Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 9: Dugaan Buatnya. ✔

SETELAH Tamat sesi kelas. Ainul Mardhiah segera keluar meninggalkan ruang kelas.

Zara yang sejak tadi memerhatikannya. Turut keluar, mengekorinya.

Menyedari dirinya di ekori. Ainul Mardhiah mempercepatkan langkahnya.

"Ustazah."

Laung Zara apabila melihat Ainul Mardhiah seperti cuba menghindarinya.

Ainul Mardhiah terpaksa memperlahankan langkahnya saat mendengar laungan Zara.

Zara menghela nafasnya panjang. Dia berlari mendapatkan Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah membuang pandangannya kearah lain. Jujur. Bukan niatnya untuk bersikap sombong. Cuma dia tidak sanggup untuk melihat wajah wanita yang telah sah bergelar isteri kepada bekas tunangnya itu.

Dia takut kalau dia tidak dapat mengawal emosinya. Kerana dia masih menganggap kalau Zara adalah perosak hubungannya dan Yahya.

"Awak nak apa?."Tanya Dia tanpa memandang pun kearah Zara.

Zara menundukkan kepalanya. Dia tahu kalau Ainul Mardhiah merasa tidak selesa dengannya.

Tetapi dia harus menemui Ainul Mardhiah untuk menghilangkan rasa bersalahnya.

"Ustazah.."

Dia bersuara perlahan.

Ainul Mardhiah memandang Zara sekilas. Dia sepertinya tidak dapat menerima akan panggilan Ustazah yang keluar dari mulut Zara.

"Boleh tak awak jangan panggil saya Ustazah."Ujarnya.

Zara mengangkat pandangannya memandang Ainul Mardhiah.

"Habis tu, saya nak panggil apa?."Tanya Zara.

Ainul Mardhiah terdiam seketika mendengar soalan Zara. Namun dia segera menjawab.

"Panggillah apa-apa pun yang awak suka. Yang penting jangan panggil saya Ustazah."

Zara kembali menundukkan kepalanya.

"Mardhiah."

Zara bersuara perlahan.

Ainul Mardhiah memandang Zara kerana terkejut saat Zara memanggilnya dengan nama belakangnya, kerana belum ada orang lain lagi yang memanggilnya dengan nama itu kecuali Yahya.

Zara membalas tatapan Ainul Mardhiah.

"Siapa benarkan awak panggil saya dengan nama tu?."

Soal Ainul Mardhiah dalam nada suara yang agak tinggi.

Terhinjut bahu Zara kerana terkejut.

Ainul Mardhiah merengus kasar dan membuang pandangannya kearah lain.

"Sebenarnya apa tujuan awak datang jumpa saya?."Soalnya tanpa memandang wajah Zara.

"Maaf kalau saya mengganggu awak. Tapi ada perkara yang saya perlu cakap dengan awak."Jawab Zara.

Ainul Mardhiah tertawa kecil.

"Kita tak pernah kenal pun dan awak pun baru je masuk pagi tadi. Jadi saya rasa tak ada apa yang saya perlu dengar dari awak."Ujarnya.

"Tapi..."

Belum sempat Zara meneruskan ucapannya.

"Assalamualaikum."

Akhiri Ainul Mardhiah dan berlalu pergi.

Zara terdiam. Dia hanya mampu menghantar pemergian Ainul Mardhiah dengan matanya.

"Waalaikumsalam."Jawabnya perlahan.

***

AINUL Mardhiah menangis semahunya dibahu temannya Laila.

"Perempuan tu sengaja nak sakitkan hati aku Laila."Adunya sebak.

Laila mengusap lembut bahu Ainul Mardhiah.

"Kau janganlah macam ni Ainul. Percayalah cakap aku. Dia tak ada niat pun nak sakitkan hati kau."

Laila cuba menenangkan Ainul Mardhiah.

"Ustaz Yahya pulak!. Dia macam tak faham langsung perasaan aku.  Mulut dia je kata tak, tapi cara dia layan perempuan tu. Tak nampak macam dia terpaksa pun..."Tambah Ainul Mardhiah lagi.

"Ainul. Kau tak boleh macam ni. Perempuan tu dah jadi isteri dia. Walaupun dia tak cintakan perempuan tu. Perempuan tu dah menjadi kewajipan bagi dia."Ujar Laila.

"Assalamualaikum."

Ainul Mardhiah segera mengangkat kepalanya dari bahu Laila. Sementara Laila pula menoleh kearah orang yang datang memberi salam.

"Waalaikumsalam."

"Ustaz Yahya."Gumam Laila.

Dia bingkas bangun dan berdiri menghadap Yahya.

Yahya menundukkan kepalanya.

"Izinkan saya bercakap sebentar dengan Mardhiah."Tutur Yahya.

Laila melangkah beberapa tapak kebelakang menjauhi mereka, memberi ruang untuk mereka berbicara.

Ainul Mardhiah menyeka air matanya dan berpaling dari Yahya.

"Awak nak cakap apa?."Tanya dia.

Yahya tunduk menekur tanah.

"Saya nak minta maaf pasal tadi."

Ainul Mardhiah tidak dapat menahan rasa sebaknya. Air jernih kembali bergenang di kelopak matanya.

"Awak ingat saya ni tak ada perasaan ke Ustaz Yahya?."

"Awak fikir saya ni anak patung ke?"

Soalnya bertalu-talu. Air matanya mengalir laju membasahi pipinya. Suara tangisnya kedengaran.


Air mata Yahya turut bergenang. Sungguh dia tidak tega mendengar suara tangis gadis yang dicintainya itu.

"Mardhiah.. Bukan itu niat saya. Dia yang nak sangat belajar dekat sini. Dan saya tak ada pilihan lain sebagai suami dia. Tak kan saya nak jadi penghalang untuk dia menuntut ilmu."Ujar Yahya.

"Ouh... Suami."

Ainul Mardhiah tertawa sinis di sela-sela tangisnya.

"Mardhiah. Saya tak boleh nak nafikan hakikat yang dia isteri saya dan saya juga tak boleh nak nafikan perasaan cinta dan kasih saya pada awak. Saya masih Ustaz Yahya yang dulu. Yang masih mencintai dan mahu memperisterikan awak. Cuma status yang membezakan saya yang dulu dan sekarang."Ujar Yahya.

Air mata Ainul Mardhiah mengalir deras membasahi pipinya.

"Tolonglah beri saya peluang Mardhiah. Saya tahu saya salah. Jadi maafkanlah saya. Saya akan cuba untuk buktikan pada awak yang saya benar-benar kasihkan awak."Tambah Yahya lagi.

Ainul Mardhiah menundukkan kepalanya. Suara tangisnya cuba ditahan, meskipun dia tidak mampu menahannya.

"Maafkan saya Ustaz Yahya. Buat masa ni hati saya masih belum terbuka untuk sebarang kemaafan."Tutur Ainul Mrdhiah.

"Assalamualaikum."

Akhiri Ainul Mardhiah.

"Laila jom."

Dia memanggil Laila sebelum berpaling dan berlalu pergi melepasi Yahya.

Air mata lelaki Yahya jatuh saat itu. Kepalanya tunduk menekur bumi.

Ya, Allah. Kau bukalah pintu hatinya untuk memaafkan aku Ya, Allah. Kerana aku benar-benar ikhlas mencintainya, Ya, Allah...

***

USAI Solat berjemaah di Musholla.

Aku melihat para jemaah perempuan bekejar-kejar mahu menjadi yang terawal bersalaman dengan Ainul Mardhiah.

Melihat semua orang bersalaman dengannya. Aku pun memberanikan diri untuk menghampirinya. Inilah yang aku nantikan, kerana aku masih belum berpeluang lagi untuk bersalaman dengannya.

Namun disaat aku hampir dengannya. Dia bingkas bangun dan melangkah keluar dari Musholla.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Senyuman terkilan terukir dibibirku saat aku melihat wajah wanita yang duduk disisi Ainul Mardhiah tadi.

Wanita tersebut menyentuh bahuku.

"Jangan ambil hati ya. Ustazah Ainul tak berapa sihat. Itu yang dia macam tu."Tutur wanita itu sambil tersenyum padaku.

Aku tersenyum dan mengangguk perlahan.

Dengan senyuman yang masih terlakar dibibirnya. Wanita itu bangun dan pergi meninggalkan aku.

Aku menundukkan kepalaku. Cuba memujuk hatiku yang sedikit terguris dengan sikap Ainul Mardhiah.

"ITU ke Isteri Ustaz Yahya?."

Secara tidak sengaja telinga aku menangkap perbualan orang yang berada dibelakang aku.

"Tak adalah cantik mana."

"Cantik lagi Ustazah."

"Kalau cantik pun. Tapi tak ada ilmu. Tak guna jugak."

"Dengar citer. Dia perangkap Ustaz Yahya."

"Dah terdesak sangat kowt..."

"Entah-entah dah mengandung."

"Kesiannya Ustaz Yahya."

"Mak bapak dia tak ajar ke?."

"Dasar perampas."

Kata-kata tajam mereka. Berjaya menyentapkan hatiku. Dan apa yang lebih menyakitkan, apabila mereka melibatkan orangtuaku.

Tak semena-mena air jernih bergenang di kelopak mataku.

Kata-kata nasihat dari orangtuaku kembali menerjah otak kecilku.

"Sampai bila Zara nak macam ni?."

"Berubahlah Zara. Mati yang akan datang jumpa kita, bukan kita datang jumpa dia."

"Zara. Solatlah!"

"Asyik balik lewat je."

"Sayang... Jom solat dengan Mummy."

"Sayang. Duduklah rumah untuk malam ni."

"Malam ni ada ceramah dekat masjid. Zara ikut ya."

Air mata yang tumpah, menyedarkan aku dari lamunanku. Namun pantas aku menyekanya. Aku menggeleng kepalaku perlahan.

"Mummy dengan Daddy tak salah. Zara yang salah. Mereka tak patut kata macam tu, sebab Mummy dengan Daddy dah buat yang terbaik untuk Zara. Tapi Zara yang degil."

_
YAHYA Mengerutkan dahinya pelik apabila melihat sikap Zara hari ini.

Ya, memang Zara biasanya akan diam jika dia tidak memulakan bicara. Tetapi kali ini lain. Dia bukan sahaja diam. Bahkan air mukanya juga kelihatan suram.

Sepanjang perjalan kerumah. Zara langsung tidak memandangnya. Dia hanya menikmati pemandangan diluar tingkap.

Sebaik tiba dirumah dan tanpa menoleh pun kearahnya, Zara terus keluar dari perut kereta dan masuk kerumah menggunakan kunci pendua yang dia berikan.

Kenapa dengan dia. Fikirnya.

Yahya segera keluar dari perut kereta dan melangkah masuk kedalam rumah.

Melihat pintu bilik tetamu yang tertutup rapat. Dia yakin pasti Zara sudah masuk kedalam.

Penat agaknya. Fikirnya lagi.

Dia menghela nafas panjang dan melangkah pergi, menuju kebiliknya.

_
PULANG Dari menunaikan solat Isyak. Yahya sekali lagi berdiri dihadapan pintu bilik Zara.

Dia mulai merasa pelik kerana sejak pulang tadi, hingga kini. Dia masih belum melihat gadis itu menjengah keluar dari bilik.

***

ZARA Memeluk kedua kakinya yang dirapatkan kedadanya. Wajahnya dibenamkan ke lututnya. Disana dia melepaskan isakannya untuk yang kesekian kalinya sejak petang tadi.

"Zara."

Dia segera mengangkat kepalanya saat mendengar suara suaminya diiringi dengan bunyi pintu bilik dikuak.

"Ustaz."Gumamnya terkejut.

Air mata yang masih mengalir dipipinya tidak dapat disembunyikan lagi.

Yahya berjalan menghampiri katil sebelum melabuhkan punggungnya disisi Zara.

Zara segera menurukan kedua kakinya kebawah.

"Kenapa awak menangis ni?."Tanya Yahya.

Zara yang sudah sebak, menjadi bertambah sebak dengan soalan yang diberikan suaminya. Air matanya mengalir deras. Dia menunduk dan menyandarkan kepalanya pada bahu sang suami.

Yahya agak terkejut. Namun dia hanya membiarkan sahaja Zara menangis dibahunya.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang ini ialah mengapa gadis itu menangis?.

Selang berapa minit. Saat tangis Zara mereda. Dia bertanya.

"Kenapa awak menangis?. Ada apa-apa yang tak kena ke dekat sana?."Tanya Yahya.

Zara tersenyum didalam tangisannya. Dia teringatkan kata-kata orang di Musholla dan layanan Ainul Mardhiah kepadanya petang tadi.

"Tak ada apa pun. Saya cuma rindukan Mummy dengan Daddy."

Zara berbohong pada suaminya. Tidak mungkin dia menceritakan apa yang terjadi. Dia tidak mahu memburukkan-burukkan Ainul Mardhiah dihadapan suaminya. Sedangkan dia tahu suaminya begitu mencintai Ainul Mardhiah.

"Awak ni. Saya ingatkan kenapalah. Ini kali pertama ke awak berpisah dengan Mummy dan Daddy?."Tanya Yahya.

Hmm...

Zara mengiyakan. Kepalanya masih dibahu Yahya.

"Awak dah solat?."Tanya Yahya.

"Dah..."Jawabnya sepatah.

Kedua mereka membisu. Yahya tidak bergerak, membiarkan Zara meminjam bahunya sebentar.

Lama berkeadaan sedemikian. Suara tangis Zara berganti dengan dengkuran halus dan sedu.

Yahya menoleh kesisinya. Dia baru menyedari kalau Zara sudah terlelap dibahunya. Senyuman terukir dibibirnya.

Dia bergerak perlahan. Tubuh Zara direbahkan. Kaki Zara yang terjuntai diangkat keatas. Bantal diletakkan tepat dibawah kepala Zara.

Wajah Zara yang telah lelap direnungnya tanpa sedar

Namun dia segera mengalihkan pandangannya saat menyedarinya. Selimut ditariknya menyelimutkan tubuh Zara agar gadis itu tidak kesejukan.

Dia mematikan lampu bilik sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro