Part 4 - Si Ketua Pengawas
Fawwaz Amsyar meronda kawasan sekolah bersama tiga rakan baiknya yang juga merupakan pengawas sekolah iaitu Hakim, Emran dan Faiz. Menjadi tugas mereka untuk mengawal keadaan pelajar ketika waktu rehat.
Ketika mereka melalui kawasan taman sekolah, mata Fawwaz menangkap susuk tubuh yang amat dia kenali. Dia tersenyum jahat. Masa untuk bermain dengan air.
"Hey budak. Makan sorang je ke. Nak cik abang teman?" Usik Fawwaz diikuti ketawa mengejek rakan- rakannya. Suasana yang agak sunyi memudahkan mereka untuk mengucar kacirkan keadaan. Hanya beberapa orang pelajar junior yang melalui kawasan itu. Mereka tidak berani menegur. Maklumlah ketua pengawas yang digeruni.
Andrea hanya buat tak tahu seperti yang pernah dia lakukan kepada Ain. Ibunya pernah berpesan, jika ada orang yang mengganggu jangan dilayan. Nanti makin menjadi- jadi. Jika dihiraukan lama- lama diam juga suara sumbang itu. Andrea menahan sabar.
"Sombong jugak kau eh" kata Fawwaz lagi. Geram kerana tegurannya tidak diendahkan. Ingatkan mahu membuatkan hati gadis itu sakit, tapi hatinya pula yang sakit dengan sikap gadis itu. Fawwaz memandang tajam ke arah Andrea.
"Nama acah-acah English. Padahal duduk Malaysia jer pon. Kalau dah Melayu tu melayu jelah. Tak payah nak acah orang putih" sambung Fawwaz lagi. Kali ini dia tersenyum sinis apabila Andrea mengangkat wajah memandang tepat ke arahnya.
Kedudukan mejanya berhadapan dengan meja Andrea dalam kelas memudahkan dia untuk menganggu gadis itu. Hanya Andrea sahaja yang kelihatan tidak berminat dengannya manakala yang lain tergedik- gedik mahu mendampingi dirinya.
*Fawwaz Amsyar
Tiba- tiba, suara jerkahan dari belakang menyentakkan mereka yang berada di situ. Serta merta ketawa mereka terhenti. Masing- masing menoleh untuk melihat gerangan siapakah yang berani menaikkan suara di hadapan ketua pengawas.
"Woihhh. Kau tak habis-habis kacau dia apasal. Memang tak senang eih hidup kalau tak kacau orang" marah Ain sambil melangkah mendekati sepupunya aka ketua segala syaiton.
"Hesyy ada pulak langau datang menyibuk. Kau tu yang apahal. Tak payah sibuk hal aku" Fawwaz membuat gaya menghalau lalat. Rakan- rakannya hanya ketawa melihat tingkah laku Fawwaz.
"Jangan ingat kau ketua pengawas kat sekolah ni aku takut. Nama jer ketua pengawas tapi perangai kalah jembalang. Kalau macam ni la perangai, kau tak layak lah jadi ketua pengawas. Tukar orang secepat mungkin, semak tengok muka kau ! Boleh blah lah! Puihhhhh !"0 Marah Ain kasar.
Pelajar yang lalu lalang hanya memandang ke arah mereka. Ketua pengawas sekolah gaduh dengan ketua pengawas perpustakaan. Ha.. elok sangat la tu. Boleh buat tajuk untuk majalah sekolah nanti. Mereka hanya diam menikus.
"Kau masuk sekolah ni atas ihsan bapak aku je. Kalau tak ada dia, kau nak melangkah masuk pon tak layak la. Perasan bagus pulak dia ni". Balas Fawwaz mengejek.
"Kalau pak long tak paksa aku, tak ingin aku nak masuk sekolah ni. Tambah-tambah bila tengok muka jamban tak siap kau. Nama ja anak pengetua tapi perangai tak senonoh langsung" jari telunjuk Ain dihalakan di hadapan wajah kacak Fawwaz. Ain senyum sinis lagi.
"Muka tak siap? Muka aku punya helok kau kata jamban tak siap?" Jari ditunjuk ke arah mukanya. Herghhh ! Bentak Fawwaz geram sambil menjeling ke arah rakannya. Mereka hanya menjongket bahu tanda tak bersalah.
Ain Amani tersenyum kegembiraan. Puas hatinya dapat menaikkan amarah lelaki itu. Tangannya disilangkan di badan.
Andrea hanya menonton drama yang berlaku di hadapannya di saat ini . Haihh ! Asyik bergaduh je tak letih ke? Bisik hatinya.
"Ni semua memang balaci kau ke? Sebijik macam firaun. Ada pengikut gitu. Sesuai la perangai kau dengan firaun. Sama- sama perangai setan" tambahnya lagi.
"Heh! Perangai setan? Habis kawan yang kau bela sangat tu apa? Anak setan? Bertaring bagai. Entah macam mana boleh masuk dalam sekolah ni" tuju jarinya pada Andrea. Semua mata² yang berada di situ memandang kepada wajahnya yang menunduk.
"Mulut kau jaga eih. At least dia tak kacau orang macam kau. Konon orang paling bertanggungjawab dalam sekolah ni. Tunggu masa jer taring kau hilang nanti"
"Sorry. Aku tak ada taring. Kawan baik kau tu ada la. Nak taring mintak kat dia. Chow .." Fawwaz membalas sinis sambil berjalan dengan megah bersama mengikutnya berlalu dari situ.
"Kau okey?" Tanya Ain prihatin sambil memegang bahu Andrea.
"Okey jer. Thanks". Sambil senyum sebaris.
"Alhamdullilah, baguslah macam tuh. Kau jangan peduli apa yang Fawwaz kata tu. Dia bukan betoi sangat, wayar putus. Kau sabar jer tau" Andrea hanya mengangguk sambil tersenyum. Hanya mampu menahan sabar untuk menetap di sekolah ini. Mujur ada Ain mempertahankannya.
Ain mengurut dagu. Dia pelik. Ada betul jugak apa yang dikatakan Fawwaz tadi. Bagaimana budak misteri ni senang- senang jer boleh masuk dalam sekolah ni? Bukan calang- calang orang yang boleh belajar di sini. Hanya orang terpilih dan berkelayakan sahaja diterima masuk. Senang cerita anak orang kaya yang layak. Sekolah orang kaya la katakan. Mungkin budak tu anak orang kaya jugak atau kenalan kepada pengetua sekolah ini. Selalunya begitu la cara seseorang pelajar diterima masuk.
•••••
"Airen. Kau tak habis-habis gaduh dengan dia. Kang dia report nama kau kat pengetua baru tau" Faa terus menerpa Ain apabila gadis itu melangkah masuk ke dalam kelas. Terkejut beruk dia tadi semasa diberitahu oleh Jiha yang Ain sedang berperang mulut dengan Fawwaz di bangunan baru tepi makmal.
"Dia tak berani buat macam tu." Kata Ain tenang sambil melabuhkan punggung di tempatnya. Buku untuk subjek seterusnya dikeluarkan dari beg.
Faa hanya menggeleng kepala dengan sikap kawannya itu. Mentang- mentang anak saudara kesayangan pengetua.
"By the way, kau tahu mana?" Soal Ain sambil memandang Faa yang menempek di mejanya. Dahinya berkerut halus.
"Kau gaduh dengan budak hot sekolah. Sah-sah la kecoh. Peminat- peminat dia semua mengata kau. Kau tak perasan ker waktu kau jalan tadi semua pandang kau semacam" Faa menjulingkan mata ke atas.
"Eh, kisah pulak aku. Lantak diorang la" selamba Ain berkata. Mulut orang mana boleh tutup. Melainkan kalau stapler guna stapler gun. Biar tertutup sambil bila- bila.
Ain sedar ada mata- mata memerhatikannya sambil berkata sesuatu antara mereka. Nak bergosip pon tengok la sekeliling. Aduii tu pun nak kena ajar ke. Getus hati Ain sambil menjeling ke arah sekumpulan pelajar perempuan kelasnya.
"Ain.. aku tengok kau makin rapat dengan budak tu. Dia okay?" Soal Faa sambil tersenyum. Tiba- tiba sahaja hatinya tertarik untuk mengenali gadis misteri itu.
"Dia okay jer. Sebab spesis macam kau ni yang selalu mengata dia, tu yang dia jadi pendiam" kata Ain geram.
"Eih, kita jugak yang dipersalahkan" balas Faa bernada sedih. Bibirnya yang tebal dicebik masam.
"Yelah- yelah. Nanti aku perkenalkan kau kat dia" kata Ain malas. Dulu suka sangat mengata. Sekarang nak berkawan pula. Hati manusia cepat betul berubah.
"Bereh bos" kata Faa ceria. Tangannya diletakkan di dahi seperti askar.
Puan Zurina iaitu guru bahasa malayu yang melangkah masuk dalam kelas membuatkan Faa terkocoh- kocoh kembali ke tempat duduknya. Ain menggeleng perlahan melihat telatah kawannya itu.
•••••
"Assalamualaikum Andrea Az Zahra Risley. Pergh nama terbelit lidah aku nak sebut" Ain memberi salam diikuti omelan kecil di hujung bibirnya. Dia mengambil tempat di sebelah Andrea pondok taman sekolah.
"Waalaikumsalam, Nurul Ain Amani binti Azhari" jawab Andrea pula. Dia ketawa kecil mendengar omelan Ain tentang namanya.
"Weyhhh... Tak sangka kau tahu nama bapa aku" kata Ain bangga. Matanya dibeliakkan gaya terkejut.
"Tengok kaki la" kata Andrea selamba.
"Mana.. Tengok! Lawa sangat ker kaki kau" Ain terjenguk- jenguk bawah meja.
"Ha.. tengok la. Aku baru terpijak tahi kucing tadi. Ha tengok- tengok" Andrea menyuakan kakinya ke arah Ain.
"Eiii pengotor" wajah Ain bertukar masam. Kaki Andrea ditolak jauh menggunakan hujung kaki.
Terletus ketawa kuat dari bibir Andrea. Kelakar melihat telatah Ain yang seperti kanak- kanak ribena.
"Rea... Aku dengar kau pandai Addmath. Betul ker?" Tanya Ain teruja.
"Apasal? Tak percaya?" Kening Andrea diangkat sebelah.
"Tak la. Setahu aku, si Fawwaz tu sorang jer yang terer Addmath. Tak sangka pula kau pun pandai" kata Ain sambil tersengih.
"Alhamdulillah. Aku reti la sikit- sikit. Dapat la jugak A- pertengahan hari tu. Walaupun tak dapat lawan Fawwaz yang dapat A+ tu" beritahu Andrea megah.
"Belagak jugak kau eih. Aku nak mintak tolong kau sikit, boleh?" pinta Ain Amani.
"Apasal? Macam ada masalah jer" wajah keruh Ain direnung.
"Aku nak suruh kau ajar aku addmath boleh? At least bagi aku lulus untuk trial SPM nanti. Boleh la... Aku tak nak si Fawwaz tu ajar aku. Pengetua dah warning aku awal- awal. Dia kata kalau aku fail jugak, dia akan suruh Fawwaz ajarkan. Aku tak nak la weh..." Cerita Ain separuh merayu.
"Apasal pulak kau tak nak? Mamat hot yang ajar tu" usik Andrea tersenyum sumbing. Dia pelik dengan sikap Ain.
"Woih... Aku kenal la sepupu ngek aku tu dari kecil macam mana. Perangai dia memang tak boleh bawak berbincang" Ain menggelengkan kepalanya laju. Belajar dengan Fawwaz ibarat menyerahkan diri kepada harimau. Menakutkan!
"Dia sepupu kau?" kata-kata Ain membuatkan Andrea terlopong. Matanya berkejip beberapa kali memandang Ain.
"Ha'ah. Kau tak tahu ker?"
"Ni baru tahu. Patut la budak perempuan sekolah ni tak berani nak marah kau bila kau dekat dengan Fawwaz Amsyar tu" beritahu Andrea sambil ketawa kecil. Teringat akan rakan perempuannya yang hanya berani mengutuk Ain di belakang berbanding berkata depan- depan.
"Berani diorang nak marah. Sekali aku hempuk dengan buku baru tau" Ain buat gaya menghempuk bukunya yang tebal itu. Cermin mata yang dipakai ditolak ke atas perlahan. Nasib hari ini dia bawa. Kalau tak jadi buta la dia kerana pemandangan yang kabur.
"Uishh garang"
"So... Boleh la, eih?. Ajar aku Addmath" rayu Ain sambil buat muka comel. Dia menggoyangkan tangan Andrea kuat.
"Okay la.. Boleh jer" jawab Andrea sambil menjongket bahu.
"Thank you kawan. You're my bestfriend forever and ever" Ain ketawa gembira. Lengan Andrea dipeluk erat. Kepalanya pula dilentokkan di atas bahu kawannya itu.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro