Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 25 - Melarikan diri

Andrea Az Zahra Rislea keluar dari kedai pakaian H&M setelah selesai membeli beberapa helai pakaian. Dia berjalan dengan penuh gaya bersama beg tangan Gucci di tangan. Sebelah tangan lagi sudah penuh dengan beg kertas jenama H&M. Nick awal-awal lagi dia suruh tunggu dalam kereta. Takkan nak suruh teman shopping baju perempuan.

Dia baru pulang dari pasaraya membeli barangan dapur yang dipesan abangnya. Bukan main banyak lagi sampai penuh tiga troli. Nasib abangnya itu memberi kad kredit. Kalau tak, memang tak cukup la nak bayar guna cash. Zuhairie Risley juga ada memintanya untuk membeli pakaian untuk Ain Amani. Baru dia teringat beg yang dibawa Ain hanya ada beberapa helai baju sahaja.

Sedang dia ralit memandang sekeliling, tiba-tiba terasa pergelangan tangannya direntap dari belakang. Nasib tidak berterabur beg beli belah yang dipegangnya. Dia menoleh belakang. Bersedia untuk memarahi manusia yang berani menyentuhnya.

Andrea terkedu memandang wajah lelaki di hadapannya. Lelaki itu segak berpakaian lengan pendek jenama polo dan seluar slek hitam. Jantungnya berdegup pantas melihat kekacakan Fawwaz Amsyar di depan mata. Mati la nak! Rileks Andrea, anggap kau tak tahu apa-apa. Dia cuba menenangkan diri.

"Mana kau sembunyikan Ain?" Dingin sahaja Fawwaz bersuara. Dia memandang tajam ke arah Andrea yang seperti terkejut melihatnya. Dari tadi dia mengekori gadis itu. Bukan main shopping sakan. Banyak duit !

"Apa awak merepek ni? Buat apa saya nak sembunyikan Ain?" Andrea mempersoalkan tuduhan Fawwaz. Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. Dia cuba merungkaikan cengkaman. Tapi, pegangan kejap Fawwaz menyukarkannya untuk melepaskan diri.

"Kau orang terakhir yang bersama dengan dia. Entah-entah kau perangkap Ain dan jual dia di Thailand sana. Sebab tu kau kaya sampai boleh beli pakaian mahal-mahal ni kan?" Tuduh Fawwaz Amsyar melulu. Dia melepaskan cengkaman apabila melihat dahi Andrea yang berkerut menahan sakit.

Andrea telan liur. Tekaan Fawwaz hampir mengena. Ya... Part perangkap tu betul. Tapi, tuduhan yang tidak dapat dia terima ialah menjual Ain ke Thailand? Hey! Ingat aku terdesak sangat nakkan duit? Harta aku menimbun lah! Dia tak la sekejam itu untuk menjual kawan baik sendiri untuk kepentingan diri.

"Eh hello Encik Fawwaz Amsyar. Nak fitnah pun agak-agak la. Muka saya ni nampak macam ibu ayam ke? Tak kan? And lagi satu, keluarga saya ada syarikat sendiri. Jadi, tak perlu kut saya culik sepupu awak untuk dapatkan duit. Pakaian ni semua saya beli dengan duit saya sendiri" geram Andrea membalas dengan panjang lebar. Nak jer tumbuk muka mamat hensem yang sedang berpeluk tubuh itu. Suka-suki dia ja nak tuduh orang.

"Family aku dah report polis. Kalau betul kau terlibat, aku tak teragak-agak nak sumbat kau dalam penjara" jari telunjuknya betul-betul berada di depan muka Andrea. Memberi amaran kepada gadis itu.

"Sekarang ni... Kau ikut aku" tangan Andrea ditarik kuat. Memaksa gadis itu mengikut jejak langkahnya yang panjang.

"Pergi mana?" Andrea sudah mula cuak. Takut jika Fawwaz mengheretnya ke balai polis. Pelbagai andaian bermain di kepalanya.

"Rumah Ain. Mama dia sekarang sakit. Rindukan anaknya yang hilang" jawab Fawwaz mendatar. Dah dua minggu sepupunya itu hilang dan tidak pulang ke rumah. Tidak seorang pun yang tahu ke mana Ain pergi. Laporan polis telah dibuat dan penyiasatan sedang dijalankan.

Puan Aisyah iaitu mama kepada Ain Amani diserang demam panas apabila diberitahu oleh polis bahawa kemungkinan Ain diculik. Jadi, ahli keluarganya tidak putus-putus memberi semangat dan dorongan kepada Puan Aisyah. Hanya doa yang menjadi kekuatan kepada mereka semua.

•••••

"Andrea....." Ain memeluk tubuh Andrea erat. Seperti tidak mahu melepaskan pelukan. Rasa rindu pada kawannya itu terubat jua. Dia sedikit pun tidak menaruh dendam kepada Andrea. Dia sangat mengenali hati budi gadis itu. Seorang yang baik, penyanyang dan mengambil berat tentang orang sekeliling.

"Kau sihat? Kenapa mata kau sembap?" Soal Andrea setelah Ain melepaskan pelukan di lehernya.

Ain diam sejenak sambil menunduk. Takkan dia mahu cerita apa yang Zuhairie lakukan semalam sehingga dia menangis. Dia tidak sedar bila dia terlelap. Pagi tadi, apabila bangun dia lihat Zuhairie sudah tiada di sebelah. Nasib baik pakaian masih elok terletak di tubuhnya.

"Abang aku ada buat apa-apa?" Soal Andrea lagi apabila Ain tidak menjawab soalannya tadi.

Ain menggeleng. Masih lagi diam membisu. Zuhairie tidak pernah memukulnya. Cuma sekali sahaja tamparan ketika dia melawan kata dahulu.

"Ain... Aku ada something nak bagitahu" kata Andrea. Tetasa berat hatinya untuk memberitahu Ain. Ini akan menambahkan lagi kerisauan dan kerinduan Ain kepada keluarga.

"Pasal apa?" Tanya Ain Amani. Dia memandang wajah Andrea. Diharapkan janganlah berita yang tidak baik.

"Mama kau demam Aku baru pulang dari rumah kau tadi. Dia cakap dia rindukan kau" beritahu Andrea, melawan pandangan redup sahabatnya.

"Ya Allah.. Teruk ke?" Tanya Ain terkejut. Risau dengan kesihatan mamanya.

"Alhamdulillah dia dah okey sikit. Suhu badan pun dah menurun" kata Andrea.

"Andrea... Aku nak balik tengok mama aku. Please.." Ain separuh merayu. Rasa rindu pada keluarganya semakin menebal.

Andrea diam. Dia tiada jawapan untuk itu. Semua keputusan terletak di tangan abangnya. Dia tiada hak untuk membenarkan Ain pergi.

•••••

Ain Amani memandang sekeliling. Jam menunjukkan pukul 9 malam. Suaminya itu sejak petang tadi tidak pulang ke rumah. Kata Andrea, Zuhairie pulang ke rumah Puan Marina iaitu ibu mereka. Kemudian, lelaki itu terus ke pejabat.

Kali ini dia sudah nekad. Biarlah apa pun yang terjadi. Dia sudah tidak kisah. Janji dia dapat bertemu dengan ahli keluarganya. Lenyap terus amaran Zuhairie di kotak fikiran. Kasut selipar yang entah siapa punya disarungkan ke kaki. Selipar merah itu kelihatan agak buruk dan menunggu masa untuk putus sahaja. Shawl ringkas di kepala dibetulkan sedikit.

"Puan Ain nak pergi mana?" Tegur satu suara dari belakang. Ain mengurut dada kerana terkejut. Ingatkan siapalah tadi, rupa-rupanya Ivan iaitu salah seorang pekerja Zuhairie.

"Adalah. Jangan sibuk" kata Ain. Lampu suluh di tangan digenggam erat.

"Nanti Tuan Zuhairie marah" kata Ivan lagi. Tadi, dia melihat isteri majikannya terhendap-hendap di muka pintu hadapan. Entah apa yang dilakukan. Pantas dia menegur. Tuan Zuhairie sudah memberi amaran kepadanya untuk tidak membenarkan Puan Ain pergi ke mana-mana. Kenapa lah isteri bos ini sangat degil? Susah sangat ke nak dengar cakap bos? Sempat lagi Ivan membebel dalam hati.

Tanpa mempedulikan kata-kata Ivan, Ain terus melangkah pergi. Dia memandang langit yang gelap. Cahaya bulan pada malam ini agak terang dari kebiasaan. Ini membantunya untuk mencari jalan keluar. Berani pulak dia malam ini. Kalau tak, bukan main lagi takut gelap.

Ain berjalan menghampiri pintu pagar tinggi yang kelihatan menakutkan. Baru dia tahu, rumah ini ada pintu pagar. Buang masa saja dia lari ke hutan dahulu.

Ivan pantas keluarkan telefon bimbit. Nombor majikannya didail. Dia ingin memaklumkan perkara ini kepada Zuhairie. Beberapa saat kemudian, panggilan dijawab Zuhairie.

"Hello Tuan. Puan Ain keluar dari rumah" tanpa bertangguh, Ivan memberitahu Zuhairie tentang perkara tersebut. Tadah telinga jelah kalau kena maki dengan bosnya itu.

"What?! Kenapa kau tak halang dia" marah Zuhairie. Pen yang dipegang tadi dihempas kuat atas meja. Perempuan ni memang degil !

"Saya dah halang. Tapi, dia tetap nak pergi jugak" kata Ivan. Sedikit pun tidak kecut perut mendengar bosnya mengamuk. Sudah biasa..

"Shit! Tak guna... ikut dia dari belakang. Jangan sampai terlepas" arah Zuhairie. Sejurus itu, panggilan terus diletakkan. Dia bangun dari kerusi dan terus meninggalkan pejabat.

Ivan memasukkan semula telefon ke dalam poket. Langkah Ain Amani yang sudah hilang dijejaki. Gelapnya malam ni. Ditambah lagi dengan suasana seram hutan tebal.

•••••

Lamborghini hitam meluncur laju menuju ke rumahnya. Zuhairie memecut kereta membelah angin malam. Semua kereta dipotong dengan mudah sekali. Gear ditukar dan pedal ditekan rapat olehnya. Nafasnya turun naik menahan marah.

Kenapa kau degil sangat Ain? Aku sembunyikan kau dekat situ bersebab. Bukan saja-saja. Susah sangat ke nak patuh arahan aku ?!

Tali leher ditarik keluar dengan kasar dan dilempar ke tempat duduk belakang keretanya. Butang ditangan baju kemeja hitam dibuka dan disingsing hingga ke siku. Stereng kereta ditumbuk kuat.

•••••

Langkah Ain terhenti di pertengahan jalan yang dikelilingi pokok-pokok besar. Bunyi burung hantu dan nyalakan anjing yang sayup-sayup kedengaran membuatkan bulu roma Ain meremang. Dia melihat sekeliling. Langsung tidak nampak apa-apa kerana terlampau gelap. Laluannya hanya diterangi cahaya lampu suluh yang dibawa. Lengan digosok perlahan bagi menghilang rasa sejuk yang makin mencengkam. Rasa menyesal pula meninggalkan rumah pada waktu malam.

Krakk !!

Ain Amani tersentak. Bunyi ranting kering seperti dipijak membuatkan dia menoleh. Jantung berdegup laju. Benda apa tu? Ketika ini, semua jenis hantu yang pernah ditonton di televisyen bermain di fikirannya. Hantu cina, pontianak, hantu galah yang berwajah buruk seakan terlayar di ruang mata.

Tiba-tiba ada satu binatang menyerangnya sehingga dia terbaring atas tanah. Sempat dia melihat benda yang menyerangnya. Hampir terkeluar jantung melihat serigala besar merangkak perlahan ke arahnya. Lampu suluh yang dibawa tercampak atas tanah dan menyuluh tepat ke arah serigala itu. Binatang itu berbulu dan dengus nafas sangat kuat. Ain menjerit kuat cuba meminta pertolongan. Dia menjadi takut jika menjadi makanan kepada binatang itu.

"Arghhh !!!"

Ain meraung kesakitan apabila serigala itu menggigit kakinya. Terasa gigi tajam seakan menembusi hingga ke tulang. Dia cuba melepaskan diri. Kakinya mula berdarah. Serigala itu mula menyeretnya masuk ke dalam hutan. Ain mula menangis. Sungguh dia menyesal kerana tidak patuh akan arahan lelaki yang bernama Andry Zuhairie Risley.

Tiba-tiba Ain lihat serigala itu dipukul dengan kayu panjang. Kaki Ain dilepaskan dan binatang itu terus berlari masuk ke dalam hutan semula. Ain melihat susuk tubuh di hadapannya.

Ivan !!

"Kaki puan berdarah" kata Ivan cemas. Ain menahan kesakitan pada kaki yang semakin berdenyut. Air mata tidak dapat dibendung lagi. Mencurah curah jatuh membasahi pipi.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro