Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 56 - Rantai pusaka

Yeayyyy !!

Happy 10K vote !!

Huaaa author betul² terharu dengan readers semua. Korang memang awesome !

Thanks pada yang setia vote dan comment dari part 1 sampai nak habis ni. Huhuhu

Pada mulanya sis nak update triple terus, tapi disebabkan rasa malas yang menggunung tinggi macam Gunung Everest so hasrat itu dibatalkan.

Sorry gais

Muah ciked !

•••••

Hachuuu !!

Alahai comelnya dia bersin. Hidung yang dimasuki habuk digosok kuat hingga jadi merah. Sekali tengok dah macam hidung badut. Tak terkira sudah berapa kali dia bersin ketika berada dalam bilik suram ini.

Entah macam mana Ain Amani menjumpai ruangan bersebelahan bilik bawah tanah ini. Keadaan bilik yang dipenuhi habuk memberitahunya bahawa sudah lama ia ditinggalkan. Dia langsung tidak tahu menahu tentang kewujudan bilik ini. Mungkin Zuhairie sengaja menyembunyikan dari pengetahuannya.

Bilik ini bagaikan sebuah peti besi yang menyimpan seribu satu rahsia yang tidak dapat dirungkai dengan mudah. Lelaki yang dia kahwini ini amat misteri dan bukan calang-calang orang yang dapat memahami isi hati itu.

Hachuuu !!

Sekali lagi Ain terbersin akibat habuk yang berterbangan bebas dalam bilik kecil yang penuh debu itu. Banyaknya habuk! Memang tak pernah dibersihkan ke? Kakinya sudah dipenuhi dengan kesan hitam debu-debu di lantai.

Ain Amani memerhati sekeliling, gelap dan suram. Kamar itu dipenuhi dengan sawang dan sarang labah-labah berada di merata tempat. Bebola matanya terhenti pada sesuatu benda yang bersinar dalam kegelapan. Benda apa tu?

Ain terjengket-jengket menapak ke almari usang di hujung kamar sepi itu. Frame di situ juga dilitupi dengan debu dan habuk yang menebal. Matanya terpaku pada sebuah buku yang telah menarik perhatiannya. Buku itu seakan-akan bersinar walaupun dalam keadaan yang gelap. Perlahan-lahan jemarinya menarik buku itu keluar dari rak.

Uhuk! Banyaknya habuk. Pantas Ain menekup hidung. Sebelah tangan lagi menggawang ke udara.

Setelah habuk itu menghilang, kulit tebal di halaman utama dibuka. Tulisan pada buku itu diamati. Ayat pertama yang menjengah pandangannya dibaca.

'Be a good boy, my son Andry Zuhairie Risley'

- Ibu -

Ini mesti tulisan Puan Marina. Cantik! Gumam Ain dalam hati. Entah mengapa dia rasa buku ini menyimpan satu rahsia yang besar. Mana tahu kut² ada peta harta karun. Boleh aku jadi kaya. Hehehe merepek ajelah kau ni Ain !

Kemudian, jarinya menyelak helaian seterusnya dan --

Kting !

Ain tersentak. Suatu benda dari celahan helaian buku itu jatuh ke lantai marmar menghasilkan satu bunyi detingan yang agak kuat. Buku tadi diletakkan sebentar di atas meja berdekatan. Dia mahu sambung baca sekejap lagi.

Terkial-kial Ain cuba mengambil 'benda' itu semula. Dalam keadaan dia mengandung menyukarkan untuk membongkok. Walaupun begitu, dia tetap berusaha mencapai meski agak sukar.

'Yes! Dapat!' Jeritnya dalam hati.

Benda itu dibelek-belek. Ohh rantai rupanya. Cantik! Bersinar-sinar walaupun hanya samar lampu luar melimpahi masuk ke bilik malap itu.

Bait-bait tulisan di muka surat dari mana rantai itu terjatuh dibaca oleh Ain.

Ibu wasiatkan rantai pada Zuhairie. Tapi, Zuhairie tak boleh pakai. Jadi, pakaikan rantai ni pada isteri Zuhairie nanti ye. InsyaAllah boleh melindungi dia dari ancaman musuh keluarga kita. Ibu tahu Zuhairie tak perlukan rantai ni sebab Zuhairie dah kuat. Anak ibu kuat kan?

Pesan ibu, jangan sesekali hilangkan rantai ini. Rantai ini ada kuasanya tersendiri.

Ibu
(18/5/1998)

Uishhh tiba-tiba mata masuk habuk pulak. Halah habuk ni pun waktu ni nak masuk mata. Tadi, kau tak nak masuk!

Rindunya dia pada arwah Puan Marina. Semoga arwah ibu ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh. Aamiin !

"Sayang. What are you doing here?!" Suara garau dari belakang betul-betul memeranjatkannya. Hampir sahaja buku tebal itu terlepas dari tangan. Kalau tak memang hempap kaki la jawabnya.

Pantas Ain menoleh ke arah pintu masuk. Mati aku!

Dia lihat Zuhairie memandangnya dengan tajam sekali. Tiada langsung riak mesra seperti sebelum ini. Ha... Padan muka kau Ain. Masuk lagi bilik orang tanpa kebenaran. Memang betul-betul cari nahas la jawabnya. Pandai-pandai la kau bagi alasan kat laki kau kejap lagi.

"Er... Nothing. Sayang jalan-jalan je tadi. Tiba-tiba terjumpa bilik ni" gugup Ain menjawab. Riak serius lelaki itu membuatkan dia mahu terkucil di situ.

Kali ini dia memang bercakap jujur. Ketika berjalan tadi, dia terjumpa bilik ini. Ingatkan berkunci, rupanya tidak. Jadi, dia masuk ajelah.

"And i found this" rantai di tangannya diangkat tinggi. Dia melakarkan wajah ceria. Atau lebih tepat wajah ketakutan. Ain tersengih sumbing. Terasa kerdil dirinya ketika ini.

Melihat wajah Zuhairie yang masih serius, dia menelan pahit liurnya. Kalau dia ada halkum, dah lama halkum tu bergerak ke atas ke bawah. Andrea ! Tolong aku. Abang kau dah nak tukar jadi vampire!

•••••

"Sayang.. kalau nak tahu ini salah satu rantai peninggalan arwah ibu. Merata ibu cari dulu tapi tak jumpa. Rupanya di dalam buku itu" Zuhairie membuka cerita sambil menggosok rantai pusaka yang telah dibersihkan. Terbayang bagaimana risaunya ibu ketika rantai ini hilang sewaktu dia kecil dahulu.

Tanpa sedar, bibir merahnya tersungging senyuman manis. Air mata mula mengaburkan pandangan. Tatkala ini dia amat merindui belaian ibu. Kasih ibu terhadapnya langsung tiada tandingan. Ain di sebelah hanya diam sambil merenung suaminya yang sedang menunduk.

Entah macam mana bilik itu boleh terbuka kunci. Ini mesti kerja Ivan. Dah masuk tak reti nak kunci balik. Nasib baik Ain tak jumpa perkara yang bukan- bukan. Kalau tak, mahu pengsan gadis itu dibuatnya.

Mereka kini berada di dalam bilik tidur mereka. Kaki dan tangan Ain yang kotor sudah dibersihkan tadi. Buku tebal itu juga dibuang habuk. Kata Zuhairie, dia mahu menyimpan sebagai kenangan.

"Rantai ni bukan sebarang rantai. Ia dapat melindungi sayang dari bahaya" tangan Zuhairie melingkari leher Ain sebelum memakaikan rantai itu. Dia memandang harta peninggalan ibunya yang tersarung megah di leher jinjang isterinya.

Jari Ain menyentuh perlahan mutiara merah jambu yang menjadi tarikan utama sesiapa yang melihatnya.

"Jangan sesekali tanggalkan dari leher sayang" pesan Zuhairie sambil merenung redup wajah isterinya. Ain mengangguk kepala tanda faham. Pesanan itu akan dia simpan di dalam kepala otaknya. Mana la tahu kalau-kalau dia terlupa. Bukan boleh percaya sangat si Ain Amani ni.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro