Part 27 - Senggugut
Bunyi desahan sedikit sebanyak mengganggu tidur Zuhairie. Terpisat-pisat dia membuka mata. Dari samar cahaya lampu tidur, dia melihat Ain sedang meringkuk seperti menahan kesakitan. Leher dan dahi isterinya berpeluh walaupun kipas terpasang. Mata Ain Amani terpejam rapat dan dahi gadis itu berkerut seribu. Sebelah tangan menekan perut dan sebelah lagi memegang dahi. Mungkin dia sakit perut , fikirnya.
Zuhairie bangun dari perbaringan lalu menolak selimut yang menutupi tubuh Ain. Wajah Ain sangat pucat, tangan dan kakinya sejuk membeku. Jari jemari Ain dipegang erat. Kasihan melihat isterinya yang dalam kesakitan. Sudah la sakit di kaki belum pulih, ditambah lagi dengan demam dan sakit perut.
"Sa.. sakit." Kata Ain sepatah. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya merembas keluar. Dia tidak tahan, kerana terlalu sakit.
"Syyyy... jangan nangis. Aku ada kat sini." Zuhairie berusaha memujuk Ain Amani. Ain yang tidak tahan dengan sakit yang dialami, meringkukkan badannya. Dengan balutan di kaki membuatkan dia tidak selesa. Tidak tahu apa yang harus dibuat. Tangannya sudah menggeletar kerana menahan sakit. Nafasnya disusun satu persatu.
Zuhairie cepat-cepat bangkit dari katil dan menuju ke tempat simpanan ubat-ubatan. Di capai satu botol minyak angin dan menyusun langkahnya menghampiri Ain di katil.
Baju Ain Amani ditarik melepasi paras pinggang. Dia membuka penutup minyak angin tersebut lalu dituangkan ke telapak tangannya. Dia urutkan perlahan-lahan. Zuhairie mengurut-urut lembut sekitar pinggang dan perut isterinya. Ain membiarkan sahaja perbuatan suaminya. Dia berasa selesa dengan kehangatan minyak angin dan sentuhan lembut jari jemari kasar Zuhairie.
Ain yang berasa selesa dengan tindakan Zuhairie mula bertenang. Akhirnya dia tertidur dalam kesakitan. Zuhairie melihat kerutan di dahi Ain semakin lama semakin menghilang. Itu tandanya, kesakitan yang dialami oleh Ain semakin berkurangan. Tetapi, dia masih lagi meneruskan mengurut-urut perut Ain dengan perlahan-lahan.
Setelah memastikan Ain selesa dengan urutan tersebut, Zuhairie memberhentikan perbuatannya. Dia menarik selimut untuk menyelimutkan tubuh Ain kembali. Kaki dan tangan Ain masih lagi sejuk. Mungkin disebabkan demam yang dialami belum pulih. Dia memerhati susun nafas Ain yang semakin teratur. Ain sudah lena di alam mimpinya, mungkin disebabkan terlalu sakit sehingga Ain lena dalam kesakitan.
Zuhairie menarik tubuh Ain ke dalam dakapan. Ditepuk bahu Ain seperti mendodoikan anak kecil. Dia merapatkan mukanya ke muka Ain. Dahi Ain dicium lembut. Rutinnya setiap malam sebelum tidur.
•••••
Ain buka mata perlahan-lahan. Terasa mencengkam di bahagian bawah perutnya. Ari-arinya sedikit ngilu membuatkan dia berasa tidak selesa. Sakit semalam mesti tak lain tak bukan senggugut. Dia cuba untuk bangun dari katil.
"Kau nak pergi mana?" Soal suara serak dari sebelahnya. Zuhairie bangun dari perbaringan. Dalam keadaan mamai, belakang kepala digosok perlahan.
"Tandas" jawab Ain ringkas sambil melorot memandang wajah suaminya. Selimut yang jatuh hingga ke pinggang menampakkan tubuh sasa lelaki itu. Zuhairie mengangguk perlahan sebelum merebahkan badan semula di atas katil. Dia ingin menyambung tidur memandangkan hari masih lagi awal.
"Awak bangun kejap" pinta Ain Amani serba salah. Mata Zuhairie yang layu, terbuka semula. Pandangan mereka bertatapan untuk seketika.
Zuhairie masih lagi terpinga-pinga, namun diturutkan jua arahan Ain Amani. Matanya tertancap pada cadar putih yang bertompok warna merah. Oh... Patut la sakit sangat malam tadi. Senggugut rupanya.
"Saya nak basuh cadar ni. Sorry tak sengaja" beritahu Ain. Cadar putih itu ditarik dari tilam. Namun pantas sahaja kain itu ditarik kembali eh Zuhairie. Dia melihat riak tidak puas hati wajah lelaki itu. Dia ni kenapa?
"Macam mana kau nak basuh? Dengan kaki macam ni?" kata Zuhairie memandang balutan pada kaki Ain.
"Basuh guna mesin. Mesin yang tolong cuci" cadar ditarik semula. Kemudian, kain itu digulung dan diletakkan di dalam bakul.
"Menjawab !" Dingin sahaja suara Zuhairie. Diberikan jelingan tajam buat isterinya.
•••••
Ain menutup pintu perlahan. Dia baru selesai membasuh cadar. Urusan menyidai kain, dia akan minta tolong Zuhairie sidaikan. Sakit di kaki masih terasa. Dia sepatutnya kurangkan berjalan. Tetapi, dia berasa bosan jika berada dalam bilik. Sebab itu dia turun ke bawah.
Sedang dia berjalan perlahan untuk ke bilik Andrea, tiba-tiba dia terserempak dengan Zuhairie. Langkah mereka berdua terhenti. Mata saling bertatapan. Ain lihat hidung dan dahi lelaki itu berbalut. Takkan gaduh kut
"Awak...." Belum sempat Ain menghabiskan ayat, pantas Zuhairie meninggalkan gadis itu. Dia mahu ke bilik bawah tanah. Luka di lengan sedaya upaya dia tutup supaya Ain tidak perasan.
Ain garu kepala yang tidak gatal. Nak kata dia buat salah, rasanya tak ada. Tapi, kenapa tiba-tiba perangai lelaki itu berubah? Kejap dingin kejap marah kejap lagi jadi penyayang. Dia tak penat ke?
"Kenapa dengan bos awak tu?" Soal Ain kepada Ivan yang baru lalu di hadapannya. Hanya Ivan sahaja yang mahu berbual dengannya. Yang lain mungkin agak kekok atau takut kena marah dengan Zuhairie.
"Macam biasa la Puan.. ada saja musuh yang menyerang hendap. Tak puas hati dengan Tuan Zuhairie. Tak pasal-pasal berbalut hidung tu. Maklumlah, kena penendang di muka. Tapi, sekali kena tembak tumbang semua" cerita Ivan bersungguh-sungguh. Misi kali ini dia diminta untuk menjadi bodyguard kepada bosnya untuk bertemu dengan musuh perniagaan mereka iaitu Datuk Fuad. Tak sangka pula pihak sana menggunakan taktik kotor. Dah tua pun masih tak insaf.
"Oh.. Awak nak apa-apa? Saya nak pergi dapur" Ain mengangguk kecil. Dia tidak terkejut mendengar berita itu kerana tahu kerja yang Zuhairie lakukan.
"Eh, tak apa Puan. Saya boleh ambil sendiri. Kesian tengok kaki Puan Ain tak sembuh lagi" Ivan menolak lembut. Dia tidak mahu isteri majikannya terasa hati.
"Jangan panggil Puan la. Panggil Ain atau Kak Ain. Awak muda lagi kan dari saya" kata Ain ramah. Tak sangka Ivan baru berusia 20 tahun. Terlalu muda untuk melibatkan diri dalam kegiatan ini.
"Tak boleh... Nanti Tuan Zuhairie marah" Ivan tersengih lebar.
"Oh ya Puan.. Saya nak bagitahu, lengan Tuan cedera kena pisau. Nasib tak teruk sangat" beritahu Ivan seperti berbisik. Berbisik apanya kalau dah satu rumah boleh dengar.
"Tak apa la.. Saya pergi dulu. Nak tengok apa diorang buat kat belakang tu" kata Ivan lantas berlalu pergi. Ain terdiam. Nak pergi tengok ke tak? Suami kau Ain...pergi la tengok!
•••••
Ain menolak daun pintu bilik bawah tanah yang menempatkan senjata yang pelbagai rupa. Dia lihat sekeliling. Bilik itu cantik dan dipenuhi pelbagai kemudahan tetapi sangat menakutkan seperti berada dalam bilik mayat. Di satu sudut terdapat punch bag besar berwarna hitam yang mungkin digunakan eh Zuhairie untuk melepaskan geram. Ini kali pertama dia menjejakkan kaki di situ.
Ain mendekati Zuhairie yang asyik membersihkan luka di lengan. Lelaki itu masih lagi tidak menyedari kehadirannya di situ.
"Awak okey?" Soal Ain lembut. Riak wajah suaminya jelas terkejut dengan kedatangannya di situ. Pandangan Ain terpaku pada kawasan di lengan yang mula membiru. Torehan itu masih terdapat darah di sekitarnya.
"Siapa benarkan kau masuk sini?" Dingin Zuhairie bersuara. Dia meneruskan kerja mencuci luka. Tak lain tak bukan Ivan yang beritahu kepada Ain.
"Tak ada sesiapa" Ain menggeleng. Dia hanya memerhati tingkah laku Zuhairie. Lelaki itu hanya membisu tanpa memandang Ain Amani.
"Meh saya tengok luka awak" kata Ain. Dia ingin menggapai tangan Zuhairie tetapi pantas lelaki itu mengelak.
"Tak payah. Kaki kau pun belum baik, ada hati nak tengok luka aku" kata Zuhairie kasar.
"Luka di kaki bukan di mata" mulut comel itu melawan kembali. Kali pertama dia menjawab dengan penuh berani. Aduhh! Menempah maut betul.
Ain menelan liur apabila mata hazel itu menjelingnya tajam. Amboi garangnya. Cucuk mata tu kang baru tahu.
"Meh sini saya tengok" Ain terus menarik tangan kanan Zuhairie dengan kuat. Kisah apa dia kalau kena marah. Dah lali telinga ni asyik kena bebel.
"Aduhh ! Tarik perlahan tak boleh ke ha? Sakit tahu tak !" Zuhairie menyeringai kesakitan. Budak ni memang nak kena. Kuat pulak tu dia tarik. Kalau perlahan tak apa lagi.
"Sorry.." ucap Ain sambil tersengih. Kapas diambil kemudian dia tuang sedikit cecair. Kerja mencuci luka diambil alih olehnya pula.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro