Part 66 - Saat terakhir
Ain Amani mengangkat wajah apabila terdengar pintu dibuka dari luar. Sungguh dia tidak berdaya tatkala ini. Kaki dan tangannya diikat di sebuah kerusi. Mulut pula ditutup menggunakan sehelai kain. Dia langsung tidak dapat bergerak walau seinci pon.
Wajah lelaki itu dipandang dengan pandangan gerun. Ada iras sedikit seperti Zuhairie. Sungguh dia rindu akan suaminya.
Teringat dia semalam, bagaimana lelaki itu dengan selamba mematikan perbuatan terkutuk Raymond terhadapanya.
"Randy tak suka orang lain sentuh barang Randy"
Walaupun bersahaja dan dingin, tetapi tetap membuatkan Raymond mengalah. Namun, Ain tetap tidak percaya akan lelaki itu. Bekerjasama dengan Raymond untuk musnahkan Zuhairie.
Nasib baik kandungannya baik-baik sahaja. Kadang-kadang terasa tendangan kuat dalam perut. Sakit bahagian pinggang jangan cakap la, rasa macam nak patah. Lelaki kejam itu sungguh tiada sifat perikemanusiaan !
Lelaki itu mendekati Ain Amani sambil tangan dimasukkan dalam poket seluar. Dia berjalan menggelilingi Ain. Mata tak lepas memandang atas bawah bersama senyuman kejahatan. Jelas ketakutan pada wajah gadis itu.
Randy berhenti betul-betul di hadapan Ain. Merenung tajam ke arah gadis itu.
"Kau cantik .. tapi sayang -- ada suami tak guna macam Zuhairie tu. Kalau jadi hak aku, hari-hari aku minta" ujar Randy dengan pandangan gatal. Kemudian dia tersenyum sinis.
Ain menjeling tajam. Dia perlu berani. Kalau mulutnya tidak ditutup, sudah lama terhambur sumpah serta makian buat lelaki itu.
Tangan jijik itu naik mengusap lembut wajah Ain. Puas dia meronta untuk menepis sentuhan itu.
"Ganas..." Bisik Randy menggoda.
Sengaja dia datang ke situ untuk mengganggu Ain Amani. Masa pembunuhan akan tiba sebentar saja lagi.
"Suami kau ada di sini. Dan aku tak sabar nak tengok dia mati dalam tangan papa aku" sambungnya lagi.
Puas hatinya melihat wajah tersentak Ain Amani. Kaku tubuh Ain mendengar perkhabaran itu. Jelas kekeruhan yang menggambarkan perasaan sayu. Ya, dia pernah mengalami perkara itu. Malah, mungkin lebih teruk lagi.
Randy tersenyum hambar. Dia segera melangkah keluar dari bilik itu. Pada zahirnya dia memang kejam, tiada hati perut. Tetapi, dalam hati tiada siapa yang tahu.
•••••
Tubuh Zuhairie ditolak kasar masuk ke dalam sebuah bilik oleh dua orang bodyguard tadi. Terhentak tubuhnya di atas lantai simen itu. Tangan dan kaki diikat kuat. Gelap -- Langsung tiada cahaya memasuki retina matanya.
"Mana isteri aku bodoh !!!"
Tengkingnya kuat. Bergema bilik itu dengan suaranya sahaja. Tiba-tiba, terasa lehernya diperangkap oleh satu tangan.
"Baik kau diam kalau tak nak isteri kau mati" bisik suara itu di telinganya. Sepucuk pistol dicukan ke arah kepalanya. Dia tahu itu Randy.
Seketika kemudian, lampu dibuka. Menerangi setiap pelusuk bilik itu. Seseorang yang berada di atas kerusi, jauh di hadapan membuatkan dia mahu menitiskan air mata.
Wajah yang dirinduinya. Setiap saat dan ketika. Ikutkan hati, mahu saja dia memeluk erat tubuh itu. Merangkul tubuh comel yang mengandungkan zuriatnya.
Air mata Ain sudah jatuh membasahi kain yang menutup mulutnya. Abang !
Tiba-tiba terasa ada benda sejuk melekat di lehernya. Tajam -- dan bersinar. Ain telan liur. Bilah pisau yang baru diasah membuatkan Ain kecut perut. Jika dia bergerak walau seinci, pasti lehernya akan terkena benda itu.
"Puas dapat tengok isteri kau?" Kata Raymond sinis dari belakang Ain Amani.
Pisau tajam sengaja dimainkan di sekitar wajah Ain Amani. Peluh dingin mula keluar di dahi.
"Jangan apa-apakan isteri aku! Tolong... Jangan !" Zuhairie merayu. Tumpah air matanya apabila isterinya diperlakukan sebegitu rupa. Berdetak laju jantungnya melihat keadaan Ain Amani.
"Baiklah ! Kalau macam tu aku sentuh sikit je anak kau. Boleh?" Ujar Raymond diiringi tawa jahat. Jelas gigi taring yang panjang dan tajam. Matanya bertukar warna hitam. Menandakan syaitan sudah menguasai diri.
"Jangann .. aku merayu" kepalanya digeleng laju. Mudah sahaja air matanya tumpah. Mempamerkan kekalahan yang berada di penghujung. Dia tak kisah jika dirinya yang menjadi mangsa, tetapi bukan Ain Amani dan anak dalam kandungan itu.
Pisau digenggam erat dan diangkat tinggi, bersedia untuk menikam perut besar itu. Di saat mata pisau yang tajam mahu mengena perut isterinya, pantas mata tertutup rapat. Tidak sanggup melihat kekejaman yang berlaku terhadap orang yang dia sayang.
1 saat --
2 saat --
Telinganya menangkap bunyi gelak tawa yang kuat. Pantas kelopak dibuka semula. Dia lihat keadaan Ain baik-baik sahaja. Begitu juga dengan kandungan isterinya.
"Memandangkan aku akan pisahkan korang, ada kata-kata terakhir? Aku bagi korang masa sebelum berpisah untuk selamanya" Raymond tersengih jahat.
Dia bergerak ke sudut bilik. Diperhati sahaja pasangan itu dengan pandangan jelek.
"Are you okay, sayang? Do you know how much i love you? Do you know how much important you're for me? Do you know how much i miss you day by day" Zuhairie tak lepas memandang raut wajah isterinya. Selepas ini, mereka tidak akan bertemu lagi. Mungkin ini kali terakhir dia dapat menatap wajah itu.
Ain tidak membalas. Hanya kepala sahaja menggeleng ke kiri dan kanan. Air mata mudah sahaja keluar dari tubir mata. Dia lihat muka Zuhairie penuh dengan lebam. Mungkin kerana dipukul bertubi-tubi.
"Please take care of our baby. Give her a full of your love. Don't forget to tell her that she always have daddy in heart if i'm can't look after you after this" sambung Zuhairie lagi. Suaranya bagaikan tidak mahu keluar. Menahan sebak yang semakin menggunung dalam jiwa. Ingin sahaja dia menghamburkan tangisan di situ, tetapi dia tidak mahu kelihatan lemah.
"Time's up" ujar Raymond sambil melangkah mendekati Zuhairie. Menyampah dia melihat babak romantik tadi. Seperti menambah minyak dalam hati dendamnya.
"Masa untuk kau bertemu dengan malaikat maut"
Rambut Zuhairie dicengkam kuat. Gigi taringnya dikeluarkan. Masa untuk menikmati darah tulen keturunan Richard Risley.
"Lepaskan aku... Jangannn !!!!" Zuhairie meronta kuat. Hendak melepaskan diri dari cengkaman Raymond Risley.
Jika Raymond berjaya mendapatkan darahnya, kuasa lelaki itu akan semakin bertambah.
"ARGHHHH !!!!"
Jerit Zuhairie kuat. Darahnya dihisap rakus. Kulit bertukar warna pucat. Seperti langsung tiada aliran darah dalam badan.
Gigitan dilepaskan. Zuhairie sudah kehabisan tenaga. Tubuhnya jadi lemah. Tidak berdaya untuk melawan lagi.
"Bawakan ubat tu" arah Raymond sambil mengelap sisa darah di bibirnya. Darah tulen sememangnya dapat memberikan dia kuasa.
Satu jarum dalam tray diambil oleh Randy. Cecair yang berada dalam tiub picagari itu yang akan mengubah hidup lelaki bernama Andry Zuhairie Risley. Itu pun jika masih hidup --
"Tolong jangan.. " rayu Zuhairie lemah. Dia terbaring lemah di atas lantai simen.
Dia lihat Raymond memegang perut isterinya. Tangan berkuku hitam itu seperti bergerak memulas perut. Ain tidak mampu menjerit. Penderitaan yang dialami amat menyakitkan. Seperti seorang bomoh yang cuba membunuh bayi dalam kandungan itu.
Randy tersenyum sinis.
Cecair itu disuntik masuk ke dalam tubuh Zuhairie.
"ARGHHHHH !!"
Cecair itu bagaikan memberinya satu kuasa luar biasa. Tubuh menjadi kuat tiba-tiba. Dia meronta kuat. Bodyguard yang cuba untuk memegangnya ditepis dan ditolak ke dinding. Tolakannya membuatkan dinding itu retak. Sungguh dia tidak dapat mengawal dirinya.
Raymond yang sedang tersenyum sinis dipandang tajam. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Langsung tidak bergerak melihat keadaan tak terkawal itu.
Baru sahaja Zuhairie mahu meyerang Raymond, terasa satu libasan kuat di kepalanya.
Bukkk !!
Pandangannya berpinar-pinar. Dia terlempar -- rebah di lantai. Darah membuak-buak keluar di bahagian kepala. Membasahi rambut tebalnya itu.
Kepala rasa sangat sakit. Otak umpama bergegar. Mata perlahan-lahan tertutup rapat. Benda terakhir yang dia lihat ialah wajah Ain yang sedang menangis.
"Mudah sangat nak jatuhkan kau" kata Raymond Risley, puas. Kayu besbol dilempar kasar. Terdapat kesan darah di situ. Perkara yang dia mahukan sudah berada di penghujung.
"Bawa dia ke 'sana'. Tanam dalam tanah walaupun masih hidup"
Raymond mengarah tegas. Orang suruhannya segera melakukan tugas. Randy sudah menghilang entah ke mana. Tubuh Zuhairie yang berlumuran darah dibawa keluar dari situ.
"Now, it's your turn" dia memandang Ain yang sudah basah dengan air mata. Hanya mereka berdua sahaja berada di situ. Pistol yang ada di atas meja dicapai. Diacukan ke arah Ain Amani.
Bang !! Bang !!
Dua das tembakan dilepaskan.
Tubuh itu rebah -- mungkin sudah tidak bernyawa. Darah mula mengalir keluar. Penuh lantai itu dengan darah merah pekat.
•••••
Apa sudah jadi ni...?! Huaaa
Korang mesti tak puas kan baca satu-satu part ?
So... Di sini sis buat challenge
Dari part 60 sampai part 66 ini, mesti lebih 300 vote. Kalau korang berjaya.. author update triple part. Deal?
Story ni belum tamat lagi. Jangan risau wahai readers sekalian
🎈🎈
----
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro