Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 53 - Pergi pejabat

"Sayang teman bie pergi pejabat" pinta Zuhairie tiba-tiba. Dia merangkul pinggang Ain erat. Perut Ain nampak besar walaupun baru berusia 4 bulan. Mungkin kerana tubuh badan Ain yang kecil, lebih menampakkan perut yang besar. Isterinya itu sibuk menyimpul ikatan tali lehernya.

"Kenapa? Bie kan kena kerja. Nanti sayang ganggu bie pula" kata Ain. Dia membetulkan tali leher Zuhairie supaya nampak lebih kemas.

"I need you by my side. Please !" Zuhairie tayang muka comel. Aduh! Ni yang Ain lemah. Dah la handsome. Sengaja kan buat muka comel tu. Buat aku cair aje.

"Yelah.. tunggu 5 minit" Ain meminta izin sebelum bergerak ke almari untuk menukar baju. Zuhairie hanya memandang bersama senyuman manis di bibir.

•••••

Ain Amani bangun dari sofa panjang itu. Puas dia baring tapi tetap rasa bosan. Zuhairie pula sibuk menyiapkan kerja di meja yang penuh dengan fail itu. Pejabat besar itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Dia mahu buka televisyen tetapi risau jika menganggu kontrensasi suaminya untuk bekerja.

Dia bangun dari sofa. Berjalan perlahan menuju ke sudut bilik itu. Ada banyak frame gambar tergantung di situ. Apa yang menarik perhatiannya ialah satu frame yang agak besar seperti gambar keluarga.

Seorang ibu dan ayah serta dua orang anak remaja. Dan dia yakin itu ialah gambar keluarga Zuhairie. Gadis kecil bertocang dua itu semestinya Andrea dan remaja lelaki yang berdiri di sebelah Puan Marina pasti Zuhairie. Muka lelaki itu langsung tiada senyuman. Dia hanya mempamerkan riak serius dan dingin. Dari kecil sampai besar tetap seram.

Richard Risley

Dia menilik wajah bapa suaminya itu pula. Lelaki itu tidak pernah dia lihat. Ini kali pertama dia menatap wajah itu. Wajah asli orang England. Dengan rambut sedikit keperangan dan kulit putih melepak. Kacak! Mesti Zuhairie ikut genetik bapa dia. Andrea pon cantik jugak!

Mata Ain memandang gambar yang lain pula. Ada gambar Zuhairie dan Andrea bersama ibu bapa tercinta ketika musim salji. Zuhairie nampak sangat gembira ketika itu. Senyuman manis yang menggambarkan peristiwa pahit itu belum berlaku. Tawa riang yang terlakar dalam gambar menunjukkan bahawa belum berlakunya sumpahan ke atas diri Zuhairie.

Walaupun dia tidak faham apa yang berlaku secara terperinci, tetapi dia yakin Zuhairie dalam tempuhi dengan kuat. Dia dan bayi dalam kandungan akan jadi pembakar semangat buat Zuhairie untuk menghadapi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.

Kemudian, dia beralih pula pada gambar yang lain. Banyak gambar Zuhairie ketika kecil. Comel aje dia pakai snowcap dan jaket tebal di atas timbunan salji putih.

"Darling, what are you doing?" Soal Zuhairie apabila melihat Ain khusyuk menilik gambar di sudut pejabat. Kasihan pula dia lihat isterinya itu. Mesti bosan kerana terpaksa menemaninya di sini. Nak buat macam mana, dia akan rasa mual jika tidak menghidu bauan tubuh isterinya.

Ain Amani yang mengenakan baju ringkas dan kain labuh kelihatan anggun di matanya.

"Nothing. Ain tengok gambar keluarga abang ni. Andrea comel semasa kecik" beritahu Ain sambil tersenyum manis. Wajah kacak Zuhairie dipandang sekilas.

"How about me?" Sengaja Zuhairie menduga bersama senyuman nakal. Mahu juga dia tahu pendapat Ain tentangnya. Pen yang dipegang dia letakkan atas meja. Badan disandarkan pada kerusi pejabat sambil merenung Ain Amani.

"You look so scary" kata Ain dalam nada gurauan. Dia tertawa kecil di hujung ayat sambil membalas renungan lelaki itu sebelum membelek foto itu semula.

Zuhairie menjegilkan bebola mata. Budak kecik ni memang nak kena. Tapi, ada betulnya juga. Dalam gambar, mukanya semua nampak menyeramkan. Kalau orang tengok mesti ingat ada hantu padahal itu dirinya.

"Darling, come here!" Panggil Zuhairie lembut. Ain angkat muka sebelum berjalan perlahan menuju ke arah Zuhairie. Dia berdiri di sebelah Zuhairie sambil mengangkat kening. Kacau aje orang nak usha gambar dia.

"Sit here" Zuhairie menepuk pahanya perlahan. Menyuruh Ain untuk melabuhkan punggung di situ. Sempat dia mencium perut Ain yang sedikit memboyot ke depan itu.

"Eh, tak ganggu kerja abang ke?" Soal Ain sambil mengerutkan kening. Serba salah untuk duduk di situ. Padahal ada aje kerusi di hadapan meja itu. Zuhairie pun satu! Dalam pejabat ni jugak dia nak sweet-sweet.

"Just sit down" pinggang Ain terus ditarik ke atas ribanya. Tersentak Ain dibuatnya. Rasa segan pula dengan Zuhairie. Terasa membahang kulit wajahnya ketika ini kerana tubuh mereka berdua terlalu rapat. Ditambah pula tangan Zuhairie mula melingkari pinggangnya erat.

Ain melentokkan kepala di dada bidang suaminya. Sengaja mahu bermanja dengan lelaki itu. Zuhairie hanya membiarkan malah dia makin suka apabila haruman tubuh Ain memasuki rongga hidung. Belakang kepala Ain yang dilitupi tudung dicium lama.

"Buka la tudung ni. Tak rimas ke?" Zuhairie membetulkan duduk supaya lebih selesa. Pinggang Ain ditarik rapat ke tubuhnya supaya tiada lagi ruang kosong antara mereka.

Berat badan Ain bertambah dua kali ganda berbanding dulu. Lenguh juga kakinya sekarang ini. Namun, dia sedikit pun tidak rasa terbeban. Malah dia bertambah suka.

"Nanti kalau staff masuk?" Naif Ain bertanya membuatkan Zuhairie ketawa kecil.

"Don't worry. Bie dah bagitahu PA kat luar tadi. Hanya Andrea sahaja yang boleh masuk. Orang lain dilarang sama sekali" beritahu Zuhairie. Ain mengangguk kecil sebelum menanggalkan lilitan selendang di kepala.

Rambut yang disanggul itu dilepaskan oleh Zuhairie sendiri. Haruman rambut Ain dihidu dalam-dalam. Wangi!

Mata Zuhairie terpaku pada dua parut akibat gigitannya tempoh hari. Nasib baik gigitan kedua tidak terlalu dalam.

Andry Zuhairie meneruskan kerja yang tergendala tadi. Ain pula diam seribu bahasa memandang kerja di laptop milik suaminya. Satu apa pun dia tak paham. Banyaknya kerja! Dia pula jadi beban menyendeng kat situ.

Ain mengangkat kaki. Kini, dia meringkuk berada di atas tubuh Zuhairie sepenuhnya. Nampak sangat dia kecil jika dibandingkan dengan tubuh tegap Zuhairie.

Lelaki itu masih fokus melakukan kerja. Mulutnya yang terasa ingin menguap cepat-cepat dia tutup dengan tapak tangan. Mengantuk pula ditambah dengan suhu sejuk dalam bilik ini.

Matanya semakin lama semakin kuyu sebelum tertutup rapat. Dia tertidur beralaskan dada bidang milik Zuhairie. Haruman minyak wangi Zuhairie menusuk hingga ke sanubarinya. Sedapnya tidur berbantalkan badan suami sendiri. Walaupun begitu, Zuhairie masih lagi belum sedar bahawa Ain sudah enak dibuai mimpi.

Beberapa minit kemudian, semua kerja Zuhairie telah siap dilakukan. Badannya diregangkan sedikit. Baru dia perasan, dari tadi mulut comel Ain tidak membebel seperti selalu. Kenapa senyap aje? Kepalanya dijenguk sedikit untuk memandang wajah Ain yang bersandar pada tubuhnya.

"La..... Dah tidur? Penat sangat ke? Kesian dia kena bawa perut lagi" Zuhairie tertawa kecil. Nyenyak betul Ain tidur di atas ribanya. Siap kedengaran dengkuran halus lagi. Seperti kanak-kanak ditambah dengan pipi Ain yang semakin hari semakin montel.

Ubun-ubun Ain diusap perlahan dengan tangan kiri manakala tangan kanan ditekap pada kandungan isterinya. Akan dia jaga gadis ini seperti permaisuri di istana. Tidak akan dia benarkan sesiapa menyakiti tubuh itu. Tidak akan sama sekali!

•••••

"Andrea! Wait for me" Fawwaz mengejar langkah laju Andrea. Gadis itu seakan-akan mahu mengelak dari bertemu dengannya.

"What do you want Mr. Fawwaz Amsyar?" Andrea berhenti berjalan sebelum menoleh memandang wajah kacak itu. Satu jelingan tajam dihadiahkan khas buat lelaki itu.

Fawwaz tiba-tiba duduk melutut di hadapan Andrea. Kotak kecil warna merah dikeluarkan dari poket seluar.

"Marry me Andrea... Yes, I mengaku I salah. I tahu you bencikan I. But please, bagi I peluang untuk tebus balik kesilapan I yang lepas.  Please Andrea! I love you. I love you so much" ujar Fawwaz sambil membuka kotak baldu itu. Terpampang satu bentuk cincin bertahtakan berlian yang bersinar. Sangat cantik! Lagi cantik jika disarungkan di jari manis milik Andrea.

Andrea tergamam. Kelu lidahnya untuk berkata-kata. Tindakan berani mati Fawwaz betul-betul mencairkan hatinya yang beku. Hampir dia menerima tetapi pantas ego menghalang.

"Bangun la Fawwaz. Jangan buat drama kat sini !" marah Andrea dalam suara yang dikawal. Sudah la berada di kawasan kafe pejabat yang ramai orang. Entah dari mana lelaki itu datang.

Dia lihat sekeliling. Beberapa orang staff mula memerhatikan mereka berdua. Mesti dia akan menjadi topik hangat kali ini. Dia yang baru lepas mengisi perut mahu naik ke pejabat abangnya untuk menemui Ain Amani. Kata Zuhairie, Ain ada mengikut ke pejabat tadi.

"I tak akan bangun selagi you tak terima I sebagai suami" Fawwaz dongak memandang Andrea yang berdiri di hadapannya.

Andrea gigit bibir. Ain!! Sepupu kau memang gila. Lelaki ini memang tak makan saman. Tak berasa malu walaupun ditolak berkali-kali olehnya.

"Betul awak nak saya terima awak?" Duga Andrea sambil berlagak tenang. Padahal dalam hati seperti mahu meletup saja. Tangan disilangkan di dada.

Pantas Fawwaz mengangguk laju. Bersinar-sinar matanya apabila Andrea mahu menerimanya. Sekurang-kurangnya dia tidak berasa malu walaupun terpaksa melutut seperti ini.

"Kalau macam tu... Saya akan buat beberapa syarat. Kalau awak berjaya, saya akan terima lamaran awak ini" ujar Andrea penuh lagak. Masih mahu jual mahal. Ingatkan nak terima Fawwaz dah tadi.

Entah la kenapa dengan hatinya ini, kata suka tetapi masih tidak mahu menerima lelaki itu. Fawwaz cari lain baru kau nak meroyan Andrea. Bisik hatinya jahat. Uishhhh jangan!

"Apa-apa sahaja syaratnya. I sanggup lakukan apa sahaja asalkan you terima I" balas Fawwaz dengan yakin. Nampak kesungguhannya untuk memiliki sekeping hati Andrea.

"I'll text you later. Ok bye" Andrea terus pergi meninggalkan Fawwaz yang masih melutut. Jelas wajah kacak itu terpinga-pinga. Kejam sangat kau Andrea!

•••••



Mesti korang sakit hati dengan Andrea kan?

So... Korang fikir Andrea kisah?

HAHHAA

Asalkan dia puas hati

--

Siapa KEDAHAN di sini?
*angkat tangan*

Seppp sikit !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro