Part 62 - Sweet
Arian berlari anak memeluk kaki Ain apabila melihat ibu buyung itu perlahan menuruni tangga. Sesaat kemudian, tubuh kecil Arian hilang dalam dakapan erat Ain Amani. Terdengar jeritan kecil Arian apabila Ain sengaja menggeletek tubuhnya.
Andry Zuhairie Risley di sebelah tersenyum senang. Rambut lurus Arian diusap perlahan. Comel dan handsome! Mungkin lebih mengikut iras wajah Abang Sharif iaitu suami kepada Kak Asya.
"Arian bila sampai? Acu tak dengar bunyi kereta pun" soal Ain ramah.
Arian ialah satu-satunya anak saudara yang dia ada. Aniq Wafri dan Kak Izzati masih belum dikurniakan cahaya mata. Belum rezeki kata mereka. Doa tak putus-putus supaya diberikan rezeki yang melimpah ruah kepada pasangan itu.
"Memang la tak dengar sebab Acu ada dalam bilik tadi" petah kanak-kanak berusia 6 tahun itu berkata-kata. Kemudian, pandangannya jatuh pada perut Ain yang membulat ke depan.
"Perut Acu dah besar la. Tak lama lagi Arian dapat adik la kan? Lelaki ke perempuan ni? Tak sabarnya nak dapat adik. Mama kedekut tak nak bagi adik kat Arian" bibir comel itu memuncung ke depan. Sudah banyak kali dia meminta pada mama untuk diberikan adik, tetapi masih belum dapat.
"Ha'ah. Lepas ni Arian kena jadi abang yang baik sebab Arian kena jaga dia. Arian nak adik lelaki ke perempuan?" Sengaja Ain menduga anak saudaranya itu.
Arian meletakkan jari di dagu. Seperti sedang berfikir mana satu pilihan hati. Bibirnya mengukir senyuman. Jawapan itu bermain di fikirannya.
"Mana-mana pon tak apa. Lelaki ke perempuan ke, Arian sayang macam adik Arian sendiri. Arian suka main dengan baby" Arian tersengih menampakkan giginya yang tersusun kemas.
Zuhairie yang sejak tadi mendengar perbualan Ain dan Arian, tersenyum nipis. Tubuh Arian diangkat dan didukungnya. Practise awal-awal supaya tak kekok dukung anak sendiri nanti. Nasib baik Arian ringan je.
"Baby ni mesti comel kan? Acu cantik dan Pacu handsome" matanya silih berganti memandang Zuhairie yang putih pucat dan Ain yang dilitupi selendang.
Ain ketawa kecil. Alahai kembang la tu kena puji. Matanya jatuh pada Zuhairie yang sedang membelai rambut Arian. Gaya seperti seorang bapa mithali.
Ain suka melihat Zuhairie dari sisi ini. Zuhairie yang penyayang dan romantik. Zuhairie yang dulu sudah lama tiada. Penculik, penjahat dan juga perogol. Kisah silam lama jangan diungkit. Andry Zuhairie Risley sudah lama berubah ke arah kebaikan. Diharapkan agar kebahagiaan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat mereka.
•••••
Mata Ain Amani melorot pada Zuhairie yang sedang memetik beberapa jenis bunga yang ditanam oleh Puan Aisyah. Dia yang menyuruh Zuhairie petik bunga-bunga di situ. Nasib baik mamanya memahami perangai anak gadisnya yang seorang ini. Pantang nampak bunga mesti suruh orang petik.
Bakul rotan yang tergantung di lengan sasa lelaki itu membuatkan Ain mahu menghamburkan tawa. Badan nampak tough, tapi petik bunga macam mak nyah. Nasib baik la handsome, terpikat la jugak pada suaminya itu.
"Abang, meh sini" Ain menggamit Zuhairie yang asyik dengan bunga-bunganya. Pelbagai jenis warna bunga terdapat dalam bakul itu.
Bunga-bunga itu dia mahu jadikan crown seperti yang biasa dia lihat dalam photoshoot pengantin. Crown itu digayakan di atas kepala bagi menambahkan seri kewanitaan seseorang.
"Kejap sayang" Zuhairie menoleh sebentar memandang Ain sebelum kembali menatap bunga ros di hadapannya. Nak pilih mana satu ni? Semua cantik-cantik. Sayang pula nak petik. Ahh ambil ajelah. Terus gunting di tangan memotong dua kuntum bunga ros lalu diletakkan dalam bakul. Ok done !
Kaki melangkah ke arah gazebo yang terdapat di taman bunga buatan manusia itu. Gazebo itu dikelilingi dengan kolam ikan koi. Pokok-pokok yang ditanam di situ memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang melihat. Cantik sungguh rekaan yang dibuat oleh ibu mertuanya.
Kelihatan Ain sedang bersantai sambil kaki digoyangkan ke bawah. Amboi seronok nampak. Kita susah-susah kutip bunga untuk dia. Dia bersenang lenang atas gazebo sana. Haihh nasib la sayang.
"Meh duduk sini" Ain menepuk tempat di sebelah apabila melihat Zuhairie menghampiri. Teruja betul dia apabila dapat melihat wajah kacukan lelaki itu.
Zuhairie meletakkan bakul bunga itu di sisi Ain. Arahan Ain dibiarkan sepi. Dia tidak mengambil tempat di sebelah Ain tetapi berdiri di hadapan gadis itu sambil memeluk tubuh. Ain mengerdipkan mata beberapa kali memerhati tingkah Zuhairie.
Tanpa menunggu lama, tubuh Ain terus dicempung. Terdengar jeritan kecil dari bibir comel itu. Zuhairie mengemaskan lingkaran apabila Ain meronta kecil. Jatuh karang dia jugak yang susah.
"Abang! Nanti mama dan papa nampak malu la" Ain menarik muncung itik. Terasa bahang wajahnya dengan perbuatan Zuhairie. Sebelah tangan memaut erat leher Zuhairie.
Rungutan Ain membuatkan Zuhairie tersenyum sumbing. Tak ada maknanya mama dan papa nak nampak. Tempat ini dipenuhi dengan pokok-pokok yang membangkitkan suasana redup. Tadi pun nasib baik Ain yang tunjukkan. Kalau tak, dia tak tahu pun ada gazebo di tengah-tengah.
"Biarlah" jawab Zuhairie tenang. Sengaja mahu mengusik di isteri. Makin bertambah masam la wajah Ain dibuatnya.
Dia kemudian mengambil tempat di tepi gazebo. Manakala tubuh montel Ain didudukkan di atas ribanya. Kaki terjuntai ke bawah di mana terdapat kolam ikan di situ. Lingkaran pada pinggang Ain dieratkan lagi. Nanti tak pasal-pasal isterinya itu jatuh ke dalam kolam ikan koi.
"Kenapa panggil abang? Dah nak beranak ke?" Soal Zuhairie apabila melihat Ain hanya diam. Merajuk la tu. Kuat merajuk betul minah ni sejak mengandung. Bawaan budak mungkin.
Kucupan sekilas di bibir Ain membuatkan wajah gadis itu memerah. Suka betul dia melihat wajah gadis itu membahang malu. Tamparan lembut di dadanya menandakan rajuk Ain sudah terbang pergi.
"Ish.. belum lagi la. Baby nak duduk dalam perut lagi" Ain menjawab sambil mengusap lembut perutnya yang besar. Lagi beberapa hari sahaja akan cukup 9 bulan. Tak sabar rasanya mahu melihat wajah bayi ini. Dia tidak kisah tentang jantina. Asalkan bayi yang dikandung sihat dan sempurna akalnya.
"Habis tu?" Zuhairie garu kepala. Tadi panggil orang macam ada masalah besar aje. Tangannya melekat pada perut Ain. Bila baby nak keluar ni? Papa dah tak sabar la.
Ain menggapai sesuatu yang berada di belakang nya. Jenuh jugak Zuhairie nak menggawal pergerakan Ain lincah itu.
"Tada.... Cantik tak?"
Crown bunga yang baru dia siapkan tadi ditunjukkan di depan Zuhairie. Dia lakukan semasa Zuhairie sedang memetik bunga.
"Erm.. kalau sayang pakai mesti lagi cantik" ujar Zuhairie jujur. Crown berbentuk bulat yang dikelilingi dengan ros berwarna cream amat menarik minat sesiapa yang memandang. Terutama perempuan.
'Patut la suruh kutip bunga bagai. Nak buat benda alah ni rupanya' bisik hati Zuhairie. Crown itu dipandang saja.
"Abang pakai mesti nampak handsome"
Sejurus itu, crown berbunga itu terus diletakkan di atas kepala Zuhairie. Memandangkan kedudukan mereka yang amat rapat, membolehkan Ain meletakkannya dengan mudah.
"Hey! Apa ni. Hilang macho abang kalau pakai" sebelah tangan cuba menanggalkan kembali crown tersebut. Tetapi, ada sesuatu yang menghalang. Tangannya disentuh lembut oleh Ain. Terhenti perlakuan Zuhairie untuk seketika. Mata mereka saling bertentangan.
"Kejap la.. jangan tanggalkan lagi. Sayang nak tangkap gambar. Nanti bila sayang rindu abang, sayang boleh tengok gambar ni" Ain tersenyum manis.
Zuhairie terdiam. Merenung lama ke dalam anak mata Ain Amani. Tangannya diturunkan semula dan kembali memeluk erat tubuh kecil itu.
Entah mengapa hatinya berada sesuatu. Perkataan yang keluar dari mulut Ain tanpa disedari oleh gadis itu bagaikan merentap jiwanya. Ya... Satu hari nanti Ain pasti akan merindui dirinya. Hanya gambar itu sahaja yang akan dijadikan kenangan antara mereka berdua.
Terkapai-kapai Ain mahu mencapai telefon bimbitnya yang berada di belakang Zuhairie. Maklumlah, orang pendek mestilah tangan pon pendek.
"Senyum la. Kenapa muka masam aje ni" tegur Ain lembut. Kamera telefon dihalakan ke depan muka Zuhairie.
Lelaki itu masih tidak memberikan reaksi. Muka masam seperti selalu sebab kena paksa bergambar. Amik kau Ain. Nasib laki kau tak mengamuk aje.
Klik !
"Ha... Tengok! Kan orang cakap handsome" ujar Ain gembira. Gambar yang ditangkap tadi, ditunjukkan kepada Zuhairie. Tetapi, lelaki itu hanya buat tak tahu.
Dalam telefonnya penuh dengan wajah Zuhairie sahaja. Zuhairie sedang tidur, makan, berehat dan juga sedang mencium perutnya. Semuanya ada. Dan gambar-gambar itu ditangkap tanpa Zuhairie sedari. Gambarnya bersama Zuhairie langsung tidak ada. Entah la mengapa dia tidak suka mengambil gambar.
Mata Zuhairie terpaku pada Ain yang sedang tersenyum sambil membelek gambar yang ditangkap tadi. Tangannya naik mengusap ubun-ubun gadis itu. Satu kucupan hinggap di tepi kepala Ain. Tidak dapat dia bayangkan hidupnya tanpa gadis itu. Gadis yang sentiasa menceriakan hari-harinya.
•••••
Sorry sangat² sebab lambat update. Tolong abaikan typo kalau ada. Hohoho..
Satu lagi part akan dipublish malam ni. Dan satu lagi esok.. so cukup triple part.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro