Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 57 - Ain hilang

Andrea menolak pintu memasuki pejabatnya. Sepanjang langkah tadi, staf yang berselisih dengannya semua memberikan senyuman.

Ya! Dia tahu senyum itu satu sedekah. Tapi, tak pernah-pernah makcik² bawang ni nak senyum manis macam tu. Selalunya, mereka hanya menunduk hormat dan senyum hanya sekadar beramah mesra. Dan senyuman yang selemparkan seperti senyuman -- nakal? Erkkk geli pulak dia. Takkan staf di sini jadi serai kot.

Sesuatu yang berada di atas meja pejabat menarik perhatian Andrea. Beg diletakkan di atas kerusi. Dan dia menapak menghampiri benda itu.

Satu jambangan bunga mawar merah membuatkan hatinya berbunga tiba-tiba. Dia sudah dapat meneka siapa gerangan yang memberi.

Bunga itu dihidu dalam-dalam. Wangi! Harum dan cantik lagi. Kad yang diselit di celahan bunga itu diambil dan dibuka.


Good morning my lovely future wife. I harap you suka bunga ni. Sebenarnya I tak tahu bunga apa yang you suka. So, I pilih bunga ros yang melambangkan cinta antara kita berdua.

Fawwaz Amsyar,
Your future husband


Andrea sudah tidak dapat menyembunyikan senyum lagi. Meja pejabat ditumbuk manja. Kalau hari-hari macam ni, boleh kena kencing manis. Why so sweet?! Dia tersengih seperti kerang busuk. Sedang dia ralit membelek bunga itu, baru dia perasan ada lagi tulisan di belakang nota itu.

I tahu you tengah senyum sekarang. Please jangan bagi orang lain nampak. Nanti diorang terjatuh hati pulak kat you. Melepas I nanti.

Mana dia tahu aku tengah senyum? Ada pasang cctv dalam bilik ni ke? Andrea memerhati sekeliling bilik. Huishhh macam psiko pulak mamat ni.

Klingg!

Bunyi whatsapp masuk membuatkan Andrea cepat-cepat mengeluarkan telefon dari dalam beg tangan. Tiba-tiba sahaja dia rasa excited. Setiap pagi, Fawwaz akan menghantar ucapan selamat pagi. Walaupun tifak dilayan oleh Andrea, namun lelaki itu tidak pernah putus asa.

Nama Ain tertera di skrin telefon. Minah ni rupanya. Ingatkan buah hati la tadi. Aishhh nampak sangat kau tengah tunggu mesej dari Fawwaz. Mesej Whatsapp dari Ain dibuka.

Oitt minah. Balik awal tau hari ni. Teman aku kat luar. Bosan la hari-hari macam ni.

Andrea tergelak kecil. Dia dapat bayangkan wajah cemberut Ain yang masam kalah asam keping. Segeranya jarinya menari nari di atas papan kekunci itu.

Abang aku kan ada.
Nak bosan apa lagi?

Memang dia ada tapi dia tak teman aku. Dia duduk dalam rumah entah buat apa.

Andrea tersenyum kecil. Ada-ada aje minah ni. Walaupun Zuhairie tidak ke pejabat. Itu tidak bermaksud Zuhairie tiada kerja di rumah. Lelaki itu tetap sibuk seperti selalu. Segala dokumen berkenaan meeting penting dibawa balik untuk siapkan di rumah. Punya la tak mahu berenggang dengan bini, sanggup bawa balik sampai ke rumah.

Whatsapp dari Ain dibiarkan tidak berbalas. Biar tinggal bluetick! Padan muka. Asyik aku aje kena bluetick dengan kau. Balik rumah kejap lagi tunggu la kau Andrea kena bising dengan ibu bunting tu. Mulut dia kalah mesin gun time pregnant. Huiii seram duh!

•••••


Terlihat sebuah rumah agam terletak betul-betul di tengah belantara. Keadaan sekitarnya yang penuh dengan denai-denai dan pohon yang lebat membuatkan suasana rumah itu kelihatan menggerunkan. Tambahan pula dengan keadaan yang sedikit berangin.

"Kau pahal muka macam sembelit aje" Ain menjeling Andrea di sebelah yang sedang menahan kerutan di dahi. Sebelah tangan mencengkam perut.

"Aku nak --" belum sempat Andrea menghabiskan ayat, satu bunyi halus kedengaran di telinga Ain. Pantas satu bau menerpa masuk ke dalam hidung. Berubah terus riak wajah Ain.

"Eeiiiii pengotor la kau. Busuknya !" Ain menutup hidung manakala tangan Andrea ditampar berulang kali. Haa kan dah kena! Boleh pulak dia kentut kat sini. Pencemaran udara betul.

Andrea segera bangun. Sakit di oerut sudah tidak tertahan lagi. Dia mahu melunaskan hajatnya dengan segera. Ini mesti kes dia makan buah pelam muda bersama Ain tadi. Pengaruh ibu mengandung betul.

"Wei, Ain aku masuk kejap ye. Perut aku ni tiba-tiba pula buat hal pulak" Andrea meminta izin untuk masuk ke dalam rumah seketika. Tangannya pula tak lepas dari memegang perut kempisnya tanda perutnya benar-benar memulas.

Ain menggeleng perlahan sambil tersenyum.

"Ada-ada saja kau ni. Dah pergi masuk sana. Jangan nak melepas dekat sini sudah.... " usik Ain selamba sambil jarinya menyelak helaian buku yang berada di tangannya.

Andrea menayang sengih. Dia mula menapak menuju ke pintu utama.

Namun, langkahnya terhenti buat seketika. Lantas dia menoleh ke belakang semula.

"Kau tu jangan berlama sangat dekat luar ni. Dah nak dekat maghrib dan senja ni. Hujan pula nak turun. Tak baik perempuan mengandung berlama dekat luar ni. Faham?" panjang lebar Adrean berpesan kepada Ain. Sudah macam murai tercabut ekor saja. Pok pek pok pek!

"Iyelah mak cik... Kau kalau start keluar aura mak cik- mak cik tu. Bukan main meleret lagi kau punya mukadimah." Ain sengaja memerli. Bebola matanya masih setia di atas halaman buku bagai tidak mahu lepas. Kalau boleh setiap apa yang dibaca olehnya tidak satupun dia mahu tertinggal.

Tidak mahu berbalah lagi. Andrea mendesup masuk ke dalam rumah agam itu.

Sayup-sayup kedengaran sang unggas bersahutan berselang-seli dengan lantunan cengkerik melatari segenap kesunyian malam. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa terasa lembut membelai laman wajah. Tenang sahaja.

Kedengaran guruh berdentum perlahan di hujung langit. Seakan memberi amaran kepada Ain untuk segera masuk ke dalam rumah.

Ain menutup buku yang dibaca. Mata yang sedikit berpinar digosok perlahan. Hari semakin gelap. Hanya samar cahaya mentari yang menerangi langit.

Dia bangun perlahan-lahan. Tikar itu dikemas memandangkan hari mahu hujan. Kalau tinggal tikar ni karang basah pula. Nanti dah tak boleh duduk pulak.

Namun, ada deruan angin sejuk menggigit halus pada lapisan kulit. Kedua-dua belah lengannya yang terlindung dengan lengan panjang digosok sedikit bagi menghasilkan haba buat memanaskan tubuhnya. Lantas, Ain mendongak ke atas menatap kelam langit tanpa kehadiran sang rembulan sebagai peneman pada waktu senja itu. Maka tahulah dia bahawa gerimis bakal mengambil alih pada bila-bila masa sahaja lagi.

Ain mengambil tempat di bawah sebuah pohon rendang yang terdapat sebuah bangku panjang di bawahnya. Semasa Ain mahu melabuhkan duduk sempat dia menjeling sekilas ke arah hutan tebal yang kelihatan gelap tanpa sebarang simbahan sinar rembulan. Dengan tidak semena-menanya ada bunyi yang bisa membuatkan bulu romanya mencanak naik.

Ain menggosok perlahan belakang lehernya. Liur ditelan, pahit. Kepala digelengkan beberapa kali cuba mengusir rasa aneh yang semakin berjaya mengetuk sanubari. Sesekali terasa tendangan daripada bayi di dalam perutnya yang kelihatan memboyot. Tangannya singgah mengusap perlahan di situ.

Tiba-tiba pandangannya terarah pada hutan tebal di hadapannya. Dia nampak sesuatu! Seperti sepasang mata merah sedang merenungnya tajam. Tikar yang dipegang, terlepas dari pegangan. Jatuh menyembah tanah.

Ain memandang lurus ke hadapan. Mata langsung tidak berkejip. Dia tidak sedar yang dia sedang melangkah perlahan mendekati kawasan hutan.

"Help me" suara mendayu-dayu menjengah pendengarannya.

"Please come and help me!" suara seram itu berkata lagi.

Lambaian dedaun pokok yang bergerak ditiup angin seakan-akan memanggilnya. Ain bagaikan dipukau, berjalan perlahan masuk ke dalam hutan gelap itu.


•••••


Sorry lambat update.. busy sikit sejak akhir² ni. Sorry sebab sempat update 1 part aje malam ni.

Jutaan terima kasih kepada Exolexi sebab tolong author siapkan part ni.. 90% ayat dia yang buat.

Follow dan support cerita Exolexi . Jangan lupa vote dan comment. She is a sporting girl. Nak minta pendapat dia pon boleh. Sangat dialu alukan.

Enjoy !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro