Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 16 - Mimpi ngeri

Kedengaran bunyi sayup serigala menyalak di atas bukit. Dua orang budak lelaki dan perempuan berumur 7 dan 9 tahun masih leka bermain walaupun langit semakin gelap menanti hari hujan.

Tiba- tiba si budak lelaki mendengar suara halus yang memanggilnya dari belukar yang berdekatan tempatnya bermain. Dia bagaikan terpukau. Adik perempuannya yang masih bermain ditinggalkan begitu sahaja.

'Zuhairie.....'

Suara itu kedengaran lagi. Kakinya perlahan- lahan melangkah ke arah belukar yang penuh dengan duri yang tajam. Suasana awan yang gelap langsung tidak mengugat keberaniannya.

'Andry Zuhairie Risley.....'

Suara itu semakin kuat kedengaran di telinganya. Kakinya terpaku. Liur ditelan kesat. Peluh seram mula merembes keluar apabila melihat tangan beserta kuku panjang hitam seakan pucat menyentuh dagunya.

Kakinya bagai digam di tanah. Tidak membenarkan dia untuk lari dari situ. Sebelah lagi tangan hitam itu memegang atas kepalanya dan suara itu seperti membaca sesuatu. Sesuatu yang tidak dia fahami.

Cahaya putih yang menerpa ke dalam retina matanya membuatkan dia menjerit kuat. Dia meronta ronta untuk melepaskan diri dari pegangan erat itu.

"Arhhh!!" Lantas Zuhairie membuka mata. Nafasnya berombak kencang dan jantung mengepam darah secepat yang mungkin. Peluh sudah membasahi baju yang tersarung di tubuh. Dia memandang sekeliling. Dia kini berada di biliknya. Mimpi yang sering menghantui setiap tidur bagaikan betul-betul berlaku. Peristiwa 18 tahun lalu seperti cekera padat yang sering mengulang tayang dalam mimpi. Meskipun kini dia berusia 27 tahun, namun peristiwa itu masih segar dalam ingatannya walaupun telah berlaku bertahun- tahun lamanya.

Dia segera bangun untuk turun ke bawah. Mahu memastikan Ain Amani masih berada di dalam. Hanya gadis itu harapannya sekarang untuk pulih dari sumpahan ini. Super Blood Blue moon semakin mendekat iaitu 31 Januari 2018 ini. Masih ada 4 hari untuk dia bersiap sedia.

Pintu bilik yang menjadi tempat penculikan Ain dibuka. Terpampang tubuh gadis itu yang tidur di atas lantai tanpa berlapikkan apa apa. Dilihatnya Ain sedikit menggigil menahan kesejukan lantai simen itu. Mata Ain Amani yang tertutup rapat bagaikan menariknya untuk mendekati gadis itu. Seperti ada tarikan magnet untuk dia terus menatap wajah itu. Lebam yang membiru di tepi bibir dipandang.

Ain membuka mata perlahan apabila terasa tubuhnya ditindih.Dalam senyap lenanya tadi, telinga Ain Amani mengesan desah nafas yang kuat dicuping telinganya. Desah itu kian kuat dan dekat. Terasa hangat hembus nafas dipangkal lehernya. Dia yang masih terpejam matanya, hanya menolak sesuatu yang melata ditubuh. Namun tak lama, Ain tersentak bagai direnjat elektrik apabila terasa ada beban yang menghempap tubuhnya. Matanya terbuka luas dalam kelam, terlihat oleh pandangan matanya satu 'lembaga' yang besar di atas badannya. Tangannya cuba untuk meronta, namun kuat dipegang oleh 'lembaga' tersebut. Bibirnya yang cuba menjerit meminta pertolongan ditekup rapat dengan bibir rakus lembaga itu. Hanya air mata yang mengalir laju bagai empangan yang pecah.

"Lepaskan saya. Apa awak buat ni?" tangannya cuba menolak kuat tubuh Zuhairie yang menindihnya. Tangisannya kian menjadi-jadi.

"Diam!" Zuhairie menjerkah kuat. Langsung tidak mengendahkan rayuan Ain Amani. Tangan kecil yang menumbuk dadanya dicengkam dan ditelentangkan di lantai.

"Arghh !!" Zuhairie menahan kesakitan apabila terasa gigitan di bahunya. Tak guna punya perempuan.

"Jangan apa-apakan saya" pantas Ain berundur ke belakang. Air mata turun laju membasahi pipi. Dia mendengar bunyi dengusan kuat dari bibir lelaki itu. Seakan marah dengan dirinya.

Zuhairie terus keluar dan menutup pintu rapat kembali. Dia harus bersabar ketika ini. Apa dia mahu akan dapat nanti, tetapi bukan sekarang. Dia cuba mententeramkan diri. Dari luar bilik, dia memandang pintu yang berkunci itu. Mujur sahaja imannya yang sedikit itu menahannya daripada melakukan perkara bodoh. Gigitan di bahu tadi lantas mengusir pergi nafsunya yang terkinja-kinja dengan bisikan syaitan. Mujur, Allah masih melindungi gadis itu daripada nafsu buasnya. Zuhairie meraup wajahnya buat kesekian kali, lalu beristighfar perlahan.

•••••

Ain Amani memerhati Zuhairie yang sedang mengemas pinggan di atas dulang. Lelaki ini tiada orang gaji ka? Semua kerja dibuat seorang diri. Dari hantar makanan hingga lah ke urusan ikat mengikat dirinya. Orang suruhan bukan main banyak. Takkan nak upah orang gaji pun tak mampu. Uishh apa aku melalut ni.

"Awak... Saya.. saya nak telekung" pinta Ain Amani gagap. Di semakin trauma dengan lelaki ini. Tetapi sekarang, dia harus memberanikan diri berhadapan dan menyatakan hasrat hati. Sudahlah auratnya sedikit terdedah sekarang. Selendang yang ditarik Zuhairie semalam terkoyak agak besar. Walaupun begitu, dia tetap melilit di kepala untuk menutup rambutnya.

"Kau nak buat apa?" mata tajam Zuhairie menikam anak mata Ain. Kerjanya terhenti seketika.

"Solat" jawab Ain perlahan. Takut jika lelaki itu mengamuk. Gigi taring lelaki itu jelas terserlah di mata Ain Amani.

"Aku mana ada telekung" selamba Zuhairie menjawab. Dia meneruskan kerja mengemas.

"Awak boleh minta Andrea bawakan?" Soal Ain Amani. Baru dia sedar, sudah dua hari dia tidak mengerjakan solat.

"Erm.. kejap lagi aku bawa" balasnya dingin. Dulang berisi pinggan dan cawan diangkat menuju ke pintu keluar.

Solat... Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Sungguh dirinya sudah terpesong jauh dari landasan yang betul.

•••••

"Kau nak solat sini?" Soal Zuhairie tidak percaya. Ain yang sedang memegang telekung dan sejadah pinjaman dari Mak Yam dipandang lama. Walaupun dia sudah lama tidak bersolat, tetapi dia tahu tempat untuk melakukan ibadah mestilah bersih dan suci. Tetapi, tempat kurungan ini.....

"Habis tu?" Soal Ain kembali. Dia memerhati keadaan bilik yang kotor. Dengan lantai yang tidak disapu dan sawang di siling menunjukkan bilik itu seperti bilik stor. Ditambah lagi lumut yang terdapat di dinding. Sangat tidak sesuai untuk mendirikan solat yang perlu dikerjakan di tempat yang bersih.

"Nick!!" Jerit Zuhairie lantang. Beberapa saat kemudian, muncul seorang lelaki berkemeja hitam berkulit sawo matang di muka pintu. Ada sepucuk pistol diselitkan di seluar. Baru Ain perasan, lelaki itulah yang menjadi pemandu Andrea ketika dia pertama kali datang ke rumah ini.

"Ya bos" jawab lelaki itu. Tiada langsung riak takut atau gerun terhadap Zuhairie. Mungkin sudah biasa ditengking dan dimarahi oleh si penculik, fikir Ain.

"Bawa perempuan ni naik atas" Zuhairie memberi arahan. Cukup ringkas tetapi amat tegas.

"Baik bos" Nick mengangguk faham. Dia menghampiri Ain. Dipandangnya gadis itu atas bawah. Kaki kotor, baju busuk dan ada kesan lebam di tepi bibir gadis itu. Tak lain tak bukan bosnya yang lakukan.

"Jom. Ikut saya" dengan penuh hormat, Nick berkata. Diajar sejak kecil oleh arwah ibunya untuk menghormati wanita dan jangan pernah berkasar dengan mereka.

"Kau bagi dia beg tu" perlahan Zuhairie berkata dingin. Tidak pernah dia beramah mesra dengan orang suruhannya. Namun, dengan Nick sahaja dia boleh bertolak ansur memandangkan hanya lelaki itu yang jauh mengenalinya. Hanya Nick sahaja yang selalu dekat dengannya. Bukan sebagai orang suruhan tetapi lebih kepada seorang abang.

"And kau, mandi dulu bersihkan diri sebelum solat" kali ini arahan ditujukan kepada Ain Amani. Ain hanya mengangguk faham seperti kanak- kanak.

"Kau jangan cuba nak lari lagi. Kalau tak..." Pisau tajam dimainkan di leher gadis itu. Ain telan liur. Terasa seram sejuk bilah pisau yang menyentuh kulit lehernya. Nick hanya memerhati. Tidak langsung bersuara atau menghalang tindakan Zuhairie.

"Faham?" Zuhairie menyoal. Pantas Ain Amani mengangguk laju. Nak mati kalau geleng kepala? Memang tak la. Terpaksa dia angguk.

Nick membawa Ain Amani ke bilik atas seperti yang disuruh oleh Zuhairie. Ain mengekori Nick rapat. Sepanjang ke bilik, dia memerhati sekeliling. Tidak pernah pula dia menjejakkan kaki sampai sini. Dulu dia hanya berada di bilik Andrea sepanjang hari.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro