Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 3 - Kawan baru

Kringggg.....!!

Deringan loceng yang panjang menandakan waktu rehat sudah tiba. Rakan sekelasnya yang lain berpusu- pusu keluar menuju ke kantin. Ain mengemas mejanya yang berselerak. Buku matematik tambahan disimpan kasar dalam laci. Subjek yang paling dia lemah. Keputusan peperiksaan kali ini bagi subjek itu amat mengecewakan. Dia gagal. Oh ! rasa bodohnya diri ini. Sempat lagi dia mengutuk diri sendiri.

Ain Amani bersiap sedia untuk pergi ke perpustakaan, mahu bertemu dengan budak misteri itu. Dengan cara itu sahaja dia dapat menenangkan hati walaupun tiada bicara yang keluar dari mulut itu. Pergerakannya terhenti apabila ada suara yang memanggil nama penuhnya.

Ain memandang ke hadapan. Kelihatan ketua pengawas atau nama sebenarnya Fawwaz Amsyar di muka pintu kelas sambil menayangkan muka selamba. Rakan kelas yang lain sudah memandangnya tajam. Tambah- tambah geng perempuan gedik atau lebih mesra di panggil 'Minah Toyol'. Manakan tidaknya, dahi dongga seluas alam. Ikutkan hati Ain, mahu saja dia melastik dahi licin itu. Biar ada benjol merah! Baru puas hati.

Bukannya dia tidak tahu yang Si Fawwaz ni ramai peminat. Dari pelajar form 1 sampai form 5, semua minat kepadanya. Tapi tidak bagi Ain Amani. Mamat longkang tu hanyalah pembawa bencana yang paling besar dalam hidupnya. Sedikit pon tidak kisah dengan gelaran 'pengawas hot' itu.

"Apa?" Balas Ain kasar. Mamat ni kalau tak kacau hidup aku memang tak sah !

"Pengetua nak jumpa kat pejabat. Sekarang!" Fawwaz Amsyar berkata garang. Maklumlah ketua pengawas. Dia merenung Ain tajam.

Ain tarik nafas perlahan. Liur ditelan payah. Gulp! Ni mesti kes aku gagal Addmath. Ohhh shit! Gerun pulak rasa dihati. Tangannya menggigil perlahan.

Ain melangkah keluar dari kelas. Tidak langsung mempedulikan mata yang memandang. Ketika dia melalui lelaki itu, ada mulut busuk yang berbisik. Siapa lagi kalau tak bukan mamat sewel ni. Sabar jelah duhai hati.

"Kalau dah bodoh tu masuk jelah kelas belakang. Tak payah nak ambik subjek susah" Ada ketawa mengejek di hujung suara itu diikuti oleh gelak jahat rakan-rakannya.

Ain mengabaikan kata- kata itu. Mentang- mentang dia pandai addmath, senang- senang jer nak perlekeh orang. Kau tunggu Fawwaz. Ada masa nanti aku balas balik. Tak hidung mancung kau tu hilang, kepala kau jadi mangsa, Ain mengomel dalam hati. Kakinya melangkah pantas menuju ke pejabat pentadbiran sekolah.

Ketika dia melalui kelas 5A, dia bertembung dengan budak misteri itu. Mata mereka berpandangan antara satu sama lain. Namun, tiada patah perkataan yang keluar dari mulut masing- masing.

•••••

Ain Amani melangkah masuk dengan ucapan salam. Berdegup kencang jantungnya ketika itu. Berdepan dengan pengetua garang. Mahunya tak takut. Dia menenangkan diri sendiri. Cuba berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku.

"Ain... Apa ni?" Kata Tan Sri Rashdan keras aka pengetua sekolah itu. Pelajar yang menunduk di hadapannya direnung. Kertas peperiksaan mata pelajaran Addmath diletakkan atas mejanya.

"Apa..." Dalam diam Ain masih lagi mahu melawan. Matanya memandang pengetua tersebut.

"Ain dah jatuhkan gred sekolah tahu tak. Addmath ni, macam mana boleh fail? Kelas tambahan semua cikgu dah buat kenapa tak boleh dapat result yang baik. Pak Long tak nak pelajar yang menjatuhkan gred. Ain tahu kan sekolah kita ni sekolah yang berprestij" Tan Sri Rashdan mula membebel. Dia tidak boleh terima akan kegagalan ini. Dia mahu sekolah ini menjadi sekolah yang diiktiraf dan dibanggakan di Malaysia. Malah, banyak program yang diadakan dengan kerjasama sekolah - sekolah luar negara.

"Ain mintak maaf. Ain dah cuba. Addmath tu payah la" Ain mengeluh. Dia cuba untuk mempertahan diri yang dilanda rasa bersalah kerana keputusan peperiksaan pertengahannya yang amat teruk berbanding pelajar lain.

"Pak long tak kira. Ain kena lulus addmath untuk trial SPM nanti. Kalau tak, Pak Long akan suruh Fawwaz ajar Ain" Tan Sri Rashdan mula mengugut Ain Amani.

Ya, Fawwaz Amsyar ialah anak pengetua sekolah ini. Dan pengetua ini ialah bapa saudaranya. Dan juga bermaksud dia dan Fawwaz Amsyar ialah sepupu!! Yaa!! Mamat longkang itu ialah sepupunya. Hakikat sebenar yang perlu dia telan.

"Tak nak la Fawwaz tu" Ain mencebik. Bukan boleh percaya Fawwaz tu. Bukan sahaja tidak mengajar nanti, malah dia akan dibulinya. Dasar sepupu tak guna. Adik- beradiknya yang lain sangat rapat dengan Ain, cuma Fawwaz sahaja yang dingin dengannya. Entah di mana silapnya pun taktahu laa. Ngomelnya dalam hati.

"Kalau tak nak, pastikan result addmath Ain ada peningkatan untuk trial SPM. At least lulus dalam subjek tu" balas Tan Sri Rashdan tegas.

"Baik Pak Long.." jawab Ain perlahan. Lebih rela belajar sendiri daripada Fawwaz yang ajarkan. Kalau orang lain mungkin seronok, tapi bukan bagi Ain Amani. Dia sangat mengenali perangai lelaki itu.

"Ain boleh keluar sekarang. Pergi makan dan jangan biar perut tu kosong, paham ?" arah Tan Sri Rashdan.

Walaupun garang, dia tetap mengambil berat akan kebajikan anak saudara kesayangannya itu.

"Okay". Ain Amani mengangguk perlahan. Sebelum keluar, dia mengucup tangan Pak Longnya tanda hormat. Itulah yang diajar oleh mak dan abah sejak kecil lagi.

•••••

Seperti biasa Ain tetap akan menegur budak misteri itu walau di mana saja dia berada. Boleh dikatakan setiap hari dia akan menyapa walaupun budak misteri itu hanya buat tak tahu dengan kehadiran dirinya.

"Kau memang suka baca buku macam ni ker?" Ain membelek buku yang berselerak di atas meja. Budak misteri itu hanya membiarkan. Langsung tidak membalas perbualan Ain.

"Semua ni mengarut. Aku tak percaya langsung" kata Ain lagi. Dia menyelak helaian demi helaian. Semuanya tak masuk akal. Vampire tak suka bawang.... Vampire tak suka cahaya...

"Arghhh lagi karut" tak sangka terkeluar kata-kata yang terlintas di mindanya.

Gadis berambut panjang itu kelihatan tersentak dengan kata- kata Ain. Mukanya yang menunduk diangkat memandang tepat ke arah wajah Ain.

"Apasal kau tak percaya?" dia bertanya sambil mengangkat kening.

"Ada pun mulut. Ingatkan tak ada tadi". kata Ain perlahan sambil ketawa kecil.

"Kau ingat aku tak dengar ke?" balasnya sambil menyelak halaman muka surat yang lain buku yang dibaca.

"Kau percaya ke semua ni? Vampire... hisap darah.. serigala jadian... And so on" Ain bertanya soalan seperti ingin tahu yang lebih mendalam tentang cerita tersebut.

"Percaya sebab diorang memang wujud". balasnya serius. Terkebil-kebil mata Ain memandang gadis misteri tersebut. Matanya terpaku pada gigi taring yang pernah dikatakan oleh Faa tempoh hari. Tapi, ianya tidaklah setajam seperti yang pernah dia lihat di televisyen. Mungkin kebetulan gigi itu tumbuh secara tajam.

"Maksud kau?" Ain bertanya dengan penuh minat.

"Diorang memang wujud. Cuma dunia diorang ja berbeza dengan dunia kita"

"Ouh ye ke. Mana kau tahu?" tangannya menongkat dagu untuk membuatkannya lebih selesa mendengar cerita baru daripada gadis tersebut.

"Errr.. dari buku la" Katanya agak gugup. Buku yang sedang dia baca ditunjukkan kepada Ain.

"Ouh... Sebelum terlupa, apa nama kau eih?" tanya Ain sambil tersenyum.

"Tak penting pon". Dia memandang sekilas wajah Ain.

"Penting la. Kita boleh jadi kawan kan. Kesian la nanti dekat kau, jalan sorang-sorang, makan pun sorang. Nanti aku boleh temankan kau."

"Kau nak kawan ker dengan 'budak misteri' ni?" Wajahnya diangkat memandang Ain tanda tidak percaya.

"Mestilah nak. Aku kesian tengok kau tak ada kawan. Lepas ni, kau dapat kawan baru la. Takkan tak sudi?" Ain membuat nada sedih.

"Okay lah.. aku terima jadi kawan kau". Dia menerima Ain sebagai rakannya kerana dia merasakan Ain seorang yang baik dan berani. Masakan tidak, di saat semua pelajar menjauhkan diri darinya, hanya Ain seorang yang berani menghulur salam perkenalan dan mahu berkawan dengan dia. Bibirnya menguntum senyuman manis.

"So... Apa nama kau? Sembang lama mana dah, baru nak tanya nama". Ain ketawa sambil menutup mulut, maklumlah dalam perpustakaan.

"Aku Andrea Az Zahra Rislea. Just call me Rea". Lancar dia berkata-kata

"Uishh... Peliknya nama kau. Macam nama Inggeris gitu." Komen Ain. Haha, dia ketawa lagi. Lupa sekejap masalah yang dihadapinya. "Kau dah tahu kan nama aku? So, tak payah aku perkenalkan lagi" sambung Ain lagi. Andrea hanya mengangguk perlahan.

"Alkisahnya begitu la" Balasnya ringkas. Mereka sama- sama ketawa. Langsung tidak mempedulikan beberapa orang pelajar yang menjeling tajam kerana menganggu pembacaan mereka. Lagipun apa Ain peduli, dia ketua di situ. Tiada siapa yang berani halang kecuali si ketua pengawas. Lagipun si mamat longkang tu bukan ada kat sini. Nak jejak perpustakaan pon malas.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro