Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 60 - Rumah Mama

Andry Zuhairie Risley sudah nekad. Keselamatan Ain berada di hujung tanduk sekarang ni. Dia tidak akan biarkan manusia itu mencederakan wanita yang dia cinta.

Dengan matanya sendiri dia melihat Ain meracau dalam tidur semalam. Di bibir gadis itu tidak putus menyebut kalimah suci berselang seli memanggilnya 'abang'. Puas dia mengejutkan Ain tetapi tetap juga tidak bangun. Hampir semalaman dia tidak tidur, memerhatikan gadis itu. Risau jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Dan pada petang itu juga dia nampak kelibat seseorang berambut panjang. Lelaki berambut putih. Berpakaian serba hitam. Sedang berlegar-legar di kawasan rumahnya. Lelaki itu telah berjaya menjejakinya di sini.

Ain merupakan sumber kekuatannya. Dan dia tahu, manusia berdarah vampire itu tidak akan berdiam diri sekarang ini. Dia akan mencari jalan supaya keturunan Richard Risley terhapus dari muka bumi ini.

Semua pakaian dan barangan keperluan Ain disumbat ke dalam beg yang agak besar. Lipat? Tak perlu. Dia mesti cepat bertindak sekarang. Sudah tiada masa untuk berlengah lagi. Pakaiannya dicapai dan dimasukkan sekali ke dalam bagasi itu. Zip ditarik dan -- Siap !!

"Abang.." panggilan lembut dari belakang membuatkan Zuhairie segera menoleh. Dia lihat Ain sedang melangkah ke arahnya sambil memegang perut yang semakin besar. Gadis itu memakai gaun pendek paras paha tanpa seluar. Terserlah kulit mulus Ain yang gebu itu. Sengaja nak goda aku ke apa ni?

"Cepat siap. Kita balik rumah mama"

"Tapi.. kenapa?"

Zuhairie pandang Ain tak percaya. Takkan dah lupa tentang mimpi tu?

Oh! Zuhairie hampir lupa. Selalunya ingatan Ain tentang mimpi akan lenyap tak sampai 1 jam. Bila ditanya balik tentang mimpi apa yang dihadapi, mesti akan dijawab dengan gelengan. Bermaksud bahawa Ain lupa tentang mimpi yang dialami.

Zuhairie menarik tangan Ain lantas memeluk pinggang gadis itu. Kemudian, jemarinya naik mengusap pipi Ain yang semakin tembam.

"Rumah ni dah tak selamat. Sayang tinggal kat rumah mama sampai baby keluar okay?" Terang Zuhairie panjang lebar. Dengan Ain yang blur macam budak 5 tahun ni, dia perlu cakap satu persatu. Kalau tak, gadis itu tak paham. Nasib baiklah Zuhairie penyabar orangnya.

"Yeayyy balik rumah mama" jerit Ain teruja. Terlakar riak gembira pada wajahnya. Ain melompat kecil seperti kanak-kanak. Ish minah ni. Tak reti duduk diam langsung.

"Jangan lompat, sayang!" Zuhairie memberi amaran keras. Risau jugak tengok ibu mengandung melompat macam tu. Terberanak kat sini karang aku jugak yang susah. Sudahla hospital jauh.

•••••

Zuhairie memasuki tempat duduk pemandu. Dia memandang sebelah. Ain yang siap memakai tudung sudah lama menunggu sampai boleh terlelap. Kesian isterinya itu. Siapa suruh kau bersiap mengalahkan anak dara!

Ivan, Nick dan Andrea sudah lama bertolak meninggalkan perkarangan rumah itu. Mereka bertiga akan tinggal di rumah arwah Puan Marina di tengah bandar untuk sementara waktu. Demi menjaga adiknya itu, Nick dan Ivan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh Zuhairie untuk melindungi Andrea.

Kereta berwarna hitam itu mula bergerak perlahan keluar dari kawasan rumah yang dikelilingi hutan. Kepala Ain yang terlentok pada tempat duduk diusap perlahan. Zuhairie membuang pandang ke luar tingkap. Dia cuba fokus pada pemanduannya. Cuaca cerah membolehkan dia melihat sekeliling.

Suasana redup yang dikelilingi pokok-pokok besar di sepanjang laluan amat menenangkan. Tanpa sedar, hampir 15 minit perjalanan mereka. Ain di sebelah masih nyenyak tidur. Letih membawa budak barangkali.

Zuhairie menggosok belakang tengkuknya. Rasa lenguh pula kerana lama memandu. Bagi meregangkan otot dan sendi, dia pandang sekilas ke arah hutan tebal yang berada di sebelah kiri sebelum mengalihkan pandangan ke hadapan semula.

Kejap !

Dia nampak sesuatu.

Brek ditekan mengejut. Terdengar seretan tayar yang bergesel dengan tar jalan. Tubuh mereka berdua terhentak sedikit di hadapan. Nasib Ain di sebelah memakai tali pinggang keledar. Kalau tak dah melekat wajah comel itu di dashboard kereta.

Zuhairie segera menurunkan cermin kereta dan melarikan bebola mata ke arah pokok-pokok besar itu. Kosong! Bayangan itu sudah tiada. Pandangannya dilarikan ke kawasan sekitar. Tetapi, tetap juga tidak ketemu.

Dia yakin apa yang dia lihat tadi. Bukan sekadar bayangan mata atau berhalusinasi. Tak mungkin dia tersilap tengok.

Ada satu susuk tubuh berada jauh di tengah hutan menjengah pandangannya. Berpakaian semua hitam. Berambut panjang putih. Dan yang pasti ianya lelaki! Ya lelaki ! Hampir terhenti degupan jantungnya saat ini.

"Kenapa berhenti tiba-tiba. Are you okay, abang?"

Otak Zuhairie berhenti mencerna kejadian yang berlaku tadi apabila suara serak basah Ain yang baru bangun dari tidur menjengah pendengaran. Dia lihat Ain menggosok mata perlahan. Mungkin masih ada sisa kantuk yang menguasai diri. Pasti Ain terjaga dari tidur akibat brek mengejut tadi.

"I'm okay. Tadi ada rusa melintas" tipu Zuhairie Risley bersama senyuman kelat di bibir. Dia tidak mahu Ain berasa risau. Dahi Ain dikucup lembut. Ingin menghalau rasa gusar yang bertamu di hati. Cermin kereta gelap itu dinaikkan semula.

Ain mengangguk perlahan. Rasa mengantuk telah beterbangan pergi. Dia lihat wajah Zuhairie sedikit pucat. Mungkin ada sesuatu perkara tak kena telah berlaku.

Perjalanan diteruskan semula menuju ke destinasi. Sempat dia menjeling semula ke arah hutan. Masih kosong. Hatinya mula rasa curiga. Jika betul apa yang dia lihat tadi, apa 'dia' buat di sini.

Tak mungkin 'dia' dapat menjejaki rumah yang dibina jauh dari penempatan orang ramai. Musuh itu semakin berani. Nyawa Zuhairie sekarang berada di hujung tanduk. Tidak terkecuali orang sekelilingnya. Bila-bila masa sahaja nyawa akan diragut oleh manusia kejam itu.

Walau apapun, Zuhairie tetap percaya bahawa ajal dan maut berada di tangan Tuhan yang maha kuasa. Sekuat mana pun ilmu lelaki itu, tetap tidak dapat melawan kuasa Allah. Dia hanya mampu berdoa dan bertawakal supaya umurnya dipanjangkan untuk menjaga dan melindungi Ain Amani. Serta anak dalam kandungan itu. Dia akan mempertahankan orang tersayang walau nyawanya dijadikan galang ganti. Itu janji Andry Zuhairie Risley.

•••••

"Abang nak ke mana?" Soal Ain apabila melihat Zuhairie sedang tergesa-gesa keluar dari pintu rumah milik Tuan Azhari. Di tangan lelaki itu, dibawa bersama kunci kereta lamborgini milik lelaki itu.

Kepulangan mereka ke rumah kedua orang tua Ain Amani disambut meriah sekali. Ditambah pula dengan kehadiran kakak sulungnya iaitu Asya Raisha bersama keluarga tercinta. Arian yang comel itu juga turut menambah suasana ceria.

"Abang nak balik rumah kejap. Ada tertinggal barang" ujar Zuhairie. Kasut disarungkan secepat mungkin.

"Tak payah la. Lagipun waktu asar ni tak elok masuk hutan. Esok-esok aje pergi dengan Nick" Ain memujuk lembut sambil memegang tangan Zuhairie. Entah mengapa dia berasa tak sedap hati. Dia mendongak menatap setiap inci raut kacak di hadapannya. Mata hazel Andry Zuhairie Risley seakan bersinar.

"Kejap aje sayang. Jangan risau, okay" kepala Ain diusap perlahan bersama senyuman. Kemudian, dia duduk melutut mencium perut Ain yang semakin membesar dengan penuh kasih sayang.

Pautan erat dileraikan lembut oleh Zuhairie. Wajah lelaki itu seakan bercahaya. Terlakar riak risau pada wajah Ain apabila Zuhairie melangkah menuju ke kereta. Mata Ain tidak lepas memandang suaminya itu sehingga tubuh tegap itu menghilang ke dalam kereta.

Seluruh ahli keluarganya saling tolong menolong di dapur bagi menyiapkan makan malam. Masing-masing sibuk melakukan tugasan masing-masing. Kalau panggil Abang Aniq untuk halang Zuhairie, agak-agak dia nak tak? Kang kena cop 'queen control' sampai suami nak keluar pun dia tak izinkan. Masalahnya sekarang bukan soal kawal pergerakan lelaki itu, tetapi soal keselamatan. Dia tak nak perkara buruk berlaku.

"Abang pergi dulu" kata Zuhairie di sebalik cermin yang diturunkan. Tangan dilambai ke arah gadis kesayangannya. Kereta bergerak perlahan meninggalkan perkarangan rumah banglo itu.

•••••

Zuhairie memberhentikan kereta di tengah-tengah jalan hutan itu. Sesuatu benda yang berada di tengah jalan menghalang laluan kereta untuk ke rumah atas bukit.

Pintu kereta dibuka dan Zuhairie keluar untuk mengalihkan benda itu. Mengucap dia dalam hati apabila benda tersebut menjengah pandangan mata. Bangkai serigala jantan yang besar menghasilkan bau yang busuk. Binatang itu seperti baru lepas dibunuh. Masih ada darah merah yang pekat mengalir keluar dari badan. Di leher dan badan, penuh dengan kesan gigitan dan cakaran.

Cakaran? Allah ! Jangan cakap manusia kejam itu yang lakukan.

Dengan tidak semena-mena, tubuh Zuhairie Risley ditendang dari arah belakang. Tendangan yang biasa tapi kekuatan yang terhasil membuatkan dia tersungkur di atas jalan bertar. Pedih kulit wajahnya apabila bergesel dengan permukaan kasar jalan. Badannya terasa sengal dek hentakan yang kuat itu.

Belum sempat Zuhairie bangun, tiba-tiba baju yang dia pakai ditarik dari belakang. Zuhairie meronta tetapi tidak berjaya. Cengkaman manusia itu terlalu kejap. Tubuhnya diseret tanpa belas kasihan menuju ke arah belukar yang penuh dengan semak samun.

Tubuhnya dihempas kuat di atas tanah. Berkerut-kerut dahi Zuhairie menahan kesakitan.

"Bertemu lagi kita selepas berbelas tahun tak berjumpa, Andry Zuhairie Risley!"

Manusia yang bersuara itu membuatkan Zuhairie menoleh memandangnya. Terbutang mata melihat lelaki yang amat dikenali itu. Bibir diketap kuat. Cuba mengawal perasaan marah yang menguasai diri.

"Raymond Risley!" Nama itu meniti di bibirnya. Lelaki tua yang tak sedar diri untuk mati. Yang dia tahu hanya mahu membalas dendam. Dendam kerana tidak bisa memiliki darah tulen seperti Richard Risley. Hanya perkara itu sahaja dia sanggup bunuh adik kandung sendiri. Oleh kerana perasaan dengki yang tidak pernah surut, malah semakin menggunung hari demi hari.

Andry Zuhairie Risley tidak pernah menganggap lelaki ini sebagai bapa saudaranya. Jauh sekali sebagai keluarga. Manusia yang tidak layak hidup di atas muka bumi ini.

Raymond tersenyum sinis. Lama kelamaan bertukar menjadi gelak ketawa yang kuat. Gigi taring yang amat tajam jelas kelihatan. Entah apa yang menjentik tangkai hatinya membuatkan dia ketawa tak ingat dunia.

"Tak sangka, ingat lagi kau pada aku" kata Raymond dengan penuh lagak. Senyuman sinis masih tersungging di bibirnya.

"Aku tak akan lupa pada orang yang dah bunuh ayah aku!!" Jerit Zuhairie lantang. Dia bangun dan berdiri berhadapan Raymond dengan penuh berani meskipun badannya terasa sakit. Tangan digenggam kuat. Suaranya tadi bergema hingga ke pelusuk hutan. Mata mencerlung tajam memandang lelaki tua yang sudah mencecah umur seratus lebih itu.

"Dan orang seterusnya ialah kau!"

Sejurus itu, tendangan dihadiahkan di perut Zuhairie membuatkan lelaki itu jatuh ke tanah semula. Tubuh Zuhairie membongkok sambil memegang perut. Tindakan lelaki tua itu yang tiba-tiba membuatkan dia tidak bersedia untuk mengelak.

Lantas, Raymond Risley melayangkan tendangan ke arah kepala Zuhairie. Berpinar-pinar pandangan mata akibat tendangan itu. Tidak cukup dengan itu, lelaki tua itu menggigit pula bahu Zuhairie sehingga terkoyak dagingnya.

Tiada apa yang mampu Zuhairie lakukan. Hanya menjerit kesakitan. Raymond kelihatan seperti kerasukan, matanya berubah menjadi warna merah darah. Anak matanya menjadi kecil dan tajam, saling tidak tumpah seperti haiwan pemangsa yang kejam.

Kuku tajam berwarna hitam pekat dikeluarkan. Raymond Risley mencakar-cakar tubuh Zuhairie sehingga kulitnya terkoyak dan mengalirkan darah. Zuhairie tidak lagi bersuara namun masih bernyawa. Dia tidak dapat hendak lakukan apa-apa. Hanya menerima dengan penuh kesakitan yang tidak dapat nak diungkapkan dengan melalui kata-kata. Kata-kata yang menggambarkan betapa sakit dan peritnya menunggu mati dalam keadaan yang terseksa

Zuhairie menunggu saat malaikat maut mencabut nyawa dari tubuhnya. Dan, ketika ini gambaran wajah-wajah orang tersayang sedang berlegar-legar di ruang mata.

Darah ada di merata tempat. Di badannya penuh dengan darah. Sedang dijilat dengan rakus oleh lelaki tua itu. Mata yang terbuka separuh tertutup perlahan-lahan. Gelap! Dia sudah tidak nampak apa lagi selepas itu.

•••••



Sorry gais lambat update ! Sekarang ni author dah start busy. Huhuhu. Maybe seminggu sekali baru boleh update. Mohon abaikan typo kalau ada. And sorry kalau part ni tak best.

Dan !

Sebelum terlambat, author ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan Kareem. Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas-lepas. Banyakkan amal ibadat dan kurangkan buat perkara yang tak berfaedah. Jangan ponteng puasa okay!

Dan jangan asyik membawang. Kalau tak pahala puasa akan berkurang.

Salam Ramadhan dari author tersayang. Muah!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro