Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Part 15 - Terbongkar

"Ain.. bangun. Aku datang ni" Kepala Ain yang sedang enak tidur diusap perlahan. Timbul rasa kasihan di dalam hatinya melihat Ain diperlakukan seperti itu. Diikat dan dibiarkan di dalam bilik kotor seperti ini. Pantas tangannya meleraikan ikatan yang membelit tubuh kecil itu. Pita pelekat yang menutupi bibir itu ditarik perlahan.

Terpisat pisat Ain Amani membuka matanya. Terasa sakit badan dan lehernya kerana tidur dalam keadaan duduk malam tadi. Matanya memandang wajah yang mengejutkannya tadi. Terbit senyuman kesyukuran di bibir.

"Andrea.. Rea! Aku takut..." Tubuh Andrea dipeluk kejap bagaikan tidak mahu melepaskan kawannya itu.

"Jangan takut, aku ada" Andrea membalas pelukan Ain. Belakang tubuh sahabatnya digosok perlahan untuk menenangkannya yang berada dalam ketakutan.

"Tak payah buat drama dekat sini. I asked you to come here to look after her" Lelaki itu muncul di muka pintu sambil memandang tajam ke arah kedua orang gadis itu.

"What are you doing at her? I told you not to hurt her" marah Andrea garang apabila melihat luka yang telah kering di lutut kawannya. Sudah diberi amaran mepada lelaki itu untuk tidak mencederakan Ain Amani.

"She's trying to run away from me. And luka tu, bukan abang yang buat" kata lelaki itu tidak bersalah. Muka tidak berperasaan ditayangkan.

"Abang?" Ain Amani semakin pelik. Melihat Andrea tiba- tiba muncul di tempat penculikannya. Dia ingatkan Andrea datang untuk menyelamatkan dirinya. Dua orang manusia di hadapannya dipandang silih berganti. Pelbagai spekulasi bermain di minda.

Ain Amani dari tadi hanya diam mendengar pertelingkahan dua orang di hadapannya mula bersuara. Apa yang sedang berlaku sebenarnya?

Andrea terdiam. Tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perkara sebenar kepada Ain Amani.

"Rea.. kau berkomplot dengan dia untuk culik aku? Apa salah aku Rea" air matanya mula turun. Sangkanya Andrea ialah orang yang paling boleh dipercayai, namun dia salah membuat penilaian. Menjual kawan sendiri kepada orang lain. Sanggup tikam belakang demi kepentingan diri. Setahunya Andrea anak orang kaya. Tidak cukupkah harta itu kepadanya sampai sanggup menjual kawan sendiri.

"Ain.. dengar dulu aku jelaskan" Andrea mula merayu. Tangan Ain Amani ingin dicapai tapi pantas gadis itu berundur ke belakang. Cuba menjauhi daripada mendekati dirinya. Dia mahu menjelaskan semua perkara yang disimpan di sudut hatinya. Dia juga tidak mahu Ain berfikiran buruk tentangnya.

"Jelaskan apa, Rea. Aku kawan kau. Sanggup kau aniaya aku macam ni" kata- kata Ain tersekat sekat. Cuba menahan sebak yang semakin menguasai diri.

"Yes. Dia abang aku, Andry Zuhairie Risley. But please, let me explain about this" kata Andrea sambil merenung ke dalam anak mata Ain Amani. Pantas sahabatnya itu menggeleng laju sambil menekup telinga. Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi. Sudah terbukti bahawa Andrea terlibat dalam kes penculikan ini.

Zuhairie sudah berlalu keluar. Drama yang dia lihat tadi langsung tidak menjentik tangkai hatinya.

"Andrea please keluarkan aku dari sini" Ain separuh merayu. Cuba meraih simpati Andrea selepas melihat lelaki itu berlalu keluar. Dia tahu Andrea mempunyai hati yang lembut walaupun luarannya nampak kasar.

"Ain. Aku.." Andrea tergagap. Dia berada di tengah antara abang dan sahabatnya. Rasa bersalah semakin menggunung apabila melihat Ain semakin tidak terurus. Dengan wajah yang kotor dan luka yang tidak dicuci amat menyentuh hatinya.

"Please Rea.." pinta Ain sekali lagi. Dia meraih tangan Andrea yang menunduk serba salah.

"Sorry.. I really really can't" Andrea pantas bangun. Ingin keluar dari bilik itu. Dia tidak mahu hatinya tersentuh dengan setiap rayuan Ain. Dia lakukan semua ini bersebab. Demi memulihkan abangnya dari sumpahan itu!

"Andreaa! Jangan tinggalkan aku" Ain menjerit lantang. Dia cuba mengejar langkah Andrea. Namun, sampai sahaja di muka pintu, tubuhnya ditolak masuk semula oleh dua orang bodyguard berbadan besar. Pintu dikunci dari luar. Pintu itu Ain ketuk kuat berkali kali dari dalam sambil menjerit nama Andrea. Air mata semakin deras menuruni pipinya. Rasa segala tenaganya terbang pergi. Kini tinggallah dia seorang diri di dalam bilik gelap itu.

"Ni beg pakaian dia. Suruh dia bersihkan diri dan tukar pakaian. And don't tell me that she didn't eat from last night" beg pakaian yang Ain bawa ke rumah ibunya diberikan kepada Zuhairie.

"She won't" huluran dicapai dan diberikan kepada Nick untuk diletakkan di bilik atas.

"Paksa dia makan walaupun tak nak. Dia sakit nanti macam mana" Andrea mula membebel. Dia tidak mahu kesihatan sahabatnya terjejas.

Andry Zuhairie Risley mendengus kuat. Walaupun begitu, kata kata adiknya meresap masuk ke dalam telinga.

•••••

"Makan..." Arah Zuhairie dingin. Tiada langsung secalit senyuman di bibirnya. Dulang makanan diletakkan di hadapan gadis itu.

Ain Amani pantas menjarakkan dirinya ke dinding. Wajah lelaki itu dipandang dengan pandangan gerun. Dia memeluk lutut erat. Sekali tengok dah macam gaya orang gila.

"Nak suruh makan pun susah. Kau kena ingat, aku tak nak uruskan mayat kau kat sini" kata Zuhairie sinis.

"Kalau tak nak, hantar saya balik. Awak sendiri yang culik saya. So.. awak yang cari masalah" balas Ain geram. Tangan dan kakinya sudah dilepas bebas. Dia boleh bergerak ke mana sahaja tetapi hanya dalam bilik itu.

Ain Amani hanya memandang sepi makanan itu. Perutnya yang berkeriuk minta diisi, terpaksa ditahan . Entah apa yang diletakkan dalam makanan itu. Dia sendiri tak tahu. Entah- entah ada pil peransang atau dadah.

"Pandai kau menjawab eih" bentak Zuhairie. Pinggan berisi nasi dicapai. Dia ingin menyuap makanan ke dalam mulut Ain tetapi pantas gadis itu menutup mulut rapat. Hanya mata bundarnya memandang perilaku Zuhairie.

Sudu itu dihempas Zuhairie kasar di atas pinggan hingga berdeting bunyinya. Dia merenung tajam wajah Ain Amani.

Tanpa menunggu lama, Zuhairie terus mencengkam rahang Ain Amani, memaksa gadis itu membuka mulut. Apabila mulut Ain terbuka sedikit, lantas disuapkan makanan ke dalam mulut Ain secara kasar. Separuh nasi dalam sudu itu jatuh ke lantai. Terbatuk batuk gadis itu dibuatnya kerana tersedak. Makanan dikunyah secara paksa dan dia menelan dengan payah.

Kali kedua sudu dihalakan ke bibirnya, dia hanya pasrah. Membuka mulut dan membiarkan Zuhairie memberinya makan.

•••••

"Mama.... Papa! Tolong adik" jerit Ain dari dalam bilik sambil cuba membuka pintu. Sesekali dipukulnya pintu kayu itu sehingga tangannya sakit. Bunyi bising yang terhasil sedikit sebanyak mengganggu Zuhairie yang sedang lena. Pantang betul jika ada orang mengganggu tidurnya.

"Hoii... Memekak jelah kau ni" marah Zuhairie. Telinganya ditonyoh berkali kali. Berkerut kerut dahinya menahan silau yang memancar ke dalam mata.

"Abang !! Kakak!!" Jerit Ain lagi tidak mahu mengalah. Dia teringat akan Aniq Wafri dan Asya Raisya yang pasti akan risau akan keselamatannya. Walaupun selalu bergaduh, kasih sayang antara mereka akan tetap utuh.

Zuhairie bangun dari perbaringan. Rambut tebalnya digosok kasar lalu dia melangkah geram ke arah bilik. Kunci dibuka dan dia terus mendekati Ain Amani. Pantas sahaja gadis itu berundur ke belakang.

"Kau menjerit kat sini takkan ada sesiapa yang dengar la" kata Zuhairie sambil tersenyum sinis sehingga menampakkan gigi taringnya.

"Lepaskan saya. Apa awak nak sebenarnya. Nak bunuh saya? Kenapa tak bunuh sekarang?" Panggilan sudah bertukar. Dari beraku kau kepada saya- awak.

"I need you. But not now. When the moon come out. You will be mine" tenang Zuhairie berkata. Wajahnya mendekati wajah Ain. Pandangan itu menikam ke dalam anak mata Ain.

"Never! Walaupun thats moon tak keluar sampai kiamat pon. Saya tak akan jadi milik awak. Sampai bila- bila pon tak akan! " balas Ain berani. Dia mengetap bibir kuat. Jika dia melawan sekalipun, dia tidak akan berdaya. Tenaga lelaki itu lebih kuat daripadanya.

"Really?" Rahangnya bergerak gerak menahan marah. Kau belum kenal aku siapa Ain Amani. Aku akan buat kau tunduk melutut depan aku. Getus hatinya.

Selendang yang serabai membalut rambut Ain direntap kasar hingga terkoyak. Terus dilempar selendang utu ke lantai. Rambut panjang melepasi leher itu dicengkam kasar.

"Sakit..." tergagap gagap Ain bersuara. Rasa sakit terasa di kulit kepalanya. Kini, aurat yang dia jaga selama ini sudah terdedah di hadapan di penculik.

"Sakit lagi hati aku ni. By hook or by crook, kau tetap akan jadi milik aku" balas Zuhairie. Bibirnya diketap kuat.

"Saya cakap tak nak!" Ain tetap lagi melawan. Dia tidak akan biarkan lelaki itu menindasnya. Mengambil kesempatan di atas setiap kelemahan.

Pangg !!

"Kau nak ke tak nak ke. Kau tetap akan kahwin dengan aku" rambut Ain dilepas kasar sehingga tersungkur di atas lantai. Terdengar esak tangis di hujung telinganya. Sejurus itu, dia terus keluar dari bilik. Tidak mahu hatinya tergoda melihat leher Ain yang kelihatan amat mengiurkan.

•••••

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro