Part 73 - Sakit hati
"Lepaskan saya" rayu Ain Amani untuk sekelian kalinya. Air mata sudah membasahi batal. Sakit dadanya tidak dapat dibendung lagi. Mata ditutup rapat, tidak mahu melihat lelaki kejam itu.
Lelaki itu bagaikan terkedu. Terhenti sebentar perbuatannya.
Cengkaman lelaki itu semakin meregang. Perlahan-lahan tubuh bergerak menjauhi Ain Amani. Entah mengapa, mudah sahaja dia menurut arahan gadis itu.
"Kau cakap aku suami kau. Tapi, bila aku nak jalankan hak aku, kau nangis. Buat macam aku rogol kau. Betul ke aku ni suami kau?" Hilang terus gelora nafsunya tadi.
Suara dingin itu membuatkan Ain pantas membuka mata. Zuhairie!
Dia fikir itu Randy. Kerana suara mereka berdua lebih kurang sama. Nampak sangat dia cepat bersangka buruk terhadap Randy.
"Abang... Ain minta maaf. Ain ingatkan ..." Ain bergerak merapati suaminya. Tetapi, hanya tepisan kasar yang dia terima.
"Tidur la.. aku malas layan kau" Zuhairie segera memanjat katil. Membelakangi tempat tidur gadis yang tidak dia kenali itu. Tangan menekap pada dada. Degupan jantungnya berkelajuan tidak normal. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin tidak biasa tidur sekatil dengan seorang wanita. Risau jika imannya goyah seperti tadi.
"Abang...." Panggil Ain lembut dari arah belakang.
Zuhairie cuba melelapkan mata. Suara itu seakan pernah dia dengar. Seperti sering berlagu di telinganya.
Dia tahu, Ain berbaring menghadap tubuhnya. Entah mengapa rayuan itu terngiang-ngiang di fikiran. Dia dapat rasakan gadis itu mempunyai kaitan dengan sejarah silamnya.
"Mungkin abang dah lupa semua tentang Ain, semua pasal kita. Tapi, cinta Ain tak pernah hilang buat abang. Ain akan buat abang ingat Ain kembali. Sebab Ain sayang, abang. I love you"
Terasa kucupan lembut di belakang tubuhnya. Dia langsung tidak menunjukkan reaksi. Hanya diam membisu membelakangi tubuh isterinya.
'Isteri?'
Hmm .. maybe !
•••••
Ain Amani melangkah berhati-hati ke katil sambil mengendong Zaura. Dia baru sahaja lepas memandikan anak gadis yang seorang itu. Bunyi gelak tawa Zaura bergema di pelusuk bilik. Seronok sangat dapat mandi budak ni. Kalau tak, bukan main liat nak bangun.
Tubuh bayi itu diletak perlahan atas katil. Sekali sekala diagah Zaura sambil memakaikan lampin bayi. Bedak haruman kanak-kanak disapu ke tubuh anaknya. Wangi !
Tangan Zaura digawang ke udara untuk mencapai rantai di leher Ain Amani apabila si ibu menunduk. Kecik- kecik dah pandai nak capai benda mahal ekk..
"Nak rantai umi ke? Zaura kecil lagi mana boleh pakai rantai mahal. Bila Zaura besar nanti, umi bagi pakai okey" ujar Ain lembut sambil tersenyum manis.
Baju bayi warna pink dipakaikan ke tubuh kecil itu. Baju yang dibeli oleh mamanya. Pandai mama pilih.
Tanpa dia sedar, ada susuk tubuh sedang memerhatikannya di sebalik pintu. Tajam pandangannya menikam wajah lembut Ain Amani yang sedang bermain dengan bayi yang dikatakan anaknya.
Kaki melangkah mendekati dua beranak itu. Entah mengapa terdetik rasa damai dalam hati melihat telatah mereka.
Dia berhenti di sebelah Ain Amani. Bayi kecil itu tidak lepas memandang ke arahnya. Eh budak ni, aku tahu la aku handsome.
Haruman dari belakang membuatkan Ain tersenyum dalam hati. Sudah tahu siapa yang berada di sebelah. Siapa lagi kalau bukan si buah hatinya.
"Abang... Tolong tengok-tengokkan anak kita kejap. Ain nak..." dia memandang wajah pucat Zuhairie. Siang pucat, malam terlebih bertenaga.
Kata-kata Ain dipotong pantas.
"Excuse me. Anak kau sorang. Kau entah datang dari mana tiba-tiba mengaku bayi tu anak aku. Entah-entah anak dengan lelaki lain" ujar Zuhairie tanpa perasaan. Pandangan jelik dilemparkan buat gadis itu.
Perkataan yang keluar dari mulut Zuhairie membuatkan dia rasa bagai belati tajam menusuk ke dalam hati.
Sakit !
Pedih !
Hanya Tuhan yang tahu perasaannya ketika ini.
"Abang.... !" Mukanya merah menahan marah. Memandang Zuhairie dengan perasaan yang berkecamuk. Kenapa lelaki ini begitu kejam?
Dia lihat wajah Zuhairie berubah. Biarlah dia nak mengamuk ke apa.
"Ain tahu abang hilang ingatan. But please, jaga kata-kata abang. Kalau tak nak tolong, cakap! Ain boleh uruskan sendiri"
Dia terus mendukung Zaura dan keluar dari bilik itu. Sebak rasa dadanya tatkala ini. Dia mahukan Zuhairie yang dulu. Yang menanti kehadiran Zaura dengan penuh kegembiraan. Bukan yang sekarang !
Zaura yang tidak memahami apa yang berlaku dipandang dengan penuh kasih.
'Sayang... Kuatlah bersama umi'
Zuhairie tergamam seketika. Ayat itu meluncur keluar tanpa dia berfikir.
•••••
Mana Zaura? Mana anaknya?
Ya Allah ! Janganlah apa-apa berlaku pada Zaura.
Dia masih ingat, dia meletakkan Zaura di situ. Di atas tilam kecil hadapan tv. Sementara dia menyiapkan kerja di dapur.
Tak mungkin Zaura bergerak sendiri. Kerana anaknya itu belum pandai merangkak.
Ain semakin cemas. Setiap pelusuk rumah dicarinya.
Tiba-tiba telinganya menangkap satu suara bayi tertawa. Diselangi dengan suara lelaki. Wait !
Terbutang matanya melihat Randy sedang mendukung Zaura di luar rumah. Anaknya itu kelihatan selesa bersama lelaki itu.
Pantas kaki diayun laju. Risau jika Randy melakukan perkara di luar jangkaan. Ya ! Dia tak akan pernah percayakan lelaki itu. Sampai bila- bila!
Dia masih tertanya-tanya, kenapa Randy tidak dihalau keluar dari rumah ini. Kenapa Zuhairie masih mahu membela sepupu syaitannya itu? Semuanya sudah terbongkar, tetapi Randy langsung tiada rasa bersalah. Sudah tiada hati dan perasaan dalam diri Randy.
"Jangan sentuh anak aku !" Zaura terus diambil dari dakapan Randy. Jelas riak terkejut terlakar pada wajah Randy.
"Sebab kau, semua ini terjadi. Sebab kau juga Zuhairie jadi macam tu! Kalau kau tak muncul, kebahagiaan kami tak akan musnah" marah Ain. Emosinya tidak stabil sekarang ini. Apatah lagi melihat Randy menyentuh Zaura.
Wajah Zaura seperti mahu menangis. Mungkin dia fikir si ibu memarahinya.
Randy hanya diam tidak berperasaan. Dia merenung sambil melangkah mendekati Ain. Tangan dimasukkan ke dalam poket.
Ain segera menjauh, memeluk erat tubuh Zaura. Belakang kepala Zaura diusap lembut.
"Kau nak Zuhairie sembuh macam sedia kala?" Sengaja Randy menguji. Melihat air muka Ain, dia tersengih sinis dalam hati.
Ain terkedu. Tipulah kalau cakap dia tidak mahu Zuhairie sembuh. Tapu, bagaimana caranya?
"Aku tahu penawar darah vampire si Zuhairie tu? Aku boleh tolong, tapi dengan satu syarat"
Mulut Ain terkunci rapat. Memandang tepat ke dalam anak mata lelaki itu.
Betul ke Randy tahu tentang penawar itu? Tiada cara lainkah selain meminta bantuan lelaki kejam ini? Hati ingin menerima tetapi otak menolak sekeras-kerasnya.
'Jangan tempah bala, Ain. Cukuplah penderitaan kau sekarang ni' bisik akalnya.
"Aku tak perlukan bantuan orang macam kau !" Kata Ain seakan memberi amaran. Tanpa menunggu lama, dia terus berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Randy yang penuh dengan amarah.
'Gagal !'
Randy menggigit bibir. Susah pulak minah ni nak masuk perangkap. Orang nak tolong, tak nak ! Sombong ! Huh !
•••••
Korang rasa apa sebenarnya rancangan si Randy ni? Adakah niat baik atau jahat? Apa pulak dia nak perangkap kali ni?
Jangan lupa komen okay !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro