✔ Bab 47: Dua Wanita Yang Dia Kasihi. ✔
AIR Matanya jatuh melihat rumah banglo yang berdiri megah dihadapannya itu.
"I'm back." Tuturnya perlahan.
"Encik Lim (ccc)." Sapa seseorang.
Dia memandang kearah orang yang menegurnya itu.
"Uncle Tan." Getusnya.
Dia tersenyum. Seraya mengusap air matanya dengan ibu jari kirinya.
Tan adalah pemandu keluarganya semenjak dia masih kecil lagi.
Air mata lelaki tua itu kelihatan bergenang saat melihatnya.
"Mama mana?. Dia sihat ke?. Saya nak berjumpa dengan dia (ccc)." Tuturnya.
Tan menundukkan kepala seketika dan mengangkat kembali memandangnya.
"Kenapa baru hari ni? (ccc)."
Dia menundukkan kepalanya. Soalan Tan seolah memerlinya.
"Maafkan saya. Saya tahu saya tak sepatutnya pergi macam tu je. Saya dah sedar Uncle. Sekarang saya balik. Saya nak minta maaf pada Mama sebab dah tinggalkan dia (ccc)." Tuturnya.
Tan menggelengkan kepala.
"Dah terlambat. Dia dah terbang ke London semalam dan tak akan balik sini lagi (ccc)." Ujar Tan.
"What?." Dia tergamam mendengarnya. Air jernih ditubir matanya jatuh membasahi pipinya.
"But why?." Tanya dia.
"Abang (ccc)."
Dia segera menoleh kebelakang saat mendengar suara adiknya.
"Ying." Gumamnya.
Fang Ying berlari kearahnya dan memeluknya.
Dia kaku. Masih tidak mengerti dengan apa yang berlaku.
Fang Ying menangis terisak-isak didalam dakapannya.
"Sejak dari hari dia halau abang keluar. Tak ada satu hari pun berlalu tanpa rasa sesal dihati Mama. Cuma Ying je yang tak tahu selama ini, Mama rindukan abang (ccc)." Tutur Fang Ying didalam dakapannya.
Dia tidak dapat menahan rasa sebak saat mendengarnya. Dia mendakap erat adiknya. Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.
"Dia terlalu menyesal dan tak dapat nak maafkan diri dia sendiri. Ying cuba tahan Mama, suruh tunggu Abang. Tapi dia tak nak. Sebab dia malu nak jumpa Abang (ccc)." Ujar Fang Ying lagi.
Matanya dipejam rapat. Pelukannya dieratkan sekaligus memujuk adiknya yang juga sedih.
Ya, Allah. Apa aku dah buat Ya, Allah. Aku dah abaikan Mama selama empat tahun. Tapi hakikatnya, dia tak pernah buang pun aku dari hati dia . Apa yang aku dah buat ini Ya, Allah?. Bisik hatinya.
_
ZARA Mengerutkan dahinya, menyentuh kereta Alza putih miliknya yang terletak dihalaman rumah.
"Ustaz." Gumamnya. Senyuman terukir dibibirnya dan tanpa membuang masa. Dia segera berlari masuk kedalam rumah.
DIA Melepaskan keluhan berat. Pintu biliknya ditutup kembali setelah keluar.
"Mana dia?." Tanpa sedar dia menanyakan soalan tersebut kepada dirinya sendiri dengan rasa kecewa.
Dia menghampiri Mak Timah yang sedang membersihkan cermin tingkap.
"Mak Timah."
Mak Timah menoleh kearahnya.
"Ada apa Zara?." Tanya Mak Timah.
"Suami saya mana?." Tanya dia.
Mak Timah mengerutkan dahi tidak mengerti dengan soalannya.
"Saya nampak ada kereta saya dekat luar tadi... Itu bermaksud suami saya mesti ada datang sini. Sebab saya balik sini, tak bawa kereta saya." Terangnya.
"Ouh...." Mak Timah mengangguk faham.
Dia sekadar tersenyum menunggu jawapan Mak Timah.
"Memang suami Zara ada datang pagi tadi. Tapi dia tak nak masuk. Dia kata, dia datang sekejap je. Nak hantar kereta dan barang-barang Zara." Tutur Mak Timah.
"What?" Gumamnya spontan.
Terhenjut bahu Mak Timah kerana terkejut.
"Yalah... Kenapa? Ada yang tak kena ke?." Tanya Mak Timah.
Air matanya bergenang serta-merta.
"Dia ada tanya pasal Zara atau Daddy?." Tanya dia.
"Tak ada pulak." Jawab Mak Timah jujur.
Tidak tahu mengapa. Hatinya merasa sakit mendengar penjelasan Mak Timah.
"Tak apalah. Terima kasih Mak Timah." Tuturnya. Seraya berpaling dari Mak Timah.
Air mata mengalir laju membasahi pipinya.
Ini yang kau nakkan Zara? Kenapa kau nangis pulak?. Benaknya berkata sebak.
Langkahnya diatur laju menuju semula kebiliknya.
_
YAHYA Meletakkan makanan yang dibelinya diatas meja makan.
Empat tahun dia tidak menjejakkan kaki di rumah itu. Rumah itu tetap sama, tidak banyak yang berubah. Termasuklah kedudukan meja makan.
Dia melabuhkan punggungnya dikerusi. Air matanya bergenang saat kenangan masa lalunya bersama dengan keluarganya kembali menjengah ingatannya.
Flashback.
"Mama minta maaf pada Abang. Dia kata kalau dia ada kuasa untuk putar balik masa. Dia akan buat. Dia tak nak halau Abang. Dia kata dia tak pernah lupakan Abang. Dia sayangkan Abang (ccc)." Ujar Fang Ying.
End Flashback.
Air mata mengalir membasahi pipinya.
"I love yo too Mama. I'm really sorry." Tuturnya Sebak.
"Abang (ccc)."
Dia segera menyeka air matanya saat melihat adiknya.
Fang Ying menarik salah satu kerusi dekat meja makan sebelum melabuhkan punggungnya di kerusi tersebut.
Dia memberikan senyuman kepada adiknya.
"Jom makan. Abang ada beli makanan tadi (ccc)." Tuturnya sambil membuka ikatan plastik makanan dihadapannya.
Fang Ying melepaskan keluhan kecil. Dia hanya membalas dengan senyuman.
"Nanti Abang nak pinjam kereta Ying boleh? Kereta Abang masih dekat sana (ccc)." Tuturnya meminta izin.
Fang Ying mengerutkan dahinya pelik.
"Habistu Abang datang sini naik apa? (ccc)." Tanya Fang Ying.
Dia terdiam.
FANG Ying memandang serius wajah Abangnya. Diam Abangnya, menambahkan rasa ingin tahunya.
"Abang datang sini naik apa? (ccc)." Dia bertanya sekali lagi.
"Ying. Kita makan dulu. Nanti kita borak (ccc)." Ujar Yahya menukar topik.
Fang Ying mengeluh kecil. Dia akur dengan keputusan Abangnya.
_
FAIQ Menghampiri Zara dan Puan Seri Mariam sambil memimpin Alisa anaknya.
"Mama!" Laung Alisa berlari kearah Zara.
Zara dan Puan Seri Mariam menoleh kearah Alisa yang sedang berlari kearah mereka.
Mereka berdua berdiri saat melihat Faiq.
"Faiq." Gumam Puan Seri Mariam.
Alisa segera memeluk Zara.
"Mama. Alisa rindu dekat Mama."Ujar Alisa.
Puan Seri Mariam mengerutkan dahi pelik apabila mendengar Alisa memanggil Zara dengan panggilan Mama.
"Mama tak rindu Alisa ke?." Tanya Alisa kepada Zara lagi.
Zara tersenyum kelat memandang Puan Seri Mariam. Dia kembali memandang Alisa yang sedang menanti jawapannya.
"Alisa... Janganlah kacau Mama." Ujar Faiq. Seraya menarik tangan anaknya.
Alisa melepaskan tangannya dari Faiq.
"Tak nak... Alisa nak Mama." Bentak Alisa, mahu menangis.
Zara memandang Faiq.
"It's ok Faiq." Tuturnya.
Dia membungkuk, mendekatkan wajahnya dengan Alisa.
"Mama pun rindu Alisa." Tuturnya lembut.
Faiq tersenyum melihatnya.
Puan Seri Mariam membuang pandangan kearah lain. Kini dia mengerti akan permainan Faiq.
"Mama. Nak dukung?." Pinta Alisa.
"Alisa.. Janganlah minta bukan-bukan. Mama penatlah..." Tutur Faiq.
Zara tersenyum.
"Tak apa." Tutur Zara. Seraya mendukung Alisa.
"Zara. Awak jangan layankan sangat perangai Alisa ni." Tutur Faiq.
Puan Seri Mariam memeluk tubuhnya. Tidak berkenan melihat cara Faiq.
"Ada apa ya Faiq datang sini?." Tanya Puan Seri Mariam.
Faiq menoleh kearah Puan Seri Mariam.
"Ouh... Ya. Saya lupa. Ini untuk Tan Seri." Tutur Faiq, menghulurkan raga yang berisi buah-buahan.
Puan Seri Mariam menyambut raga tersebut dari tangan Faiq.
"Terima kasihlah. Buat susah-susah Faiq je." Tutur Puan Seri Mariam berbasa-basi.
ZARA Berkerut dahi. Pelik melihat sikap Puan Seri Mariam yang seperti acuh tidak acuh sahaja dengan Faiq.
"Assalamualaikum.."
Zara terkedu mendengar suara yang sangat familiar ditelinganya. Kepalanya laju menoleh kearah datangnya suara.
"Waalaikumsalam." Jawabnya serentak dengan Puan Seri Mariam dan Faiq.
Air matanya bergenang serta-merta apabila melihat sosok suaminya yang sedang berdiri menghadapnya.
DUA Pasang mata saling berpandangan antara satu sama lain. Mulut mereka terkunci. Namun mata berkaca mereka bagai sedang menceritakan segalanya.
Namun Faiq secara tiba-tiba menolak tubuh Yahya, sehingga Yahya terdorong ke belakang.
"Berani kau tunjuk muka kau dekat sinikan!." Herdik Faiq.
Zara dan Puan Seri Mariam terkejut dengan tindakan Faiq.
Yahya memandang Faiq tajam.
"Kau tak payahlah datang sini nak tunjuk baik. Sebab keluarga Zara dah tahu, siapa kau ni sebenarnya. Aku dah ceritakan segala-galanya dan kalau kau nak tahu. Daddy Zara masuk Hospital sebab terkejut bila dapat tahu apa yang kau dah buat pada anak dia, selama ni." Ujar Faiq.
Yahya terdiam. Tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia menoleh kearah ibu mertuanya.
Puan Seri Mariam melarikan pandangan saat Yahya memandangnya. Bukan kerana dia benci. Tapi dia terkilan dengan apa yang telah dilakukan Yahya.
Hati ibu mana yang tidak remuk apabila tahu anaknya dilukai.
Faiq tersenyum senang melihat tindakan Puan Seri Mariam yang memaling pandangan dari Yahya.
Yahya menunduk. Terasa sakit apabila orang yang selama ini mempercayainya, tetapi hari ini. Berpaling darinya.
"Siapa ni Mama?." Alisa memecah keheningan.
Yahya tersentak saat mendengar panggilan 'Mama' yang keluar dari mulut Alisa. Dia memandang wajah Zara.
Faiq tersenyum melihat perubahan air muka Yahya saat mendengar anaknya memanggil Zara dengan panggilan 'Mama'.
Zara tidak dapat menahan sebaknya melihat wajah Yahya. Dia memeluk Alisa erat dan memandang kearah lain. Tidak sanggup untuk melihat wajah suaminya itu.
Faiq tersenyum menang.
"Kau tunggu apa lagi?." Tanya Faiq kepada Yahya.
Yahya tersenyum. Cuba menyembunyikan kesedihannya.
"Izinkan saya jumpa Daddy." Pinta Yahya kepada Puan Seri Mariam, tanpa mempedulikan Faiq yang sedang bercakap dengannya.
Faiq merasa sakit hati dengan permintaan Yahya. Dia segera menghampiri Yahya.
"Hey!"
Namun belum sempat dia berkata dan berbuat apa-apa.
"Faiq." Puan Seri Mariam bersuara menghalangnya.
Faiq menoleh kearah Puan Seri Mariam.
Puan Seri Mariam memandang Yahya.
"Boleh. Tapi biar Mummy bagitahu Daddy dulu." Tutur Puan Seri Mariam kepada Yahya.
"Thank you Mummy." Tutur Yahya.
"Tapi Puan Seri" Faiq ingin mencelah, tidak berpuas hati. Namun Puan Seri Mariam terlebih dahulu memotong cakapnya.
"Faiq. Saya sarankan awak pergilah balik dulu. Lagipun Tan Seri bukan pernah kenal awak sebelum ni."
Dan tanpa menunggu jawapan dari Faiq. Puan Seri Mariam melangkah pergi menuju ke bilik wad suaminya.
Bukan main senang hati Yahya apabila Puan Seri Mariam berkata sedemikian kepada Faiq.
Faiq tidak mampu berkata apa-apa. Sakit rasa hatinya. Dia segera mengambil anaknya dari tangan Zara dan melangkah pergi.
"Mama... Alisa nak Mama..." Raung Alisa.
Zara melepaskan keluhan kecil melihat Alisa yang semakin menjauh ditangan Faiq.
Dia kemudian, menoleh kearah Yahya.
Yahya turut memandangnya.
Perlahan bibirnya menguntum senyuman.
"Ainul macam mana? Dia dah keluar hospital?." Tanya Zara.
Yahya menundukkan kepalanya apabila mendengar nama Ainul Mardhiah.
Bukan saya tak nak percaya awak. Tapi saya tak boleh nak percaya awak. Perkara yang sama macam mana awak kahwin dengan Zara dulu. Semalam berlaku lagi.. Saya tak tahan Ustaz Yahya. Saya tak nak butakan mata saya dengan cinta.
Air yang mahu jatuh, segera dikeringkan dengan ibu jarinya.
"Dah." Jawab Yahya sepatah.
"Alhamdulillah..." Tutur Zara cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
Zara kemudian menundukkan kepalanya.
"Saya minta maaf sebab tak dapat tengok dia dekat Hospital." Tuturnya tanpa memandang wajah suaminya.
Yahya hanya mendiamkan diri. Matanya tidak lepas memandang Zara.
"Ustaz macam mana?." Tanya Zara. Seraya mengangkat pandangannya.
Saya sakit Zara. Sangat-sangat sakit. Dan saat ini. Adalah saat yang paling menyakitkan saya. Tutur Yahya didalam hatinya.
Yahya menunduk sekilas dan kembali memandang Zara.
"Abang ok. Sayang macam mana?."
Zara tersenyum mendengar perkataan 'Abang' dan 'Sayang' yang digunakan Yahya.
"Zara!!!." Terdengar teriakan Puan Seri Mariam dari dalam bilik.
Serentak Yahya dan Zara menoleh kearah pintu bilik wad Tan Seri Rahmat.
Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum bergegas ke bilik tersebut.
TBC.
Sis Eja:
* Thanks kepada yang sudi menunggu, baca, vote dan komen. Lots of love 💗💗💗😘😘😘
* Please give your support for my first 'Teen Fiction' DARI TANGGA SEKOLAH 🙏🙏🙏 . Bab 1 Sis dah Update.
* Please vote & comment for 'The Second Romance' By Eja Edyna. JAUH DARI CINTA & AKU MENCARI BAHAGIA.
* Jangan kecam sis. Segala salah silap sis. Tegurlah dengan berhemah or Dm (Better). InsyaAllah sis akan berusaha untuk menerimanya, meskipun berat 😄. Lots of love 😘😘😘😘😘😘
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro