━・❪ 09 ❫ ・━
────── 〔✿〕──────
Huda melihat wajah Taehyung yang berseri-seri sedang menyarung kasut miliknya sambil menuruni anak tangga. Kedengaran siulan riang terhasil daripada bibir Taehyung, mempamerkan lagi riak ceria di wajah anak angkatnya itu.
Bibirnya mengukir senyum. Baru dua hari tidak bertegur, dia sangat rindukan Taehyung. Entah bila lah mereka bertegur sapa seperti biasa.
Huda membiarkan sahaja, tangannya kembali mencapai bekas penyiram air lalu disiram pokok bunga di hadapan rumah.
"Ummi..." Panggilan itu mengejutkan dirinya. Segera Huda menghadap gerangan suara tersebut. Serta-merta senyumannya terukir.
"Tae nak minta maaf sebab tak tegur ummi... Tae tak sepatutnya layan ummi macam tu. Entah kenapa Tae ikutkan sangat perasaan ni sampai ummi pun terjebak sekali. Maaf, Tae minta maaf." Tutur Taehyung sambil wajahnya dipandang ke bawah. Jari-jemarinya dipintal sesama sendiri.
Huda menggeleng menafikannya. "Taklah, ummi faham perasaan Tae. Mungkin Tae perlukan masa waktu tu, jangan risaulah.. Ummi tak ambik hati pun. Cuma ummi nak cakap, Tae janganlah ambik hati dengan Irsyad tu, ya? Lupakan je apa yang dia
cakap."
Taehyung mengangguk senang. Bibirnya menghadiahkan senyuman kotak yang sangat comel bila dipandang. "Tae okey je eheeee~" Lalu jarinya membuat pose V menandakan dia baik-baik sahaja.
Mereka berkongsi gelak buat seketika.
"Assalamualaikum, ummi..." Nuha muncul dari arah belakang, kemudian berdiri beberapa jarak di sebelah Taehyung.
"Waalaikumsalam... Aik, korang berdua ni macam berjanji je nak keluar. Ada apa-apa ke?" Usik Huda seraya mencuit lengan milik Nuha.
"Eish, taklah. Ni hah, anak ummi ni nak sangat tengok kerbau! Entah apa yang nak ditengokkan sangat, tu sebab Nuha ajak dia ni." Terang Nuha jujur.
Taehyung sudah menepuk dahi. Perempuan ni tak perlulah nak cakap macam tu eyy dia ni kan.
"Ouhhh, kalau Nuha nak tahu Tae ni memang teringin sangat nak tengok haiwan tu kat depan mata dia. Ummi pun tak tahu dalam banyak-banyak haiwan,kerbau juga yang dia suka. Dah-dah, ni kamu bawak je dia kat rumah Daniel tu." Cadang Huda.
"Memang nak ke sana lah ni, ummi. Hehehe okeylah, kitaorang pergi dulu." Segera Nuha menyalami tangan Huda sebelum mereka berdua berjalan meninggalkan kawasan rumah.
────── 〔✿〕──────
"Hooohhh hooohhh hoohhhh!"
Terkedip-kedip mata Taehyung apabila melihat kerbau berbadan besar ini sedang merenungnya tajam. Nafas hangat haiwan itu menerpa kasar di permukaan wajahnya,membuatkan Taehyung langsung mengundur ke belakang sedikit.
Hidungnya dikepit menggunakan jari sambil membuat muka masam. "Bapak busuknya nafas dia----"
Lelaki muda bernama Daniel itu ketawa mengekek mendengar rungutan kecil Taehyung. Tangannya mengusap-usap badan haiwan peliharaannya dengan lembut.
"Nama dia ni Homi. Jangan pelik kenapa mulut dia bau sebab mana ada kerbau gosok gigi HAHAHAHHA!" Terburai ketawa Daniel dibuatnya. Kakinya pula dihentak-hentak menambahkan lagi kesan lucu yang terhasil.
Taehyung mengerling sekilas ke arah Nuha. "Apesal muka dia tu macam kuda? Dia tu haiwan jugak ke?" soalnya dengan nada perlahan.
Nuha menggeleng laju. "Eh tak,itulah Daniel. Dia tuan kepada Homi ni hah. Saya kenal dia,ummi pun kenal sebab kitaorang pernah mengaji dengan ummi masa budak-budak dulu."
Taehyung mengangguk faham. Pandangannya kembali tertancap pada Daniel yang kini sedang memberi makan kepada kerbau bernama Homi itu. Diperhati sahaja gerak-geri Daniel yang menyuap beberapa rumput ke mulut Homi.
Bila tengok lama-lama,rasa macam seronok pula.
"Boleh aku berikan dia makan?" Taehyung maju ke hadapan dengan berani. Biarpun takut melihat haiwan berbadan besar ini namun dia endahkan sahaja. Ini sahaja peluang yang dia ada untuk merasai pengalaman seumur hidup.
Daniel menghulurkan beberapa rumpun rumput kepada Taehyung. "Boleh je. Hati-hati, Homi ni sensitif sikit dengan orang baru." Pesan Daniel berbaur memberi amaran agar dia berwaspada.
Taehyung menyambut huluran rumput daripada Daniel. Dia berdiri menghadap Homi dengan senyuman kekok di bibir. Sekali lagi,nafas kerbau itu menghembus ke wajahnya sekaligus membuatkan rambut depannya bertiup. Fuh.
Dengan berhati-hati, Taehyung menghalakan rumput tadi ke mulut Homi. Matanya dipejam erat tatkala Homi mendekatinya dengan gerun. Tidak lama selepas itu,Taehyung mendengar bunyi kunyahan.
"Kriuk kriuk"
Taehyung membuka kelopak matanya. Homi sedang menikmati makanannya dengan berselera. Taehyung tersenyum lebar. Automatik tangannya naik mengusap tanduk milik Homi dengan teruja.
"Wah! Elok pula perangai kau ek Homi. Dulu masa kita memula jumpa,bukan main kau tanduk muka aku yang kacak ni, huh!" Daniel membuat muka merajuknya. Homi hanya merengus kasar seakan itu dijadikan sebagai balasan kepada ayat Daniel tadi.
Taehyung tertawa kecil. Tangannya beralih pula pada tubuh besar Homi lalu mengusapnya lembut. Bergegar badan Homi bila merasa sentuhan tersebut. Taehyung sekadar ketawa suka. Tidak habis lagi,kali ini Taehyung mengusik punggung Homi lalu ditepuknya beberapa kali.
"Hooohhh!" Rengus Homi , mungkin marah akibat perbuatan nakal Taehyung.
Nuha yang melihat adegan itu hanya tersenyum. Hatinya senang mendengar gelak tawa Taehyung. Dalam masa yang sama,dia tidak sangka pula Taehyung yang dulunya sentiasa bersikap dingin berubah personalitinya persis kanak-kanak yang teruja melihat seekor kerbau buat pertama kali.
Dalam diam,Nuha memuji kecomelan Taehyung yang sedia ada. Bukan senang nak tengok sisi berbeza lelaki ini.
"Lepas ni, Homi kena berkubang dalam lumpur. Kalau kau tak keberatan, boleh tak kau bawak dia ke padang belakang rumah aku?" Pinta Daniel sambil tersengih-sengih ke arah Taehyung.
"Boleh, lagipun aku rasa Homi ni dah macam rapat dengan aku. Terima kasih sebab benarkan aku bawak Homi ke sana, aku betul-betul hargainya." Ucap Taehyung berkali-kali.
Daniel sekadar mengangguk sahaja. "Aku tengok kau ni suka sangat dengan kerbau, apa kata kau kahwin je dengan Si Homi ni. Dapat juga aku menantu kacak macam kau HAHAHAHAH!" Sekali lagi Daniel membuat lawaknya.
Namun Taehyung dan Nuha langsung tidak terkesan. Diabaikan sahaja Daniel yang masih ketawa tidak ingat dunia tu.
────── 〔✿〕──────
Taehyung memerhati sahaja gelagat Homi yang tengah berguling di dalam lumpur itu. Tidak habis-habis dia melopong teruja melihat kerbau ini berkubang secara live di hadapannya. Selama ini, dia mampu tengok dalam youtube je.
"Awak memang suka kerbau eh?"
Taehyung menoleh memandang Nuha. Kepalanya diangguk kecil.
"Bagi aku haiwan sejenis Homi ni, unik. Entah kenapa aku rasa tertarik, selama ni aku tengok kat laman sosial je." Balasnya dan Nuha tersengih kecil.
"Terima kasih sebab sudi teman aku. Tak sangka juga, kau ni baik kan?" Terletus tawa Taehyung tanpa dia sedar.
"Baru tahu ke yang saya ni baik? Awak tu je yang sombong sangat, tak reti nak tegur orang." Bidas Nuha selamba. Langsung tidak difikirkan jikalau lelaki itu berasa geram ataupun marah terhadap katanya itu kerana dia yakin, hubungan kawannya bersama Taehyung baru sahaja hendak terjalin.
Sama seperti Taehyung, dia dapat rasakan Nuha seorang gadis yang boleh dibuat kawan. Mungkin dia perlu beri satu peluang untuk menjalinkan hubungan kawan bersama Nuha, kan?
"Sorry lah, aku susah nak bergaul dengan orang yang baru aku kenal lagi-lagi dengan perempuan macam kau sebab aku......." Ayatnya tergantung dan itu buatkan Nuha berdebar menunggu ayat seterusnya.
Taehyung menggosok belakang tengkuknya seraya mengalih pandang ke arah lain. "Malu." Sambungnya. Serta-merta pipinya berubah kemerahan.
Nuha menghela nafas lega. Senyumannya terlakar. "Kelakar juga awak ni kan? Lelaki dingin macam awak ni rupanya ada juga sifat malu." Nuha menekup mulutnya menahan ketawa.
Tiba-tiba, Taehyung menghampiri Nuha yang berdiri tidak jauh darinya. Nuha yang perasan langkah Taehyung itu mula kecut perut. Ah sudah, apa lelaki ni nak buat?
Apabila lelaki itu betul-betul berada di hadapannya, Nuha mulai kaget tatkala tangan Taehyung ingin naik ke atas kepalanya. Disebabkan gementar yang teramat, Nuha terus mengundur ke belakang.
"Taehyung, apa yang awak––arghh!"
"Nuha!!----ARGH!"
────── 〔✿〕──────
Plot twist; Homi bunuh Taehyung dengan Nuha, hiks.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro