Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 43: Hati Yang Terluka. ✔

KAKINYA Pantas menekan brek apabila melihat lembu yang mahu melintas. Stereng keretanya dipukul kuat. Seraya meletakkan kepalanya diatas stereng dan mula menangis terisak-isak.

Flashback.

Dia menerima pesanan Whatsapp dari nombor telefon yang tidak dikenalinya.

Ini saya Eryn.

Saya akan forward Whatsapp terbaru yang Zara hantar dekat saya pada Ustaz.

Saya harap ini pun dapat buka mata Ustaz.

Matanya tidak lepas dari skrin telefonnya menunggu apa yang mahu dihantar Eryn.

Ini dia 👇.

I sedar yang i tak akan boleh lupakan dia selagi i ada di sisi dia.

I dah buat keputusan

I nak bagitahu family i.

Pandai-pandailah i putar belit cerita pada mereka nanti.

I bukan tak tahan

I cuma kesian dekat dia.

Lepas madu i mengandung ni...

He's try so hard untuk ambil hati i sebagai isteri dia.

Sampai dia terpaksa mengaku yang dia cintakan i.

I tak nak seksa diri i lagi

I tak nak seksa dia.

Biarlah dia bina kebahagiaan dia yang i dah musnahkan dulu.

End Flashback.

Yahya beristighfar berkali-kali.

Ya, Allah. Aku tak nak kehilangan dia Ya, Allah.

_
ZARA Terkejut saat melihat suaminya masuk kedalam biliknya. Buku yang sedang dibacanya segera diletakkan diatas meja.

"Ustaz." Gumamnya. Seraya berdiri turun dari katil.

Yahya mengunci pintu bilik sebelum berpaling kembali kearah Zara.

"Awalnya Ustaz balik. Saya tak dengar bunyi kereta pun." Tutur Zara.

Yahya berjalan menghampiri Zara. Matanya tidak lepas memandang Zara.

Tidak tahu apa yang mendorongnya. Zara menapak kebelakang saat suaminya berjalan hampir dengannya.

"Ustaz nak apa masuk bilik saya?." Tanya dia gugup.

Dia terlupa yang dia masih didekat katil. Saat dia mengundur, dia kembali terduduk diatas katil.

Dia memalingkan wajahnya kearah lain.

"Ustaz nak apa ni?." Tanya dia.

Yahya duduk melutut dihadapan Zara. Air mata yang dari tadi ditahannya tumpah membasahi pipinya. Kepalanya diletakkan diatas peha isterinya itu.

"Maafkan Abang." Tutur Yahya.

Zara terkedu dengan tindakan dan kata-kata yang baru diucapkan suaminya.

"Abang tahu abang banyak salah dengan sayang. Abang abaikan sayang, abang sakitkan hati sayang dan lebih teruk lagi abang tak percayakan sayang." Tutur Yahya tanpa mengangkat kepalanya.

Air mata Zara mula bergenang saat mendengar kata-kata terakhir suaminya. Ya, itulah kesakitan yang paling pedih dia rasakan. Suaminya tidak mempercayainya.

Yahya mengangkat pandangannya memandang wajah Zara.

Zara membuang pandangannya kearah lain saat suaminya mengangkat pandangan. Air mata mengalir membasahi pipinya.

Yahya meraih kedua tangan Zara.

"Sayang tengok sini sayang." Ujarnya.

"Abang dah menyesal sayang... Sayang bagi Abang lagi satu peluang. Tolong jangan padamkan lagi rasa cinta sayang. Abang janji Abang tak akan sia-sia kan sayang lagi." Tutur Yahya.

Zara menoleh kembali kearah suaminya. Perlahan bibirnya mengukir senyuman.

"Saya tak faham apa Ustaz cakap. Kenapa tiba-tiba?." Tanya dia.

"Sayang please jangan cakap macam tu. Abang tak pernah tipu tentang perasan Abang. I really love you." Tutur Yahya.

Zara tersenyum.

"Saya tak layak untuk cinta Ustaz." Ujarnya.

Yahya terkedu mendengarnya.

"Ainul. Dia lebih layak.. Dia mengandungkan anak Ustaz sekarang." Tutur Zara. Seraya melepaskan tangannya dari genggaman sang suami.

"Sayang tolong jangan buat Abang macam ni. I'm so sorry. Abang dah menyesal." Tuturnya.

"Kalau betul ustaz dah menyesal. Ustaz pergilah minta maaf pada Ainul. Dia mesti tengah tunggu suami kesayangan dia untuk pujuk dia balik." Tutur Zara.

Yahya terdiam. Seraya menundukkan kepalanya. Kini dia sedar yang hati Zara sudah benar-benar terluka atas apa yang dilakukannya.

"Awak betul nak berpisah dengan saya ke Zara?." Tanya Yahya lagi.

Zara memandang wajah suaminya.

"Ustaz cakap apa ni?. Saya tak faham." Tanya dia.

"Kawan awak dah ceritakan semuanya pada saya." Tutur Yahya.

Zara terdiam. Seraya berpaling dari suaminya. Air matanya mengalir laju membasahi pipinya.

"Jadi awak betullah nak berpisah dengan saya?." Tanya Yahya lagi.

"Kalau itu je jalan yang terbaik untuk kita." Tutur Zara tanpa memandang wajah suaminya.

Air mata Yahya mengalir deras membasahi pipinya. Dia bingkas berdiri.

"Ya, mungkin itu jalan yang terbaik bagi sayang. Tapi tak bagi Abang." Ujar Yahya keras. Seraya berpaling dari isterinya dan melangkah menuju ke pintu bilik.

"Ustaz" Zara bersuara.

Laju kepala Yahya menoleh kebelakang. Pandangan matanya yang tajam membuat Zara terbungkam.

"Jangan panggil Abang dengan panggilan tu. Abang bukan Ustaz sayang." Ujarnya dengan menekankan perkataan Ustaz.

Yahya membuka pintu bilik dan segera keluar sebelum menghempas kuat pintu tersebut.

Air mata Zara mengalir laju membasahi pipinya. Mulutnya ditekup dengan tangan. Terhinjut-hinjut bahunya menahan sebak.

_
FLASHBACK.

"Jadi awak betullah nak berpisah dengan saya?." Tanya dia.

"Kalau itu je jalan yang terbaik untuk kita." Tutur Zara tanpa memandangnya.

End Flashback.

Air mata yang mengalir dipipinya, dibiarkan mengalir. Hanya Allah sahaja betapa luluh hatinya mendengar pengakuan Zara saat itu.

Flashback.

"Kau dah minta maaf dengan isteri-isteri kau?." Tanya Fikri.

Dia menoleh kearah Fikri.

"Apa maksud kau? Isteri-isteri aku?." Tanya dia.

"Yalah... Zara dengan Ainul. Isteri-isteri kau lah. Habis kau nak aku sebut apa?." Ujar Fikri.

Dia kembali memandang kearah air sungai yang mengalir dihadapannya.

"Kenapa pulak aku nak kena minta maaf pada Ainul?." Tanya dia.

"Yahya. Kau ugut dia dengan perkataan cerai tau... Kau ingat tak sakit ke?." Tutur Fikri serius.

Dia terdiam sejenak.

"Aku dah mati hati dengan dia Fik.. Lepas apa yang dia cakap dekat aku tempoh hari. Zara yang selama ni, yang aku rasa buruk, tak baik. Tak pernah pun cakap macam tu pada aku." Ujarnya.

"Kau tak boleh samakan dia dengan Zara. Dia dibesarkan dalam keluarga yang sempurna. Dia dah di dedahkan tentang agama, tentang halal dan haram sejak kecil lagi. Berbeza dengan Zara. Yang baru nak kenal erti  agama, erti halal dan haram. Wajarlah kalau penerimaan mereka berlainan." Ujar Fikri.

Dia menghela nafas panjang.

"Entahlah... Fik. Ini baru masalah Ainul. Belum Zara lagi." Tuturnya.

Fikri mengerutkan dahi.

"Kenapa dengan Zara?." Tanya Fikri.

Dia menundukkan kepalanya.

"Kau ok tak ni?." Tanya Fikri apabila melihat keadaannya.

"Dia nak minta berpisah Fik." Tuturnya sebak.

Seraya menutup kedua belah matanya menggunakan kedua tapak tangannya.

"Aku tak tahu nak buat apa lagi. Aku dah cuba pujuk dia.. Tapi nampaknya hati dia dah benar-benar terluka." Tuturnya, mengusap air matanya.

Air mata Fikri turut bergenang saat mendengarnya.

"Aku minta maaf kalau apa yang aku nak cakap terlalu melampau bagi kau. Tapi pada aku. Lebih baik kau lepaskan dia." Tutur Fikri.

Dia menoleh kearah Fikri.

"Apa maksud kau?." Tanya dia, tidak bersetuju dengan apa yang baru dikatakan Fikri.

"Sampai bila Yahya?. Dulu dengan Ainul pun macam ni. Kau tak nak lepaskan Ainul walaupun kau dah berkahwin dengan Zara. Sekarang... Kau nak buat dekat Zara pulak?." Ujar Fikri.

Dia terdiam memandang wajah Fikri.

"Lepaskan je lah dia Yahya. Kalau itu yang dia nak. Sampai bila kau nak seksa dia?. Ya, aku tahu kau ikhlas cintakan dia. Tapi semua tu tak cukup untuk hati dia yang kau dah lukakan berkali-kali. Sudahlah Yahya. Bagilah peluang untuk diri kau tu bahagia... Bagilah peluang kepada Ainul Mardhiah. Dia mengandungkan anak kau kan..." Ujar Fikri.

End Flashback.

Dia menyeka air matanya.

Ya, mungkin betul apa yang dikatakan Fikri. Aku harus lepaskan dia, kalau itu yang dia mahukan.

Aku kena kuat kali ini. Demi anak aku yang masih didalam kandungan. Demi cinta aku kepada Zara Azzalea. Aku kena kuat melewati semua ini.

Aku yakin pasti ada hikmah yang dia sediakan disebalik semua ujian yang dia beri ini.

_
AINUL Mardhiah mengerling jam yang tergantung didinding biliknya.

Flashback.

"Kau kena minta maaf dekat dia Ainul." Ujar Laila.

"Kenapa pulak aku yang kena minta maaf?." Tanya dia.

"Ainul. Kata-kata yang kau lontarkan pada dia tu. Terlalu kasar dan tak sepatutnya seorang isteri melontarkan kata-kata macam tu pada suami dia." Ujar Laila.

Dia terdiam seketika.

"Ainul.. Dulu kau pernah cakap dengan aku. Minta maaf tak akan merendahkan sesiapa dan yang memaafkan ialah mereka yang berhati besar. Apatah lagi bila kau minta maaf dengan suami kau sendiri. Dapat pahala tau." Ujar Laila lagi.

End Flashback.

Perlahan bibirnya menguntum senyuman.

"Terima kasih Laila." Gumamnya sendiri.

_
YAHYA Memandu keretanya perlahan menyelusuri jalan kampung. Dia tidak kekok, meskipun gelap tanpa lampu jalan. Kerana sudah terbiasa dengan jalan itu.

Lepaskan je lah dia Yahya. Kalau itu yang dia nak.

Air matanya bergenang serta-merta apabila teringatkan kata-kata Fikri.

Ya, Allah. Kau kuatkanlah hambamu ini Ya, Allah... Doanya didalam hati.

Dia menekan brek mengejut apabila melihat seorang wanita berambut panjang dengan pakaian putih berdiri dihadapan keretanya.

TBC.

Sis Eja:

* Thanks kepada yang sudi menunggu, baca, vote dan komen. Lots of love 💗💗💗😘😘😘

* Please give your support for my first 'Teen Fiction' DARI TANGGA SEKOLAH 🙏🙏🙏 . Bab 1 Sis dah Update. Tapi krik2 😓

* Please Do vote & comment for 'The Second Romance' By Eja Edyna. JAUH DARI CINTA & AKU MENCARI BAHAGIA.😓. Ke anda nak sis Update prolognya dalam DIA USTAZKU?. Tapi macam tak adillah pulak... 😫

* Jangan kecam sis. Segala salah silap sis. Tegurlah dengan berhemah or Dm (Better). InsyaAllah sis aka. berusaha untuk menerimanya, meskipun berat. Lots of love 😘😘😘😘😘😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro