitam yang dipakai menutup hampir separuh wajahnya. Kedua belah tangannya dimasukkan dalam poket hoodie.

Kesan darah di bibir dan anak mata hitam penuh pada mata jelas menunjukkan dia baru selesai melakukan 'kerja'. Sudah banyak perempuan menjadi mangsanya dan ditinggalkan begitu sahaja tanpa nyawa. Bukan dia yang minta, bukan juga dia yang paksa. Tetapi, mereka itu sendiri datang menawarkan diri.

Kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Badan disembunyikan di sebalik dinding batu bangunan lama. Bayang wanita bertudung tidak jauh dari tempat dia berdiri berjaya menghasilkan satu perasaan yang tidak pernah dia rasai. Dia hanya memerhati setiap gerak geri seorang wanita yang sedang memasukkan barang dalam kereta.

Bauan ini ! Dia kenal dengan bau wanita itu.

Pandangannya terarah pula pada seorang lelaki yang datang menyapa wanita kesayangannya. Gayanya seperti seorang ustaz. Dengan songkok dan jubah putih, mudah untuk dia menilai perwatakan lelaki itu.

Arghh ! Semua tu tak penting. Persoalannya sekarang, siapa dia tu?!

Senyuman dan gelak tawa halus menunjukkan wanita itu selesa bersama dengan ustaz tadi. Ini tak boleh jadi !

Sudah lama dia perhatikan wanita itu. Hatinya meronta-ronta untuk memiliki segenap hati itu. Ya ! Dia mahu wanita itu jadi miliknya. Hanya dia seorang ! Tiada yang lain !

Aku akan pastikan kau juga ada perasaan yang sama macam aku. Tiada siapa yang boleh jadi penghalang antara kita.

Sayang.....

•••••

Kereta mula bergerak perlahan meninggalkan perkarangan pasaraya TESCO tersebut. Barangan keperluan yang kurang di rumah memaksanya untuk membeli malam ini juga. Bukannya tak boleh beli esok, tapi dia sibuk dengan mesyuarat memandangnya sekolah akan mengadakan hari kantin. Jadi, dia sebagai guru di situ perlu menguruskan banyak benda berkaitan dengan hadiah.

Penat tu memang penat. Nak buat macam mana, dah itu tugas dan tanggungjawabnya. Macam mana pun kena buat juga la.

Faa berhati-hati memandu memandangkan hari sudah gelap. Sudah la dia jarang memandu waktu malam. Jam di dashboard yang menunjukkan pukul 9.45 malam dikerling sekilas. Nasib baik dia sempat solat isyak di rumah tadi. Kalau jadi apa-apa, tak adalah terkejar nak pulang.

Ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan melalui CD didengarkan di segenap ruang dalam kereta tersebut. Sesekali bibir Faa terikut baca ayat itu sekali. Ini kerana hampir 30 juzuk sudah berada dalam dadanya.

Sedang dia ralit memandu, tiba-tiba dia perasan ada kereta sedang mengekori dari belakang. BMW.... kalau van putih mungkin dia rasa takut sebab biasanya orang culik guna van. Hrmm tak tahu la taktik baru penculik zaman kini guna kereta mewah. Nasib jalan malam ni tak berapa sunyi. Ada juga la bantuan kalau terjadi apa-apa nanti.

'Biarlah dia... Bukan dia kacau aku pun. Mungkin jalan ke rumah dia sehaluan. Atau mungkin jiran baru aku. Boleh la juga aku bertegur sapa'  Faa cuba menyedapkan hati.

Lampu isyarat yang bertukar merah memaksa Faa untuk berhentikan kereta. Kereta BMW tadi berada di belakang keretanya. Dia pandang cermin atas. Dan pada masa yang sama orang tersebut turut memandangnya.

Zuppp !

Pandangan tajam yang dia lihat melalui pantulan cermin atas membuatkan Faa terkedu. Lampu belakang keretanya yang menyimbah ke arah BMW tersebut membolehkan dia melihat manusia dia dalam kereta itu. Bulu roma tiba-tiba naik. Angin dingin dan seram menyelubungi dirinya.

Apa yang dia nampak ialah sepasang mata yang memerhati dengan tajam. Cepat-cepat dia alihkan pandangan, memandang lurus ke jalan raya.  Air liur ditelan kesat. Jari jemari terketar-ketar menggenggam erat stereng kereta.

Dalam fikirannya sekarang ialah mahu lari sejauh mungkin dari kereta itu. Macam mana kalau dia ikut balik rumah? YaAllah ! Jauhilah aku dari manusia tersebut. Aamiin !

Berdebar jantung Faa menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Bersedia untuk memecut kereta selaju yang boleh. Sekali-sekala dia memandang pantulan cermin. Masih sama seperti tadi. Langsung tidak berubah.

Lampu isyarat bertukar hijau. Tanpa menunggu lama, pedal dipijak rapat sehingga mendorong tubuhnya ke belakang. Terdengar seretan tayar bergesel dengan jalan tar. Fokusnya kini ialah jalan pulang ke rumah. Gelabah punya pasal sampai lupa jalan balik. Berpeluh dahinya walaupun aircond terpasang sejak tadi.

Faa pandang belakang. Kereta tadi sudah hilang. Mungkin dia lalu jalan lain dan bukan seorang penculik seperti yang bermain di fikirannya tadi.

Apa la kau ni Faa ! Buat teruk je la. Padahal bukan ada apa pun. Lain kali jangan perasan sangat. Tak pasal-pasal jatuh fitnah.

Kelajuan kereta kembali normal. Tidak laju seperti tadi. Kini, dia dapat menarik nafas lega. Bersyukur kerana Allah melindungi dirinya dari ancaman bahaya.

"Kali ni aku lepaskan kau, sayang. Tapi, lain kali no chance for you to run away from me" bisiknya perlahan. Keretanya diberhentikan di tepi jalan. Sebenarnya dia boleh je kejar, tetapi melihat masanya sudah suntuk, jadi lebih baik dia pulang ke rumah.

•••••

Hai gais....... Amacam part kali ni? Best ke tidok? Siapa pulak yang jadi pemangsa tu? Faa pulak yang jadi target seterusnya. Takkan Zuhairie kut.
Korang rasa siapa?

Ok...sis rasa lepas ni sis akan jarang update dh. Maybe dua bulan sekali or sebulan sekali. Sebab nak fokus untuk pelajaran dan exam. So... Jangan la marah sis kenapa tak update lagi.

Yeah ! So sorry kalau buat korang semua tertunggu tunggu. Nak menaip satu part pun mengambil masa 2-3 hari nak siapkan. Memang lambat ! Tambah² kalau internet slow mcm siput BABI ! Mood nak menaip dari ada sikit terus hilang lesap.

Yeee, sis tahu cerita DIA VAMPIRE ni best
(*done puji diri sendiri)
Tapi, tu la... Yang menaip ni juga yang jenuh nak mikir ayatnya. Sis tak marah tapi sis happyyyyyyyyyyyy sangat. Komen la banyak² lagi .. positive saja ok !

Ok syg... Jangan kecam sis tau. Sis syg korang yang selalu support cerita ni. Syg korang ! Muah siked.

Ha.... Kpada yang tak follow sis lagi.. boleh follow sekarang. Thanks sudi support !

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro