Part 52 - Tidur luar
Ain Amani sejenis yang manja
So, jangan pelik kenapa dia panggil Zuhairie dengan panggilan bie dan abang
Bie pun dia guna
&
Abang pun dia guna
Ok gais?
••
••
Andry Zuhairie Risley mencuci luka gigitan di leher Ain Amani dengan berhati-hati. Sekali sekala kedengaran Ain mengerang kesakitan. Timbul rasa bersalah dalam hati. Kalaulah dia boleh kawal perasaan tadi, pasti Ain tidak akan rasa sakit seperti ini.
Panik dia tadi bila lihat Ain tiba-tiba rebah. Isterinya itu kelihatan tidak bermaya dan terlalu lemah.
"I'm sorry sayang. You look so weak just now" ucap Zuhairie lembut. Luka itu diletakkan sedikit cecair sebelum ditampal dengan kapas. Dia mengucup tempat luka itu, berharap sangat luka itu cepat sembuh. Kemudian, Zuhairie memusingkan badan Ain menghadapnya.
"It's okay. Sayang gembira tengok abang kembali normal" Ain tersenyum manis walaupun dalam keadaan menahan sakit. Lehernya rasa seperti mahu patah. Jemari Zuhairie yang naik mengusap pipi mulusnya dipegang erat. Rasa bahagia apabila mendapat sentuhan lelaki itu.
"Sayang duduk sini baik-baik. Abang pergi buatkan susu untuk sayang" Zuhairie terus bangun selepas Ain mengangguk kecil.
Hampir sepuluh minit Zuhairie berada di dapur sebelum naik semula ke bilik menemui Ain Amani. Segelas susu untuk ibu mengandung turut dibawa bersama. Dia mengambil tempat di hadapan isterinya lalu menghulurkan minuman itu kepada Ain Amani.
Ralit sungguh dia memerhatikan Ain yang sedang meneguk air. Sejurus susu itu habis diminum, gelas kosong di tangan isterinya diambil lalu diletakkan di sisi. Dia sambung merenung wajah comel Ain sambil menongkat dagu.
"Abang... Sayang teringin nak tengok bintang waktu malam sambil tidur" ujar Ain mengerdip kelopak mata. Dia suka lihat bintang- bintang di langit. Ia mengingatkannya tentang kebesaran Tuhan yang memerintah alam semesta ini.
Lagipun, dia mahu meluangkan masa untuk mengumpul moment romantik bersama Zuhairie. Bila anaknya lahir nanti, dia boleh ceritakan saat bahagia ini.
Ain lihat Zuhairie tiba-tiba bangun. Tiada kata yang keluar dari bibir lelaki itu. Aik... Takkan permintaannya itu membuatkan Zuhairie berkecil hati? Besar sangatkah permintaannya ini?
Zuhairie mengambil gebar tebal yang tersimpan di dalam almari. Lelaki itu turut mencapai bantal yang berada di atas katil. Ain hanya memerhati tingkah lelaki itu yang keluar masuk dari balkoni ke dalam bilik.
Kemudian, tubuh Zuhairie menghilang di sebalik sliding door yang memisahkan balkoni dan ruang bilik. Ain bangun perlahan-lahan sambil memegang perut.
Ain menjengukkan kepala melihat apa yang sedang Zuhairie lakukan. Lelaki itu sedang menyusun bantal di atas gebar tadi.
"Abang buat apa?" Soal Ain hairan. Dengan keadaan gelap macam ni, apa kejadah susun bantal di luar bilik? Nak main lagi ke? Dah malam pun, nak main apa laginya. Bebel Ain dalam hati.
"Come" Zuhairie mendekati isterinya selepas selesai melakukan tugas. Tangan Ain dipimpin menuju ke tilam yang dia sediakan tadi. Senyuman kegembiraan jelas terukir di bibir merah lelaki itu.
Angin malam yang menampar lembut kulitnya membuatkan tubuh Ain sedikit menggeletar kesejukan. Suasana sejuk itu telah menaikkan mood romantis ditambah pula dengan kelipan bintang-bintang di langit.
Ain membaringkan tubuh mengiring menghadap Zuhairie. Lelaki itu turut berbuat demikian. Selesanya! Kalau hari- hari macam ni pun seronok juga. Asalkan ada Zuhairie yang menemani pada setiap malamnya. Selimut tebal ditarik oleh Zuhairie menutupi badan Ain. Kesejukan malam itu membuatkan dia rasa bahagia ditambah pula bersama orang tersayang.
"Thank you, abang" ucap Ain terharu. Hampir menitis air mata melihat Zuhairie sanggup melakukan semua ini deminya. Permintaannya dipenuhi dengan sekelip mata sahaja. Zuhairie langsung tidak merungut atau mengeluh.
Zuhairie mengucup lembut dahi Ain Amani. Semua ini hanyalah perkara kecil jika hendak dibandingkan dengan pengorbanan isterinya yang sanggup menerima 'lelaki misteri' ini dalam hidup. Ain sanggup tinggalkan semua yang dia miliki demi hidup bersama Zuhairie.
"Anything for you, sayang" balas Zuhairie dalam nada menggoda. Tubuh isterinya yang sedikit menggigil ditarik dalam pelukan. Kehangatan tubuhnya diharapkan dapat memberi keselesaan kepada Ain Amani.
"Kita tak akan nampak langit kalau tak ada bintang kan? Begitu juga dengan abang kalau tak ada sayang. Sayang bagaikan bintang di hati abang. Membawa kerlipan kebahagiaan di saat hati ini dirundung kegelapan. Kehadiran Ain Amani dalam hidup Andry Zuhairie Risley umpama bintang yang memberi cahaya dalam setiap ketakutan. Tiada sinar keceriaan dalam hidup abang sehinggalah sayang muncul melukis warna warni dalam hati ini" kata Zuhairie dengan penuh romantis. Tangan Ain digenggam lalu dielus mesra. Kemudian, tangan yang bertahtakan cincin berlian itu dikucup penuh kasih. Lama..
Kata-kata Zuhairie membuatkan Ain mahu menangis. Satu persatu air matanya jatuh. Hatinya berasa terharu dengan ucapan ikhlas dari Zuhairie.
"Langit takut kehilangan bintang. Laut takut kehilangan ombak. Begitu juga dengan diri abang yang takut kehilangan sayang" sambung Zuhairie lagi.
Air mata Ain semakin laju menuruni keluar.
"Please... Don't cry. Abang tak nak tengok sayang menangis. Air mata sayang umpama belati tajam yang menusuk hingga ke dasar hati" bergetar suaranya yang turut menahan sebak itu.
Kenapa malam ini dia rasa seperti sesi meluahkan perasaan? Erm biarlah. Asalkan Ain Amani tahu apa yang bermain di hatinya.
"Tak... Ini bukan air mata kesedihan. Ini air mata kegembiraan. Abang buat Ain terharu" air mata yang turun membasahi bantal diseka oleh jari kasar Zuhairie. Lembut dan penuh kasih sayang.
"Promise me that you will never leave me" pinta Zuhairie. Tangan masih melekap pada pipi tembam isterinya.
"Promise. Ain tak akan pernah tinggalkan abang sampai bila-bila" Ain tertawa kecil. Dia mahu menghilangkan suasana sedih yang menyelubungi mereka berdua.
Zuhairie tersenyum senang melihat senyuman itu. Sebuah ciuman hangat hinggap di dahi Ain. Kemudian turun ke pipi dan akhirnya berhenti di bibir munggil isterinya. Mata mereka berdua terpejam rapat menikmati setiap detik bahagia itu.
Tautan dilepaskan. Zuhairie kembali merenung wajah Ain bersama senyuman.
"Baby...malam ni kita tengok bintang sama-sama okey" Zuhairie mengusap perlahan perut Ain. Dia merangkul erat tubuh gadis itu.
Ain memandang ke langit gelap itu. Banyak bintang terang pada malam itu. Seperti hatinya yang selalu terukir nama suaminya. Hanya Andry Zuhairie Risley !
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro