Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 24 - Tembak

Bang! Bang!

Ain melangkah perlahan keluar dari rumah melalui pintu belakang. Bunyi tembakan itu semakin jelas kedengaran. Dia ingin lihat dari mana datangnya bunyi itu. Perasaan ingin tahu semakin membuak-buak dalam hatinya.

Langkah diatur perlahan mendekati laman belakang. Dia memandang suaminya yang memakai alat seperti headphone ni telinga. Nick turut ada di samping lelaki itu. Berkemeja hitam dan berspek mata gelap. Ain perasan semua orang suruhan Zuhairie turut berpakaian sama. Mungkin itu peraturan berada di rumah ini. Tapi, tak panas ke tengah hari buta pakai kemeja?

"Kau buat apa kat sini?" Soal Zuhairie apabila perasan kehadiran isterinya di situ. Dia sebenarnya sedang berlatih menembak bersama Nick. Jauh di hadapannya, ada satu patung berupa manusia diikat pada pokok.

Ain tersentak lantas menggeleng perlahan. Sengaja dia datang menjengah tadi. Melihat raut Zuhairie yang menyinga, kecut perut dibuatnya. Kaki ingin melangkah pergi dari situ. Namun, pantas sahaja satu tangan merangkul pinggangnya. Pantas Ain menoleh. Dirinya ditarik ke hadapan lelaki itu. Seram melihat sepucuk pistol di tangan kanan Zuhairie.

"Duduk sini diam-diam" Zuhairie memberi arahan. Dia tunduk menyamai ketinggian isterinya. Kepala diletakkan di atas bahu Ain manakala tangan kiri masih melingkari tubuh kecil itu. Gadis itu diam tidak bersuara.

Bang!

Terhinjut bahu itu kerana terkejut apabila satu das tembakan dilepaskan ke arah patung itu.

"Kalau kau berani lari dari sini...." Bisik Zuhairie meleret di telinga Ain. Bisikan yang halus tetapi amat menakutkan. Ayatnya dibiarkan tergantung.

Bang!

Tembakan mengena kepala patung itu. Ain terkedu. Liur ditelan kesat. Mukanya tak payah cakap la, memang pucat seperti mayat.

"Ini yang kau dapat !" sambung Zuhairie.

Bang!

Tembakan kali ini mengenai tepat pada jantung patung itu. Ain menutup mata rapat. Rasa takut dan gerun terhadap lelaki itu semakin bertambah walaupun dia berasa selamat berada dalam pelukan lelaki itu. Arhh perasaannya semakin bercampur baur.

Kerana rasa takut yang makin menguasai diri, lantas wajah Ain disebamkan di dada bidang lelaki itu. Tubuhnya sedikit menggigil.

"Kalau kau tak buat perangai.. Nyawa kau selamat" kata Zuhairie tenang. Tangan kiri mengusap lembut kepala isterinya yang dilitupi tudung. Kucupan lembut dihadiahkan di dahi Ain Amani. Melihat Ain yang ketakutan, dia pasti isterinya itu seorang perempuan yang manja dan lemah lembut. Di sudut hatinya, dia berjanji akan melindungi Ain Amani hingga ke akhir hayat.

Nick membuang pandang ke arah lain. Rasa segan pula bila Zuhairie yang dingin dan garang tiba-tiba menjadi sweet walaupun sweetnya agak menyeramkan. Setiap orang ada cara tersendiri untuk menzahirkan rasa kasih dan sayang.


•••••

"Ain !!"

Zuhairie menghempas pintu bilik kuat. Kerja di pejabat yang menimbun membuatkan moodnya pada malam ini kurang baik. Habis semua hendak dimarahnya. Ditambah pula apabila melihat isterinya tiada dalam bilik. Panggilannya juga tidak disahut.

"Ain Amani !" Panggil Zuhairie sekali lagi. Tubuhnya dihempas kasar atas sofa. Tiga butang paling atas sudah terbuka. Tali leher dicampak ke atas lantai. Dia mendengus marah.

Ain muncul di muka pintu dengan wajah ditundukkan. Tadi, dia ke dapur untuk menyediakan minuman untuk Zuhairie. Tidak perasan pula bila lelaki itu naik ke atas. Cepat-cepat dia menaiki tangga apabila dengar namanya dipanggil.

"Kau pergi mana?! Tak dengar ke aku panggil ?!" Jerkah Zuhairie kuat. Amarahnya semakin membuak-buak. Dia sendiri tak faham dengan dirinya. Tiba-tiba sahaja mahu memarahi gadis itu. Pagi tadi elok sahaja bermesra bagai.

Zuhairie mengangkat tubuhnya dari bersandar pada sofa. Dia berdiri berhadapan dengan Ain. Tajam tatapan matanya merenung Ain yang membungkam. Terfikir-fikir apa salahnya kali ini.

Andry Zuhairie Risley menghulurkan tangan kirinya buat Ain Amani. Gadis itu kelihatan terpinga-pinga sebelum menyambut hulurannya. Bila jari-jemari mereka bertaut rapat, Zuhairie menarik Ain mendekatinya. Ain teragak-agak. Namun dituruti tingkah suaminya. Takut diapa-apakan jika membantah.

Tangan Ain digenggam erat. Dengan sekali tarikan kuat, tubuh Ain tercampak kasar di atas katil. Ain terkejut. Zuhairie tersengih sinis. Genggaman tangan pada isterinya masih belum dileraikan. Dia mendekati wajah Ain Amani. Ingin dicumbui wajah mulus.

"Awak.. jangan!" rayu Ain Amani. Tautan tangan Zuhairie cuba dirungkai. Lelaki itu semakin berani. Tangan kiri Ain yang cuba menolak tubuhnya ditangkap. Kedua-dua tangan itu diperosok ke belakang tubuh Ain. Suara isterinya yang merayu membuatkan Zuharie semakin geram.

"Awak jangan layan saya begini. Tolonglah" rintih Ain. Dia meronta-ronta minta dilepaskan. Zuhairie mula menindih tubuh ranum Ain.

"Shut up!" Jerkah Zuhairie kuat. Terus dibenamkan wajahnya ke leher Ain. Bahagian yang paling dia suka. Dia lihat masih ada parut yang masih belum sembuh. Desah nafasnya makin tidak teratur. Nafsu semakin menguasai diri.

Zuhairie bagaikan orang hilang akal. Rayuan isterinya tidak diendahkan. Sebaliknya dia makin galak mengucup kasar wajah mulus itu. Kemudian, dia terus memagut bibir Ain dengan kasar. Apa sebenarnya yang berlaku. Mengapa lelaki ini berubah tiba-tiba?

"Awak.. sakit!" Air mata mula bergenang di matanya. Hancur hati Ain saat itu. Maruahnya sebagai seorang isteri tidak dipedulikan. Sang suami semakin galak menyakiti tubuhnya. Mutiara jernihnya mengalir laju.

Ain meronta-ronta. Wajahnya cuba dilarikan agar ciuman rakus dan menyakitkan itu terlepas. Zuhairie berang.

"Lepaskan sa..." Bicara Ain mati bila sekali lagi bibirnya dicium kasar. Ain terus berusaha mengelak dari kesakitan yang dihadiahkan oleh suaminya sendiri.

"Layan aku malam ni" Arah suaminya tegas. Sejurus itu, terus dicumbu leher isterinya. Ain menahan rasa sakit yang menyengat. Air matanya membuak-buak keluar. Tubuh Ain terhinjut menahan tangis. Sungguh dia tidak rela diperlakukan begitu. Dia rasa seperti diperkosa oleh suami sendiri.

Zuhairie bagaikan baru tersedar. Pantas dia menjarakkan tubuh Ain yang memakin kuat menangis. Tubuh itu kemudian ditarik dalam dakapan. Belakang tubuh Ain diusap perlahan.

"Please... Don't cry. I'm so sorry" ucap Zuhairie lembut. Dahi Ain Amani dikucup lama. Wajah Ain yang basah dengan air mata dilap dengan hujung jari kasarnya.

Ain masih lagi belum berhenti menangis. Rasa menyesal kerana terlalu mengikut nafsu. Dagu isterinya diangkat dan dikucup lembut bibir merah itu. Melihat respon Ain yang tidak menolak, bibirnya semakin mengganas. Bibir Zuhairie mula merayap ke leher gadis itu. Dikucup hingga meninggalkan kesan merah.

Malam ini, dia akan mulakan prinsip baru. Jangan terkam jika tidak meminta izin dari tuan badan. Tetapi, kalau diam tu tanda setuju. Jadi, terkam ajelah!!

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro