Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 48 - Hero datang !

"Betul ke? Serius tak tipu?" Soal Andrea teruja. Tersenyum lebar bibirnya saat ini. Tangan Ain dicapai dan digenggam erat. Dia seakan-akan tidak percaya bahawa kawan yang dia sayang, kini telah hamil anak saudaranya.

"Nampak muka aku macam tipu ke? Betul la. Benci la kau ni" rajuk Ain sambil memuncungkan bibir. Fikir dia sedang buat lawak ke? Tak ada masa untuk bergurau tentang perkara penting ini. Nak aje dia cubit-cubit pipi Andrea. Geram!

"Waaaaa! Seronoknyaaa !! Aku nak dapat anak buah!!" Andrea yang baru mengetahui perkhabaran itu menjerit kegembiraan. Dia baru tahu kerana terlalu sibuk urusan pejabat pagi tadi. Tambahan pula dia perlu menggantikan tempat abang kesayangannya sebagai CEO.

Sejak akhir-akhir ini jarang sungguh Zuhairie ke pejabat dan banyak meluangkan masa di rumah. Habuannya, dia yang menjadi mangsa untuk melakukan tugas lelaki itu.

"Yeay²! Ain mengandung. Tak sangka kawan aku nak dapat baby" Andrea ketawa girang. Berita yang ditunggu-tunggu selama ini. Mesti rumah itu tidak akan sunyi sepi lagi selepas ini. Indahnya saat itu.

Mesti ramai tertanya-tanya kan mana Zuhairie pergi? Keluar saja dari perut kereta tadi terus meluru masuk dalam rumah. Buat apa lagi kalau bukan memuntahkan isi perut. Alahan ibu mengandung la katakan. Sampai sanggup tinggalkan Ain Amani seorang diri. Nasib baik ada Andrea yang setia menunggu di luar rumah.

"Kau bila pula?" Usik Ain Amani sambil tersenyum meleret. Andrea kelihatan tersentak namun bijak mengawal riak wajah. Tangan Ain ditampar perlahan. Nasib baik perlahan, kalau tak memang aku sepuk kepala kau Andrea!!

Mereka bergerak ke kerusi batu di luar rumah lalu melabuhkan punggung di situ. Di hadapan mereka terbentang luas pokok-pokok kehijauan. Ditambah lagi dengan kabus tebal warna putih.

"Ish kau ni. Aku kahwin pun belum. Inikan nak dapat anak. Lagipun, lambat lagi la" pipi gebu Andrea sudah bertukar kemerah-merahan. Terbayang wajah seseorang di ruang mata. Siapa lagi kalau bukan.. Erm, korang fikir la sendiri.

"Kau nak tahu satu perkara tak?" Ain menarik senyuman nipis apabila melihat wajah Andrea bertukar warna. Alele malu la tu. Tapi ego, tak nak mengaku!

"Pasal apa?" Soal Andrea pelik. Lain macam je bunyi. Dia memandang Ain dengan pandangan curiga.

"Tentang Fawwaz Amsyar" mata Ain melirik pada riak wajah Andrea. Dia yakin, Andrea mempunyai perasaan sama seperti sepupunya itu. Cuma ego yang menghalang perasaan itu untuk terus subur di dalam hati.

Andrea terpana apabila nama itu meniti di bibir Ain Amani. Wajah kakak iparnya dipandang lama. Lidahnya kelu serta merta apabila terdengar nama itu.

*
*
*


Andrea memanjangkan langkah menuju ke makmal biologi. Loceng tamat waktu rehat sudah lama berdering. Perjalanannya dirasakan amat jauh sekali. Manakan tidak, kelas berada di tingkat paling atas bangunan. Dia perlu menuruni tangga dan berjalan di kaki koridor yang sunyi untuk sampai ke makmal.

Kenapa la buat makmal jauh-jauh? Lain kali buat sebelah kelas aje. Kan senang. Tak payah susah-susah berjalan jauh. Penat tahu tak! Dah la tak ada sesiapa yang sudi teman dan berkawan dengan aku. Lain la kalau ada Ain atau Faa. Sempat lagi Andrea membebel dalam hati.

Ketika Andrea melalui jalan koridor yang sunyi itu, ada suara sumbang yang mengganggu pendengarannya. Pantas dia menoleh. Kelihatan beberapa orang pelajar lelaki dari kelas belakang memandangnya sambil membunyikan mulut seperti tikus.

"Hai adik manis. Mari la teman abang di sini" kata Naufal iaitu salah seorang daripada mereka berempat.

Andrea memandang sekilas sebelum meneruskan langkah. Suara-suara itu dia abaikan sahaja. Kalau dilayan makin menjadi-jadi pula.

"Nanti la kejap. Makmal sains tu tak lari la" giliran Hanif pula bersuara. Kali ini laluan Andrea dihalang dengan tubuh kurusnya. Andrea mendengus kasar.

Memang la tak lari tapi aku dah lambat bebal! Marah Andrea dalam hati. Dia tak berani bercakap depan-depan. Karang tak pasal-pasal jadi benda lain pula.

Please la.. bukan sekarang! Sudah la tiada pelajar mahupun guru melalui kawasan ini. Biasanya laluan koridor ini digunakan oleh pelajar untuk pergi ke padang. Pukul 11.00 pagi siapa yang nak ke padang, mangkuk! Lain la kalau-kalau ada tukang kebun atau pengawas bertugas melalui kawasan ini.

"Tepi la. Aku tak ada masa nak layan korang sekarang " marah Andrea lantang. Namun, sedikit pun tidak menimbulkan rasa takut atau gerun dalam hati mereka. Malah, disahut dengan bunyi gelak tawa yang kuat. Jerkahan Andrea hanyalah seperti bunyi kucing yang mengiau di pendengaran mereka. Halus-halus manja gitu.

"Wuu ~ garangnya. Ganas-ganas ni abang suka" ejek Naufal sambil tersenyum gatal. Tubuh Andrea dihampiri tapi pantas gadis itu berundur ke belakang. Andrea menahan nafas apabila terhidu bau rokok pada baju lelaki itu. Mesti tadi tengah seronok hisap rokok.

"Bila masa aku jadi adik kau? Baik korang blah sebelum aku gigit dan hisap darah korang" ugut Andrea sambil mengelak daripada disentuh oleh Naufal. Satu sekolah sudah tahu akan kewujudan gigi taringnya itu. Jadi, tak perlu dia berselindung lagi.

"Gigit lah. Abang rela tiada darah demi bersamamu sayang. Ahh tolong ahh!! " Naufal menghulurnya lengannya sambil berpura-pura menjerit. Sebelah lagi tangan diletakkan di dahi sambil memejamkan mata. Kenapa bunyi lain macam aje. Dasar lelaki tak guna !

Kawan-kawan di belakang ketawa tak ingat dunia. Ketawa macam orang baru lepas minum air ketum. Kalau Allah tarik nyawa ketika itu, tak tahu la nak kata apa. Mohon insaf !

Andrea menjeling tajam wajah Naufal yang sedang berlakon di hadapannya. Mamat ni kalau aku gigit betul-betul, mati jugak karang. Ingat aku main-main?

Andrea meneruskan langkah. Malas dia mahu melayan perangai tak semenggah lelaki-lelaki itu. Buku teks dan latihan subjek Biologi yang dibawa bersama dipeluk erat ke dada.

"Kejap la. Apa kata kalau kita naughty² dulu" tangan Andrea ditarik oleh Naufal dari belakang. Rakan-rakannya yang lain mula mengeruni gadis itu bagi menghalang Andrea untuk lari.

"Lepas la bodoh! " Andrea merentap kasar tangannya hingga terlepas. Nafasnya tidak teratur menahan marah. Ini sudah lebih. Jangan sampai mata aku tukar warna merah baru korang nak blah. Jerit hati Andrea.

"Wanginya rambut" tangan Hanif bermain dengan rambut lurus Andrea tetapi pantas gadis itu menepis. Tubuh kurus itu ditolak ke belakang. Huh ! Dasar keding.

Kesabaran Andrea semakin tipis. Dua orang lelaki yang menghalang laluannya ditolak kuat. Lantak la kalau jatuh sekali pun, ada dia kisah. Siapa suruh cari pasal. Tanpa menunggu lama, dia terus bergerak laju menuju ke makmal. Makian lelaki-lelaki tadi dia abaikan.

Tanpa sedar, ada mata tajam sedang memerhati dengan hati yang membara. Penumbuk digenggam erat hingga timbul urat hijau di lengan. Tak guna !

•••••

Ain berlari laju menuju ke tandas. Kalah Usain Bolt beb. Perutnya memulas sejak tadi. Aduhhh! Dah tak boleh tahan lagi. Benda apa yang aku makan tadi. Memulas-mulas perut aku.

Pintu tandas ditolak kasar dan segera melepaskan hajat yang menyakitkan itu. Selepas beberapa minit, Ain keluar untuk mencuci tangan. Rasa sakit tadi sudah pulih seperti sedia kala. Sempat lagi dia membetulkan tudung di kepala supaya nampak kemas dan comel. Aiceyhhh !

Baru sahaja dia mahu melangkah keluar dari tandas perempuan, tiba-tiba dia terdengar suara yang amat dia kenali. Fawwaz! Apa dia buat kat sini? Di tepi tandas perempuan pula tu. Tandas lelaki berada di hujung bangunan sana lah! Jangan kau buat perkara tak senonoh Fawwaz !!

Ain menekup telinga ke dinding untuk mendengar apa yang telah terjadi. Telinga gajahnya dibuka seluas mungkin.

"Kau yang kacau perempuan tu tadi kan?" Tegas suara ketua pengawas itu apabila berkata-kata. Dia merenung tajam wajah Naufal yang berada di hadapannya.

"Perempuan mana pulak ni?" Naufal menggaru kening. Rasanya ramai pelajar perempuan yang dia ganggu tadi. Sampai tak terkira. Tak kurang juga ada yang melayan. Semakin menggedik dia dibuatnya.

Ain segera bersembunyi di sebalik dinding tandas supaya lelaki-lelaki itu tidak sedar akan kewujudannya. Kepala dijenguk sedikit bagi memastikan suara itu betul-betul milik Fawwaz. Di ruang matanya, terpampang Fawwaz sedang melipat lengan baju kemeja pengawas hingga paras siku. Manakala Amar dan Amirul berada di sebelah lelaki itu.

Di hadapan Fawwaz pula ada 2 orang pelajar lelaki dari kelas belakang memeluk tubuh sambil tersenyum sinis. Macam sengaja nak cari gaduh aje!

"Andrea Az Zahra Rislea" tenang Fawwaz menyebut nama itu. Pandangan tajam bak helang menikam wajah Naufal yang sudah meledakkan ketawa sinis.

Ain tersentak apabila nama kawannya itu disebut. Tangan menekup mulut. Apa kena mengena dengan Andrea pula? Tak pula Andrea bagitahu.

"Kenapa? Dia awek kau ke yang aku tak boleh kacau dia" soal Naufal berani. Dia mara ke depan seperti mencabar kemarahan Fawwaz. Kening dijongket sebelah.

"Yes! Memang awek aku. Dia hak aku" kemarahan Fawwaz sudah tidak dapat dibendung lagi. Penumbuk digenggam erat. Menunggu masa untuk hinggap di muka lelaki itu.

"Jangan ingat kau anak pengetua, kau berkuasa kat sini aku takut? Huh! Perempuan murah macam Andrea tu belambak tepi jalan aku boleh cari. Petik jari 10 orang datang pada aku" tubuh Fawwaz ditolak ke belakang. Geram pula hatinya dengan sikap sombong Fawwaz Amsyar.

Bukk!!

Tubuh kurus Naufal terdorong ke belakang sebelum jatuh rebah ke tanah. Dia mengerang kesakitan kerana tumbukan Fawwaz yang kuat itu mencium pipinya. Hanif di sebelah sudah lari meninggalkan tempat itu. Huh!! Dasar kawan tak guna! Muka acah ganas tapi dalam kecut!!

Amirul dan Amar hanya memerhati. Biarlah Fawwaz seorang sahaja lakukan. Siapa suruh cari gaduh dengan si ketua pengawas ini. Mereka di situ hanya diminta untuk menemani Fawwaz tanpa perlu masuk campur.

"Kau atau dia yang murahan?! Kau tu yang jantan keparat! Sesuka hati mainkan maruah perempuan. Kau ingat aku tak tahu apa kau buat dalam stor sekolah setiap pagi. Apa kau cakap tadi? Aku berkuasa kat sini sebab anak pengetua? Kalau aku bukan anak pengetua sekalipun, kau tak ada hak nak kacau Andrea la sial!" Kali ini tendangan hinggap di perut lelaki itu. Meringkuk badan Naufal menahan sakit.

"And lagi satu, tolong jaga perangai kau kalau kau tak nak aku report pada pengurusan sekolah" Fawwaz duduk meninggung di hadapan Naufal yang berkerut menahan sakit. Rahang Naufal dicengkam kuat. Sebijik macam gangster buli orang. Mesti tak pernah dengar ketua pengawas sekolah pukul orang kan? Inilah dia Fawwaz Amsyar si pembuli sekolah.

"Lepas ni kalau aku nampak kau ganggu Andrea lagi. Siap kau aku kerjakan. Aku akan pastikan kau tak akan belajar kat sini lagi. Faham?!" Jari telunjuk menunjal kepala Naufal. Siapa suruh kacau Andrea kesayangannya itu. Kan dah kena!

"Faham ke tak?" Soal Fawwaz lagi apabila Naufal tidak memberikan tindak balas. Puas hatinya melihat lelaki itu tumpas. Cengkaman pada wajah Naufal dilepas kasar. Kemudian, dia bangun berdiri semula di tepi kawan kawannya.

"Fa-- faham" kata Naufal tergagap-gagap. Ternyata dia silap membuat keputusan. Sepatutnya dia tidak bersekemuka dengan ketua pengawas itu. Lelaki yang mempunyai pengaruh kuat di sekolah. Wajah kacak lelaki itu dijeling tajam. Kau tunggu nasib kau pulak lepas ni Fawwaz Amsyar!

Tubuhnya digagahi juga untuk bangun. Rasa meluat pula lihat Fawwaz lama-lama di situ. Rasa sakit di pipi disentuh perlahan. Kalau report pengetua sah-sah orang tua itu tak percaya. Malahan mesti dia dituduh bergaduh dengan orang lain.

"Blah ! Aku tak nak tengok muka kau kat sini" halau Fawwaz kasar. Jari kasarnya membutangkan kot hitam di tubuh. Biar nampak kemas seperti tiada apa yang berlaku. Kalau ayah dia tahu teruk kena marah ni. Oleh itu, dia dah warning awal-awal untuk tidak membocorkan rahsia.

Naufal melangkah pergi bersama berbakul sumpah seranah memaki hamun Fawwaz Amsyar. Tangannya menutup kesan lebam di tepi bibir.

"Woi ! Baju masuk dalam sebelum aku sepak kepala kau" sempat lagi Amar menjerit dari belakang. Dia amat pantang kalau terserempak dengan pelajar yang sengaja mengeluarkan baju dari seluar. Kalau bukan ketuk ketampi, paling tidak pun kena tekan tubi 5 kali.

"Jom pergi dari sini. Kalau orang lain nampak mampus aku" Fawwaz melangkah pergi dari kawasan itu diikuti Amar dan Amirul.

Ain melepaskan nafas lega. Segalanya telah dia dengar tadi. Boleh tahan gentleman jugak si Fawwaz ni. Nampaknya Andrea ada peminat dan secret admirer. Lepas ni tak perlu lagi dia risau akan keselamatan Andrea di sekolah ini. Pasti akan ada lelaki yang backup tanpa pengetahuan gadis itu.

•••••

Sorry lambat update gais

Korang nak sis buat challenge tak?

Cer komen sama ada NAK atau TAK NAK

Hadiah lumayan menanti anda !!!

Acewahhh lumayan sangat 😑

Comment dan vote tau semua !!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro