Part 65 - Dendam terbalas
Andry Zuhairie Risley membuka mata apabila terasa tendangan kuat di bahagian perutnya. Dia mengerang kuat. Terbongkok tubuhnya menahan senak. Kaki dan tangan diikat membuatkan dia tidak terdaya untuk melawan.
Sakit seluruh urat sendi akibat hentakan semalam juga masih belum hilang. Ditambah pula sepakan kuat tadi.
"Putera vampire kita sudah bangun.." satu suara menyapa diiringi ketawa sinis di hujung ayat.
Pantas Zuhairie mendongak memandang tajam ke arah manusia di hadapannya. Sakit hatinya mendengar ketawa jahat itu.
Wajah itu langsung tidak berubah meskipun sudah berpuluh tahun mereka tidak bersua. Ini kerana kuasa yang dimiliki mengekalkan tenaga lelaki itu walaupun sudah berganjak ke usia 100 tahun lebih.
Raymond Risley --
Lelaki itu melangkah dengan tenang ke arahnya. Tangan dimasukkan dalam poket seluar. Terukir senyuman sinis di bibir.
Zuhairie sudah agak, ini semua kerja lelaki tua itu. Tak lain tak bukan kerana satu dendam.
"Mana isteri aku?!" Bergetar suara Zuhairie menahan marah yang bermaharajalela dalam jiwa. Hilang terus rasa hormat pada bapa saudaranya itu.
"Isteri kau? Aku ingatkan perempuan kotor yang kau simpan sebagai teman ranjang kau je. Well, aku tengok body dia memang seksi dan hot" Raymond Risley ketawa jahat. Puas hatinya melihat wajah Zuhairie yang memerah.
Anak kepada adik kandungnya. Manusia yang paling dia benci dalam dunia ini. Manusia yang dia bunuh menggunakan tangannya sendiri. Walaupun Richard sudah mati, tetapi dendamnya tidak pernah terpadam buat keluarga itu.
Kedua ibu bapanya selalu melebihkan Richard darinya. Mentang-mentang lelaki itu memiliki darah tulen berbanding dirinya. Ya ! Dia dengki, dia cemburu. Dia tak suka Richard diberi perhatian.
Kini, anak kepada Richard berada di hadapannya. Matlamatnya akan tercapai tidak lama lagi. Iaitu menghapuskan keturunan Richard Risley di muka bumi ini !
"Aku tanya sekali lagi, MANA ISTERI AKU!!?" Tengking Zuhairie kuat. Mendidih api kemarahan dalam hatinya apabila lelaki kejam itu dengan selamba menghina Ain Amani.
"Hrmm ... Bagi aku ingat balik" Raymond Risley berpura-pura berfikir. Tangan memeluk tubuh.
"Oh yaa! Malam tadi, di atas katil --" kata-kata Raymond berjeda sebentar. Sengaja mahu membuatkan hati Zuhairie membara.
"Dalam bilik gelap. Bersama aku" Raymond Risley ketawa jahat. Bergema bilik itu dengan hilaian tawanya sahaja.
"What do you want from me?" Bibir diketap kuat. Menghalang bibir daripada menghamburkan sumpah seranah buat lelaki itu.
"What I want? Erm..." Raymond duduk bercangkung di hadapan Zuhairie. Mata tajam mereka saling bertatapan antara satu sama lain.
Rambut Zuhairie yang sedang terbaring di atas lantai kotor itu dicengkam dan ditarik merapati wajahnya. Berkerut dahi Zuhairie menahan sakit. Terasa mahu tercabut kulut rambutnya.
"Aku nak kau mati secara perlahan-lahan -- secara seksa. Aku tak akan biarkan keturunan Richard Risley hidup termasuk bayi dalam kandungan isteri kau" kata Raymond Risley satu persatu. Senyuman jahat menghiasi bibir.
Zuhairie mengetap gigi. Bergerak-gerak rahangnya menahan marah.
"And... I'm so sorry about your mother. Aku tak sengaja. Mula tu aku saja nak main-main. Tak tahu pulak --terbunuh. Kesian aku tengok kau dan si Andrea tu. Menangis terkenangkan mak yang dah mampus" tanpa perasaan Raymond berkata.
"Jadi... Kau !!! Tak guna. Lepaskan aku la bodoh !" Marah Zuhairie kasar. Semuanya sudah terbongkar. Rupanya lelaki itu yang membunuh wanita kesayangannya.
Zuhairie mengerang kesakitan saat Raymond menghempas kuat kepalanya ke lantai. Berpinar matanya akibat gegaran dalam kepala.
"Kau dah tak berdaya sekarang ni Zuhairie. Oh ya... Aku tengok isteri kau tu cantik sangat. Can i borrow her? -- For one night"
"Don't you dare to touch her" mencerlung matanya menikam wajah Raymond Risley. Rasa sakit di kepala diabaikan.
"Memandangkan isteri kau mengandung dan aku nak rasa kesedapan tubuh dia, apa kata anak kau aku simpan dulu. Simpan dalam tanah. Hahhahaa !!" Raymond ketawa jahat. Tidak tergambar rasa puas dapat menyakitkan hati Zuhairie.
"Kau nak bunuh aku, bunuh aku sorang. Jangan libatkan orang sekeliling aku!"
"Kalau aku bunuh kau dulu, kau mati sorang-sorang. Kesian kau sorang-sorang. Jadi, aku bawakan kau peneman iaitu orang yang kau sayang"
"Isteri aku tak ada kena mengena dalam hal ni. Jangan libatkan dia sekali dalam pembunuhan kejam kau ni!" Zuhairie sudah tak terdaya, namun digagahi juga demi isteri dan anaknya.
"Kau tak nak isteri kau jadi mangsa? Baik... Apa kata aku gantikan dengan adik kau, Andrea Az Zahra Rislea" Raymond Risley tarik semnyuman senget.
"Jangan ganggu adik aku la bodoh. Lepaskan aku syaitan!!!" Zuhairie meronta kuat. Dia cuba untuk meleraikan ikatan pada badan dan kaki namun itu semua hanya sia-sia.
"Cari Andrea sekarang. Jangan sampai terlepas" arah Raymond pada bodyguard yang berjaga di hadapan pintu.
Senang kerjanya kali ini. Seorang lagi bakal masuk ke dalam 'permainan' ini. Dan permainan' ini akan dia tamatkan 'dengan segera. Supaya dia dapat jadi pemenang tanpa ada persaingan dari pihak lawan.
•••••
Fawwaz Amsyar menolak daun pintu rumah bapa saudaranya. Semua sudah berkumpul di situ. Termasum kedua orang tuanya. Dia yang baru pulang dari Sabah bergegas ke sini selepas diberitahu tentang kehilangan Ain Amani. Termasuk juga tentang Zuhairie yang sudah dua hari tidak pulang ke rumah.
'Kau buat kerja gila Zuhairie' bisik hatinya.
"Polis masih tak dapat kesan diorang ke?" Soal Fawwaz tanpa lengah. Tempat di sebelah papa diambilnya. Wajah sugul Andrea di sebelah mama dipandang sekilas. Wajah ceria gadis itu bagaikan sudah mati. Sedih dia melihat keadaan Andrea sekarang ini.
"Belum lagi Fawwaz. Kesan yang ditinggalkan masih tak cukup" jawab Tuan Azhari.
"Keadaan Andrea ni buat mama risau. Macam mana kalau penjahat tu muncul lagi untuk serang Andrea pula?" Terlakar riak kerisauan di wajah Puan Sri Intan. Kepala Andrea diusap lembut.
"Buat sementara waktu, Fawwaz akan ambil alih untuk lindungi Andrea. Tak mustahil Andrea akan jadi mangsa pula selepas ini" kata Fawwaz.
Selagi dia hidup, dia tak akan biarkan sesiapa menyakiti gadis pujaan hatinya. Itu janji Fawwaz.
"Dan Fawwaz rasa Fawwaz tahu siapa dalang sebalik semua ni" dia menggenggam penumbuk. Penjahat tu memang cari pasal.
Mereka saling berpandangan. Aura kejahatan Fawwaz Amsyar sudah keluar.
•••••
Sudah dua hari dia berada di bilik gelap itu. Tanpa makan dan minum. Keadaan usah cakap la. Memang tidak terurus. Dengan lantai kotor dan dan jijik. Bodyguard hanya masuk sekali sekala untuk melihat kewujudannya. Kemudian mereka keluar semula.
Dia tidak kisah jika tidak diberi makan sekalipun, yang penting Ain Amani berada dalam keadaan baik.
Bagaimana keadaan isterinya itu? Baikkah dia? Sihatkah bayi dalam kandungan itu? Ya Allah, selamatkanlah mereka. Hanya padamu aku berserah.
Lamunan Zuhairie mati apabila kedengaran pintu dibuka dari luar. Seseorang yang sudah lama tidak bersua. Jauh perbezaan wajah itu berbanding dahulu.
Makanan dan minuman yang dibawa diletakkan di hadapan Zuhairie. Kerusi di sudut bilik ditarik dan dia duduk berhadapan Zuhairie. Kaki kiri diangkat dan diletakkan di atas kaki kanan.
"Sedih sangat aku tengok jalan cerita hidup kau. Hero sepatutnya selamatkan heroin. Tapi kau, konon nak selamatkan heroin tetapi dengan diri sendiri kena tangkap" dia tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan. Konon prihatin dengan ujian yang menimpa Zuhairie.
"Kau dengan bapak kau sama aje. Dua-dua syaitan" makanan yang berada di hadapannya dijeling sekilas. Langsung tidak diusik walau sedikit.
"Cakap la apa kau nak cakap Zuhairie. Sisa hidup kau hanya tinggal beberapa jam saja lagi. Masa yang ada ni baik kau minta ampun pada Tuhan kau" dia berkata dengan penuh angkuh.
Ya! Mereka berbeza agama. Rantai salib yang tergantung di leher menandakan dia beragama Kristian.
"Kau bukan Tuhan yang boleh tentukan sama ada aku mati atau hidup lepas ni. Kau hanya seorang anak iblis yang bertopengkan manusia. Perangai binatang. Binatang pun tak sehina kau dengan bapak tua kau tu" Zuhairie menjeling tajam memandang wajah sepupunya.
Randy Fernandez --
Randy hanya tersenyum. Hinaan Zuhairie langsung tidak berbekas di hati. Dia bagaikan lelaki yang tiada perasaan. Sejak peristiwa yang berlaku beberapa tahun lalu.
"Randy !!"
Suara Raymond dari luar bilik membuatkan dia menjulingkan mata ke atas. Apa lagi orang tua ni nak.
"Bawa masuk jantan tu masuk. Parti akan bermula sebentar saja lagi" sambung Raymond. Kemudian, dia bergerak ke bilik yang menempatkan Ain Amani. Bilik yang bakal menjadi tempat pembunuhan kejam.
Randy Fernandez tersenyum jahat. Dia bangun lalu mendekati Zuhairie. Bodyguard di luar bilik dipanggil masuk. Dengan menggunakan isyarat tangan, mereka terus bertindak.
Dua bodyguard berbadan tegap melangkah merapati mereka berdua. Tubuh Zuhairie terus ditolak kasar menuju ke bilik itu. Puas dia meronta tetapi pegangan dua lelaki itu amat erat.
"Semoga berjaya untuk berjumpa dengan malaikat maut kejap lagi" sempat Randy berkata dengan penuh lagak.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro