Part 44 - Mandi bersama
Ain memasuki bilik tidur mereka. Mereka masih menetap di rumah agam milik Puan Marina di tengah bandar. Bulan depan, mereka akan berpindah semula ke rumah di tengah hutan itu bersama Andrea. Semua itu ialah perancangan Zuhairie. Dia sebagai isteri hanya mengikut sahaja. Tidak berani untuk membantah.
Bunyi pancutan air dari bilik air menerpa masuk ke dalam telinga Ain Amani. Sejak bila Zuhairie balik pun dia tak tahu. Vampire ke hantu halimunan Zuhairie ni? Ataupun dua-dua dia ada. Pergh seram siak !
Tiba-tiba idea jahat muncul di benak fikirannya. Nak merajuk sangat kan? Meh kita tengok dia nak merajuk lagi atau tak. Kakinya perlahan-lahan melangkah mendekati suis lampu bilik air. Bibirnya terukir senyuman jahat. Rasain looo!! Jari jemarinya terus menekan suis lampu bilik air. Terdengar jeritan kecil dari dalam bilik air. Pasti lelaki itu terkejut dengan kegelapan yang menjelma secara tiba-tiba.
"Hey ! On balik suis lampu!" Jerit Zuhairie dari dalam bilik air. Pasti sukar untuk mandi dalam keadaan gelap gelita.
Ain ketawa kuat sambil menekan perut. Senak perutnya kerana banyak ketawa. Penakut juga rupanya suami aku ni. Ain berhenti ketawa. Kenapa diam semacam je? Ada perkara buruk yang terjadi ke?
Telinganya ditekapkan pada pintu tandas. Diam. Langsung tiada bunyi air mahupun sebarang suara dari dalam bilik air.
Tiba-tiba pintu dibuka dari dalam membuatkan tubuh Ain hampir tersungkur ke depan. Tetapi, pantas disambar oleh susuk tubuh di hadapannya. Nasib baik ada tangan yang menarik pinggangnya. Kalau tak mesti dia sudah mencium lantai. Eh kejap! Tangan? Ain terus mengangkat wajah. Mampus aku !
Pandangan tajam persis mata helang menikam pandangan Ain Amani. Walaupun beriak serius, ketampanan lelaki itu masih terserlah. Jantung Ain seperti mahu melompat keluar. Pegangan erat di pinggangnya masih belum dilepaskan. Zuhairie yang basah kuyup hanya bertuala di paras pinggang. Jelas kelihatan tubuh sasa Zuhairie masih basah dengan air mandian. Tubuh Ain ditolak rapat ke dinding bilik air. Tangannya memerangkap Ain di dinding.
"Do you understand my struggle just now?" Kata Zuhairie dingin. Wajahnya sengaja didekatkan pada wajah Ain Amani. Hidung mereka saling bersentuhan. Mata tidak lepas memandang ke arah isterinya.
"I... I got it. I won't do it again" Ain sudah tergagap-gagap. Dia langsung tidak terfikir bahawa Zuhairie akan keluar dari bilik air itu. Dia fikir Zuhairie tidak akan dapat mencari tuala kerana keadaan gelap dalam bilik air. Sekarang ini pun gelap walaupun dilimpahi cahaya lampu dari bilik tidur.
"Too late to regret. You're the one who started it" ujar Zuhairie lagi. Dia simpan senyum melihat wajah pucat isterinya. Nak main sangat kan? Let's start it.
"I thought I'd try to scare you" peluh mula membasahi di dahi. Ditambah lagi dengan air rambut basah Zuhairie yang menitik ke wajahnya apabila laki itu tunduk. Kalau dia bergerak walau sedikit, pasti bibirnya akan bersentuhan dengan bibir Zuhairie. Bukan dia tak suka tapi malu !!
"Scare me? You made it too dark and now I can't wash myself. Could you help?" Suara Zuhairie amat menggoda di telinga Ain Amani. Dirinya seperti berada di awan-awangan. Panahan mata Zuhairie sudah berjaya memanah cinta yang mula bertapak dalam hati.
"Wha-- what do you mean?" Sengaja Ain bertanya walaupun dia tahu apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu. Tengok dekat macam ni, handsome pulak laki aku. Nak aje dia cium bibir itu. Wahai hati, sabarlah kau supaya tak nampak kau tergedik-gedik nakkan dia.
"Let's shower together with me" sejurus itu, tubuh Ain terus dicempung menuju ke bath tub. Sempat kakinya menolak daun pintu. Lampu tidak dibuka untuk menaikkan suasana romantik dalam bilik air itu. Lagipun ada lilin di sekeliling bathtub untuk menerangi bilik itu.
"Ah! Tuala saya" jerit Ain kuat. Tubuhnya diletakkan ke dalam tub yang dipenuhi air dan sabun. Habis basah pakaian yang dipakai. Luar dan dalam! Dengan baju tak sempat nak ambil. Kalau sempat ambil tuala, tak apa lagi. Ini satu habuk pun tak ada.
"Share with me" ujar Zuhairie sambil tersenyum nakal. Hilang sudah rajuknya pagi tadi. Dia mendekati Ain yang memuncungkan bibir. Kaki melangkah masuk ke dalam tub mandi bersama isterinya.
Wajah Ain Amani bertukar menjadi cuak apabila Zuhairie dengan selamba sahaja mengeluarkan tuala yang sudah basah lencun dari tub mandi. Baju yang dipakainya juga perlahan-lahan ditanggalkan oleh tangan kasar itu. Leher putih Ain menjadi mangsa cumbuan bibir Zuhairie. Ain menahan rasa. Ni nak mandi atau nak buat benda lain?
Tuala tadi sudah basah lencun. Nak share apanya lagi. Malam itu, mereka berdua mandi bersama-sama ditemani cahaya lilin yang penuh romantik.
•••••
"Kenapa tak siap lagi ni?" Soal Zuhairie apabila melihat Ain yang berada di muka pintu menunggu kehadirannya. Kot pejabat miliknya juga berada di tangan gadis itu. Patut la cari dalam bilik tak jumpa.
"Nak pergi mana?" Soalan dibalas dengan soalan. Kot yang berada di lengan dipakaikan di tubuh suaminya. Dah handsome! Suami siapa la ni.
"Tak pergi butik ke?" Zuhairie mengerutkan dahi. Demam ke apa budak ni. Hari tu beria-ia sangat tak nak tinggalkan pekerjaan kesayangan dia tu. Sekarang ni dah nyanyuk ke?
"Buat apa pergi butik?" Ain masih beriak selamba. Habuk-habuk di bahu Zuhairie disapu tenang. Padahal bukan ada habuk pun. Saja nak sweet dengan suami sendiri. Acah macam isteri mithali sangat. Kau tak suka kau blah!
"Kerja?"
"Kan awak suruh saya tutup. So saya dah tutup" Ain mengeluh perlahan. Dia mengangkat wajah memandang wajah kacak Zuhairie.
"Good girl. Duduk rumah diam-diam. Jangan keluar pergi mana-mana. Kalau ada orang ketuk pintu suruh Ivan atau Nick bukakan. Diorang berlatih menembak di bilik bawah tanah" kepala Ain yang dilitupi selendang digosok perlahan. Kemudian, pipi mulus itu diusap lembut dengan penuh rasa cinta.
Selagi dia belum berpindah semula ke rumah di atas bukit, dia meminta Ivan dan Nick untuk menjaga keselamatan mereka sekeluarga. Untuk melindungi Ain Amani ketika dia tiada di rumah. Lagipun, tidak cukup untuk dia seorang menjadi pelindung di rumah ini.
"Aku pergi dulu. Jaga diri baik-baik. Aku sayang kau"
Beberapa minit kemudian baru Zuhairie tersedar. Bibir Ain Amani sudah mengukir senyuman nakal. Eh eh, terbalik pulak.
"Apa? Tak dengar. Cakap sekali lagi" sakat Ain Amani. Tangannya mula melingkari leher suaminya. Aduh Ain! Masa ini la kau nak menggatal pon. Kang suami kau tak jadi pergi kerja baru tau.
"Cakap apa?" Zuhairie tak tentu arah apatah lagi melihat Ain seperti mahu menggodanya. Mukanya yang pucat tidak berdarah serta merta bertukar menjadi merah. Memang jelas la warna merah itu di kulit putihnya.
"Yang tadi tu..." Kata Ain meleret. Kakinya dijengket untuk menyamai ketinggian Zuhairie. Nasib la jadi minah pendek. Kahwin pula dengan orang tinggi melanggit. Asyik kena dongak kepala kalau nak usha.
"Mana ada aku cakap a--" Zuhairie terdiam. Bibirnya telah dikucup sekilas oleh Ain Amani. Terbit rasa tenang dalam hatinya. Kan seronok kalau hari-hari macam ini. Terbang terus segala masalah yang membelengu jiwanya ketika itu. Hatinya menjadi tenang.
"Sayang awak jugak" Ain terus berlari masuk ke dalam rumah. Nasib la tak ada orang di situ. Kalau tak bertambah malu la jawabnya. Andrea telah pergi ke pejabat menaiki kereta sendiri. Kata Zuhairie adiknya itu mahu ke satu tempat selepas pulang dari kerja. Sebab itu mereka tidak pergi sekali.
"Hey! Tak salam pun" suaranya sengaja ditegaskan. Pergi macam tu je? Suka hati tinggalkan suami yang handsome ni sorang-sorang. Ceyh puji diri sendiri.
"Sorry sorry" Ain tersengih malu. Tangan Zuhairie dicium dan dibalas ciuman di dahi. Ingatkan mahu lari tadi. Last-last kena patah balik jugak.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro