Part 33 - Fawwaz kembali
Bunyi loceng dari muka pintu mengganggu perhatian Ain yang sedang menonton saluran astro di ruang bawah. Rancangan masak memasak ditinggalkan sebelum dia bergerak ke muka pintu. Dia ingin melihat siapa yang datang ke rumah.
Buka sahaja pintu, terpampang wajah Puan Marina yang sudah lama dia tidak ketemu. Terbit senyuman manis di wajah melihat tetamu itu.
"Rindunya menantu ibu" kata Puan Marina sambil memeluk tubuh menantunya erat. Ain membalas dakapan itu. Terasa sebak hatinya. Hampir menitik air mata namun ditahan agar tidak jatuh. Dia teringat pula pada Puan Aisyah. Dia rindu akan mama.
"Ain sihat?" Soal Puan Marina setelah pelukan dileraikan. Tangannya dikucup lembut oleh Ain Amani. Terlalu teruja hingga lupa untuk bersalaman.
"Sihat ibu" jawab Ain jujur. Senyuman manis tidak lekang dari bibir. Tak dapat bertemu mama, ibu mertua pun jadi la. Boleh juga mengubat kerinduan pada keluarga.
"Zuhairie ada pukul Ain?" Soal Puan Marina lagi. Mana tahu kalau-kalau Zuhairie melampaui batas. Tetapi, melihat fizikal tubuh Ain, dia pasti segalanya baik belaka. Dia kenal akan anak lelakinya itu. Seorang yang protective dan penyayang. Walaupun sikap penyayang itu tidak akan sama sekali dizahirkan dengan perkataan. Cukup dengan perbuatannya sahaja.
"Tak.. dia baik sangat" ikhlas Ain menjawab. Zuhairie kini telah berubah. Solat lima waktu tidak pernah lelaki itu tinggal. Melihat perubahan itu, hatinya melonjak kegembiraan. Ain pasti, Zuhairie akan menjadi seorang suami yang baik.
"Bagus la kalau macam tu" Puan Marina mengangguk kecil.
"Ibu jemput masuk. Ibu duduk dulu eih. Ain pergi dapur buatkan air" ajak Ain lemah lembut. Asyik berborak hingga lupa untuk mengajak ibu mertuanya
"Eh tak payah susah-susah. Ibu datang sekejap jer" Puan Marina menolak lembut.
"Tak apa.. buat air senang jer. Ibu tunggu kejap okey. Ain naik atas panggil Zuhairie. Dia buat apa pun tak tahu dalam bilik tu" Ain meminta izin. Melihat Puan Marina mengangguk, dia terus menaiki tangga menuju ke bilik.
Beberapa minit kemudian, Zuhairie turun berpakaian santai. Iaitu baju hitam lengan pendek dan seluar pendek paras lutut. Rambut lelaki itu disisir rapi. Ain pula sudah menghilang ke dapur.
"Ibu.... Ibu datang sini naik apa? Kenapa tak bagitahu dulu nak datang. Boleh Hairie pergi jemput kat rumah" Zuhairie menyalami tangan ibunya dengan penuh kasih. Kemudian dahi Puan Marina dikucup lembut. Dia mengambil tempat di sebelah ibunya di atas sofa.
"Ibu minta pemandu hantarkan. Nak drive sendiri mana la ibu tahu. Minta tolong Andrea dia asyik kena jumpa client" beritahu Puan Marina. Dia menatap lembut wajah Zuhairie. Wajah kacukan yang diperoleh 90% dari baka arwah suaminya. Zuhairie lebih mengikut genetik si bapa. Itu yang membuatkan dia rindu setiap kali memandang wajah Zuhairie. Kacak seperti ayahnya juga.
Ain muncul bersama dulang minuman di tangan. Diletakkan berhati-hati di atas meja. Dia menuang air ke dalam cawan dan dihulurkan kepada Puan Marina. Zuhairie hanya menjadi pemerhati. Cawan dihulurkan kepadanya pula dan dia menyambut dengan tenang.
Ain mengambil tempat di atas sofa. Pelbagai cerita dan perbualan keluar dari mulut masing-masing. Ain hanya layankan dua beranak itu berbual.
"Ain.. bila nak mengandung?" Soalan cepumas dari Puan Marina membuatkan Ain terkedu. Wajahnya terasa membahang. Mungkin malu disoal begitu.
"Errr.." Ain cuba memikirkan jawapan selamat. Dia menunduk menahan malu. Tangan bermain dengan hujung baju
"InsyaAllah ibu. Twins is coming soon" kata Zuhairie nakal. Dia tolong jawab soalan emas itu. Dari tadi dia melihat kelakuan Ain. Wajah gadis itu merona merah. Dia tahu Ain sedang memikirkan jawapan yang sesuai diberikan kepada ibu.
"Aamiin. Ibu bukan apa. Takut tak sempat nak tengok cucu. Ibu bukannya makin muda tapi makin tua" kata-kata Puan Marina menyentakkan hati Zuhairie. Dia berasa tidak sedap hati. Kata-kata itu satu doa. Janganlah ada perkara yang buruk terjadi.
"Apa la ibu ni. Jangan cakap macam tu. Ibu mesti sempat tengok anak Hairie nanti" balas Zuhairie. Rasa tidak senang cuba dibuang jauh-jauh. Ain juga kelihatan tersentak. Pantas dia mengangguk laju. Puan Marina tersenyum manis. Wajah Zuhairie dan Ain Amani diusap dengan penuh kasih sayang. Tiada yang lebih berharga daripada kedua hartanya ini.
•••••
"Andrea.." panggil satu suara dari belakang. Pantas Andrea menoleh. Ya Allah !! Tak ada orang lain ke untuk dia bersua? Tak habis-habis mamat sekor ni. Tak lain tak bukan nak cari pasal la ni.
"Jadi betul la kau yang sembunyikan Ain. Huh ingatkan baik sangat. Jenis kawan makan kawan rupanya" Fawwaz Amsyar menyindir sinis. Semalam mummynya beritahu yang Ain Amani selamat bersama Andrea. Terbit rasa geram dan marah pada gadis itu.
Andrea menjeling laki yang lengkap berpakaian suit. Handsome tapi sayang... Harap muka aje elok tapi perangai masyaAllah. Aku sanggup tengok bangla daripada tengok mamat yang menyakitkan hati ni.
"Apa masalah awak hah? Jangan nak judge orang sesuka hati kalau tak tahu cerita sebenar. Mulut awak tu baik diam daripada bercakap tapi asyik nak sakitkan hati orang jer" marah Andrea geram. Nasib tak ada orang lalu lalang di situ. Mungkin kerana sekarang waktu bekerja.
"Semua dah terbukti la sekarang. Kau sendiri yang mengaku pada mama Ain, kan?" Kata Fawwaz. Di sudut hatinya, dia berasa bersyukur. Kes kehilangan Ain Amani telah ditarik balik. Keluarga Ain tidak mahu mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap si pelaku. Dia sendiri tak tahu mengapa.
"Malas layan perangai longkang macam awak" balas Andrea. Dia tersenyum puas apabila melihat wajah Fawwaz bertukar biru. Mungkin terkesan dengan perkataan longkang itu.
"Chop! Chop! What?! Perangai longkang?" Soal Fawwaz kembali. Mana tahu dia silap dengar. Memang nak kena minah ni.
"Ya perangai longkang mengalahkan syaitonirajim.... Bismillahirahmanirrahim" dengan panjang lebar Andrea memulangkan paku buah keras. Siap sambung bismillah lagi. Aduh ! Bermula la sesi berbalas kata antara mereka berdua. Masing-masing tak nak kalah. Masing-masing dengan ego sendiri.
"Kurang asam" Fawwaz mengetap kuat giginya. Cuba menahan geram yang semakin bermaharajalela. Dia pandang tubuh Andrea atas bawah. Boleh tahan cantik! Skirt labuh dipadankan dengan blouse moden. Tapi, bukan itu yang dia pandang. Di kepalanya dia sedang memikirkan tubuh seksi itu sedang menggodanya. Memakai gaun tidur paras paha. Tiba-tiba nafsunya berkocak.
"Saya nak balik dulu. Saya dah tak ada kena mengena dengan awak" Andrea segera ingin berlalu pergi apabila melihat pandangan Fawwaz yang menggerunkan. Apa yang ada di kepala lelaki itu, dia tidak tahu. Dasar perogol bersiri !
"Siapa kata? Kau dah lupa? Syarikat keluarga kau masih lagi menjalankan perniagaan dengan syarikat keluarga aku. So kalau tak nak aku batalkan urusan perniagaan tu, jumpa aku di Hotel Aniwara esok. Pukul 9.00 malam. Kau tak ada, tunggu je apa yang akan aku buat" Fawwaz ketawa jahat.
Kemudian, dia terus meninggalkan Andrea seorang diri. Kau tunggu esok, aku balas cukup-cukup kat kau. Biar kau menyesal sebab kenal dengan Fawwaz Amsyar. Bisik hati Fawwaz jahat. Terbit senyuman jahat di bibir. Akan dia rancang dengan baik perkara itu.
Andrea terlopong. Tak guna punya manusia. Nasib kau sepupu kakak ipar aku. Kalau tak, dah lama aku bunuh dan humban kau dalam gaung. Dari dulu sampai sekarang. Tak susahkan hidup aku memang tak sah. Nasib gigi taring aku dah tak ada. Kalau tak dah lama aku gigit biar habis darah dalam badan kau. Andrea membebel geram dalam hati. Kaki dihentak kuat menuju ke kereta.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro