Part 13 - Culik
Ain merenung tasik di hadapannya. Bosan! Malam ini, dia ditipu hidup- hidup oleh si abang. Kata mahu pergi shopping untuk barang dapur, alih- alih dia tercongok seorang diri di hadapan tasik yang berdekatan dengan shopping kompleks itu selepas selesai membeli barangan. Dia ditinggalkan pula berseorangan di situ manakala abang dan kakak iparnya berjalan menyusuri taman yang disimbahi dengan cahaya lampu neon itu. Sungguh dia menyesal mengikut pasangan itu.
Plupp!!
Bunyi seakan- akan batu dilempar ke dalam tasik membuatkan Ain menoleh. Namun, tiada sesiapa pon di situ. Gelombang air yang beralun menyakinkan telahannya bahawa memang ada sesuatu yang jatuh ke dalam tasik.
Dia memerhati sekeliling. Ramai juga orang yang ada di situ. Mungkin ingin menikmati angin malam. Tiba- tiba dia teringatkan kejadian yang pernah berlaku di butiknya tempoh hari. Sah! Memang ada orang mengekorinya. Tapi, dia yakin orang itu tidak akan berani mendekatinya memandangkan terdapat ramai manusia di situ.
Ain memberanikan diri untuk melihat di sebalik pokok besar itu. Kakinya melangkah perlahan tanpa sebarang bunyi. Samar cahaya lampu sedikit sebanyak menerangi tempat itu. Jantungnya berdebar semakin kencang apabila ada susuk tubuh di belakang pokok itu.
Baru sahaja Ain mahu menyergah, suara Aniq dari belakang merencatkan rancangannya.
"Adik buat apa tu?" Sergah Aniq. Ketika dia tiba tadi, dilihatnya si adik terjenguk jenguk memandang ke arah sebatang pokok besar.
"Tak buat apa" jawab Ain gabra. Dia menoleh memandang wajah abang dan kakak iparnya silih berganti. Peluh mula membasahi dahi. Melihat mata abangnya mengecil, dia mencari idea lain.
"Dah puas dating? Ingatkan tak ingat dah adik yang tercongok kat sini dari tadi" Dia cuba mengalih topik perbualan. Tidak mahu abangnya mengesaki sesuatu.
"Mana boleh lupa adik abang yang sorang ni. Dah jom balik. Mama dah telefon tadi. Membebel kata merayap waktu malam" kepala Ain yang dibelit shawl digosok kuat. Habis senget benget tudung adiknya itu.
"Abang pergi dulu. Adik ada sesuatu nak buat" pinta Ain. Tangan Aniq ditolak kuat. Habis serabai tudungnya.
"Takda². Jom balik. Hilang karang abang yang susah" lantas tangan Ain ditarik menuju ke kereta. Izzati hanya menggeleng melihat perangai suaminya. Adik abang sama jer perangai.
"Kak Zati.... Tengok abang ni" jerit Ain kuat. Orang sekeliling memandang ke arah mereka berdua. Jenuh jugak dua beradik ni.
Satu kelibat keluar dari belakang pokok. Andry Zuhairie Risley menurunkan hoodie hitam yang dipakainya. Mata hazelnya masih memandang Ain Amani yang mula menghilang di sebalik kegelapan mal di taman itu. Jika Ain melangkah lagi ke hadapan tadi, rancangannya pasti akan berjaya. Namun, semuanya hancur apabila seorang lelaki muncul memusnahkan segalanya.
•••••
Ain menyiapkan kerjanya secepat mungkin. Aktiviti malam ini ialah tengok wayang waktu malam bersama Andrea. Yes! Dapat jugak dia keluar dengan kawannya itu setelah beberapa hari sibuk dengan kerja dan pelanggan ke butiknya semakin ramai.
Dia membuka laman twitter. Banyak pengguna yang meretweet tentang Super Blood Blue moon. Hrmm menarik. Muncul 152 sekali setahun. Dan tahun ini akan muncul pula. Waahhh! Salah satu kebesaran Allah yang tidak selalu dapat dilihat oleh makhluk di muka bumi ini. Perasaan teruja hadir dalam hatinya.
Twitter miliknya ditutup dan kerja yang tertangguh diteruskan. Jika dilayan media sosial itu, kerja mesti tak jalan. Banyak lagi kerja berfaedah yang dia perlu lakukan.
Pintu butik yang dikuak dari luar menandakan ada pelanggan yang datang. Ain mengangkat kepala melihat siapa yang masuk dalam butik tersebut.
"Eh Rea" tegur Ain Amani apabila melihat pelanggan yang masuk ialah Andrea. Wajah kacukan itu terpancar sedikit kerisauan. Entah apa yang difikirkannya.
"Ain... Aku nak mintak tolong boleh?" Pinta Andrea sambil melangkah laju menuju ke arah Ain yang duduk di sofa di ruang hadapan butik.
"Kenapa? Ada masalah ke?" Soal Ain prihatin. Tak pernah- pernah si Andrea ni datang butiknya.
"Tak.. aku nak kau design satu baju untuk aku. Aku ada majlis makan malam syarikat nanti" cerita Andrea. Beg tangan yang dibawa diletakkan di sisinya.
"Ouh... Macam tu. Jom la discuss sekarang. Apa la kau ni, ingatkan ada masalah besar tadi, relax dah la, benda boleh settle. Suspen betoi la haih" Dia ketawa perlahan.
"Aku singgah kejap jer ni. Busy sikit sejak kebelakangan ni. Macam tak sempat jer nak discuss. Emmm, apa kata kau tidur rumah aku". Andrea memberi cadangan. Mata bundarnya memandang tepat ke arah Ain.
"Wa... nak!! Tapi, ibu kau tak marah?" jerit Ain teruja. Namun, terbit rasa risau jika keluarga Andrea tidak menyenangi kedatangannya.
"Nak marah kenapa. Mak aku suka lagi ada la. Setiap hari tanya, Ain bila nak datang... Naik bosan aku dengar" Andrea mengajuk kata- kata yang pernah disebut ibunya. Matanya menjuling ke atas.
"Ibu kau sayang aku la tu. Hehe" kata Ain bangga. Kembang kempis hidungnya dengan cerita Andrea tadi. Bibirnya tersengih lebar.
Andrea mencebikkan bibir. Dia menjeling sekilas wajah Ain yang kelihatan berseri- seri apabila dipuji. Sayang betul ibunya dengan si Ain ni. Namun, dia tak pernah cemburu atau dengki dengan sahabatnya. Malah, lagi dia suka kerana sudah menganggap Ain seperti adik kandungnya. Ditambah lagi dengan sikap Ain yang seperti kanak- kanak. Dia hanya tersenyum.
"Kau dah ada boyfriend? Tunang ke? Entah- entah dah kahwin tak bagitahu aku" soal Andrea tiba- tiba. Reaksi teruja tergambar di wajah kacukannya. Terbuntang mata Ain mendengar soalan Andrea.
Ain meledakkan ketawa kuat. Kepala digeleng-geleng perlahan.
"Uishh kau ni. Mana ada la. Boyfriend pon tak ada. Jangan risau cik Andrea. Nanti aku kahwin, kau orang pertama yang akan tahu dulu" kata Ain apabila ketawanya reda. Apa yang si Andrea merepek ni. Kahwin? Tak terfikir langsung mahu mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat ini.
Andrea menghela nafas lega. Senyuman manis terlakar di bibir merahnya.
•••••
"Adik... Tinggal rumah orang, jaga perangai tu eih. Jangan terjerit macam tarzan pulak" Pesan Puan Aisyah sebaik sahaja Ain melangkah ke pintu utama.
"Ya ma... Adik tahu la" Ain menjeling manja. Tahu sangat dengan kebimbangan mamanya untuk melepaskan anak kesayangannya ini. Malam ini, tidak pula kelihatan abangnya itu. Pergi dating lagi la tu. Dasar......
"Jangan bawa kereta laju sangat. Dah malam ni. Ingat sikit, adik tu anak dara lagi tau" giliran Encik Azahari pula berpesan kepada anak daranya.
"Baik pa. Kalau jadi apa- apa adik call okay? Lagipun Andrea kan ada. Papa dengan mama kenal dia kan? Tak kan dia nak culik kawan dia yang comel ni" kata Ain yakin sambil tersengih. Sempat lagi dia memuji diri sendiri.
"Ada saja nak menjawab budak ni" pintas Puan Aisyah. Ain hanya tersengih panjang.
"Okay la. Jaga diri baik- baik" pesan Puan Aisyah untuk kali terakhir. Dia tidak risau anaknya itu keluar waktu malam kerana dia tahu Ain pandai menjaga diri. Ain sudah biasa tinggal luar negara seorang diri selama dua tahun. Tetapi kali ini, rasa bimbang dan resah membuak- buak untuk mengizinkan anaknya itu pergi.
Ain diam mendengar lalu mengucup tangan Puan Aisyah dan Encik Azahari. Dipeluk tubuh mamanya erat sebelum melangkah keluar dari rumah.
•••••
"Ain!" Jerit Andrea . Mereka kini sedang berada di pertengahan jalan untuk ke tempat parking. Suasana gelap dan lampu malap di tempat parking itu menambahkan lagi kesunyian. Hanya ada beberapa buah kereta sahaja di situ.
"Kenapa?" Tanya Ain cemas. Terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia memandang pelik ke arah Andrea.
"Aku nak terkucil" beritahu Andrea tanpa selindung. Badannya digoyangkan sedikit seperti menahan pundi kencing yang rasa seperti mahu meletup.
"Kalau macam tu, pergi la tandas cepat. Aku tunggu kat kereta" kata Ain. Waktu ni la dia nak berhajat pun. Aduh!
Pantas Andrea mengangguk. Dia berpatah balik untuk masuk semula ke tempat itu.
Ain berjalan perlahan menuju ke kereta Andrea. Jam tangan dipandang. Dah pukul 12.30 malam! Tiba- tiba rasa seram pula berjalan seorang diri. Menyesal pula tak ikut Andrea tadi. Hanya kedengaran bunyi tapak kakinya bergema di tempat parking itu.
Bunyi seretan kenderaan di belakangnya membuatkan Ain menoleh. Sebuah van hitam meluru laju ke arah Ain Amani. Pancaran lampu tinggi menyukarkan Ain untuk melihat. Otaknya gagal mencerna apa yang sedang berlaku.
Van hitam itu berhenti betul- betul di sebelah Ain Amani. Perasaan takut mula menjalar dalam hatinya. Dua lelaki bertopeng keluar dari van itu. Belum sempat dia mahu melarikan diri, terasa tangannya direntap dari belakang. Dia meronta untuk meleraikan pegangan kuat dua lelaki itu.
Mulutnya yang ingin menjerit meminta tolong ditekup kasar dengan sehelai kain. Bau kuat dari kain itu membuatkan matanya berpinar. Rontaannya semakin lemah dan kelopak matanya menjadi kuyu.
Dalam kelayuan matanya, Ain Amani dapat melihat sebuah kereta mewah berhenti betul- betul di hadapannya. Seorang lelaki bersut hitam keluar dan menghampiri dirinya yang sudah semakin lemah. Mata lelaki itu tajam menikam wajahnya. Mata hazel itu seperti pernah dia lihat. Tetapi, di mana?
Bau yang semakin mengasak masuk ke rongga hidung membuatkan mata Ain terus tertutup rapat. Dia sudah tidak sedar apa yang berlaku selepas itu.
Andry Zuhairie Risley tersenyum sinis. Mangsa yang diidamkan sudah masuk ke dalam perangkap. Dagu Ain Amani yang pengsan disentuh perlahan. Dia memandang lelaki di hadapannya sebelum menggerakkan jari mengarahkan orang suruhan memasukkan Ain ke dalam van.
Di sebalik dinding, Andrea hanya memandang dengan serba salah. Dia sudah musnahkan masa depan rakannya itu. Maafkan aku, Ain.
•••••
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro