Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 34 - Ciuman manis

"Pergi kemas semua barang kau" arah Zuhairie tegas. Langsung tiada secalit senyuman di wajah itu. Baju yang basah dengan peluh ditanggalkan dan dilempar masuk terus ke dalam bakul pakaian kotor. Tadi, dia work out menggunakan punch bag. Cara untuk dia melepaskan geram dan tekanan. Juga salah satu cara untuk dia berfikir bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

"Kita nak pergi mana?" Ain menyoal dengan penuh tanda tanya. Dia yang baru selesai solat maghrib segera mendekati Zuhairie. Telekung masih tersemat di kepala.

Dia memanjat rasa syukur ke hadrat Ilahi apabila melihat Zuhairie mendirikan solat tiga rakaat itu sendirian di bilik tadi. Lelaki itu berubah juga akhirnya setelah seminggu Ain menunjuk ajar cara solat yang betul. Lepas ni boleh ajar baca Quran pulak. Dan juga solat jemaah.

"Buat aje apa aku suruh. Jangan banyak tanya" kata Zuhairie garang. Pelik betul perangainya sekarang. Kadang sweet, kadang pula terlebih garang. Hormon tak stabil agaknya.

"Baiklah tuan putera" Ain menunduk penuh hormat seperti berada di hadapan raja. Kain telekung diangkat sedikit. Wajah pura-pura dimaniskan. Padahal dalam hati mahu saja dia ketuk-ketuk kepala lelaki itu.

"Tak payah perli aku" Zuhairie yang melihat menjeling tajam Ain yang bertelekung. Terasa dirinya sedang disindir. Dia bergerak ke almari untuk mengambil tuala. Badannya yang berpeluh mengeluarkan bau yang kurang enak dan badannya berlengas.

"Yelah.... Garang bebenor. Cium karang" gumam Ain perlahan. Namun, telinga lintah Zuhairie pantas menangkap butir bicara itu. Langkahnya terhenti dan dia menoleh semula menghadap isterinya.

"Apa? Ulang sekali lagi" ujar Zuhairie. Dia melangkah perlahan mendekati tubuh Ain. Melihat muka cuak isterinya, dia menahan senyum. Tadi berani bukan main. Ni takut pulak?

"Mana ada saya cakap apa-apa. K lah saya nak pergi kemas baju. Bye" Ain menjadi gelabah apabila melihat Zuhairie semakin mendekat. Dah la tak pakai baju. Ingat seksi kut. Cepat-cepat dia meminta diri. Wuduknya masih ada. Kalau tersentuh dengan Zuhairie mesti kena ambil air sembahyang lain. Dia mahu sambung solat isyak sekejap lagi.

Tangannya yang berlapik telekung ditangkap oleh jemari kasar Zuhairie. Jantung Ain berdetak laju. Ah sudah ! Dia nak buat apa ni?

"Fikir aku pekak?" Soal Zuhairie sinis. Dia mula menolak tubuh Ain ke dinding. Kedua belah tangan mengepung isterinya dikiri dan kanan. Mata hazel itu merenung lama ke dalam anak mata isterinya. Ain menjadi tidak tentu arah lalu melarikan anak mata. Malu untuk membalas renungan itu.

"Nak cium sangat kan?" Dengan suara menggoda Zuhairie berkata. Bibirnya sudah semakin menghampiri bibir Ain. Hanya beberapa inci sahaja bibir mereka akan bertemu.

"Jangan sentuh ! Saya ada wuduk" Ain sudah tidak senang duduk. Spontan kedua tangan menekup mulutnya sendiri. Zuhairie senyum sendiri melihat telatah itu.

"Wuduk boleh ambil lain" Zuhairie menarik tangan Ain yang menutupi bibir itu. Ain kembali panik saat Zuhairie mendekatkan wajahnya dan sesaat kemudian mata Ain terbeliak tatkala bibir Zuhairie menjamah lembut bibirnya. Kedengaran nafas suaminya semakin rancak. Lama mereka berkeadaan begitu sebelum Zuhairie melepas lembut tautan itu.

"Lain kali cakap la macam tu selalu. Boleh aku cium bibir kau setiap hari" bisik Zuhairie di telinga Ain. Matanya memandang bibir isterinya yang lembap. Kemudian, dia terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan diri.

Ain masih terkedu di tempatnya. Jari menyentuh lembut bibir yang menjadi mangsa cabulan Zuhairie. Entah mengapa dia berasa selesa dengan sentuhan lembut itu. Ain Amani wake up! Kau dah angau dengan suami sendiri. Pipinya ditampar berkali-kali untuk menyedarkan diri.

•••••

Ain pandang sekeliling rumah. Kawasan rumah itu semakin cantik dengan tanaman bunga yang warna warni. Rumah itu banyak berubah berbanding dulu. Banyak pengubahsuaian struktur rumah itu membuatkan rumah ini semakin besar. Rumput yang panjang dan semak samun yang tumbuh meliar yang dia lihat beberapa bulan lalu bertukar menjadi kawasan rumput karpet yang lapang.

Dia jarang keluar rumah sebab itu dia terpesona melihat perubahan ini. Banyak masanya dihabiskan di dapur dan dalam bilik. Kalau tiada kerja untuk dibuat, dia akan tidur. Itulah rutin hariannya setiap hari. TV ? Ermm Zuhairie hanya membenarkan dia untuk menonton sehari sekali. Dan rancangan yang dibenarkan hanyalah program memasak. Kedekut punya orang tua!

Masa lain dia perlu habiskan dengan memandang wajah kacak suaminya. Nasib la handsome. Kalau tongkang pecah dah lama aku tendang masuk hutan. Amboi ! Berani nak tendang suami sendiri. Kang dia tolak kau ke katil baru tahu.

Terlalu asyik melihat kawasan sekeliling hingga tidak perasan Zuhairie melangkah keluar dari rumah membimbit sebuah beg pakaian. Lelaki itu segak memakai t shirt hitam lengan pendek dipadankan seluar jeans hitam. Kaca mata hitam yang tersemat pada wajah itu menambahkan kekacakan suaminya.

•••••

Hampir 30 minit perjalan ke destinasi yang ingin dituju. Ain mula berasa bosan. Dari tadi keadaan dalam kereta sunyi sepi. Radio langsung tidak dipasang. Dia pandang sekeliling. Jalan ini dia tidak pernah lalui. Mungkin jalan lain untuk keluar dari kawasan rumah 'berhantu' itu.

"Awak.. Kalau saya nak buka radio boleh tak?" Ain meminta izin. Kalau terus buka tak pasal-pasal kena marah. Yalah.. bukan kereta miliknya. Tapi, kereta milik lelaki di sebelah ini.


"No !" Ringkas dan padat jawapan yang diterima. Zuhairie masih fokus pada pemanduan. Wajah serius ditayangkan.

"Bosan..." Ain menarik muncung panjang. Tangan disilangkan ke dada. Dia bersandar pada tempat duduk. Gaya sebijik macam budak merajuk tak dapat coklat.

Suasana menjadi sepi kembali. Krikk ! Krikk !

"Awak.. Nak dengar saya nyanyi tak?" Soal Ain tiba-tiba. Wajahnya bertukar ceria. Dia bangun dari bersandar. Wajah Zuhairie dipandang sambil tersengih. Melihat tiada tindak balas dari lelaki itu, Ain terus memulakan nyanyian.

"Hang pi mana.. hang pi mana.. hang pi mana.." lagu nyanyian Khalifah meniti di bibir comel Ain Amani. Takat itu sahaja yang tahu. Yang lain kelaut. Dia menoleh sebelah untuk melihat reaksi si suami. Seperti biasa..hanya wajah 'kering' dan dingin ditayangkan. Ain diam dan bersandar semula pada tempat duduk. Terasa penat pula apabila tak duduk diam.

Di sebalik wajah dingin itu, terbit senyuman nipis. Namun, cepat-cepat dia sembunyikan.

"Awak... Kita nak pergi mana sebenarnya?" Soal Ain. Dia memandang ke hadapan. Tangan menongkat dagu.

Diam...

"Andry Zuhairie Risley. Kita nak ke mana?" Tanya Ain lagi apabila soalannya tadi tidak dijawab. Biar sakit telinga lelaki itu mendengar pertanyaanya yang berulang kali. Tak nak jawab kan? Ha ambik kau. Dia tidak akan berdiam diri selagi soalannya tidak dijawab.

"Banyak tanya la kau ni. Duduk diam-diam tak boleh ke?" Zuhairie mula naik rimas. Dari tadi mulut Ain asyik berbunyi.

"Kalau tak nak saya tanya banyak, tak boleh jawab ke? Susah sangat ke soalan saya? Budak lima tahun kalau tanya pun diorang boleh jawab tau. Awak yang umur 27 tahun ni, dah tua pun susah sangat nak jawab kenapa?" kata Ain panjang lebar. Mula dah membebel dia.

Zuhairie menjulingkan mata ke atas. Kalau dulu asyik menangis. Sekarang tukar mood pulak. 24 jam membebel. Memang mulut murai betul la. Kang aku jadi jahat macam dulu baru tahu. Kalau tak disebabkan dia memandu saat ini, dah lama bibir comel itu menjadi mangsanya.

"Aku nak jual kau. Puas hati?" Kata Zuhairie geram. Dia menjeling sekilas wajah Ain di sebelah sebelum memandang ke hadapan semula.

Mulut Ain Amani terlopong luas. Biar betul? Mata berkelip memandang Zuhairie yang tenang memandu. Suami aku buat lawak ke? Tapi, kenapa aku tak gelak?

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro