Part 71 - Hospital
Dalam namanya tiada nama 'Risley'. Ini kerana 'Fernandez' merupakan nama keturunan dari sebelah ibunya. Ibunya itu telah meninggal beberapa tahun lalu. Kerana dibunuh oleh ayahnya. Ya! Ayahnya terlalu kejam. Hingga sanggup bunuh isteri semata-mata kerana harta.
Kini, tinggal dia bersendirian di rumah agam itu. Zuhairie telah dibawa ke hospital untuk rawatan susalan.
Dia cemburu dengan Zuhairie. Lelaki itu mempunyai keluarga yang lengkap. Masih ada ahli keluarga yang menyayangi lelaki itu dengan sepenuh hati. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata.
Ya! Dia dengki ! Dia juga mahu rasai semua itu. Disayangi dan dicintai. Dia tak pernah rasa belaian kasih sayang dari seorang wanita kecuali ibunya.
Membunuh gadis-gadis untuk mendapatkan darah, sudah biasa baginya. Raut wajah memukau dapat menarik siapa sahaja yang melihat. Berpusu-pusu beratur mahu menyerahkan diri kepadanya. Akibatnya, diakhiri dengan kematian.
Randy menumbuk besi balkoni itu kuat. Walau apapun yang terjadi, dia mesti memiliki gadis itu.
"You will be mine!" dia tersenyum sinis.
Malam esok, dia akan menyelinap masuk ke dalam rumah gadis itu. Perkara paling mudah yang dia pernah lakukan.
Baju yang tersarung di tubuh, ditanggalkan dan dilempar ke lantai. Jelas kelihatan tatoo bercorak ular di belakang tubuhnya. Rantai salib tergantung elok di leher. Angin malam dibiarkan menyapa tubuh tegapnya.
•••••
"Hentakan kuat pada kepala Encik Zuhairie membuatkan dia mengalami amnesia. Berdasarkan apa yang dia cerita tadi, benda last yang Encik Zuhairie ingat ialah tentang hari lahir Andrea di mana ketika itu dia berusia 19 tahun" kata doktor yang bertugas merawat Zuhairie.
"Berapa lama untuk dia pulih, doktor?" Andrea memandang lama wajah doktor muda itu.
"Perkara ini tidak dapat dipastikan kerana ia bergantung kepada tahap memori seseorang pesakit. Ada pesakit yang tidak dapat mengingati apa pun sampai bila-bila"
Andrea memejam mata rapat. Cuba menenangkan hati yang sudah berkecamuk.
"Untuk percepatkan proses pemulihan, orang terdekat perlu luang lebih masa bersama Encik Zuhairie. Lakukan rutin harian yang biasa dia lakukan. Atau bawa ke tempat-tempat yang boleh kembalikan memori Encik Zuhairie" tambah doktor itu lagi.
Andrea hanya diam. Macam mana kalau Zuhairie tak dapat ingat sampai bila-bila?
"Untuk sementara waktu ini, saya akan tahan dia di wad. Kalau tiada apa-apa.. saya minta diri dulu"
"Terima kasih doktor" ucap Andrea sambil mengangguk kecil. Dia hanya menghantar pemergian doktor itu.
Satu masalah besar datang menghimpit jiwa. Pasti nama Ain Amani tiada langsung dalam ingatan abangnya.
'19 tahun.... Kalau ikutkan ketika itu aku umur 17 tahun, masih berada di tingkatan 5. Dan hari lahir disambut sebelum aku kenal Ain lagi. Memang tak la abang kenal siapa Ain' bisik Andrea dalam hati.
Masih segar di ingatan bagaimana seronoknya dia ketika itu. Walaupun hanya ada ibu dan abangnya. Bersama sebiji kek coklat. Dan juga lilin sebatang.
Lamunan Andrea terhenti apabila terdengar namanya dipanggil. Lantas dia mengangkat wajah.
"Andrea... Zuhairie mana? Macam mana keadaan dia sekarang? Dia okay tak?" Soal Elicia bertubi-tubi setelah mengetahui akan berita itu.
Andrea mengeluh kecil.
"Abang okay.. tapi dia hilang ingatan. Memorinya terhapus. Dia tak ingat siapa Ain... siapa Zaura" beritahu Andrea sebak.
Elicia mengangguk kecil. Kesal kerana dia tidak dapat membantu memulihkan ingatan kawannya itu.
"Talking about Ain, where is she?" Soal Elicia. Koridor hospit itu dipandang kiri dan kanan. Namun, kelibat Ain langsung tiada.
•••••
"Abang .. betul-betul tak ingat siapa Ain?" Untuk ke berapa kali, Ain menyoal lagi. Kecewa hatinya hanya Tuhan saja yang tahu. Zuhairie telah berubah menjadi dingin. Lebih dingin sewaktu awal perkenalan mereka dahulu.
Tuan Azhari dan Puan Aisyah ada datang melawat tadi. Sekarang mereka sudah pulang membawa Zaura. Dia di sini mahu menjaga Zuhairie. Risau jika Zaura tidak selesa berada di hospital.
Zuhairie langsung tidak kenal kedua orang tuanya. Lelaki itu hanya diam sahaja memerhati.
"Berapa kali kau nak tanya? Aku rimas tahu tak. Asyik soalan yang sama aje. Dah aku kata aku tak kenal tu, tak kenal la. Buat apa tanya soalan berulang kali" Zuhairie membentak kuat.
Soalan yang akan ditanya setiap kali gadis itu datang melawat. Dia ni tak penat ke? Asyik datang melawat aku. Pergi la jaga anak dia tu !
"Look at my eyes. Sumpahan tu.. abang ingat tak? Abang hisap darah Ain untuk sembuhkan diri dari sumpahan tu. Semasa super blood blue moon" ujar Ain sambil merenung mata hazel milik suaminya.
"Aku tak ingat semua tu. Aku tak tahu siapa kau, siapa anak kau tu. Sekarang ni, panggil ibu aku. Dan kau tolong keluar dari sini !" tengking Zuhairie garang.
Dia bosan berada di sini. Wayar entah apa-apa dicucuk masuk ke dalam tangannya. Bau ubat ubatan membuatkan dia pening kepala. Ditambah lagi dengan cahaya lampu terang benderang di hospital ini.
Dia lihat riak wajah Ain Amani berubah. Seakan terkejut dengan permintaannya sebentar tadi. Perempuan ini memang suka buat darah aku mendidih.
"Ibu dah meninggal, abang..." Beritahu Ain sayu. Air mata mula bergenang.
Zuhairie tergamam sebentar sebelum tiba-tiba mengamuk. Matanya bertukar merah. Memandang tajam ke arah Ain Amani.
"Kau tipu ! Aku nak ibu aku ! Panggil dia datang sini !" Kata Zuhairie kuat.
Ain berdiri dari kerusi, mendekati Zuhairie yang sudah bangun dari perbaringan. Dia cuba memegang tangan lelaki itu tetapi pantas ditepis kasar.
"Zuhairie... Apa bising-bising ni?" Muncul Elicia bersama Andrea di muka pintu. Fawwaz juga turut ada bersama. Entah dari mana datang sepupunya itu.
"Mana ibu, Andrea? Kenapa ibu tak datang melawat abang? Perempuan ni tipu kan? Dia kata ibu dah meningal. Ibu masih ada kan? " Soal Zuhairie bertubi-tubi. Memandang adiknya bersama linangan air mata.
Andrea tersentak. Begitu juga dengan Fawwaz dan Elicia. Dia menarik nafas dalam-dalam. Mesti Zuhairie tidak dapat mengingati hal itu.
"Apa Ain cakap tu betul, abang! Ibu dah meninggal beberapa bulan lepas. Ibu kena bunuh di hutan" ujar Andrea lembut.
"Tipu... Semua ni tipu! Rea bohong ! Ibu belum mati lagi !" Zuhairie meronta ganas. Wayar di tangan dicabut begitu sahaja. Keadaan jadi semakin tidak terkawal apabila Zuhairie membaling apa yang ada di meja sisi.
"Kau keluar ! Keluar !! Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Keluar!!"
Fawwaz memeluk kejap tubuh Zuhairie dari belakang. Menghalang lelaki itu daripada bertindak di luar kawalan. Tubuh Zuhairie yang lebih sasa darinya membuatkan dia sukar untuk mengawal. Ditambah lagi, Zuhairie bagaikan lebih bertenaga pada malam itu.
Elicia sudah menghilang memanggil nurse yang bertugas.
"Arhh !" Ain mengaduh kesakitan apabila terasa ada benda keras mendarat tepat terkena dahinya.
"Ain !"
Andrea segera mendekati sahabatnya itu. Dilihatnya Ain sedang memegang dahi. Di tangan sudah berlumuran darah.
"Aku okay" Ain cuba tersenyum. Berpinar-pinar pandangan matanya apabila pasu kaca itu terkena kepala. Serpihan kaca yang jatuh atas lantai dipandang. Boleh tahan kuat balingan dari Zuhairie. Nasib kena kepala, kalau kena mata? Tak ke buta aku ni.
Kemudian, Elicia muncul bersama beberapa orang nurse lelaki. Ubat penenang yang dibawa bersama segera disuntik masuk ke dalam badan Zuhairie.
"Ibu..." sebut Zuhairie perlahan. Dia semakin tenang sebelum matanya tertutup rapat.
Nurse lelaki itu membetulkan kedudukan Zuhairie di atas katil. Bilik yang bersepah itu dikemas semula. Nasib baik ini bilik VIP. Hanya Zuhairie seorang sahaja yang berada dalam bilik itu.
Elicia mendekati Ain Amani. Dahi gadis itu yang berlumuran darah dirawat dengan berhati-hati. Kasihan dia melihat dahi Ain yang membengkak. Besar pula tu.
Jika dia berada di tempat Ain, dia mungkin tidak setabah gadis itu. Untuk berhadapan dugaan yang maha besar ini. Sungguh wanita bernama Ain Amani seorang yang cekal dan kuat.
Gadis itu langsung tidak menitiskan air mata saat lukanya dirawat. Gadis itu hanya diam memerhati Zuhairie yang terbaring kaku di atas katil.
•••••
Kantoi nangis ehh !!!
•••••
Btw... Sesiapa nak characteristic watak² utama boleh mesej sis secara personal. Sengaja sis tak letak di sini. HAHAHA !
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro