Part 51 - Mengidam
Ain mencari kelibat suaminya. Kandungan yang berusia 3 bulan lebih sudah menunjukkan bentuk perutnya besar. Ain berjalan perlahan-lahan ke bilik yang menjadi tempat 'kegemaran' suaminya. Di mana lagi kalau bukan bilik kebal bawah tanah.
Kalau cari merata tempat tak jumpa, di situ lah Zuhairie berada. Tidak akan ke mana-mana kecuali dalam bilik itu. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Beberapa minit lagi azan maghrib akan berkumandang. Tetapi, kelibat Zuhairie masih belum dijumpai.
Perut yang besar menyukarkan Ain untuk melangkah. Kandungannya ini nampak lebih besar berbanding orang lain. Dulu semasa kakaknya, Asya Raisya mengandungkan Arian, tidaklah sebesar perutnya ini.
Ain menolak daun pintu perlahan. Gelap gelita. Langsung tiada cahaya. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka luas bagi memancarkan sedikit cahaya ke dalam. Dada Ain mula berpalu kencang. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu perkara buruk berlaku.
Di satu sudut yang gelap, Ain ternampak satu susuk tubuh sedang memeluk lutut erat. Lelaki itu menundukkan memandang ke bawah. Badannya berpeluh hingga basah baju yang dipakai. Terketar-ketar tubuh itu seperti menahan kesakitan yang amat dasyat. Rambut dicengkam kasar seperti mahu memisahkan rambut dari tempurung kepala. Badan digoyang ke depan dan ke belakang.
Serius macam dalam cerita hantu weh!!
Ain Amani cuba mencari suis lampu. Tetapi, tidak jumpa. Di mana suis itu berada dia tak tahu. Langkahnya diatur berhati-hati mendekati tubuh itu. Dari segi fizikalnya, kelihatan seperti Zuhairie. Apa yang dah terjadi sebenarnya? Kenapa tubuh Zuhairie bergetar sampai tahap begitu sekali?
"Abang? Is that you?" Soal Ain sambil mata tak lepas memandang susuk tubuh itu. Tubuh itu berhenti bergerak. Statik di kedudukannya. Tetapi, wajah masih belum diangkat. Walaupun tidak nampak wajah lelaki itu, Ain yakin itu ialah Zuhairie. Siapa lagi yang boleh masuk ke dalam bilik ini kecuali lelaki itu.
"What's wrong with you abang?" Soal Ain lagi sambil mendekati tubuh Zuhairie. Tubuh suaminya masih menggigil perlahan walaupun tidak sekencang tadi.
"Please, jangan dekat dengan abang" suara Zuhairie bergema. Wajah masih dibenamkan di lututnya.
Ain tidak mempedulikan amaran Zuhairie. Malah dia nekad untuk menyentuh tubuh suaminya. Di saat jemarinya menyentuh kulit tubuh Zuhairie, ternyata badan lelaki itu sangat sejuk. Terlalu sejuk seperti dia menyentuh bebola salji. Pantas Ain menarik tangannya semula kerana terlalu terkejut.
"Abang okay ke tak ni?" kata Ain risau. Tubuh suaminya bertukar warna pucat. Bagaikan tiada aliran darah dalam badan lelaki itu. Lelaki itu tetap menunduk, tidak mahu menunjukkan wajah. Jangan cakap Zuhairie hisap darah sendiri. Please no!!!
"Sayang, please ke.. keluar" pinta Zuhairie menahan getaran pada suaranya. Dia menggenggam jemari kuat hati sehingga timbul urat hijau di pergelangan tangan. Tubuhnya menggigil lebih kuat dari tadi. Kali ini kepala dihantuk perlahan pada lutut.
Ain hanya memandang sambil menapak menjauhi lelaki itu. Dia risau akan kesihatan suaminya tetapi takut jika Zuhairie melampaui batas. Ditambah lagi dalam keadaan dia mengandung sekarang. Dia lihat lelaki itu bukan seperti Zuhairie yang sebenar. Seperti ada orang lain yang menjadi Andry Zuhairie Risley. Lelaki itu seperti dirasuk oleh sesuatu 'semangat' yang kuat.
•••••
"Rea abang kau kenapa?" Soal Ain selepas mereka berdua selesai solat isyak berjemaah. Sejadah yang digunakan dia lipat dan sangkut di ampaian khas. Kemudian, dia duduk bersila semula di ruang solat itu berhadapan Andrea.
Zuhairie dari tadi tidak keluar dari bilik itu. Entah apa yang dia buat. Hanya mengurung diri di tempat gelap tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah.
"Kenapa apa?" Soalan dibalas soalan. Keningnya berkerut halus memandang Ain Amani. Muka blur tahap maksima terlakar di wajah kacukan itu.
"Tadi, aku masuk bilik bawah tu. Aku nampak dia macam sakit. Peluk lutut dan badan dia menggigil. Kulit dia pucat sangat. Badan pun sejuk macam ais. Bila aku tanya kenapa, dia suruh aku keluar" Ain menghela nafas perlahan. Makin pelik pula perangai Zuhairie sejak dia mengandung.
Perutnya diusap perlahan. Kalimah suci zikrullah meniti di bibir. Diharapkan anak yang lahir nanti dapat menjadi anak yang soleh atau solehah. Dia tidak kisah tentang jantina. Asalkan bayi ini sihat dan sempurna sifatnya.
Andrea kelihatan tersentak. Pantas otaknya mencerna perkara itu. Tanda-tanda yang disebut Ain sebijik seperti ...
MUSTAHIL !
"Takkan sumpahan tu datang balik" kata Andrea sendirian. Tetapi, kata-kata itu cepat ditangkap oleh telinga Ain Amani.
"Maksud kau?"
Andrea pandang mata bundar Ain lama. Pandangannya itu seperti cuba untuk menyampaikan satu maksud yang sukar untuk ditafsir. Sesuatu yang sukar untuk dirungkai dengan kata-kata.
"Dia akan jadi macam tu kalau dia nakkan darah. Kalau dah dapat darah, dia akan sembuh semula. Tapi, sejak sumpahan tu hilang dia dah tak minta darah. Mustahil sumpahan tu kembali semula pada dia" cerita Andrea panjang lebar. Dia lihat wajah Ain bertukar muram. Jelas riak kerisauan pada wajah itu.
Dia faham, siapa tak risau melihat keadaan suami sendiri seperti orang gila. Dia juga pernah lihat keadaan abangnya begitu.
Pandangan Andrea jatuh pada perut Ain yang memboyot sebelum dia menarik senyuman nakal. Ohhh patut la!
"Kau jangan risau la. Nanti okay balik la tu. Bukan sebab sumpahan tapi sebab mengidam!" ujar Andrea sambil tersengih. Suasana tegang tadi bertukar ceria apabila Andrea tertawa kecil. Entah apa yang lucu pun dia tak tahu.
Walaupun sumpahan Zuhairie telah berakhir, namun darah vampire tetap mengalir dalam tubuh itu. Perkara itulah yang menyebabkan Zuhairie akan minta darah jika dia nak. Dan mangsanya semestinya Ain Amani.
Jika masih ada darah itu dalam badan, Zuhairie akan jadi vampire hingga akhir hayat. Namun, lelaki itu tetap manusia biasa yang tidak mempunyai kuasa seperti musuh mereka.
"Ada jugak orang mengidam darah eh? Banyak makanan lain kenapa darah jugak dia pilih?" Ain masih keliru. Maksudnya.... perkara ini tidaklah terlalu serius seperti yang bermain dalam kepalanya tadi.
"Nak buat macam mana, dah abang aku tu manusia vampire. Nak tak nak, kau kena la kongsi darah kau dengan dia" ucap Andrea tenang. Dia meletakkan tapak tangan di atas perut Ain. Bahagianya rasa! Bila pulak aku lalui pengalaman mengandung ni.
'Fawwaz ada kau tak nak!' jerit hatinya sendiri.
Huishhh, nama tu jugak yang kau nak sebut wahai hati. Macam tak ada orang lain.
•••••
Ain Amani kembali semula ke bilik tadi. Dia lihat Zuhairie masih berkedudukan seperti seorang psiko. Menggoyang-goyang badan ke depan la belakang. Dan berhenti seketika apabila Ain menghampiri.
"Nah" Ain menarik lengan baju sebelum menghulurkan lengannya kepada Zuhairie. Pergerakan lelaki itu terpaku seketika.
"Please... Stay away from me" balas Zuhairie tanpa mengangkat wajah. Ain lihat lelaki itu meramas rambut dengan lebih kasar. Seperti menahan satu kesakitan dalam tubuh itu. Bagaikan menghalang diri lelaki itu daripada melakukan perkara yang akan menyebabkan dia menyesal seumur hidup.
Tanpa mempedulikan amaran Zuhairie, Ain lantas melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu dengan berhati-hati. Rambut panjangnya diselak ke tepi. Jelas kelihatan leher jinjangnya yang putih. Menarik minat sesiapa yang melihat. Namun, semua itu hanya milik Zuhairie seorang. Hanya lelaki itu sahaja yang berhak ke atasnya.
"Bie nak darah kan? Ambil darah sayang" kata Ain Amani tenang. Padahal dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu degupan jantung yang semakin kencang.
Kesakitan itu pernah dia rasai saat pertama kali gigi taring itu menembusi kulit mulusnya. Setiap titisan darah yang disedut amat menyakitkan. Masih segar di ingatan bagaimana Zuhairie dengan kasar 'menyentuhnya' tanpa kerelaan. Merentap kesuciannya tanpa belas kasihan. Dan kini, dengan hati terbuka dia menyerahkan diri demi melihat lelaki itu sembuh semula.
Zuhairie mendongakkan kepala. Matanya menikam wajah polos Ain Amani. Melihat leher jinjang yang terhidang di depan mata, nafsunya mula berkocak hebat. Dia menggenggam tangan erat. Cuba untuk menghalang perasaan itu menguasai dirinya.
"Are you kidding me?" Zuhairie terpandang parut yang di gigit dahulu. Parut yang agak dalam itu membuatkan perasaan rasa bersalah semakin menguasai dirinya.
"Bie nak sayang tengok bie sakit sorang-sorang macam ni?" Ain menoleh memandang redup wajah Zuhairie. Mata lelaki itu merah bak biji saga. Urat-urat hijau timbul di sekitar wajah pucat itu. Bibir lelaki itu juga seakan merekah. Tiada lagi bibir merah seperti sebelum ini. Mereka saling berpandangan.
"How about our baby?" Soal Zuhairie. Perut isterinya dipandang lama sebelum pandangannya jatuh semula pada wajah comel Ain Amani.
Dia risau sekiranya tiada aliran darah dalam tubuh Ain seperti yang pernah terjadi dulu. Dia tidak mahu perkara itu berulang yang pastinya akan menjejaskan bayi dalam kandungan. Dia takut sangat jika dia dia tidak dapat mengawal diri dan nafsu.
"It's okay. Bie hisap darah sikit je" balas Ain. Dia sudah bersedia dengan kerelaan hati.
Zuhairie menarik tubuh Ain untuk duduk di atas ribanya. Tangan merayap di pinggang Ain Amani. Hidung mancungnya bermain di belakang leher gadis itu. Haruman tubuh itu melonjakkan nafsunya. Dikucup dan dijamah perlahan leher itu sebelum meluaskan rahangnya sehingga menampakkan gigi taring yang tajam.
Tanpa berlengah, Zuhairie terus menerkam leher itu. Gigi taringnya menusuk kulit leher itu. Darah yang mengalir keluar dihisap rakus. Cecair manis yang memasuki rongga membuatkan dia terbuai. Terlupa sebentar tentang amaran Ain tadi. Beberapa ml darah gadis itu memasuki tubuhnya.
ARGHHH!! Ain mengetap bibir bawahnya. Mata dikatup rapat. Ketajaman gigi yang menusuk pangkal leher amat menyakitkan. Kedengaran nafas Zuhairie sudah semakin rancak. Lehernya juga sudah berasa kebas.
"Ab-- abang. Stop it" ujar Ain dalam nada bergetar. Rasa seperti darah yang mengalir dalam tubuhnya tinggal hanya separuh. Badannya juga rasa lemah. Kepalanya berdenyut perlahan.
Zuhairie melepaskan gigitan. Sisa darah di sekitar kawasan itu dijilat kasar. Nafasnya yang rancak tadi diatur supaya jadi lebih tenang. Pandangannya jatuh pada kesan gigitan yang mula membiru. Urat hijau juga mulai timbul.
Zuhairie lihat Ain masih memejamkan mata. Jemari kasarnya mengusap lembut perut Ain Amani.
'Sorry sayang. I can't control myself '
Ujar Zuhairie dalam hati..
•••••
Sorry gais kalau korang geli part ni
Author yang menaip pun rasa nak muntah.
Okay enjoy gaisss
Byee ~~
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro