Part 55 - Ries
Sis update satu lagi part
Sempena 1K FOLLOWERS😵
Yahoooo !!!!🎆🎆
*percikan bunga api*
Thanks pada yang follow sis dari awal
Sis hargai sangat 😭
*nangis terharu*
Kalau korang ada depan sis, dah lama sis peluk² korang. Kecuali lelaki !
(°-°#)
Kepada yang belum follow, boleh follow sekarang
100% akan difollow balik
Enjoy !!!
•••••
Tanpa sedar Ain tertidur di bawah pokok. Kandungan yang mencecah usia 6 bulan setengah itu membuatkan pergerakannya sedikit terbatas. Tambahan pula perutnya lebih besar berbanding ibu mengandung normal yang lain.
Andrea awal-awal lagi tinggalkan Ain di luar. Apa punya kawan da... Nasib baik tak hujan. Satu hal pulak nanti kalau Ain demam.
Tiba-tiba Ain rasa seperti ada benda yang bermain di sekitar wajahnya.
Snifff.. Snifff .. !!
Sesuatu benda menghidu wajah Ain. Tangan Ain digawang ke hadapan untuk menghalau benda itu. Matanya masih lagi tertutup melayan kantuk. Beberapa saat kemudian, benda itu datang mengganggu lagi.
Apa benda kacau aku tidur ni!! Getus Ain dalam hati. Matanya yang tertutup rapat dibuka perlahan-lahan. Kalau Andrea yang buat, tahu la dia nak kerjakan minah tu.
"Ahhh!!!"
Disaat matanya terbuka luas, hampir terlompat dia di situ. Ya Allah serigala! Bulu yang putih campur hitam dan gigi yang tajam amat menakutkan Ain. Serigala itu sedang merenungnya dari jarak dekat. Pantas Ain mengengsot ke belakang menjauhi binatang itu.
Dia rasa nyawanya berada di hujung tanduk. Haiwan pemangsa itu akan mengganas bila-bila masa sahaja. Kejadian kakinya digigit masih segar di ingatan. Bagaimana rasa sakitnya apabila gigi tajam itu mencengkam hingga ke tulang. Hingga kini masih ada parut di bahagian betisnya.
"Abang!!!" Jerit Ain apabila haiwan besar itu menapak mendekatinya. Terketar-ketar suaranya saat ini. Peluh dingin mula keluar membasahi baju yang dipakai.
"Abang!!" Jerit Ain lagi. Hanya lelaki itu sahaja harapannya sekarang. Air mata mula bertakung. Menunggu masa untuk merembes keluar.
Serigala itu semakin mara. Tinggal semeter sahaja jarak mereka berdua. Mana Zuhairie pergi? Mata Ain dipejam rapat dan air jernih itu mula turun membasahi pipi. Biarlah apa yang akan terjadi. Mungkin riwayatnya akan berakhir di sini.
"Sayang"
Suara garau yang memecah pendengarannya membuatkan Ain membuka kelopak mata luas. Lantas tubuh yang berada di hadapannya didakap erat. Rasa takut berkurangan apabila melihat Zuhairie di hadapan mata.
"Jangan takut. Ni haiwan peliharaan abang. Her name is Ries" kata Zuhairie setelah melepaskan pelukan. Sisa air mata itu dilap dengan jarinya. Kemudian, Ain menyembamkan wajah di lehernya. Aduhai manja sungguh Ain Amani seorang ni.
Tubuh Ain sedikit menggigil. Dia tahu isterinya mempunyai sejarah hitam berkaitan dengan serigala. Kesan gigitan di kaki gadis itu menceritakan semuanya. Sebab itu dia trauma sampai sekarang.
Satu perkara yang Ain tidak tahu ialah serigala betina ini bukan serigala yang sama menggigit kaki isterinya itu. Ries tidak akan menyerang orang sebarangan. Ries sudah dilatih sejak kecil lagi untuk membezakan sang musuh.
"Try to touch her head" Zuhairie mencapai tangan Ain untuk diletakkan di atas kepala Ries. Tetapi, pantas ditarik semula oleh gadis itu. Ain menggeleng laju sambil mengeratkan lagi pelukan.
Zuhairie ketawa geli hati. Perangai budak-budak betul la. Kesian Ries terasa hati. Sebelah tangan memeluk tubuh Ain manakala sebelah lagi menggosok kepala Ries.
"Look! Dia okay ajelah. Jangan takut"
Ain menoleh perlahan memandang tangan Zuhairie yang sedang asyik membelai binatang itu. Ries kelihatan amat selesa. Binatang pun ada perasaan untuk dibelai dan dimanjakan. Seronok pula dia tengok Zuhairie memegang haiwan itu.
Tangan Ain dihulurkan walaupun ada secebis rasa gusar dalam hati. Diusap manja bahagian bawah dagu Ries. Zuhairie tersenyum senang melihat tindak balas isterinya. Lepas ni Ries dah boleh jaga Ain Amani la.
Zuhairie menarik Ain untuk duduk di atas ribanya apabila gadis itu enggan melepaskan pelukan di leher. Dia mula menceritakan bagaimana dia menjumpai Ries di hutan tebal ini. Pertama kali dia sampai di situ pada usia 5 tahun.
•••••
Kedengaran bunyi derapan langkah apabila kaki itu memijak daun kering yang gugur dari dahan pokok di atas. Mata itu memandang sekeliling. Apa yang kanak-kanak sekecil ini boleh lakukan apabila tempat tinggalnya dibina di atas bukit. Jauh dari penempatan orang ramai. Dia keseorangan. Tiada manusia yang dia boleh berkawan.
Kanak-kanak seusianya mesti sedang seronok bermain dengan kawan-kawan. Tetapi, kehidupannya berbeza dengan mereka semua. Ayahnya memilih untuk tinggal jauh dari orang ramai.
Langkah kecilnya terhenti seketika apabila ternampak sesuatu tidak jauh di tempat dia berdiri.
Tubuh kecil itu segera berlari mendapatkan haiwan itu. Serigala kecil itu kelihatan takut apabila Zuhairie mendekati. Segera dia bersembunyi di belakang pokok.
"You want to be my friend?" Soal Zuhairie lembut bersama senyuman. Dia tidak mahu haiwan itu takut dengannya. Dia duduk bertinggung di hadapan serigala itu. Ketika ini dia belum fasih berbahasa melayu. Maklumlah baru pindah ke sini.
"My name Andry Zuhairie Risley. Just call me Zuhairie. So, what's your name?" Zuhairie menghulurkan tangan pula apabila haiwan kecil berbulu itu masih diam bersembunyi di sebalik sebatang pokok besar.
Yela.. karang dia jawab, kau pulak yang lari lintang pukang. Haiwan mana boleh bercakap. Ketika itu dia tidak tahu apa-apa. Cuma tahu bermain sahaja.
"You don't know? Ermm... Let me think a great name for you" jari telunjuk diletakkan di dagu. Dia sedang memikirkan nama yang sesuai untuk serigala kecil ini.
"How about Ries? You like it?" Ujar Zuhairie ceria. Serigala itu hanya memandang tingkah laku Zuhairie. Mungkin dia suka dengan nama itu.
"Where's your family? Why are you walking alone?" Soal Zuhairie lagi. Dia lihat Ries berjalan sendirian. Tiada serigala dewasa di situ. Mungkin Ries sesat hingga ke pinggir hutan ini. Dia pun kalau tak jumpa jalan pulang, pasti akan sesat seperti Ries.
Zuhairie berfikir sejenak. Kalau bawa pulang ke rumah, ibu dan ayah marah tak? Macam mana kalau ibu tak bagi bela? Kesian Ries. Ala... Pujuk la ibu bagi bela Ries. Ries comel sangat.
Serigala kecil itu diangkat dan dibawa pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan dia seorang sahaja yang banyak mulut. Bercerita itu dan ini sambil tangan menggosok kepala Ries.
Sejak itu, mereka mula menjadi rapat. Segala makanan dia berikan kepada serigala itu. Dari buah-buahan hinggalah ke daging lembu. Semua Ries sapu. Pelik betul serigala sekor ni. Sehinggalah Ries meningkat dewasa, dia kembali semula tinggal ke hutan. Hanya sekali sekala dia datang menemui Zuhairie dan Andrea.
Ya... Ries seekor serigala betina. Walaupun begitu, dia tetap kuat seperti serigala jantan. Hanya Ries sahaja satu-satunya teman yang membesar dengannya. Yang tetap akan menjaga dan melindunginya dalam bahaya.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro