Part 32 - Pengakuan
Andry Zuhairie Risley melangkah masuk ke dalam rumah dengan tenang. Bau aroma masakan dari dapur langsung tidak menarik minatnya. Dia ingin cepat masuk ke dalam bilik. Belum sempat dia menaiki tangga, kedengaran suara Ain memecahkan kesunyian.
"Ya Allah ! Awak kenapa ni?" So Ain cemas. Kepalanya mendongak memandang suaminya. Maklumlah pendek paras bahu je. Tangannya melekat pada pipi Zuhairie. Matanya memandang kesan lebam yang membiru di tepi bibir lelaki itu. Tak kan bergaduh lagi kut.
"Nothing" kata Zuhairie. Dia menepis lembut tangan Ain yang melekap pada wajah.
"Let me check" kata Ain lagi. Dia cuba menghalang Zuhairie daripada memboloskan diri dari situ.
"No need. Pergi masak sampai habis dulu" Zuhairie pantas mendaki anak tangga menuju ke bilik. Laungan Ain dari bawah tidak diendahkan.
"Rea. Kenapa dengan abang kau" Andrea yang baru masuk dalam rumah pula menjadi mangsa untuk menjawab soalan. Andrea menjongket bahu. Soalan rakannya dibiarkan sepi. Dia berlalu ke dapur untuk membasahkan tekak.
Mata Ain beralih pula pada Nick yang setia berdiri di muka pintu. Pantas Nick berlalu. Sudah diberi amaran oleh Zuhairie untuk tidak memberitahu Ain Amani. Ain mendengus perlahan. Macam tahu- tahu jer kita nak tanya dia
•••••
Ain melangkah masuk ke dalam bilik mereka berdua. Dilihat suaminya baru selesai mandi. Lebam di bibir lelaki itu jelas kelihatan. Makan malam tadi lelaki itu langsung tak nak turun dan menjamah makanan. Zuhairie hanya mengurung diri hingga malam. Entah apa yang dia lakukan, Ain tidak tahu.
"Meh sini saya rawat luka awak" tangan Zuhairie diraih dan dibawa ke birai katil. Dia membawa ubat dan kapas di tangan.
"Tak payah. Sikit jer ni" tolak Zuhairie lembut. Setakat lebam ni apa la sangat. Dia pernah merasa kesakitan lebih dari ini. Dia tidak perlukan segala jenis ubat. Lama- kelamaan lebam itu akan sembuh dengan sendiri.
"Andry Zuhairie.. Please. I care for you and I don't want to see you hurt" rayu Ain sambil merenung ke dalam anak mata suaminya. Kenapa la Zuhairie ni degil sangat? Zuhairie akhirnya mengalah juga. Dibiarkan Ain merawat lebam di tepi bibir. Dia hanya memerhati tingkah Ain yang kadang kala meniup perlahan kesan lebam itu.
"Awak buat apa la sampai lebam macam ni. Bila tanya Andrea dan Nick, sorang pun tak nak buka mulut. Macam la ada emas dalam mulut diorang" kata Ain sendirian. Dia masih tekun merawat wajah suaminya.
"Aku jatuh" Zuhairie diam seketika sebelum menjawab. Dia terpaksa berkata bohong untuk menutup perkara yang berlaku.
"Macam mana la awak jalan. Itulah, kalau jalan tengok depan. Bukannya ralit tengok telefon atau usha awek. Ha tengok! Sekarang siapa yang susah? Nak makan macam mana la dengan mulut macam ni? Tak ada masalah, cari masalah. Lain kali kalau jalan tu tengok depan. Takkan itu pun saya nak ajar. Dah besar panjang pandai- pandai la fikir sendiri" bibir comel itu membebel lagi entah apa-apa. Cecair dari botol dituang sedikit pada kapas kemudia diletakkan perlahan di tepi bibir suaminya.
Zuhairie tersenyum mendengar bebelan isterinya. Mahu sahaja dia mengucup bibir comel itu agar diam. Boleh bernanah telinga kalau dengar Ain Amani membebel. Tapi, di sudut hatinya dia berasa tenang mendengar bebelan itu.
"Auchh!!" Zuhairie tiba- tiba menyeringai kesakitan. Terasa pedih di bahagian lebam itu.
"Sakit sangat ke? Sorry, saya tertekan kuat" Ain serba salah. Kapas dipegang diletakkan di tepi. Dia ingin melihat kalau-kalau lebam itu bertambah teruk. Rasanya dia hanya merawat dengan perlahan tadi.
Zuhairie menggeleng perlahan. Sakit itu bukan disebabkan Ain menyentuh kawasan lebam. Tapi kerana dia menarik senyuman senget tadi. Tak tahu pula dia boleh pedih sampai macam ini sekali.
•••••
Andry Zuhairie Risley mendekati isterinya yang nyenyak tidur di katil mereka. Dengkuran halus jelas kedengaran di telinganya. Dia membaringkan tubuh di sebelah Ain. Tubuh isterinya ditarik ke dalam pelukan. Selimut yang membaluti tubuh kecil itu dibetulkan supaya lebih selesa.
Fikirannya menerawang mengingati kejadian petang tadi. Pengakuan yang dia buat telah membawa kepada ketenangan dalam jiwanya. Kini, dia tidak perlu lagi rasa bimbang akan penerimaan keluarga Ain Amani. Segalanya telah selesai.
"Saya yang culik anak tuan dan puan" jujur Zuhairie mengatakan perkara sebenar. Sejurus itu, satu tumbukan hinggap di pipinya. Pedih !
Bukk !!
"Mana adik aku sekarang ni? Apa kau nak dari dia hah?" Jerkah Aniq Wafri kuat. Merah mukanya kerana rasa marah yang membara. Kolar baju Zuhairie dicekak kasar. Zuhairie hanya membiarkan.
Jika dibandingkan dengan apa yang dia lakukan terhadap Ain, mungkin tidak seberapa dengan apa yang dia terima. Dia tahu dia salah. Beri sahaja hukuman. Dia akan terima dengan hati terbuka.
"Aniq! Sabar! Dengar dulu penjelasan dia" Tuan Azhari cuba menenangkan anak lelakinya. Dia risau muka kacak di hadapannya itu pecah akibat pukulan Aniq. Tahu sahaja anaknya itu. Pantang apabila ada orang cuba menganggu keluarga mereka.
Puan Aisyah muncul di muka pintu bersama Izzati, isteri Aniq apabila mendengar kekecohan. Asya Raisha dan menantunya keluar untuk mendapatkan maklumat dari orang awam.
Puan Aisyah berasa pelik apabila tetamu yang datang tidak dijemput masuk ke rumah. Tetamu itu pembawa rezeki kita. Oleh itu, kita kena layan dengan baik sekali. Sampai di muka pintu, dilihatnya Aniq dan seorang lelaki seperti mahu bergaduh. Apa yang berlaku sebenarnya?
"Penjelasan apa lagi papa. Dia sendiri pon mengaku dia culik adik. Sekarang ni entah hidup entah tidak adik tu. Apa yang dia buat pada adik pon kita tak tahu. Entah-entah dah dirogolnya adik Aniq tu ma.. pa..." Balas Aniq kasar. Dia tidak berniat mahu meninggikan suara pada kedua ibu bapanya. Dia terlalu marah dengan perkhabaran yang baru dia terima. Kehilangan Ain Amani selama beberapa bulan akhirnya terjawab.
"Ya. Saya dah rogol dia" celah Zuhairie lagi. Aniq mencerlung tajam merenungnya sebelum satu tumbukan lagi hinggap di tempat yang sama.
Bukkkk !!
Tubuh Zuhairie terdorong ke belakang. Darah pekat mula mengalir keluar. Andrea terjerit kecil melihat kejadian itu. Tidak sangka Aniq Wafri yang riang dan nakal boleh jadi segarang itu.
"Kurang ajar kau.." Aniq ingin mara ke hadapan. Dia mahu belasah cukup-cukup lelaki itu. Berani dia musnahkan maruah Ain Amani. Di mana perginya nilai kemanusiaan dalam diri lelaki itu. Nafasnya turun naik menahan amarah.
Izzati cepat-cepat menghampiri suaminya. Dia perlu menghalang Aniq daripada terus memukul lelaki itu. Tubuh itu ditarik dibantu oleh Tuan Azhari.
"Tapi dengan cara yang halal. Saya suami dia" kata Zuhairie lantang. Mereka semua di situ terdiam. Termasuk Puan Aisyah. Wajah lelaki yang mengaku menantunya itu dipandang.
"Kau memang melampau. Kau bawak lari adik aku, lepas tu suka hati kau je kahwin dengan dia. Ingat kitorang ni apa?" Marah Aniq kuat. Urat hijau mula timbul di sekitar leher dan wajahnya. Zuhairie diam. Dia memberi peluang kepada Andrea untuk menjelaskan perkara sebenar. Rasa pedih di tepi bibir membuatkan dia sukar untuk berkata-kata.
"Mak cik, pak cik.. Sebelum tu, saya minta maaf sangat-sangat kerana menyembunyikan perkara ini dari pengetahuan kalian. Abang saya ada sebab kenapa dia buat macam tu. Izinkan saya jelaskan perkara sebenar" Andrea mula bersuara setelah lama mendiamkan diri. Dipandang wajah keluarga Ain Amani satu persatu.
"Duduk dulu. Kita bincang di dalam" ajak Puan Aisyah lembut. Dia membawa Andrea dan Zuhairie ke ruang tamu rumah.
Satu persatu Andrea menceritakan perkara yang terjadi. Dan siapa yang merancang penculikan Ain Amani. Dia mengaku dia juga turut terlibat.
Kisah tentang nyawa ayahnya diragut turut dibuka. Tentang sumpahan Andry Zuhairie. Tentang musuh yang mencari mereka kini. Tiada satu perkara yang ketinggalan keluar dari mulutnya. Puan Aisyah dan Tuan Azhari terangguk faham. Manakala wajah Aniq Wafri masih masam mencuka. Mungkin kerana kedua orang tua itu lebih makan asam garam dan memahami apa yang berlaku.
Ada kalanya Zuhairie menunjukkan bukti pernikahan mereka. Apa sahaja bukti dia keluarkan supaya mereka percaya.
"Saya minta maaf kerana melibatkan Ain Amani dalam masalah saya. Tapi, tuan dan puan jangan risau. Saya tak akan apa- apakan dia. Lepas semua dah berakhir nanti, saya janji. Saya akan bawa Ain berjumpa tuan dan puan" kata Zuhairie sambil berdiri. Sudah bersedia untuk pulang ke rumah.
"Tolong jaga dia bagi pihak kami" ucap Tuan Azhari sambil menepuk bahu Zuhairie. Dia hanya mengangguk perlahan. Aniq Wafri telah menghilang entah ke mana.
"Kami minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Andrea setelah bersalaman dengan Izzati dan Puan Aisyah. Banyak kali dia ucapkan perkataan maaf. Hanya senyuman manis dibalas oleh Puan Aisyah. Melihat keluarga itu, Andrea tenang. Patut la Ain seorang yang baik dan lembut. Lahir dari keluarga yang patuh dan baik. Sungguh dia kagum dengan keluarga itu.
Pergerakan kecil di sebelahnya mematikan lamunan Zuhairie. Dia memandang wajah polos itu. Orang yang tidak bersalah menjadi mangsanya. Dahi isterinya dicium lama sebelum dia turut tertidur di sisi Ain Amani.
•••••
Yeayyyyyy !!!!!
Jangan lupa vote dan comment
Kalau ada typo, boleh bagitahu sis ya...
💝💝
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro