Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 63 - Bodyguard

"Abang ke pejabat dulu. Jaga diri baik-baik okay. Kalau nak apa-apa minta dengan mama. Jangan buat kerja berat sangat. Kalau abang dapat tahu, siap sayang" panjang lebar Zuhairie memberi pesanan.

Ain mengangguk malas. Pesanan yang sama keluar dari mulut lelaki itu setiap kali mahu keluar pergi ke mana-mana. Bosan !

"Dengar ke tak? Jangan main angguk aje" geram pulak Zuhairie melihat respon isterinya itu. Pantang dengar orang membebel sikit, ada aje nak buat muka.

"Yaaa, Ain dengar. Orang tak pekak la" masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Pesanan itu langsung tidak tersekat di kepala. Nak buat macam mana. Dapat isteri jenis kepala batu.

Cubitan di belakangnya membuatkan Ain mengaduh kesakitan. Tahulah siapa gerangan yang memberi 'cubitan' kasih sayang itu. Tak lain tak bukan mama tersayang. Dia menoleh sambil menarik muncung pada Puan Aisyah yang berada di belakang. Aduh kantoi dengan mama pula. Bernanah pula telinga sekejap lagi dengar mamanya itu membebel.

"Zuhairie jangan risau, Ain ni biar mama yang jaga. Pergi pejabat cepat, nanti lambat pula" gesa Puan Aisyah. Jelingan tajam Ain di sebelah diabaikan sahaja.

Sudah biasa dengan sikap gadis itu. Baginya perkataan yang keluar dari mulut Ain sedikit kasar. Ain adalah anak gadisnya. Lebih baik dia menegur daripada orang lain yang menegur.

"Terima kasih mama. Zuhairie minta maaf kalau susahkan mama. Kalau dia nakal, mama tarik aje telinga dia" Zuhairie makin galak mengusik apabila melihat cebikan di bibir Ain.

Puan Aisyah tersenyum sambil mengangguk. Tak ada susahnya menjaga anak gadisnya yang seorang ini.

"Abang pergi dulu. Jaga baby baik-baik okay" pesanan terakhir diberi khas kepada Ain. Tangan dihulur kepada Ain. Cepat sahaja gadis itu menyalaminya. Tanda gadis itu sedang merajuk. Zuhairie mengucup dahi Ain sekilas. Langsung tidak segan dengan pandangan mata Puan Aisyah.

Kemudian, Zuhairie menyalami tangan ibu mertuanya itu pula. Kucupan di dahi wanita itu turut diberikan. Wanita yang dia anggap seperti ibu kandunganya sendiri. Puan Aisyah sahaja yang menjadi tempat untuk dia melepaskan rindu pada arwah Puan Marina yang telah pergi menghadap ilahi.

•••••

Ain melangkah perlahan mencari kelibat Puan Aisyah. Terserlah kegembiraan di wajahnya. Dia baru sahaja selesai berborak dengan Andrea melalui panggilan telefon. Rasa rindu pula pada sahabatnya itu walaupun baru beberapa hari tidak berjumpa.

Ain segera merapati sosok tubuh Puan Aisyah yang sedang memasak di dapur. Tubuh wanita itu dipeluk dari belakang. Aroma masakan Puan Aisyah membuatkan dia lapar tiba-tiba.

"Oih... Apa peluk-peluk ni. Mama panas tahu tak" marah Puan Aisyah garang. Ain hanya menayangkan giginya sambil menggaru kepala. Mama ni spoil betul. Baru nak bermanja-manja dengan mama.

Ain melabuhkan punggung di atas kerusi yang terdapat di meja kerja dengan berhati-hati. Bersepah-sepah meja dengan sayur-sayuran yang telah siap dipotong. Itulah mama, orang nak tolong tak bagi. Dengar sangat cakap Zuhairie tu. Bukan susah pun nak potong sayur.

"Mama! Adik nak keluar dengan Andrea boleh?" Ain meminta izin dari Puan Aisyah yang sedang mencedokkan lauk ke dalam pinggan. Kemudian, pinggan tersebut diletakkan di bawah tudung saji.

"Nak pergi mana? Zuhairie tahu tak?" Soal Puan Aisyah sambil mendekati anak perempuannya. Kerusi di hadapan Ain ditarik dan diduduk.

Ain menggeleng perlahan. Tak habis-habis Zuhairie. Sudah la rajuknya pagi tadi belum hilang.

'Jangan la merajuk lama-lama. Nanti dia tak ada kau rindu pula' bisik hati Ain sinis. Tajam menikam ke dalam hati tuan badan.

"Minta izin Zuhairie dulu. Jangan keluar sesuka hati je. Dia tu suami adik. Syurga di bawah tapak kaki dia. Ingat tu" Puan Aisyah sudah membuka tazkirah percuma.

"Baiklah mama... Kejap lagi adik telefon okay" ujar Ain manja. Mata dikerdip dua kali ke arah Puan Aisyah.

"Telefon sekarang jugak. Kejap lagi la sangat. Tengok-tengok terlupa macam tu aje" Puan Aisyah hanya menggeleng melihat sikap anaknya. Kadang-kandang manja, kadang kadang keras kepala, kadang-kadang tu terlebih innocent.

"Yelaah²..." Ain mengalah juga. Jari jemari bergerak pantas di atas skrin. Tertera nama perkataan Abang menandakan nombor Zuhairie sedang didail. Puan Aisyah yang sedang memerhati dipandang sekilas.

Tuttt ... Tuttt ...

Tak sampai seminit panggilannya dijawab oleh suami tercinta. Terdengar suara lelaki itu di hujung talian.

"Assalamualaikum abang. Ain nak keluar dengan Andrea boleh?" Terus Ain menyoal seperti kereta api. Tak perlu nak berkias bagai. Bukan lelaki itu paham pon. Lagipun, sisa rajuknya tadi masih ada.

"Waalaikumussalam. Sayang nak ke mana?" Sengaja Zuhairie menyoal. Padahal dia sudah tahu selepas dimaklumkan oleh Andrea sendiri tadi.

"Nak keluar makan dengan Andrea aje. Boleh la pleasee ..." Suara sengaja dileretkan. Bukan senang Zuhairie mahu benarkan dia keluar. Pasti akan disoal seperti pegawai polis terlebih dahulu.

"Boleh. Kejap lagi Andrea sampai dengan 3 orang bodyguard. Nick dan Ivan tak boleh join sebab ada meeting dengan abang" beritahu Zuhairie. Kerja di yang menimbun di hadapannya ditangguhkan sebentar. Rindu pula dengan ibu mengandung yang comel itu.

"What? Bodyguard? Tapi, sayang nak keluar dengan Andrea ajelah" Ain membentak kecil. Tak suka betul dia dengan bodyguard. Semua tempat mereka mahu ikut. Tak rasa privasi langsung. Itu bukan bodyguard namanya, itu busybody. Huh!

"No excuses. Kalau tak nak bodyguard, jangan keluar. Tinggal aje dalam rumah" suara Zuhairie kedengaran tegas. Kadang-kadang dia perlu bertindak keras terhadap Ain. Tak perlu ikut sangat kehendak isterinya itu. Ada saja alasan untuk melawan kembali.

Suara Ain yang tidak kedengaran menyedarkan Zuhairie. Nampaknya dia sudah tersilap langkah. Pasti Ain terasa hati dengannya. Macam manalah dia boleh meninggikan suara. Sungguh dia tidak sengaja.

"Sayang... jangan la merajuk. Abang minta maaf okay. Abang buat ni demi sayang juga. Jadi apa-apa karang abang jugak yang susah. Abang .."

Ain terus meletakkan panggilan sebelum Zuhairie sempat menghabiskan ayat. Hatinya benar-benar terasa dengan sikap Zuhairie. Dia rasa hidupnya sedang dikongkong. Semuanya tak boleh. Buat itu tak boleh, buat ini tak boleh. Dia tahu dia sedang mengandungkan anak lelaki itu, tetapi tak perlu rasanya hendak ada bodyguard bagai. Dia hanya mahu meluangkan masa bersama Andrea sahaja.

Dia berdiri perlahan mahu menuju ke bilik. Tangannya sejak tadi melekat di perut. Tendangan kecil di perut tidak dihiraukan. Begitu juga dengan panggilan Puan Aisyah yang kelihatan terpinga-pinga. Maafkan adik, mama. Menantu mama buat adik sakit hati.

•••••

Zuhairie mendengus kecil. Panggilan telefon yang telah dimatikan oleh Ain sebentar tadi dipandang sepi. Susah betul dengan ibu mengandung ini. Semua benda tak kena, semua benda nak merajuk. Aku merajuk jugak karang, dia juga susah nak memujuk.

Butang di telefon pejabat ditekan. Kedengaran suara personal assistantnya di hujung talian.

"Panggil Nick masuk dalam bilik saya. Sekarang!" Ujar Zuhairie kemudian panggilan terus diletakkan. Kerusi pejabat dipusing ke kiri dan kanan. Mata terpejam rapat. Gaya seperti sedang memikirkan masalah negara.

Bunyi ketukan di pintu membuatkan perbuatannya terhenti. Mata terus terbuka luas. Kelihatan Nick sedang melangkah masuk selepas diberi kebenaran olehnya.

"Nick, hantar 3 orang bodyguard untuk iring kereta Andrea ke rumah Puan Aisyah. Lagi 2 orang hantar untuk perhati mereka berdua" tegas Zuhairie memberi arahan.

Nick mengangguk faham. Jari menekan sesuatu di telinga. Mulut terkumat kamit memberi arahan. Alat canggih yang dipakai di telinga berperanan untuk memberi tugas kepada bodyguard yang terdapat di markas simpanan rahsia mereka.

•••••

Sementara menunggu Andrea sampai, Ain mahu membersihkan diri terlebih dahulu. Walaupun tak busuk tetapi lebih elok dia mandi sebelum keluar rumah.

Dia berhenti di hadapan cermin. Menilik wajah yang kelihatan berseri-seri. Pandangan jatuh pada pantulan tubuhnya pula. Erm, makin gemok la. Dah tak cantik. Macam mana kalau Zuhairie cari lain? Ain segera beristghfar dalam hati. Apa pulak fikir macam tu.

'Tak payah fikir sangat la Ain oi. Kalau dia setia, dia tak cari lain.' Suara hati memujuk tuan sendiri.

Pandangan Ain terpaku pada rantai yang tergantung di lehernya. Bersinar-sinar apabila terkena cahaya matahari.

Tanggal sekejap rantai ni boleh tak? Sekejap aje. Lagipun, dia risau jika rantai ini karat apabila kerap terkena air. Sayang kerana rantai ini kelihatan sangat cantik. Terkial-kial Ain cuba menanggalkan rantai itu. Setelah selesai, rantai itu diletakkan di atas meja. Tuala dicapai dan dia terus masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

•••••

"Anak saudara aku bila nak keluar ni? Aku dah tak sabar nak tengok muka comel dia" kata Andrea bersama mata yang bersinar. Tangan ditekap pada perut besar Ain. Terserlah keterujaan pada wajahnya apabila terasa tendangan bayi dalam perut. Ni mesti satu kepala dengan maksu. Dah pandai highfive dah walaupun masih ada dalam perut.

"Tak lama dah. Sabar la kejap. Nanti dia keluar kau tatap la muka dia" mahu tergelak dia melihat wajah Andrea. Seronok betul dia main tekap tangan kat perut orang.

"Kau rasa dia ikut muka aku atau muka Zuhairie? Kalau muka aku mesti comel kan? Kalau Zuhairie pulak mesti muka garang" sengaja Ain menduga Andrea. Dia lihat gadis itu menjulingkan mata ke atas.

"Baby ni mestilah ikut muka aku. Mak su dia yang cantik lagi kebabom ni" balas Andrea sambil tergelak kecil.

"Perasan!" Ain ikut ketawa. Layan perangai minah senget ni kadang-kadang seronok juga.

"Kau boleh tak suruh bodyguard ni duduk jauh-jauh? Aku tak suka la" bisik Ain lalu menarik muncung. Dari tadi tiga lelaki berkot itu mendengar perbualan mereka. Berdiri sahaja di sisi dia dan Andrea. Orang yang lalu lalang mula melihat pelik ke arah mereka berudua. Naik segan dia dibuatnya.

"So, kau merajuk sebab ni la?" Soal Andrea. Semasa di pejabat tadi Zuhairie memintanya untuk memujuk Ain. Dia yang tidak tahu pangkal cerita hanya mengangguk setuju sahaja. Serabut sangat dia lihat wajah si abang.

"Mana kau tahu?" Soalan Andrea tidak dijawab malas dia melontarkan soalan yang lain. Fail BM betul si Ain ni.

"Abang aku kan.. mesti la aku tahu. Dia buat semua ini untuk keselamatan kau. Tak kisah la kau suka ataupun tak, kau tetap kena terima" giliran Andrea pula memberikan khidmat nasihat percuma. Free of charge katanya.

"Aku tak nak dengar kau ceramah.. Dah, jom pergi. Kita pergi jalan di taman bunga pula okay" Ain menekup telinga. Cair pulak tahi telinga dengar Andrea membebel. Dah macam mak nenek pulak dia dengar.

"Kau cakap nak keluar makan aje. Ni nak merayap ke tempat lain pula"

"Ala... Kejap aje. Boleh la" Ain tayang muka comel. Mata dikerdipkan beberapa kali. Senjata utama untuk memujuk orang tersayang.

Andrea menggeleng perlahan sambil tersenyum. Ada sahaja idea untuk orang dengar cakap dia. Alahai, demi si ibu mengandung ni. Apa-apapun dia sanggup lakukan.

Selesai membayar bil, mereka bergerak bersama-sama menuju ke taman bunga berdekatan. Tiga orang bodyguard setia mengikut dari belakang. Nak buat macam mana, dah kerja mereka Ain Amani oii...

•••••

Ain dan Andrea mengambil tempat duduk yang agak tersorok dari orang ramai kerana hanya di situ sahaja tempat kosong yang ada. Lagipun, pokok redup di situ menjadikan kawasan itu teduh dari pancaran matahari yang mencucuk kulit.

Taman bunga ini tidak ramai pengunjung kerana hari ini merupakan hari bekerja. Pelbagai jenis ragam manusia yang dapat dia lihat. Ada yang sedang beriadah bersama keluarga dan ada yang berjoging.

"Andrea.. nak tu" Ain menunjukkan jari telunjuk ke arah foodtruck yang tersadai tepi jalan. Cuaca panas membuatkan tekaknya kering dan dahaga. Ramai pulak orang beratur untuk membeli makanan dan minuman.

"Aku suruh.." belum sempat Andrea menghabiskan kata, Ain terus memotong.

"Tak nak. Aku nak kau yang beli" Ain tersengih jahat. Bukan selalu dia nak membuli adik iparnya yang seorang ini.

Andrea telan liur. Ain ni memang sengaja nak suruh dia beratur panjang ke macam mana? Dia tak biasa la nak beratur-beratur ni. Namun, apakan daya. Demi mak buyung ini, dia turutkan sahaja.

"Kau duduk sini. Jangan ke mana-mana" Andrea segera bangun dari tempat duduk.

"Nak ikut!" Menyesal pula dia suruh Andrea. Mesti kena tinggal dengan bodyguard² yang langsung dia tak kenal. Macam poyo aje dengan spek mata hitam. Kalau dengan Ivan boleh juga dia berbual.

"Jangan mengada. Duduk situ" marah Andrea sambil menjegilkan mata. Fikir di Ain tu budak kecik nak main jegil-jegil mata? Minah tu ketawa lagi ada la. Langsung tak takut.

"Korang perhatikan dia. Jangan bagi dia pergi ke mana-mana" Andrea memberikan arahan kepada dua orang body guard itu. Makin bertambah masam Ain dibuatnya.

"Baik cik" ketiga-tiga mereka mengangguk laju. Arahan bos yang digeruni setiap orang. Manakan tidak, gadis itu memiliki pengetahuan dalam taekwondo. Siap ada tali pinggang hitam lagi. Tak berani mereka nak lawan arahan Andrea.

Mereka bertiga memandang antara satu sama lain. Nak buat apa sekarang ni? Tak kan nak tercongok pandang ibu buyung ni sepanjang masa. Naik bosan mereka. Lagipun mereka tahu isteri bos lebih sukakan privasi. Jadi, mereka tidak mahu mengganggu gadis itu.

"Quan" panggil Yen sambil memuncungkan bibir ke arah sekumpulan gadis yang sedang melirik menggoda ke arah mereka. Tak lain tak bukan minah geng motor. Dengan berpakaian sendat, rambut diwarnakan dan kasut setebal 5 inci.

Quan, Yen dan Mirul tersengih gatal. Lupa terus akan arahan Andrea sebentar tadi. Mereka berjalan dengan penuh lagak ke arah kumpulan yang tidak jauh tempat mereka berdiri. Ain Amani ditinggalkan begitu sahaja.

•••••

Beberapa minit kemudian, Andrea kembali ke tempat di mana Ain duduk tadi. Dia lihat Ain sudah tiada. Begitu juga dengan tiga orang bodyguard yang diupah oleh Zuhairie. YaAllah, mana Ain. Jangan cakap gadis itu berjalan seorang diri.

"Ain !" Peluh di dahi dilap kasar. Makanan yang dibeli diletakkan di atas bangku. Bagaikan direnjat arus elektrik apabila melihat telefon bimbit Ain ditinggalkan bersama sekeping nota.

"I GOT HER"
-risley-

Tiga bodyguard itu terkocoh-kocoh berlari mendapatkan Andrea. Mereka yang sedang berborak dengan gadis-gadis motor terkejut mendengar panggilan Andrea. Memerah muka gadis itu menahan amarah.

"Mana Ain?" Soal Andrea garang apabila tiga manusia itu berdiri di hadapannya. Seorang demi seorang dipandang seperti harimau. Baraan hatinya sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Err tadi dia ada di sini" jawab Quan takut-takut. Isteri bos mereka sudah tidak kelihatan membuatkan mereka bertambah kecut. Mampus mereka kali ini. Ini baru bos kecil mengamuk, belum lagi bos besar.

"Aku tak tanya tadi. Aku tanya mana Ain sekarang?!!" Jerkah Andrea kuat. Kalau ikutkan hatinya, mahu mati tiga orang itu di tangannya sekarang. Namun, disabarkan hatinya. Biar Zuhairie sendiri yang lakukan.

Orang yang lalu lalang mula memandang ke arah mereka. Begitu juga dengan geng-geng motor tadi.

"Aku suruh buat benda senang je pon. Tak boleh harap langsung" marah Andrea lagi.

"Cari Ain sekitar kawasan ini sampai jumpa. Aku tak nak jawapan 'tak jumpa' dari korang. Kalau tak, lunyai aku kerjakan" arahan diberikan bersama ugutan yang pasti membuatkan mereka kecut perut. Laju sahaja bodyguard itu mengangguk tanda paham.

Telefon Ain dimasukkan ke dalam beg tangannya. Sebagai bukti untuk dia tunjukkan kepada Zuhairie nanti. Kaki melangkah ke kereta bersama hati yang menggunung kerisauan.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro