✔ Bab 6: Beginning. ✔
ZARA AZZALEA 22.
MUHAMMAD YAHYA LIM 25
(LIM YI FAN).
AINUL MARDHIAH 23.
SYED AMIR 25.
_________________________________________
ZARA Memandang suaminya yang sedang mengemas barang-barang untuk pulang esok.
Yahya masih lagi dingin terhadapnya. Meskipun bibir Yahya mengungkapkan yang dia telah pun memaafkannya. Namun sebalik dengan prilakunya.
Tidak mahu mengambil pusing. Zara hanya berdiam. Kerana dia tahu perbuatannya itu bukanlah perkara yang mudah untuk dimaafkan. Apatah lagi Yahya telah melakukan korban besar demi maruah keluarganya.
Luka yang dalam bisa sembuh jika diubati, namun parut tetap akan kelihatan.
Mungkin memakan masa untuk dia dan Yahya menjalani hidup rumahtangga seperti pasangan lain.
Sedang dia mengelamun memerhati suaminya yang sibuk mengemas pakaian.
"Kenapa awak tak kemas barang lagi?."
Lamunannya mati serta-merta saat Yahya menegurnya.
Dia memandang wajah suaminya.
"Ustaz..."Dia bersuara lunak.
Yahya membuang pandangan kearah lain. Benci mendengar suara lunak itu.
Zara menundukkan kepalanya. Sedar akan prilaku Yahya.
"Boleh tak kalau saya tak payah ikut Ustaz balik?."Tanya dia.
Yahya kembali memandang Zara yang sedang duduk bersila diatas katil dengan kepala terdongak memandangnya.
"Kenapa awak tak nak ikut saya balik?."Tanya dia.
Zara kembali menundukkan kepalanya dan memainkan jari jemari tangannya.
"Saya tak ready lagi."Tutur Zara perlahan. Namun masih dapat didengar oleh Yahya.
Yahya tertawa sinis mendengarnya.
"Awak tak tahu ke dimana tempatnya seorang Isteri?."Tanya Yahya tajam lagi sinis.
Zara memandang sekilas suaminya dan kembali menunduk.
Yahya mendongakkan kepalanya memandang atap seperti berfikir sesuatu.
"Ouh... Ya. Saya rasa saya ada something untuk awak."Kata Yahya.
Zara menoleh kearahnya.
Yahya kembali ke beg pakaiannya dan mengambil sesuatu disana.
Zara hanya memerhatikan sahaja suaminya.
"Nah... This is for you."
Yahya menghulurkan buku yang sederhana ukurannya kepada Zara.
Zara mengambil buku yang dihulurkan Yahya dan melihatnya.
Tertulis disampul buku tersebut.
'Isteri Solehah'.
"Dia ni perli aku ke?."Getus Zara di dalam hati.
"Actually. I bought it for my fiancee. But... Because you're my wife. You boleh pinjam untuk dijadikan panduan."Ujar Yahya.
"Pinjam?."
Spontan soalan tersebut keluar dari mulut Zara.
"Kenapa?."Yahya balik menyoalnya.
Zara terdiam, tidak tahu apa yang harus dijawabnya.
Kepalanya digelengkan perlahan.
"Tak ada apa."
Yahya terdiam seketika.
"Cepatlah kemas beg. Lepastu boleh tidur. Esok pagi nak bangun awal."Ujar Yahya, seraya itu berpaling darinya.
Entah kenapa... Zara merasa sakit. Dia tidak dapat menerima apabila suaminya mengatakan buku tersebut adalah untuk tunang suaminya dan hanya dipinjamkan sahaja kepadanya.
Apa maksud Yahya memberitahunya itu?. Adakah untuk menyakitkan hatinya?.
_
AKU Merasakan pelukan erat Mummy.
"Maafkan Mummy sayang."
Suara Mummy kedengaran sebak.
Aku melepaskan pelukan dan memadang wajah Mummy. Aku melihat air mata yang membasahi pipinya.
"Jaga diri sayang. Jaga suami. Doa Mummy akan sentiasa bersama Zara."Tutur Mummy.
Kata-kata Mummy membuatkan aku merasa hiba.
Aku mengangguk perlahan.
Mummy menarik aku kembali kedalam pelukannya.
"Jadi isteri yang solehah. Jangan malukan Mummy dengan Daddy lagi."Kata Mummy.
Aku membalas pelukan Mummy dengan pelukan erat.
"Ya Mummy. Zara janji."Ujarku menenangkan Mummy.
"Mummy."
Segera aku meleraikan pelukan saat mendengar suaranya
Aku berpaling kearah lain dan mengeringkan air dikelopak mataku yang belum sempat keluar.
AKU Terjaga saat mendengar namaku dipanggil berkali-kali.
Dengan mata terkebil-kebil. Aku menoleh kesisiku.
Saat itu dia sedang memandang kearah aku, namun dia segera berpaling, melarikan pandangannya.
"Kita dah sampai."Katanya.
Aku menegakkan tubuhku dan mencapai beg tangan aku di tempat duduk belakang.
YAHYA Memandang isterinya.
"Awak nak pergi mana?."Soalnya.
Pergerakan Zara terhenti. Dia membuka kaca mata hitamnya dan memandang wajah suaminya itu.
"Tadi Ustaz kata kita dah sampai. Saya nak turunlah..."Jawabnya.
Yahya tersenyum sinis dan berpaling darinya.
"Awak duduk dalam kereta. Biar saya je yang keluar."Ujar Yahya.
"What?."
Berkerut dahi Zara mendengarnya. Namun dia kembali tersenyum.
"You must be joking. Saya hampir terpedaya."Katanya.
Yahya kembali memandang Zara.
"Saya tak bergurau. Awak duduk dalam kereta. Saya nak keluar jumpa Ustaz Mansur."Ujar Yahya.
Zara terkebil-kebil mendengarnya.
"Tapi kenapa?. Kenapa saya tak boleh turun?. Ustaz kata kita dah sampai."Ujarnya tidak berpuas hati.
Yahya berpaling darinya.
"Awak tengoklah macam mana pakaian awak. Dengan rambut tak bertutup. Saya malu."Ujarnya berterus terang.
Kata-kata Yahya bagaikan anak panah yang tepat mengenai sasarannya.
Lambat-lambat senyuman kembali terukir dibibirnya sebaik mendengar pengakuan Yahya.
"Kenapa Ustaz tak cakap masa dekat rumah Daddy tadi?."Soalnya.
Yahya menghela nafas panjang.
"Awak dah besar Zara. Perlu ke saya bagitahu awak tentang aurat awak sendiri!."Ujar Yahya pedas lagi sinis.
Senyuman palsu terukir dibibir Zara. Ya. Dia terasa dengan kata-kata tajam suaminya.
"Tapi Ustazkan suami saya. Adalah menjadi tanggungjawab Ustaz untuk membimbing dan melindungi saya."
Gilirannya pula menikam sang suami dengan kata-katanya.
Yahya menoleh kearahnya dengan senyuman sinis.
"Jangan pergi mana-mana. Nanti saya datang semula."Ujarnya sebelum keluar dari perut kereta.
Air mata yang dari tadi ditahannya, tumpah jua membasahi pipinya.
Zara kembali menyandarkan tubuhnya.
"Kenapa kau jadi lemah sangat ni Zara. Ini bukan diri kau."Katanya.
Air matanya diseka laju.
***
SEPERTI Biasa. Dia berdiri disalah satu tiang pondok. Sementara Ainul Mardhiah pula berdiri di tiang pondok lainnya dengan membelakanginya.
Mereka ditemani dua orang lelaki dan dua orang perempuan.
"Sampai hati awak."
Suara sendu Ainul Mardhiah. Membuatkan hatinya yang sakit, menjadi, semakin sakit.
"Saya tak bersalah Mardhiah. Saya diperangkap."Tuturnya.
"Kenapa awak nikahi dia Ustaz Yahya? Sedangkan awak dah berjanji untuk nikahi saya bila awak balik."
Yahya menghela nafasnya panjang.
"Saya terpaksa Mardhiah. Semua jemaah nampak kami berdua. Saya tak nak jatuhkan maruah keluarga dia."Ujarnya.
Ainul Mardhiah menahan rasa sebaknya mendengar alasan Yahya yang sukar untuk dia terima.
"Habis macam mana dengan maruah saya?. Maruah keluarga saya?."Soal Ainul Mardhiah bertalu-talu.
"Sebab itulah saya datang jumpa awak ni. Saya dah tanya dekat Abi awak. Dia suruh saya tanya awak sendiri."Tutur Yahya.
"Apa maksud awak?. Tanya apa?."
"Saya masih sayangkan awak. Dan saya tetap nekad untuk memperisterikan awak. Ainul Mardhiah."Ujar Yahya.
Ainul Mardhiah terkedu. Dia kemudian tertawa kecil.
"Awak tamak. Lepas awak dah nikahi dia. Berani awak minta saya untuk jadi isteri awak lagi."
"Saya tak cintakan dia Mardhiah. Saya tak pernah sentuh dia pun. Awak boleh tanya dia, kalau awak tak percaya."Ujar Yahya.
Dua orang lelaki dan dua orang perempuan yang menemani mereka terkejut mendengar pengakuan Yahya.
Ainul Mardhiah menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.
"Saya tak sekuat isteri-isteri Rasulullah. Ustaz Yahya."Tuturnya.
"Tapi Mardhiah."
"Maafkan saya. Assalamualaikum."
Akhiri Ainul Mardhiah. Dia berlalu pergi bersama dua orang temannya tanpa menghiraukan Yahya.
Yahya melepaskan keluhan berat, menghantar kepergian Ainul Mardhiah.
"Waalaikumsalam."Jawabnya perlahan.
***
ZARA Melihat jam ditangannya.
"Dah satu jam setengah. Nak dekat dua jam. Mana dia ni?."
Getus Zara sambil melihat-lihat keluar cermin untuk mencari kelibat suaminya.
Penat untuk terus melihat. Dia kembali menyandarkan tubuhnya.
Tak salahkan kalau aku pergi cari dia. Sebab dia kata sekejap je tadi. Fikir Zara.
Zara mengambil kunci keretanya dan tanpa berfikir panjang, dia keluar dari kereta dengan membawa beg tangannya bersama.
***
AIR Mata Ainul Mardhiah terus mengalir membasahi pipinya.
"Excuse me."
Ainul Mardhiah yang sedang hiba melayan perasaan. Segera menyeka air matanya dan berdiri.
Dia agak terkejut melihat penampilan wanita muda yang menyapanya itu.
(Penampilan👇)
Cantik memang cantik. Tapi malangnya lelaki yang memperisterikan dia. Aurat terdedah sana sini. Katanya didalam hati.
"Maaf. Cari siapa?."Tanya Ainul Mardhiah.
"Suami saya. Tadi dia kata dia nak pergi sekejap. Tapi ini dah satu jam setengah saya tunggu dia."
Dia ni bermimpi disiang hari ke apa?. Cari suami dia dekat pondok macam ni. Kata Ainul Mardhiah didalam hati.
Dia mengukir senyuman dan memandang wanita dihadapannya itu.
"Urm... Cik?...."
"Zara."
Ainul Mardhiah mengangguk perlahan, tanda faham.
"Cik Zara. Maafkan saya. Saya rasa Cik Zara dah salah tempat ni. Sebab suami Cik Zara tak ada dekat sini."Tuturnya.
"Eh! Tak!. Suami saya memang ada masuk sini tadi. Saya yakin suami saya ada dekat sini."Tegas Zara.
Ainul Mardhiah menjulingkan matanya kesal. Namun tidak dilihat Zara.
"Ok. Saya cuba tengokkan. Siapa nama dia?."Tanya Ainul Mardhiah.
"Yahya."
Tersentak Ainul Mardhiah saat mendengar nama 'Yahya' yang terpacul keluar dari mulut Zara.
Dia terpaku memandang wajah Zara.
"Excuse me. Cik."
Zara melambaikan tangan dihadapan wajah Ainul Mardhiah.
Ainul Mardhiah tersedar. Dia melarikan pandangannya kearah laim.
"Maafkan saya. Saya ada kerja. Saya minta diri dulu."Katanya dan berlalu.
"Tapi Cik."
Zara cuba menahan Ainul Mardhiah. Namun tidak dihiraukan Ainul Mardhiah.
Zara melepaskan satu keluhan kecil.
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro