Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 39 - Puan Marina dibunuh

Ini part sedih...

Kalau nak lebih feel sedih, boleh buka sound di atas

Baca sambil dengar muzik background ni

Enjoyy !!

•••••

Bunyi deringan telefon bertalu talu membuatkan Zuhairie bangun dari perbaringan. Jemari kasarnya menggosok perlahan mata yang masih terasa mengantuk. Telefon miliknya yang berada di atas meja sisi diambil. Tanpa melihat nama di skrin, panggilan terus dijawab.

"Hello... Siapa ni?" Jelas suara serak menandakan dia baru bangun dari tidur. Mulut menguap luas ditutup dengan tapak tangan.

"Abang.. Andrea ni" beritahu Andrea di hujung talian. Suara itu kedengaran gelisah sekali.

"Kenapa call abang tengah-tengah malam ?" Zuhairie mengerling jam di dinding yang menunjukkan pukul ... 2.30 pagi?! Jiwanya bertukar menjadi resah. Dalam hati berdoa semuanya dalam keadaan baik sahaja.

"Ibu... Ibu tak balik lagi" suara Andrea bergetar menahan rasa risau yang semakin menggunung. Mana ibu pergi? Pulang la ibu, jangan buat Rea risau. Wajah manis ibunya terlayar di ruang mata.

"Tak balik lagi? Petang tadi dah bertolak balik. Takkan tak sampai lagi?" Zuhairie jadi bimbang. Tak mungkin....'dia' kembali.

"Rea dah cuba call ibu tapi telefon dia mati. Abang... Rea risau la. Macam mana kalau sesuatu terjadi pada ibu?" Andrea mengadu tentang apa yang bermain di fikirannya sejak tadi.

"Rea tunggu sampai abang datang. Jangan keluar rumah langsung. Kunci semua pintu dan tingkap dari dalam" arah Zuhairie tegas. Panggilan dimatikan. Dahi berkerut memikirkan perkara itu.

Hatinya mula berdegup pantas. Perkara yang bakal berlaku tak mungkin bermula dari ibu. Ibu tak salah! Jangan jadikan ibu aku sebagai mangsa kekejaman kau! Ya Allah selamatkan ibu. Rambut diraup kasar ke belakang.

Ingat Zuhairie, benda itu akan serang orang yang kau sayang terlebih dahulu. Kau akan jadi mangsa terakhirnya selepas semua orang berjaya dihapuskan. Dia akan seksa kau perlahan-lahan dengan pemergian orang sekeliling kau termasuk Ain Amani.

"Siapa call tu, awak?" Suara lembut Ain Amani di sebelah menyentakkan Zuhairie. Pantas dipandang wajah isterinya yang baru bangun. Mungkin terganggu dengan bunyi telefon tadi.

"Andrea.. Dia bagitahu ibu tak sampai rumah lagi" Zuhairie bangun dari katil. Dia perlu cepat bersiap untuk pulang ke rumah Puan Marina.

"Cepat pergi siap. Kita balik rumah ibu" Zuhairie memberi arahan apabila melihat Ain masih lagi mamai memandang ke arahnya. Ain mengangguk kecil sebelum bangun dari katil dan bergerak ke wardrobe.

•••••

Deringan telefon rumah membingitkan segenap ruang dalam rumah agam milik Puan Marina. Semua yang berada di situ memandang Zuhairie yang bangun untuk menjawab panggilan. Tuan Azhari dan Puan Aisyah turut berada di situ untuk memberi semangat kepada menantu mereka.

"Encik Andry Zuhairie?"

"Ya saya. Macam mana dengan kes kehilangan ibu saya, Puan Marina? Pihak polis sudah dapat menjejaki mereka?" Tanpa menunggu lama, Zuhairie terus menyoal. Hatinya meronta mahu mengetahui perkembangan tentang ibunya.

"Berat hati saya untuk sampaikan berita ini kepada awak sekeluarga. Kereta BMW berwarna hitam yang disyaki membawa ibu awak pulang, dijumpai di kaki bukit. Dan mayat pemandu telah kami kesan dalam kereta" Encik Adam yang bertugas untuk menyiasat kes ini bersuara. Tenang sahaja suaranya mungkin sudah biasa berhadapan dengan kes pembunuhan seperti ini.

"Ibu saya pula?" Zuhairie menyoal dalam payah. Dia tidak sanggup mendengar akan perkhabaran seterusnya. Tolong sedarkan dia dari mimpi yang kejam ini. Tolong beritahunya ini hanya mainan tidur pada malam hari. Namun, dia tahu semuanya benar dan realiti dan bukan gangguan syaitan dalam tidurnya seperti sebelum ini.

"Mayat seorang wanita dijumpai dalam keadaan berlumuran darah dan penuh cakaran di muka dan tubuh badan. Tetapi, pihak kami tidak dapat pastikan sama ada mayat itu ibu awak ataupun bukan. Proses menjejaki suspek sedang kami jalankan kerana tiada petunjuk dan kesan yang ditinggalkan" beritahu Encik Adam lagi. Telefon rumah melorot dan terlepas dari pegangan tangan Zuhairie. Air mata menitis laju menuruni pipi.

Zuhairie terjelopok jatuh atas lantai marmar. Lututnya terasa longgar. Perkhabaran tadi seperti batu besar yang menghempap belakang badannya. Cakaran itu... Tak mungkin! Cara pembunuhan seperti arwah bapanya dahulu. Tak mungkin manusia itu dapat menjejakinya hingga ke sini.

"Hello... Saya bapa mertua kepada Encik Zuhairie" Tuan Azhari mengambil alih menjawab panggilan. Dipandang wajah Zuhairie yang basah dengan air mata.

"Kami minta kerjasama encik untuk datang je hospital bagi melakukan pengecaman ke atas mayat wanita itu" ujar Encik Adam sebelum meletakkan panggilan telefon. Kes ini lain dari yang lain kerana anjing pengesan yang digunakan juga tidak dapat menghidu langkah suspek.

Tuan Azhari menarik tubuh Zuhairie dalam pelukan. Menantunya itu kelihatan lemah tak bermaya. Andrea turut melepaskan tangisan di bahu Puan Aisyah. Ain Amani menggosok perlahan bahu Andrea.

•••••

Selepas meminta kebenaran dari pihak hospital, mereka di bawa ke bilik mayat ditemani oleh salah seorang kakitangan hospital. Mereka sekarang sedang berhadapan dengan mayat mangsa yang sudah kelihatan pucat biru. Andrea melangkah setapak kedepan dan sekarang ni dia betul-betul berhadapan dengan mayat tersebut.

Tangan Andrea terketar ketar menutup mulut yang hampir ternganga luas. Keadaan ibunya berada dalam keadaan yang amat menyayat hati. Darah ada di merata tempat. Tak dapat dia menahan rasa sedih yang menapak dalam jiwa apabila melihat orang yang paling dia sayang meninggal dalam keadaan sebegitu rupa.

Air mata tidak dapat ditahan melihat mayat itu. Rasa sebak mula mencengkam hatinya. Rantai emas yang berada di leher menjadi bukti bahawa itu ialah Puan Marina. Rantai yang dihadiahkan oleh arwah ayahnya kepada ibu suatu ketika dahulu. Serta pakaian yang dipakai ketika majlis kesyukuran di rumah Ain Amani. Dia kenal dengan baju itu. Mahu saja dia menjerit sekuat hati di situ. Ibu !!!!

Ibu, manusia yang paling gembira apabila dia dilahirkan di dunia ini. Wanita yang sanggup menahan sakit demi melihatnya sihat. Wanita yang bekerja keras demi mengenyangkan perut anak-anak selepas kematian suami. Seorang ibu yang selalu memberinya kata semangat dan dorongan sudah tiada di dunia ini. Sudah pergi meninggalkannya buat selamanya. Selepas ini, tiada lagi teman untuk dia bergurau manja, mengusik antara satu sama lain. Tiada lagi ibu yang akan menegurnya jika melakukan kesilapan.

Di luar bilik itu, Zuhairie duduk di atas kerusi menunggu. Kepalanya menunduk dan mata tidak lepas memandang lantai hospital. Dia seperti berada di dunianya sendiri. Baru tadi dia melakukan pengecaman mayat. Air mata yang ingin mengalir cuba ditahan. Dia cuba jadi kuat demi adiknya, Andrea Az Zahra Rislea.

Tiba tiba terasa tangannya digenggam erat. Pantas Andry Zuhairie Risley mengangkat wajah dan memandang tangan itu sebelum pandangannya jatuh pada Ain Amani yang berada di sebelah. Terasa tenang hatinya dengan kehadiran Ain di situ. Perlahan-lahan jemari Zuhairie membalas pautan erat itu walaupun hatinya berasa bimbang dengan keadaan sekarang.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro