Part 67 - Tangisan
MUSIC ON !
•••••
Kawasan perkuburan itu sunyi sepi sekali. Suasana hiba menyelubunyi kawasan itu. Hanya kedengaran bacaan surah yang menjadi bekalan buat si mati.
Surah Yasin yang selesai dibaca, dicium lembut. Kemudian, diikuti pula surah-surah pendek dan al-Fatihah. Berdoa agar roh itu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Fawwaz memandang wajah Andrea sekilas. Jelas kesayuan dan kesedihan terlakar pada air mukanya. Siapa tak sedih dengan kehilangan orang tersayang. Ditambah pula dengan kematian yang tidak terduga ini.
"Jom kita balik.." ujar Fawwaz lembut.
Andrea hanya mengangguk. Kemudian, dia bangun dari tikar. Dipandang kubur itu dengan perasaan sayu. Angin sepoi mengibar-ngibar selendang hitam yang tersemat di atas kepala. Jubah yang tersarung di badan dibetulkan sebelum mereka bersama-sama berjalan keluar dari tanah perkuburan itu menuju ke kereta.
Fawwaz Amsyar merenung kawasan perkuburan itu buat kali terakhir. Insan istimewa itu pergi menghadap ilahi setelah tidak berjaya diselamatkan. Sungguh dia kesal dan ralat. Dia terlambat untuk menyelamatkan orang yang penting dalam hidup Andrea.
Sampai sahaja di kereta Audi, pintu dibuka mereka memboloskan diri ke dalam. Dia mengambil tempat di bahagian pemandu, manakala Andrea berada di sebelah.
"Dah selesai?" Soal seseorang dari tempat duduk belakang. Bayi yang berada dalam gendongan, tidur lena selepas diberi susu.
Andrea mengangguk perlahan sambil memandang wajah sahabatnya yang berada di bahagian belakang. Wajah itu jelas tidak bermaya. Pucat wajah itu kerana tidak cukup tidur. Menunjukkan bahawa keadaan gadis itu tidak terurus.
Kereta mula bergerak meninggalkan kawasan tersebut. Mata tak lari dari melihat pusara kecil itu. Dia tidak dapat bersama dengan Andrea dan Fawwaz tadi kerana anak perempuannya merengek mahukan susu.
Di kala dia sedang diuji, Allah menghantarnya hadiah yang amat berharga bagi mengubat rindu terhadap Zuhairie. Ya... Dia mengandungkan sepasang kembar -- lelaki dan perempuan. Tanpa pengetahuan dia dan Zuhairie.
Ain tunduk memandang Aisha Zaura Rislea, si kakak kembar. Seorang lagi anak lelakinya tidak berjaya diselamatkan kerana mengalami komplikasi kesihatan akibat perbuatan Raymond. Meninggal dunia selepas beberapa minit menjengah dunia yang penuh kekejaman ini.
Ain mengusap pipi montel anaknya. Muka bayi perempuan itu saling tak tumpah seperti Zuhairie. Kening, hidung dan mulut, lebih mengikut genetik si bapa. Rambut nipis warna keperangan itu dielus lembut.
Fikirannya menerawang mengingati kembali peristiwa yang berlaku tiga bulan lepas. Sejak kebelakangan ini, termenung menjadi hobi utamanya. Kehilangan Andry Zuhairie Risley memberi impak yang sangat besar terhadap dirinya.
Ketika nyawa berada di penghujung, Allah menghantar seseorang untuk membantu. Fawwaz Amsyar tiba pada masanya. Dua das tembakan tepat mengena di bahagian kepala Raymond Risley -- menyebabkan dia mati di tempat kejadian. Manakala Randy masih bebas di luar sana.
Dan ketika itu juga sakit di bahagian perut menyerang. Air ketuban pecah di situ juga. Dan akhirnya dia tidak sedarkan diri.
Baru dia tahu, Fawwaz sudah lama menyiasat tentang van yang nyaris melanggar Andrea beberapa bulan lalu. Ini membawa kepada perjumpaan markas Raymond Risley di tengah hutan.
Namun malang sekali, selepas Ain selamat melahirkan anaknya. Dia dikejutkan dengan berita yang membuatkan hatinya hancur lebur. Zuhairie hilang tanpa dapat dijejaki !
Sudah tiga bulan Zuhairie hilang tanpa khabar berita. Entah ke mana suaminya pergi. Entah hidup atau tidak. Dengan matanya sendiri, dia melihat Zuhairie dipukul tanpa belas. Darah berada di merata tempat ketika itu. Keadaan Zuhairie yang nyawa-nyawa ikan diseret begitu sahaja.
Rengekan Zaura dalam dukungan mematikan lamunan Ain Amani. Didodoi anaknya hingga bayi itu tidur semula. Selawat shifa dialunkan perlahan di telinga anaknya. Impian Zuhairie supaya Aisha Zaura Rislea menjadi anak yang solehah.
Rasa rindu yang menggunung terhadap Zuhairie hampir membuatkan dia kemurungan. Tiada siapa yang tahu tentang keberadaan suaminya. Termasuk pihak polis. Pelbagai cara sudah dilakukan, tetapi tetap juga menemui jalan mati.
Ain memandang ke luar tingkap. Suasana langit yang bakal menjengah ke waktu malam menjadi tatapannya. Waktu-waktu beginilah yang paling digemari oleh Zuhairie. Suaminya itu terlalu gemar menikmati pemandangan matahati terbenam.
"Ain... Kau okey?" Soal Andrea bagi menghilangkan suasana sepi dalam kereta. Dari tadi dia perhatikan Ain. Gadis itu hanya diam -- lebih suka melayan perasaan sedih itu.
Sedih Andrea melihat keadaannya Ain Amani. Sudah hilang keceriaan yang selalu bermain di wajah itu. Sekarang, nak lihat Ain senyum sangat payah. Seperti ada ketulan berlian di dalam mulut itu. Dia akan bercakap jika perlu sahaja. Jika tidak, mulut itu akan terkunci sepanjang hari.
"Okey.." jawab Ain ringkas. Pandangan kosong dilemparkan. Dipandang sekilas sahaja wajah Andrea, kemudian dia kembali membuang pandang ke luar.
Tiba-tiba, rasa sebak mencengkam jiwa. Air mata bergenang di pelupuk mata. Menunggu masa untuk jatuh membashi pipi.
"Ain-- Kau kuat ! Jangan menangis ..." pujuk hatinya sendiri.
Kalau dulu, Zuhairie yang selalu menceriakan hatinya jika dia bersedih. Sekarang, terpaksa pujuk diri sendiri untuk kuat dan tabah.
Jari runcing naik mengesat air mata yang gugur.
Aku tak kuat !
Dia sudah penat menangisi kehilangan Zuhairie. Hanya mampu berdoa. Bertawakal pada yang Maha Esa. Supaya diberi petunjuk tentang keberadaan suaminya.
Pipi Zaura dicium lama. Hampir menitis air matanya. Sungguh dia tak kuat untuk menempuh semua ujian ini. Hanya Zaura sahaja sumber kekuatan untuk dia terus kuat menghadapi rintangan hidup tanpa suami di sisi.
Esak tangis cuba ditahan. Bibir diketap cuba mencari kekuatan. Tidak mahu Andrea dan Fawwaz dengar, betapa rapuhnya hati dan jiwa gadis yang bernama Ain Amani. Di saat kehilangan orang tersayang.
Rasa menyesal yang teramat sangat. Semua ini berpunca dari dirinya. Kalau dia mendengar kata, semua ini tak akan terjadi. Anaknya tak akan mati, Zuhairie tak akan dibawa pergi !
Kerana kedegilannya, mereka diperangkap. Dia tahu, tiada guna mengungkap perkataan 'kalau' kerana perkara telah berlaku. Tiada guna dia untuk menyesali apa yang dia lakukan.
•••••
Tangisan Zaura semakin kuat memecah keheningan malam. Tiada tanda akan berhenti. Kadang kala hampir hilang suara kerana terlalu banyak menangis.
Ain sudah buntu. Semua benda sudah dia lakukan. Dia tidak tahu punca mengapa bayinya menangis. Nak kata perut kembung, dia sudah sapu minyak di perut. Apa sebenarnya yang Zaura inginkan?
Bayi kecil itu diangkat ke dalam gendongan. Digerak-gerak badannya untuk mendodoikan bayi. Punggung Zaura ditepuk perlahan. Zikir didendangkan di telinga bayi itu.
Namun, itu semua tidak berhasil. Tangisan terus menerus berlagu tanpa henti.
Mainan kecil Zaura dicapai. Dia mengoncang-goncang hingga mengeluarkan bunyi dentingan.
Tokk ! Tokk !
Ketukan di pintu biliknya menghentikan perbuatan Ain.
"Ain..." Suara Andrea di sebalik pintu kedengaran.
"Masuk ! Pintu tak kunci" kata Ain kuat. Seketika kemudian, muncul Andrea yang berbaju tidur warna biru gelap. Selendang hitam diselempangkan begitu saja.
"Kenapa dengan Zaura? Dia sakit ke?" Andrea melangkah merapati Ain Amani. Tangisan Zaura masih belum surut. Tetap sama seperti tadi.
"Tak tahu la. Dah bagi minum susu tadi, tapi dia tak nak. Lampin okay je, tak basah pun" adu Ain Amani sayu. Jelas lingkaran hitam di bawah matanya. Penat dan lelahnya diabaikan demi anak tersayang.
Pengalaman pertama sebagai ibu sangat mencabar. Ditambah pula tanpa kehadiran suami di sisi. Nasibnya sangat baik kerana mama menghulurkan tangan untuk membantu menguruskan Aisha Zaura Rislea.
"Kau nak aku panggil mama?" Soal Andrea prihatin. Jika tanya pada dia, satu benda pun dia tak tahu pasal bayi. Lebih baik merujuk kepada yang lebih berpengalaman.
Andrea sekarang tinggal bersama keluarga Ain Amani. Sudah terbiasa memanggil Puan Aisyah dengan panggilan mama. Menganggap wanita itu sebagai ibu kandungnya sendiri.
Dia kini menunggu detik untuk diijab kabulkan bersama Fawwaz Amsyar. Tetapi, syaratnya ialah sehingga Zuhairie dijumpai semula. Kalau tidak, memang gigit jari la Fawwaz dibuatnya.
"Tak payah la.. mesti mama dah tidur. Kejap lagi diam la Zaura ni" sempat dia menjeling jam di dinding yang menunjukkan angka 2 pagi. Tangannya tidak henti menepuk punggung si anak.
Andrea mengangguk perlahan. Dia bergerak mengambil tempat di atas sofa single. Tangan menongkat dahu memandang ke arah Ain yang sedang berdiri mendodoikan Zaura.
"Kau kenapa tak tidur lagi?" Ain memandang pelik ke arah Andrea. Tersengguk kepala sahabatnya itu menahan kantuk.
"Aku terjaga" jawab Andrea ringkas. Dia sebenarnya kasihan pada Ain. Berjaga sepanjang malam setiap hari. Kalau ikutkan rasa kantuk ini, dah lama dia masuk ke alam mimpi. Biarlah kali ini dia mengorban masa tidurnya. Demi Ain Amani dan Zaura.
"Sorry kalau tangisan Zaura buat kau tak boleh tidur. Tak pernah pula dia nak melalak sebelum ni" sayu Ain memohon maaf. Rasa bersalah kerana tangisan Zaura menganggu tidur seisi rumah ini. Sungguh dia tak tahu jaga anak.
Rasa sakit dan lenguh seluruh badan menariknya untuk berehat di atas katil yang empuk. Tetapi, demi Zaura -- digagahi juga untuk bersengkang mata memujuk di anak untuk tidak terus menangis.
"Tak apa.. lagipun anak saudara aku juga. Bukannya orang lain" mulutnya yang menguap luas cepa-cepat ditutup dengan belakang tangan. Berpinar-pinar matanya cuba melawan rasa mengantuk.
Tangisan Zaura berhenti secara tiba-tiba membuatkan hati masing-masing dijentik perasaan aneh. Pantas Ain menunduk memandang anaknya.
Jari jemari kecil itu sedang asyik bermain dengan permata merah jambu di leher Ain Amani. Permata itu memancarkan kilauan putih. Digenggam erat seperti tidak mahu melepaskan.
Rantai pusaka yang menjadi pelindung buat dirinya. Rantai yang menjadi kenangan manis antara dia dan Andry Zuhairie Risley.
Ain dan Andrea saling berpandangan. Seperti satu petunjuk yang cuba disampaikan.
Adakah --
Zuhairie masih hidup ?
--
Atau sudah mati ?
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro