Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 44: Ujian Buatnya. ✔

GADIS Tersebut mengetuk cermin tingkap keretanya dari luar.

Meskipun takut. Dia menurunkan juga cermin tingkap keretanya.

"Ada apa Cik?. Boleh saya bantu?." Tanya dia.

Gadis tersebut segera membuka kunci, sebelum membuka pintu kereta dan masuk kedalam perut keretanya.

"Jalan... Jalan..." Ujar gadis tersebut sambil melihat-lihat kebelakang.

"Maaf Cik. Tapi saya tak faham. Kenapa ni?." Tanya dia.

Rasa takutnya sedikit berkurang apabila menyedari yang dihadapannya itu ialah manusia. Namun dia merasa janggal, kerana mahu membiarkan wanita yang bukan mahramnya dan tidak dikenalinya masuk kedalam keretanya.

"Nanti saya cerita. Encik tolonglah cepat. Ada orang cuba nak rogol saya." Ujar gadis tersebut.

Dia tergamam seketika mendengarnya.

"Ok.. Ok."

Dia kembali menekan pedal minyak.

_
ZARA Menarik beg besarnya keluar dari bilik. Sementara beg tangannya digantung pada bahunya.

Sebaik dia berpaling. Dia melihat Ainul Mardhiah sudah berdiri dibelakangnya.

"Ainul." Gumamnya.

Ainul Mardhiah memandang kearah beg besar yang dibawa Zara.

"Awak nak pergi mana dengan beg semua ni?." Tanya Ainul Mardhiah.

Zara tersenyum. Seraya meletakkan beg tangannya diatas sofa dan beliau berjalan menghampiri Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah kaku ditempatnya.

Zara meraih kedua tangan Ainul Mardhiah.

"Saya nak minta maaf pada awak kalau saya ada sakitkan hati awak selama saya ada dekat sini. Samada saya sedar atau tak. Samada awak sedar awak sedar atau tak." Tuturnya.

"Awak nak pergi mana ni?." Tanya Ainul Mardhiah lagi.

Zara menunduk. Matanya sudah mula terasa bahang. Seraya kembali mengangkat pandangan memandang Ainul Mardhiah.

"Saya rasa dah tiba masanya untuk saya berterus terang dengan keluarga saya. Saya akan pergi dari hidup awak dan ustaz Yahya. Saya minta maaf kalau selama kita bermadu ni. Saya ada tersakitkan hati awak. Tapi percayalah cakap saya. Saya tak berniat pun." Tuturnya.

Air mata Ainul Mardhiah bergenang saat mendengarnya dan tanpa berkata apa-apa. Beliau memeluk Zara.

Air mata yang dari tadi ditahannya. Akhirnya tumpah membasahi pipinya saat Ainul Mardhiah memeluknya.

"Saya yang patut minta maaf dengan awak Zara. Selama ni saya bersangka buruk pada awak. Saya sangka yang awak dah jatuh cinta dengan Yahya dan cuba nak jadikan dia milik awak sorang." Tutur Ainul Mardhiah.

Dia semakin sebak mendengarnya. Seraya memeluk erat Ainul Mardhiah.

Saya tak layak untuk dia Ainul Mardhiah. Tuturnya didalam hati.

_
YAHYA Menghentikan keretanya di tepi hutan, sesuai permintaan si gadis yang menumpang keretanya itu.

"Betul ke Cik nak turun dekat sini?." Tanya dia. Matanya melilau melihat keadaan sekeliling yang penuh dengan hutan dan semak.

Gadis tersebut tiba-tiba memeluknya.

Dia terkejut dengan tindakan si gadis. Seraya menolak tubuh si gadis.

"Apa cik cuba buat ni?." Tanya dia tegas.

Gadis tersebut menjauhkan darinya

"Sebenarnya tak ada siapa pun yang nak rogol saya." Tutur si gadis bersahaja.

"What?." Spontan ayat tersebut keluar dari mulutnya saat mendengar pengakuan si gadis yang tidak dikenalinya itu.

Gadis tersebut merenungnya dengan renungan manja.

Dia segera berpaling dari gadis tersebut.

"Sebenarnya saya dah lama perhatikan Ustaz. Lagipunkan, cuma ada kita berdua je dekat sini." Tutur gadis tersebut dengan suara menggoda.

"Awak keluar dari kereta sekarang!" Ujarnya tegas.

Wanita tersebut bersandar pada tempat duduknya dan menyilangkan kedua tangannya kedada.

"Kalau saya tak nak?. Ustaz nak buat apa?."

Dia menjeling sekilas wanita tersebut dan membuka pintu kereta mahu keluar.

"Ustaz!" Teriak gadis tersebut cuba menghalangnya.

Namun tidak diendahkannya.

Gadis tersebut ikut keluar dari kereta. Seraya berjalan kearahnya.

"Ustaz!"

Dia berpaling menghadap gadis tersebut.

"Apa yang awak nak sebenarnya?. Tolonglah... Saya serabutlah..." Tuturnya cuba berlembut, namun tetap tegas.

"Saya nak Ustaz." Tutur gadis tersebut merapatinya.

Dia segera menghindar dari si gadis.

"Tapi saya tak nak awak.. Saya dah ada isteri dan saya sayangkan isteri saya. Awak pergilah balik rumah dan bertaubat. Masih belum terlambat lagi." Ujarnya. Seraya berpaling dari gadis tersebut.

Gadis tersebut menggepal tangannya geram.

"Tolong!!! Tolong!!!" Teriak gadis itu tiba-tiba.

Dia pantas menoleh kearah gadis tersebut kerana terkejut dengan tindakan gadis itu.

"Tolong!! Ada orang nak rogol saya!." Teriak gadis itu lagi.

"Eh diamlah... Apa awak cuba buat ni?." Tuturnya cuba menghentikan gadis tersebut.

Namun tidak diendahkan oleh si gadis.

"Ayah!." Teriak si gadis tiba-tiba, memandang dibelakangnya.

Dia pantas menoleh kebelakangnya. Membulat matanya apabila melihat sekumpulan orang-orang dari pondok At-Taqwa dan beberapa orang kampung lain. Apa yang lebih mengejutkannya ialah Ustaz Mansur turut berada disitu.

Gadis tersebut segera berlari kearah mereka dan memeluk Haji Karim.

"Ayah... Ustaz Yahya cuba nak rogol adik." Tutur si gadis sambil menangis terisak-isak.

"Astaghfirullahaladzim..." Gumam semua yang berada disitu.

Ustaz Mansur melangkah kehadapan.

"Yahya. Apa semua ni?." Tanya Ustaz Mansur meminta penjelasan.

Dia segera meraih tangan bapa mertuanya itu.

"Abi. Percayalah cakap saya. Ini semua fitnah. Saya tak buat apa yang dia cakap tu." Ujarnya membela diri.

"Dia tipu." Potong gadis tersebut.

Dia memandang kearah gadis tersebut.

"Dia cuba nak rogol saya. Tadi dia kata, dia nak tolong hantarkan saya balik. Saya pun percaya, sebab saya fikirkan yang dia ustaz. Tapi rupa-rupanya, dia syaitan yang bertopengkan manusia." Ujar si gadis.

Air matanya sudah mulai bergenang. Seraya kembali memandang Ustaz Mansur.

"Abi. Tolonglah percaya saya. Ini fitnah. Dia tak ceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Dia yang tahan kereta saya." Tuturnya.

"Jadi ustaz cuba katakan kalau anak saya yang menipu?." Celah Haji Karim.

Dia memandang kearah Haji Karim.

"Aji kena percayakan saya." Tuturnya. Seraya beralih memandang si gadis yang berada disisi bapanya.

"Tolonglah... Ceritakan perkara sebenar." Rayunya kepada gadis tersebut.

"Sudah-sudahlah Ustaz Yahya." Sampuk seseorang.

Dia memandang kearah pemilik suara.

"Amir." Gumamnya bibirnya tanpa suara.

Amir tersenyum sinis.

"Apa lagi yang Ustaz cuba nak nafikan?. Dah terbukti siapa ustaz ni yang sebenarnya. Syaitan yang bertopengkan manusia." Tutur Amir keras.

Kau lagi Amir. Getus hatinya.

"Aku setuju dengan Ustaz Amir. Aku memang dah perati lama perangai Ustaz ni, merenyam. Bini pun dua."

"Itulah. Aku pun rasa kampung kita ni tak akan aman dengan adanya Ustaz-ustaz plastik macam dia ni."

"Mula-mula datang, nampak baik je. Sekarang baru nampak belang kau."

Dia tertunduk pasrah saat mendengar lontaran kata dari mulut beberapa orang kampung yang sudah mula percaya dengan fitnah keatasnya itu.

"Sudahlah." Ujar Ustaz Mansur. Seraya berpaling kepada Haji Karim.

"Mari kita selesaikan perkara ni di Pondok." Tutur Ustaz Mansur.

_
AINUL Mardhiah memandang wajah Zara.

"Awak tak nak tunggu Ustaz balik ke?." Tanya Ainul Mardhiah.

Zara menggelengkan kepalanya.

"Tak payah. Nanti awak tolong sampaikan salam saya pada dia. Cakap dengan dia yang saya minta maaf sebab dah banyak susahkan dia. Terima kasih juga sebab dah bantu jaga air muka keluarga saya selama ni." Tutur Zara.

"InsyaAllah... Nanti saya sampaikan pesanan awak pada dia. Awak hati-hati bawa kereta." Tutur Ainul Mardhiah.

"InsyaAllah..." Balas Zara. Seraya berpaling. Namun dia tiba-tiba teringat peristiwa berapa hari lepas saat Ainul Mardhiah bergaduh dengan Yahya.

Zara berhenti dan menoleh kebelakang.

"Ainul.. Saya bukan penasihat yang baik. Tapi saya cuma nak ingatkan. Apa pun keputusan yang awak buat lepas ni. Fikirkanlah anak dalam kandungan awak." Tuturnya.

Ainul Mardhiah tersenyum memandangnya. Seraya memeluk Zara lagi.

"Terima kasih Zara. Saya sayang awak..." Tutur Ainul Mardhiah.

Air mata Zara kembali bergenang saat mendengarnya.

Mereka meleraikan pelukan saat mendengar bunyi pintu rumah diketuk berkali-kali. Mereka berpandangan antara satu sama lain.

"Biar saya pergi tengok." Ujar Zara.

Ainul Mardhiah sekadar mengangguk.

ZARA Mengerutkan dahinya pelik apabila melihat dua orang warden dari Pondok At-Taqwa yang berdiri dihadapan pintu rumah mereka.

"Ada apa ni?." Tanya dia.

"Kami diperintahkan untuk beritahu yang Ustaz Yahya berada dekat madrasah sekarang. Dia ditangkap ketika cuba merogol anak Haji Karim." Ujar salah seorang dari mereka.

Bagaikan terkena panahan petir saat mendengarnya.

Ainul Mardhiah yang berada disitu, turut terkejut mendengarnya.

Zara menggeleng kepalanya berkali-kali.

Tak!. Aku tak percaya yang dia buat macam tu. Getus hatinya.

Dia menoleh kearah Ainul Mardhiah.

AIR Mata Ainul Mardhiah sudah mengalir membasahi seluruh wajahnya. Dia berpaling dari Zara dan berlari mahu masuk kedalam bilik. Namun tiba-tiba kepalanya terasa berpinar. Pemandangannya kabur. Dia terjatuh, kerana tidak dapat mengawal dirinya.

"AINUL!" Teriak Zara apabila melihatnya.

Dia segera berlari mendapatkan Ainul Mardhiah. Kepala Ainul Mardhiah diangkat keatas pangkuannya.

Tubuh Ainul Mardhiah longlai, matanya terkatup rapat, wajahnya pucat.

Zara menoleh kearah dua orang warden tersebut.

"Pergi panggil Ustaz Yahya!" Ujarnya.

Dua orang warden tersebut terkebil-kebil tidak mengerti.

"Pergi panggil Ustaz Yahya!." Teriaknya cemas.

Dua orang warden tersebut bergegas pergi.

Zara kembali memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Ainul... Bangunlah Ainul. Kenapa dengan awak ni?." Tuturnya cemas.

Sedang dia menunggu Yahya. Dia tiba-tiba merasakan tangannya basah. Membulat matanya apabila melihat darah yang mengalir dibahagian bawah kaki Ainul Mardhiah.

Tangannya menggigil saat melihat darah ditangannya. Air matanya mula bergenang.

"Da.. Darah..." Gumamnya tergagap-gagap.

Dia semakin cemas. Dia cuba bangun mahu mengangkat tubuh Ainul Mardhiah. Tapi apakan dayanya. Kudratnya tidak cukup kuat untuk mengangkat Ainul Mardhiah.

Air matanya mula mengalir ketakutan.

"Tolong!" Teriaknya cemas.

***

Yahya melulu masuk kedalam rumah.

Dia melihat Zara yang sedang memangku kepala Ainul Mardhiah. Apa yang membuatnya lebih cemas apabila dia melihat tangan Zara yang penuh dengan darah.

"Zara."

Dia menghampiri Zara. Tangan Zara yang penuh dengan darah diraihnya.

"Awak ok tak?." Tanya dia risau.

"Saya ok. Ainul yang tak ok. Ini darah dia." Tutur Zara menunjuk pada tangannya dan kaki Ainul Mardhiah.

Yahya baru tersedar darah yang mengalir dibahagian kaki Ainul Mardhiah.

"Kita kena bawa dia pergi Hospital cepat." Ujar Zara cemas.

Yahya mengangguk laju. Dia segera mencempung tubuh Ainul Mardhiah yang terkulai.

***

Ainul Mardhiah dikejarkan ke wad kecemasan, sebaik tiba di Hospital.

Yahya terduduk diatas kerusi tempat menunggu. Wajahnya ditekup menggunakan kedua tangannya.

"Apa dah jadi Ustaz?."

Yahya segera mengangkat kepalanya memandang Zara yang berada disisinya.

"Mereka kata ustaz cuba nak rogol anak Haji Karim?." Tutur Zara.

Yahya tidak terkejut mendengarnya. Dia sudah menjangka kalau Amir akan memberitahu isteri-isterinya terlebih dahulu.

Dia segera meraih kedua tangan Zara.

"Sayang... Abang masih waras lagi. Abang ada pegangan. Tak kan Abang nak buat perkara terkutuk tu." Tuturnya.

Zara memandang wajahnya.

"Saya percayakan Ustaz." Tutur Zara.

Air matanya mengalir saat mendengar kata-kata Zara. Seraya memeluk isterinya itu.

"Terima kasih sebab percayakan Abang." Tuturnya sebak.

AIR Mata Zara bergenang saat suaminya memeluknya.

"Yahya."

Mereka segera meleraikan pelukan dan berdiri saat melihat Fikri dan Laila.

"Macam mana dengan Ainul?." Tanya Laila kepada Zara.

"Tak tahu lagi. Dia ada dalam wad kecemasan." Tutur Zara.

"FIKRI." Gumam Yahya.

Dia tak tahu ke apa yang dah jadi?. Benaknya.

Fikri tersenyum. Seraya memeluknya.

"Aku percayakan kau. Aku tahu kau tak buat perbuatan terkutuk tu." Tutur Fikri.

"Terima kasih Fik." Tuturnya.

TELEFON Pintar milik Zara tiba-tiba berbunyi.

Zara memandang Laila.

"Sekejap ya, Kak Laila."

Dia melihat nama yang tertera di skrin telefon pintarnya.

'Mummy'

Dia memandang kearah Laila sekilas, kemudian suaminya.

"Mummy." Beritahunya.

"Saya pergi jawab call sekejap." Seraya berlalu pergi.

"YAHYA!"

Yahya, Fikri dan Laila menoleh kearah datangnya suara.

"Ummi." Gumam mereka serentak.

Langkah Puan Khadijah mendahului suaminya Ustaz Mansur.

"Apa yang kamu dah buat pada anak Ummi?." Tanya Puan Khadijah Emosi.

"Jah. Cubalah buat bertenang." Ujar Ustaz Mansur, cuba menenangkan isterinya.

Air mata Puan Khadijah mengalir membasahi pipinya.

"Ummi tak akan maafkan kamu kalau apa-apa jadi pada Ainul Mardhiah. Ingat tu!." Ujar Puan Khadijah.

"Jah!. Cubalah sabar. Jangan bertindak melulu." Ujar Ustaz Mansur.

Puan Khadijah menoleh kearah suaminya.

"Abang. Macam mana saya boleh bersabar. Anak saya masuk hospital. Dia tengah mengandung Abang.. Kalau apa-apa terjadi pada dia atau kandungan dia. Macam mana Abang?." Ujar Puan Khadijah dengan air mata bercucuran.

Ustaz Mansur memeluk bahu isterinya.

"Sabar Jah. Dia pun anak Abang jugak." Ujar Ustaz Mansur.

"Saya memang tak percayakan dia ni Abang, lepas dia ditangkap khalwat dengan isteri pertama dia tu." Ujar Puan Khadijah menunjuk kepada Yahya.

Berubah air muka Yahya saat mendengarnya.

Fikri dan Laila pula berkerut dahi.

"Sabar Yahya."Ujar Fikri berbisik ditelinga Yahya.

***

Zara menghampiri Yahya.

"Ustaz. Saya kena balik kl sekarang. Tadi Mummy bagitahu yang Daddy masuk hospital." Ujarnya.

Yahya bingkas berdiri.

"Ok. Kalau macam tu jom kita pergi." Ujar Yahya. Seraya melangkah mahu pergi.

Namun dia menahan Yahya.

"No!. Ustaz stay sini dengan Ainul. Biar saya je balik." Tuturnya.

Yahya terdiam seketika.

"Ok. Biar Abang hantar sayang." Ujar Yahya.

Fikri dan Laila berpandangan antara satu sama lain.

"Tak apa. Saya boleh balik sendiri. Ustaz stay sini dengan Ainul. Dia perlukan Ustaz." Tutur Zara.

"Tapi sekarang ni dah malam. Bahaya. Biar Abang hantar." Ujar Yahya.

Dia memegang lengan suaminya.

"Ustaz. Saya ok. Tak payah risaukan saya. Saya boleh balik sendiri." Tuturnya.

"No!." Ujar Yahya tegas. Seraya berpaling kearah Fikri.

"Fikri. Kau tolong temankan isteri aku balik." Ujar Yahya.

Fikri terkejut apabila Yahya memintanya untuk menemani Zara.

"Aku?." Tanya Fikri.

"Ya. Tolong aku Fikri. Kau kawan aku kan." Tutur Yahya.

"Ustaz. Tak perlulah." Tutur Zara merasa serba salah.

"Betul jugak tu. Lagipun bahaya kalau Zara balik sendiri malam-malam macam ni." Giliran Laila pula memberi pendapat.

Fikri memandang sekilas kearah Laila.

"Oklah kalau macam tu." Tutur Fikri.

Yahya tersenyum.

"Terima kasih Fik." Tutur Yahya.

Zara melepaskan keluhan kecil. Malu dia dengan Laila dan Fikri.

Yahya kembali memandangnya.

"Kami tunggu dekat kereta." Ujar Fikri. Seraya itu beliau menarik tangan Laila pergi.

Zara menghulurkan tangannya kepada Yahya, mahu bersalaman.

"Hati-hati. Jagalah diri sayang sendiri. Abang tak dapat nak jaga sayang." Ujar Yahya.

Zara sekadar tersenyum dan berlalu pergi sebaik bersalaman dengan suaminya.

TBC.

Sis Eja:

* Thanks kepada yang sudi menunggu, baca, vote dan komen. Lots of love 💗💗💗😘😘😘

* Please give your support for my first 'Teen Fiction' DARI TANGGA SEKOLAH 🙏🙏🙏 . Bab 1 Sis dah Update.

* Please vote & comment for 'The Second Romance' By Eja Edyna. JAUH DARI CINTA & AKU MENCARI BAHAGIA.

* Jangan kecam sis. Segala salah silap sis. Tegurlah dengan berhemah or Dm (Better). InsyaAllah sis akan berusaha untuk menerimanya, meskipun berat. Lots of love 😘😘😘😘😘😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro