Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 74 - Ain yang dulu

Aniq Wafri memandang wajah keruh adiknya. Sugul wajah itu tanpa secalit keceriaan. Berlainan sungguh dengan dulu, yang selalu tersenyum dan menggembirakan hatinya.

Semuanya telah diceritakan oleh Ain Amani sebentar tadi. Tak sangka begitu teruk penyakit hilang ingatan yang dialami Zuhairie. Hingga tak ingat dengan anak dan bini sendiri.

"Adik kena faham Zuhairie. Dia belum sembuh lagi kan. Bagi dia sikit lagi masa" ujar Aniq lembut, cuba memujuk hati adiknya.

"Tapi sampai bila Ain sorang je kena sabar? Dia tak ingat langsung siapa Zaura. And then dia tak mengaku Zaura anak dia. Siap tuduh tu anak Ain dengan lelaki lain" Ain menahan sebak. Terlalu berat dugaan yang dia tanggung sekarang ini.

Aniq Wafri terdiam sebentar. Tak pulak dia terfikir sampai tahap begitu sekali. Terbit sekelumit rasa kesal dengan perubahan sikap adik iparnya.

'Zuhairie, kau dah buat adik aku terluka' bisik hatinya.

Dia hanya membiarkan Ain melayani perasaan. Diam tanpa bicara. Sekali-sekala terdengar rengekan manja Zaura di pangkuannya.

Namun, untuk seketika senyuman menghiasi bibir merah Aniq Wafri. Merah sebab dia bukan manusia penghisap rokok.

"Adik.. pernah terfikir tak kenapa Allah turunkan ujian seberat ni pada adik? Kenapa bukan orang lain? Dalam banyak-banyak orang, kenapa Allah pilih adik untuk tempuhi ujian ni?" Kata Aniq tiba-tiba.

Sebagai abang, dia perlu beri nasihat untuk selesaikan masalah ini. Bukan menambahkan lagi beban buat Ain Amani.

Ain mengangkat wajah. Memandang tepat ke dalam anak mata abang kandungnya. Dia tak dapat tafsir senyuman yang terukir pada wajah itu. Abang aku ni gembira ke tengok aku derita?

Persoalan Aniq Wafri bermain di minda. Pernah juga dia terfikir sebegitu. Allah terlalu banyak memberi ujian kepadanya. Dari satu perkara ke satu perkara. Tak pernah selesai. Seperti masalah tersebut tiada jalan penghujung.

"Kalau dulu masa Zuhairie hilang, adik sanggup tunggu kepulangan dia walaupun kita tak tahu sama ada dia masih hidup atau dah mati. Sekarang ni Zuhairie dah ada depan mata, kenapa adik tak boleh tunggu sampai dia betul- betul sembuh?" sambung Aniq lagi. Dia mahu Ain sedar bahawa Allah tak akan uji melainkan hambaNya betul-betul bersedia.

"Abang nak adik yang dulu. Yang ceria, selalu senyum. Gunakan Ain yang dulu tu untuk kembalikan Zuhairie yang dulu. Ketepikan rasa marah, sakit hati dan sedih tu. Banyak bersabar dan jangan lupa berdoa. Abang yakin Allah akan hadiahkan sesuatu yang besar atas kesabaran adik selama ni"

Ain rasa mahu menangis. Air mata sudah bertakung. Perlahan-lahan jatuh membasahi pipi. Dia akan pastikan ini kali terakhir dia menangis. Ya, dia perlu kuat. Kuat menempuhi cabaran dalam hidup.

Terhinjut bahunya melepaskan tangisan. Dia perlukan bahu seseorang sekarang ni. Tanpa menunggu lama, bahu si abang menjadi sasaran. Tangisan dihamburkan sepuasnya di bahu Aniq Wafri. Zaura terkebil-kebil memandang. Tak memahami situasi yang berlaku.

Nasiblah si abang ada untuk menenangkan dirinya. Andrea kini berada di luar negara menguruskan hal syarikat. Faa pula sibuk dengan urusan sekolah. Dia perlukan mereka berdua sekarang ini.

"Abang tahu adik abang ni kuat. Jadikan Zaura sebagai pembakar semangat untuk pulihkan Zuhairie kembali"

Aniq Wafri mengusap lembut kepala adiknya. Manja Ain Amani tak akan pernah hilang, dari dulu sampai sekarang. Sebenarnya, jarang dia nak bersweet macam ni. Kalau tak asyik nak cari pasal aje.

•••••

Andry Zuhairie Risley memasuki biliknya. Opss .. biliknya dan si perempuan tu. Sepanjang hari ini, dia masih belum lihat kelibat Ain Amani. Ke mana gadis itu menghilang dia sendiri tak tahu. Huh, kata aku ni suami dia, tapi pergi mana pun tak bagitahu. Kalau dia bagitahu pun, kisah apa aku. Bukan penting pun !

Baru dia menapak masuk, dia terpandang Ain yang sedang meletakkan Zaura dalam katil bayi. Aduhh terserempak dengan perempuan ni pulak. Ingatkan lesap terus dari rumah ni.

Kaki berkira-kira mahu keluar semula dari bilik itu. Rasa bahang pula tiba-tiba apabila dekat dengan gadis itu.

"Abang kejap !"

Pergerakan Zuhairie terhenti. Mata dijulingkan ke atas sambil menggigit bibir. Jantungnya jadi tak keruan. Tak tahu mengapa. Eh eh jantung ni, apahal kau ! Jangan nak malukan tuan sendiri la.

Zuhairie cuba mengabaikan panggilan itu. Kaki terus melangkah menjauhi Ain Amani. Belum sempat dia mahu menarik tombol pintu, terasa ada sesuatu menarik pergelangan tangannya dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan minah tu.

Ain cuba menghadapkan tubuh Zuhairie ke arahnya. Namun, Zuhairie mengeraskan badan. Degil betul suami aku ni. Gigit kang baru tau !

Ain mengalihkan tempat -- berdiri di hadapan suaminya. Biar dia sendiri yang mulakan langkah.

"Abang... Ain nak minta maaf pasal semalam. Ain tak sengaja nak tinggikan suara pada abang" ujar Ain Amani ikhlas. Kepala didongak memandang mata tajam Zuhairie.

Zuhairie cuba melarikan pandangan. Cantik pula gadis itu pada pandangan matanya. Dengan rambut dilepas bebas, menarik matanya untuk terus menatap. Tapi, ego menghalang. Takut kantoi pula dengan si empunya diri.

Matanya terhenti pada sesuatu menyinar yang tergantung di leher Ain Amani. Kata-kata Ain tadi tidak meresap masuk ke otak. Sebaliknya benda itu menariknya untuk mendekati.

"Mana kau dapat rantai tu?" Suara Zuhairie bertukar keras. Rantai yang dia cari selama ini. Rupa-rupanya ada pada gadis itu.

Tangannya menyentuh rantai itu perlahan. Wajah menunduk merapati tubuh isterinya Tanpa dia sedar, jarak wajah antara dia dan Ain hanya tinggal beberapa inci sahaja.

"Rantai ni Ain jumpa di bilik bawah. Abang ingat lagi tak, abang suruh Ain pakai untuk lindungi diri Ain. Lindungi dari kejahatan yang cuba hapuskan keturunan Richard Risley" Ain tersenyum manis. Berharap sangat agar Zuhairie ingat tentang kenangan itu.

Namun, senyumannya terus mati selepas melihat mata Zuhairie berubah menjadi merah saga.

"Bagi balik rantai tu ! Kau tak layak untuk pakai rantai kesayangan ibu aku !" Jerkah Zuhairie tiba-tiba. Darah vampirenya tiba-tiba menggelegak. Seakan ada satu daya yang memaksanya untuk mendapatkan rantai itu semula.

"No !! Ain dah janji tak akan tanggalkan rantai ni walau apa pun terjadi" sungguh Ain terkejut. Kaki melangkah setapak ke belakang. Menghalang Zuhairie daripada mendapatkan rantai itu. Emosi Zuhairie sangat mudah berubah sejak darah vampire itu memasuki saluran darah lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, Zuhairie terus merentap rantai dari leher Ain Amani sehingga tubuh isterinya terdorong ke depan. Langsung tidak dipedulikan tentang keadaan Ain Amani yang nyaris jatuh tersembam.

"Jangan berani sentuh rantai ni lagi !" Zuhairie memberi amaran sambil merenung tajam wajah Ain Amani. Rantai tersebut digenggam erat.

Tiba-tiba matanya terpaku pada parut yang agak dalam di pangkal leher Ain Amani. Kenapa ada parut kat leher perempuan ni. Parut seperti gigitan vampire. Parut seakan dua lubang yang bersebelahan.

Zapppp !!

Zuhairie bagaikan terkena renjatan elektrik. Sakit kepala mula menyerang. Satu peristiwa yang kabur cuba memasuki ingatan. Namun, tidak berjaya. Seperti tayangan filem lama yang rosak. Terlalu cepat hingga dia tidak menangkap maksud di sebalik ingatan itu.

Tangan mencengkam rambutnya kuat. Tak !!! Dia tak berjaya ! Ingatan tu.... tolonglah datang semula.

Betul ke dia hilang ingatan? Atau hanya muslihat dan tipu helah Ain Amani untuk memerangkap dirinya.

Ain memegang erat tubuh Zuhairie -- apabila melihat lelaki itu seakan mahu rebah. Dia tidak mahu memaksa untuk Zuhairie ingat semula. Biarlah masa yang menentukan segalanya.

Baru dia sedar, sakit kepala akan menyerang suaminya jika kisah tentang masa lampau dibangkitkan. Dia tahu ingatan Zuhairie akan pulih bila-bila masa sahaja. Jadi, dia tidak akan berputus asa untuk menyembuhkan Zuhairie

•••••

Bilik pejabat itu kelihatan suram. Semua tirai di ditutup, menghalang cahaya mentari dari menerobos masuk. Hanya lampu meja sahaja menyinari ruang pejabat itu. Sebab itu pekerjanya takut bertemu dengannya. Pelbagai desas sesus yang diperkatakan oleh mereke setelah tahu bos mereka ialah seorang vampire.

Sejak peristiwa semalam, Ain sedaya upaya untuk bercakap dengannya. Walaupun dia sendiri tahu, hati gadis itu terluka dengan perbuatan kasarnya.

Matanya masih terpaku pada Ain yang sedang bermain dengan Zaura di sofa sudut bilik. Mengada pulak minah sekor ni nak ikut. Menyibuk aje kerja dia.

Kalau sehari tak buat aku menyampah tak boleh ke? Kalau tak disebabkan Andrea, dah lama dia halau perempuan tu keluar dari rumah. Tak ada faedahnya nak simpan perempuan yang dia langsung tak kenal.

Katanya nak pulihkan ingatan aku di pejabat. Belajar mana tah kalau nak pulihkan ingatan ke pejabat. Nak pulihkan ingatan kena ke hospital la !

Sedang Zuhairie fokus melakukan kerja, tiba-tiba tangisan Zaura yang bergema di setiap pelusuk bilik mengganggu kontrensasi perbincangannya bersama seorang pekerja.

Ain makin resah. Tangisan Zaura semakin lama semakin kuat membingitkan suasana. Dia lupa membawa bekalan susu Zaura. Nak tak nak, dia perlu menyusukan Zaura di situ. Tetapi, masalahnya sekarang.. ada orang lain dalam bilik itu. Kalau Zuhairie seorang, tak apa la jugak.

Penerangan oleh Yusri di hadapannya seperti tunggul kayu. Fokusnya tidak diberikan pada pekerja itu sebaliknya kepada Ain Amani yang berada tidak jauh di hadapannya. Tak keruan jadinya apabila melihat Ain cuba untuk menyelak baju ke atas.

Perempuan ni tak malu ke? Agak-agak la.. ada orang lain kut dalam ni. Nak tayang, tayang kat aku sorang sudah la.

Isyarat diberikan pada Yusri untuk keluar dari bilik itu. Yusri yang tidak tahu pangkal cerita hanya mengangguk dan terus keluar. Tergendala sebentar perbincangan projek terbaru mereka.

Mata tertumpu pada Zaura yang enak menyusu di ribaan Ain Amani. Diam terus bayi itu setelah dapat apa yang dimahukan. Satu perasaan muncul di sudut hati Zuhairie. Entah mengapa hatinya rasa tenang. Tangan gadis itu menepuk lembut punggung Zaura.

"Kan aku dah cakap tak perlu ikut, kau nak juga. Tengok, aku dah tak boleh buat kerja" dingin suara Zuhairie berkata. Ada saja modal nak cari pasal dengan gadis itu. Dia puas lihat Ain marah, terluka dan sakit hati. Dia suka buat gadis itu derita.

"Ain tak kacau kerja abang pon. Abang sendiri yang suruh pekerja abang keluar" balas Ain selamba. Dia akui memang salahnya, tapi sengaja nak mengusik Zuhairie. Bukan selalu nak kacau dia.

"Aku suruh dia keluar sebab nanti dia akan nampak benda yang tak sepatutnya. Kau suka orang tengok kau dalam keadaan macam tu?" Ketat raut wajah Zuhairie.  Memang suka goda orang lelaki ke? Macam mana kalau Yusri tu tergoda tengok?

"Sweet jugak kan abang ni... Walaupun benci, tapi tetap sayang jugak kat Ain" Ain tersenyum menggoda. Mata mereka saling bertentangan. Terpana sebentar Zuhairie melihat senyuman itu.

"Abang jangan la tengok Zaura menyusu. Malu Ain, tau" ujar Ain sengaja. Dalam hati dia tersenyum. Amboi mata tu sampai tak berkelip tengok orang !

"Eh sejak bila aku tengok kau. Perasan jelah kau ni" Zuhairie terus mengalihkan pandangan, memandang arah lain. Membahang pipinya ketika ini. Terkantoi pulak !

"Ain tak kata pun abang tengok Ain. Ain cakap jangan tengok Zaura menyusu je" Ain semakin giat menyakat. Mencucuk perasaan Zuhairie yang tidak keruan.

"Pandai pulak kau melawan. Aku sumbat pen ni dalam mulut tu baru tau" Zuhairie menjeling tajam Ain yang sedang tersengih.

Kau tunggu la minah ! Suka ehh kenakan aku.

"Dari abang sumbat pen, baik abang sumbat cinta abang dalam hati Ain" Ain ketawa kecil. Langkah pertama untuk mengayat Zuhairie.

"Gedik !" Kata Zuhairie perlahan. Dia meneruskan kerja yang tergendala tadi. Boleh hilang fokus kalau asyik nak pandang gadis itu.

"Gedik dengan abang je"

Sempat dia menangkap butir bicara Ain Amani. Namun, dibiarkan sepi tidak berbalas. Dia balas kang tak siap pulak kerja!

Beberapa minit berlalu, keadaan masih sama -- sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi kertas yang diselak berulang kali. Zaura sudah lama tidur beralaskan tilam kecil di atas sofa.

Sejujurnya, dia tak dapat fokus. Mata asyik nak tengok si isteri yang comel itu. Sesekali dia mengerling gadis itu. Menatap wajah yang sedang tersengguk menahan kantuk. Tak salah kan jatuh cinta dengan isteri sendiri?

•••••







Really sorry sebab lambat update. Bukan tak nak update tapi masa tidak mengizinkan.

Zuhairie dah jatuh cinta?! Betul ke pura-pura?

Kalau nak tahu, ikuti kisah ni sampai habis tau. Masukkan dalam reading list korang.

Muah !

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro