Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

━・❪ 01 ❫ ・━

────── 〔✿〕──────

Kuala Lumpur International Airport ✈

KIM TAEHYUNG berdiri tegak, memerhati keadaan sekeliling yang sesak dengan ramai orang. Beg pakaian berodanya setia digenggam pada pemegang.

Mata berwarna coklat hazel asli itu sesekali mengerling ke beberapa gadis yang berpakaian hampir menutup seluruh tubuh. Hanya bahagian wajah dan kedua belah tapak tangan sahaja yang kelihatan.

Dia tidak berfikir jauh malah hanya berlagak tenang. Dia tahu apa benda yang menutupi bahagian kepala gadis itu. Pernah dia ternampak gambar perkahwinan ayah dan ibunya di album keluarga mereka. Kemas dan tertutup sahaja kepala ibunya dengan lilitan tudung berwarna putih. Cantik dan ayu bila dipandang. 

Melihatkan keadaan semakin sesak, Taehyung cepat mengatur langkah menuju ke kaunter pertanyaan. Mask yang menutupi mulut dan hidung ditarik ke bawah dagu bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan perempuan yang bertugas di kaunter tersebut.

Ketika berurusan, Taehyung perasan perempuan yang nampak berusia ini tiap kali memandangnya tanpa berkelip. Bukan itu sahaja, malah senyuman gedik turut dilemparkan. Taehyung tidak melayan sebaliknya dia hanya mempamerkan riak biasa. Tiada apa yang menarik perhatiannya .

Dalam masa yang sama, Taehyung bersyukur dengan kelebihan yang dia miliki. Buktinya jelas. Daya tarikannya mampu membuatkan anak dara muda atau tua terpesona dengannya. 

Selesai sahaja, Taehyung terus berjalan menuju ke luar dengan beg berodanya. Matanya ralit memandang skrin telefon yang memaparkan peta negeri. Naik pening kepalanya bila melihat banyak jenis nama daerah yang serabut–– aduh, baik aku call ummi terus.

Jarinya menekan kenalan nama Ummi lalu skrin telefon dilekapkan pada telinganya. Sambil menunggu panggilan disambut, Taehyung membuang pandang di sekeliling dan dapat merasakan angin lembut yang  menerpa ke wajahnya. Anak rambut depannya yang berwarna hitamnya turut beralun.

Keluhan kecil terbit tatkala cahaya matahari menyinari pandangan. Tubuhnya mula berpeluh sedikit sejak dia berdiri di pintu utama lapangan terbang ini. Cuaca di Malaysia ini berbeza daripada cuaca di Korea. Sebelum berangkat, dia sempat membuat research tentang cuaca iklim di sini.

Nasib sahaja Taehyung tidak mengenakan jaket berbulu tebal di badannya. Tidak boleh dibayangkan jika dia berpenampilan sebegitu, pasti rakyat di sini akan memandangnya pelik dan dilabel lelaki kurang siuman.

Titttt––

Tittt––

Panggilan disambung. Taehyung membetulkan kotak suara sebelum bercakap.

"Hello? ( Hello? ) " Serentak dua suara menyapa.

Kedua belah kening lebatnya ternaik ke atas. Telinganya menangkap jelas suara lembut yang menyapa di sebelah sana dan yang pasti suara umminya tidak selembut sutera
sebegini. Siapa si pemanggil tersebut?

"Assalamualaikum....."

Sekali lagi suara bernada lembut itu kedengaran. Tanpa menjawab, Taehyung terus pergi ke topik lain.

"Ummi aku mana?" Soalnya separa dingin. Bukan apa, dia cuma sengaja membuat nada begitu supaya pemanggil suara di sana berasa gentar. Dalam mengusik, terbit juga rasa geram di hati.

Siapa yang berani memegang telefon umminya ini? Mesti orang sembarangan yang menjawab tanpa meminta izin dari tuan empunya badan. Paling Taehyung tidak suka bila hak milik orang digunapakai sesuka hati dengan orang tidak dikenali.

"Ummi tengah masak kat dapur . A-awak ada apa-apa pesanan untuk ummi ke?"

Taehyung mula mengetap bibirnya rapat. Sejak bila pula umminya ini ada anak baru selain dirinya?

"Kau ni siapa? Aku takkan layan stranger macam kau. Bagi phone ni kat ummi aku, sekarang." balasnya mendatar.

"Nuha, siapa yang telefon tu?"

"Err... Nah, ummi jawablah. Nuha nak tengok masakan kat dapur tu heheh..."

"Eish, budak ni!"

Taehyung menghela nafas lega. Suara umminya kedengaran jua. Bibirnya automatik mengukir senyum lebar.

"Ummi!" sapa Taehyung mesra dengan wajah berseri-seri. Hilang terus sifat gerun yang ada pada dirinya sebentar tadi.

"Eh, Tae ke tu?"

"Yaa ummi... Ni Taehyung lahhh." Rengeknya manja. Tertawa umminya bila mendengar nada kebudak-budakan Taehyung itu.

"Ummi, Tae dah sampai airport ni. Kejap lagi Tae gerak balik kampung. Ummi bagi alamat nanti tau." Pesannya berkali-kali.

"Ya ya ummi ingatlah. Hati-hati dalam perjalanan tu, ummi doakan Tae selamat sampai ke sini. Ummi tunggu Tae ya..."

Taehyung tersenyum. "Baik ummi... Tae letak dulu, nanti sampai kat perhentian bas, ummi suruh abah jemput Tae boleh tak? Tae mana reti nak masuk jalan ke rumah ummi tu."

"Abah lewat balik hari ni, ada program kat surau sana tu. Ummi pula tak larat nak jalan jauh. Tapi takpelah, nanti ummi suruh orang ambik kamu. Telefon je bila dah sampai nanti."


"Yelah, ummi tunggu Tae tau. Okeylah, Tae letak dulu. Ummi jaga diri..."

"Kamu pun... Ingat pesan ummi,
telefon bila sampai kat sini nanti."


"Ya ummi, Tae akan call. Byebye ummi..."

Talian dimatikan. Taehyung memasukkan smartphone ke dalam poket seluar. Mask hitam miliknya ditarik naik sehingga menutup atas batang hidung. Kakinya mula bergerak menuju ke bas persiaran dua tingkat yang tidak jauh darinya.

"Yes Sir? May I help you?"

Taehyung tersengih di balik topeng mulut apabila seorang lelaki menegur ramah. Nampak dari gaya, inilah pemandu bas tersebut. Kepalanya digaru seketika sebelum menunjukkan kertas yang tertulis alamat yang ingin ditujui.

"Saya nak ke Kuala Terengganu. Agak-agak berapa tempoh perjalanan dari sini, ya?"

Lelaki berpakaian lengkap uniform putih itu terkejut bukan kepalang tatkala mendengar pertuturan Taehyung dalam bahasa Melayu. Lancar sahaja bunyinya. Langsung tidak ada nada kekok.

"Ahh... Kuala Terengganu lebih kurang 5-6 jam sahaja encik." Balas lelaki tadi dengan mesra. Baguslah Taehyung boleh berbahasa dengan baik, tidak jugaklah fikirannya serabut menutur ayat dalam bahasa asing.

Dalam diam, dia sempat memuji budi bahasa Taehyung. Jarang-jarang dia melihat pelancong asing ini fasih berbahasa Melayu.

Taehyung mengangguk faham. Sekarang sudah pukul 11 pagi,pasti pada sebelah petang dia sudah tiba di sana.

"Kalau macam tu, boleh saya naik bas ini sekarang?"

"Sudah tentu. Mari saya tolong letakkan beg encik."

Beg pakaiannya mula bertukar tangan. Kedua mereka juga berkongsi senyum sebelum Taehyung menaiki ke pintu bas yang tersedia buka.

Taehyung mengambil tempat duduk yang kosong bersebelahan dengan cermin tingkap. Tubuhnya disandar ke belakang seraya menyumbat sepasang earphone ke dalam telinga. Lagu bertajuk Sesungguhnya daripada penyanyi Alif Satar dan kumpulan nasyid yang begitu terkenal iaitu Raihan mula berkumandang merdu.

Suhu pendingin hawa yang menyentuh kulit membuatkan dia bertambah nyaman dan selesa. Lama kelamaan, matanya bertambah layu dan akhirnya dia terlena sepanjang perjalanan.

────── 〔✿〕──────

Assalamualaikum ♡

Seperti yg sedia maklum, ini adalah cerita pertama shae yg berunsurkan tentang agama Islam. Segala kesalahan bahasa mahupun kata-kata yg shae tulis dalam cerita ni, jika ada silap, tegurlah shae ^^ kita sama-sama manusia, tak pernah lari dari kesilapan.

Jangan malu dan segan ya. Shae mengaku shae bukanlah manusia yg sempurna dan tahap mengetahui/pengetahuan bab agama ni tidaklah terlalu tinggi, harap korang semua faham

Oh ya, sebelum shae teruskan ff ni, first shae nak minta maaf kalau sepanjang ff ni berjalan, shae ada terguris kata atau menyakiti korang tanpa sedar esp, yg non-muslim (if ada), shae cuma hasilkan karya yg belum pernah shae ceburi ♡  sebarang agama yg dikaitkan secara sengaja mahupun tidak sengaja, shae meminta maaf terlebih dahulu

So, how? First chap? Ok ke? Skskjsskjsk nak minta pandangan korang, takut nanti tak masuk akal pula ff ni huehue


volcanjeon

ppiyyaacrushleus dairymlk_

Siapa masih ingat cerita ni?

I'm back :) Saya publish ff ni balik. 3 tahun terperap dalam draft, insyaallah saya cuba habiskan. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro