Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 70 - Hilang ingatan

Zuhairie menuruni tangga satu persatu. Dia mahu ke dapur. Terasa kering pula tekaknya, menyiapkan kerja di dalam bilik. Syarikat baru yang ditubuhkan membuatkan banyak kertas kertas yang perlu dia siapkan.

Tiba di anak tangga terakhir, terdengar satu suara perempuan dari arah belakang.

Suara perempuan? Dalam rumah ni semuanya lelaki. Datang dari mana pula suara perempuan? Atau dia salah dengar? Entah-entah itu suara hantu dalam rumah ini, setelah sekian lama ditinggalkan.

"Abang !!"

Pantas Zuhairie menoleh. Abang? Adakah dia yang dimaksudkan? Yang dia tahu, dia cuma ada seorang adik perempuan. Andrea Az Zahra Rislea namanya. Tetapi, dia tidak tahu di mana gadis itu berada.

Tidak jauh di hadapannya kini, seorang perempuan bertudung berdiri. Air mata gadis itu mula bergenang. Wajah itu seperti bersinar ketika memandangnya.

Gadis itu berlari pantas ke arahnya dan sesaat kemudian terasa tubuhnya didakap erat.

Zuhairie tergamam. Kelu lidahnya tanpa seberang kata. Pelukan gadis itu amat erat sekali. Seperti tidak mahu melepaskan dia pergi. Dia hanya diam. Membiarkan gadis itu melepaskan tangisan di dada bidangnya. Di sudut hati, timbul satu perasaan yang tidak dapat diungkap melalui kata-kata.

Siapa perempuan ni? Kenapa tiba-tiba datang peluk? Mati laki kut... Lagi satu, macam mana dia masuk rumah ni? Rasanya dah kunci pintu tadi.

Lama mereka berkeadaan begitu sebelum wanita itu melepaskan tubuhnya perlahan. Berkerut dahinya memandang ke arah gadis itu. Tiba-tiba, sakit kepalanya mula menyerang. Namun, dibiarkan sahaja sakit itu mencengkam kepala.

"Who are you?"

Wajah gadis itu direnung tajam. Seperti pernah dia lihat, tetapi di mana ya? Amat fimiliar dalam pandangan matanya.

Jelas riak wajah gadis itu berubah. Seolah-olah terpaku dengan soalannya. Air mata makin lebat menuruni pipi. Dia salah cakap ke? Rasanya tak sensetif pon soalan yang diajukan.

"Siapa benarkan kau masuk dalam rumah aku? Mana adab kau, masuk rumah orang sesuka hati" kata-kata pedas diberikan buat gadis itu. Kepala gadis itu menggeleng laju. Wajahnya sudah basah dek air mata. Apa yang sedih sangat ntah.

"Please get out from my house" tegas sahaja suaranya. Wajah cantik itu direnung dalam. Semakin dia tenung, semakin sakit bahagian kepalanya.

"Abang... Abang tak tahu siapa Ain? Ni Ain, abang" tersekat-sekat Ain Amani berbicara. Lelaki yang di rindu selama ini, langsung tidak mengenali dirinya. Dia mahukan Zuhairie yang dulu !

"Aku tak tahu dan aku tak kenal siapa kau. Dan kau boleh keluar dari rumah ni" jari telunjuk diarahkan ke arah pintu masuk yang terbuka luas. Cahaya yang menorobos masuk membuatkan dia sakit mata. Ergh ! Aku benci cahaya.

"Abang... Jangan buat Ain macam ni. Ain rindu abang" tubuh tegap itu dipeluknya tanpa segan silu. Kepala dilekatkan di dada bidang milik lelaki itu. Jelas terdengar paluan jantung yang semakin laju.

"Lepas la.. aku rimas!" Dakapan dirungkai kasar oleh Zuhairie. Perempuan ni tak tahu halal haram ke?

Namun, jauh di sudut hati.. ada satu perasaan datang menyapa dan mengetuk tangkai hatinya. Dia selesa -- berada dalam dakapan itu.

Tangan gadis itu dicengkam kuat. Berkerut dahi itu menahan perit.

Zuhairie cuba menarik Ain ke pintu. Namun, gadis itu hanya keraskan badan. Merayu-rayu kepadanya untuk dilepaskan. Di tengah ruang tamu yang luas, ada suara menyapa.

"Just take her as our maid. Or you can keep her as your girl "

Perbuatan Zuhairie terhenti. Suara garau milik sepupunya membuatkan dia menoleh memandang ke atas. Lelaki itu sedang bersantai di balkoni ruang tengah. Rokok di tangan dihembus bebas.

Bukan Zuhairie sahaja, malah Ain juga mendongak memandang ke atas. Wajah yang menjengah pandangan mata membuatkan hatinya mendidih. Lelaki itu -- Randy Fernandez !

"Kau ! Tak guna.. sebab kau Zuhairie jadi macam ni" marah Ain garang. Dia cuba menahan sabar. Berombak dadanya kini menahan marah. Tambah pula melihat senyuman kemenangan terukir di bibir itu.

"Kau kenal dia tak? -- Andry Zuhairie Risley" sengaja Randy menyebut nama penuh Zuhairie. Bagi wanita itu sedar, bahawa lelaki itu memang Zuhairie yang sebenar. Cuma, berbeza perwatakan.

Ingatan Zuhairie tentang Ain Amani sudah lama terhapus -- sejak kejadian beberapa bulan lalu. Zuhairie kini bukan lagi Zuhairie yang dulu. Segalanya telah berubah.

Zuhairie menggeleng perlahan -- menjawab soalan Randy tadi. Kenapa Randy seperti mengenali wanita itu? Adakah mereka pernah mempunyai sejarah hitam bersama?

"See... Dia tak kenal kau pun. Tiba-tiba nak tuduh aku macam-macam" Randy menjeling tajam. Sengaja menjadikan dia seperti mangsa keadaan. Walhal, dialah dalang sebenar -- punca semua ini berlaku.

Ain menggeleng kesal. Semua itu hanyalah penipuan semata-mata. Untuk mengaburi mata Zuhairie yang tidak tahu hujung pangkal apa yang yang telah terjadi.

"Abang... Percaya la ! Dia jahat. Dia yang bersubahat dengan Raymond nak bunuh abang dulu. Abang ingat tak kita kena culik and then dia suntik satu cecair ..." Ain membuka cerita sebelum dipotong pantas oleh Zuhairie.

"Enough !" Jerkah Zuhairie kuat. Denyutan di kepalanya semakin mencengkam. Rambut digenggam kuat bagi menghilangkan rasa sakit itu.

Ain terkedu. Terasa hatinya kerana Zuhairie lebih membela orang yang menjadikan dia seperti itu. Kenapa semua ini harus berlaku? Ke mana hilangnya Zuhairie yang dulu?

Impiannya untuk bertemu dengan si suami telah tercapai. Tetapi, semuanya musnah apabila Zuhairie langsung tidak mengenali siapa dirinya.

"I don't know who are you. Can you just walking out from here" lemah sahaja suara Zuhairie. Sungguh dia tidak berdaya. Sakit kepalanya semakin kuat menekan otak. Tubuh membongkok menunduk ke bawah. Mata tertutup erat.

"Abang... Is that you?"

Suara lembut dari arah pintu membuatkan Zuhairie membuka mata semula. Tubuh ditegakkan dan dia memandang susuk tubuh yang dia rindu selama ini.

"Andrea ..." Panggil Zuhairie perlahan.

"Abang !" Andrea berlari anak sebelum hilang dalam dakapan erat abangnya. Hampir menitis air mata kegembiraan. Zaura yang tadinya menangis diam memandang wajah Zuhairie.

Tadi, Andrea masuk ke rumah untuk memanggil Ain kerana Zaura tidak mahu berhenti menangis. Tak terjangkau dek akal, Zuhairie berada di situ. Tidak terfikir langsung. Hanya Ain sahaja yang beria-ia mahu ke sini. Naluri seorang isteri mungkin.

"I miss you" ucap Zuhairie sayu. Entah ke mana Andrea hilang, sejak dia kembali ke rumah tengah hutan itu bersama Randy.

Cakap tentang Randy, lelaki itulah yang membawa dia ke situ. Kata Randy, Andrea telah lari rumah. Dia juga tak dapat jejaki Puan Marina. Wanita kesayangannya itu juga hilang tiba-tiba.

"Who is she?" Soal Zuhairie apabila melihat bayi perempuan dalam dukungan adiknya. Wajah itu sama sepertinya.. adakah --

"This your baby with Ain. Your daughter" jawab Andrea kuat. Terkejut melihat perubahan sikap abangnya.

"Apa Rea merepek ni? Abang kahwin pun belum. Jangan buat lawak la. Cukup la perempuan ni buat abang pening" Zuhairie menjeling Ain Amani. Perempuan itu hanya tunduk memandang lantai. Sakit kepalanya tadi masih berdenyut perlahan.

"Abang... Ini Ain, isteri abang ! Takkan abang tak ingat ?!" Andrea semakin hilang sabar. Benarlah telahannya tadi. Zuhairie sudah hilang ingatan.

"Abang ingat tak, kawan Rea.. dia datang rumah kita dulu. Dia tidur rumah ni satu malam. Dan dia nampak pek darah abang kat tangga.. abang ingat ?" Soalan diaju bertalu-alu. Tiada ruang sedikit pun untuk sesiapa mencelah.

Zuhairie mengerutkan dahi. Cuba mengerah otak mengingati kembali peristiwa itu. Namun, satu apa pun tidak lintas di fikiran.

Kenapa... aku tak ingat langsung semua tu?

Kepalanya kembali menyucuk. Saat ini, dia rasa mahu menghentak kepala di dinding. Seperti ada orang memijak mijak otaknya. Sakit sangat !

"Arghhhh !!"

Jerit Zuhairie kuat.. tangan mencengkam kuat rambut. Urat hijau mulai timbul di sekitar dahi dan leher, termasuk tangannya. Peluh merenik keluar dahi. Angin sejuk menyapa tubuh. Dia jatuh melutut diatas lantai.

Mata Andrea beralih pada seseorang yang sedang menuruni anak tangga. Terukir senyuman jahat di bibir itu. Sepupu yang paling dia benci. Darahnya jadi menggelegak tiba-tiba.

"Randy! Apa kau buat pada abang aku hah? Kau dari dulu sampai sekarang memang dengki kan? Tak boleh tengok kebahagiaan kitorang !" Suaranya memetir kuat. Zaura dalam dukungan diberikan pada Ain. Takut kalau-kalau Zaura menerima tempias.

"Cakap la apa kau nak cakap Andrea. Kau fikir aku kisah?" Randy bagaikan manusia tiada perasaan. Ya ! Sekarang ni dia rasa kosong. Tiada lagi senyuman atau kesedihan terlakar di wajah.

"Abang... ikut Rea pergi hospital. Kita pergi check up" tangan Zuhairie dicapai. Memaksa abangnya untuk bangun.

Suasana gelap dalam rumah diterangi cahaya petang yang berpusu-pusu masuk.

"No ! I can't ...." Kata Zuhairie lemah. Cahaya itu membuatkan matanya pedih.

"Dia tak boleh kena cahaya matahari. Sebab dalam suntikan cecair tu, ada darah vampire asli. Dan aku sendiri yang masukkan dalam badan dia waktu kejadian tu" celah Randy.

Pang !

"Tak guna ! Apa sebenarnya yang kau tak puas hati hah? Kau memang jenis tak ada hati perut ke? Tak cukup tengok dia derita akibat sumpahan bodoh bapak kau dulu? Tak cukup ke hah?" Andrea melenting kuat. Bergema rumah yang sunyi itu.

Dia puas melihat Randy tertoleh ke tepi akibat tamparannya. Tapi, semua itu tidak cukup. Ikutkan hati, mahu saja dia membunuh lelaki itu.

"Bapak aku dah mati ! Kau tak perlu nak ungkit pasal dia lagi" selamba saja Randy membalas. Tidak terkesan langsung dengan pemergian si bapa. Tangan mengusap perlahan pipinya. Pedih jugak kena tampar rupanya.

"Ya! Memang dia dah mati. Tapi, perangai setan dia turun pada kau. Memang mak kau jenis tak reti nak didik anak ke macam mana?" Andrea berkata tanpa berfikir panjang. Setahunya, ibu kepada Randy sudah lama pergi. Sejak Randy masih kecil lagi.

"Berkaitan mak aku, kau jangan berani sentuh !" Keras amaran dari Randy. Jari telunjuk naik di hadapan muka Andrea. Mahu saja dia menampar mulut celupar itu.

"Marah? Waktu bapak kau bunuh ayah aku, ingat kitorang tak marah? Tak sedih ke hah, bodoh !" Andrea menggenggam tangan erat. Kisah yang telah lama berlalu, kini diungkit kembali.

"Andrea... Dah la tu ! Jom bawak dia ke hospital" Ain cepat-cepat memotong pergaduhan mereka berdua. Tiada guna bercakap dengan lelaki seperti Randy. Sia-sia sahaja !

Hoodie hitam yang dia ambil dalam bilik Zuhairie tadi, disarungkan ke tubuh tegap suaminya. Nasib baik dia tahu tempat simpanan hoodie milik Zuhairie.

"Aku tak akan pernah maafkan kau. Kau ingat tu"

Andrea membantu mendukung Zaura manakala Ain memapah Zuhairie menuju ke kereta.

Randy hanya diam dan memerhati. Tiada langsung niat untuk membantu.

•••••









Hello gaiss.... Amacam ? Nampaknya Zuhairie betul-betul hilang ingatan.

Sorry sebab kecewakan korang. Sis pilih idea asal sis... Iaitu pilihan no 2. Sis tahu ramai yang nak pilihan no 1 iaitu Zuhairie pura-pura. Tapi, srsly sis tak ada idea untuk pilihan no 1.

Apa² pun... Sis ucapkan ribuan terima kasih pada yang sporting bagi komen, bagi idea dan macam² lagi....

Orang yang idea diterima ialah

Silent-Young
hidayu1234
MinyeeNz

And sis juga nak ucapkan HAPPY BIRTHDAY pada Aang123245 !!! Semoga panjang umur and dimurahkan rezeki. Readers semua wish la birthday kat dia juga... Sorry tak ada hadiah nak bagi. So, sis update part ni untuk awak sebagai hadiah..

Siapa nak hadiah macam dia, kena la vote dan komen selalu supaya sis perasan kewujudan korang dalam DIA VAMPIRE ...

Kalau nak tanya apa² pasal Zuhairie dan watak² dalam ni atau tak faham jalan cerita, boleh mesej atau tulis di board sis okay....

Jangan risau, sis tak garang pon. Sis sporting je.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro