Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 42: Kepercayaan. ✔

YAHYA Menguak perlahan pintu biliknya.

"Abang pergi mana?."

Yahya tersentak mendengar suara Ainul Mardhiah. Dia menoleh kebelakang.

"Mardhiah tak tidur lagi?." Tanya dia.

Ainul Mardhiah berdiri menghadap suaminya.

"Abang tak jawab lagi soalan Mardhiah. Abang pergi mana?." Tanya Ainul Mardhiah.

Yahya mengerutkan dahinya pelik melihat tingkah Ainul Mardhiah.

"Abang keluar dengan Fikri." Jawabnya.

"Pergi mana?." Tanya Ainul Mardhiah lagi.

Yahya menghadap isteri keduanya itu.

"Kejap. Mardhiah ni kenapa? Sebelum ni tak pernah tanya-tanya macam ni pun." Tutur Yahya.

Ainul Mardhiah mengambil sampul surat yang Amir berikan kepadanya siang tadi dan menghulurkan kepada suaminya.

Yahya mengambil sampul surat tersebut dan mengeluarkan isinya.

Isi surat tersebut ditelitinya.

Sementara Ainul Mardhiah masih berdiri memandangnya.

Yahya memandang sekilas kearah lain sebelum memandang kembali kearah isterinya.

"So sekarang ni. Mardhiah rasa jijik dengan Abang?." Tanya Yahya.

Ainul Mardhiah memandang tajam wajah suaminya.

"Yes. Mardhiah jijik dengan Abang." Ujar Ainul Mardhiah menekankan perkatan 'Jijik'.

Yahya terkedu mendengar kata-kata Ainul Mardhiah. Air matanya bergenang serta-merta.

"Kenapa Abang tak pernah bagitahu Mardhiah sebelum ni?." Tanya Ainul Mardhiah.

Yahya terdiam menunduk.

"Entah-entah. Abang dengan Kak Zara pun pernah"

Belum sempat Ainul Mardhiah Menghabiskan ayatnya.

"Pernah apa?" Potong Yahya.

Matanya memandang tajam kedalam anak mata Ainul Mardhiah.

Ainul Mardhiah terdiam. Seraya membuang pandangan kearah lain.

"Ini." Yahya menunjukkan kertas dan sampul surat ditangannya.

"Mana Mardhiah dapat semua ni?." Tanya Yahya.

Ainul Mardhiah menundukkan kepalanya.

"Amir yang bagi." Tuturnya tanpa memandang wajah suaminya.

Mendengar nama Amir. Yahya membaling kertas dan sampul surat tersebut diatas lantai dengan kuat.

"Awak memang baguskan Ainul Mardhiah. Awak pergi keluar jumpa lelaki lain tanpa minta izin dari suami awak dan awak percaya setiap butir kata dia dari suami awak sendiri. Ilmu apa yang awak belajar ni?." Tanya Yahya tegas.

Ainul Mardhiah mengangkat pandangannya. Sakit rasanya apabila suaminya mempersoalkan ilmunya.

"Abang tak payah persoalkan Ilmu Mardhiah. Abang tu. Ilmu apa yang Abang belajar? Agama apa yang Abang anut sekarang ni? Betul ke Abang ni dah islam?."

"Ainul Mardhiah!!" Tengking Yahya.

ZARA Yang sedang duduk menghabiskan zikirnya didalam bilik. Terkejut saat mendengar suara suaminya dari bilik sebelah.

Kenapa tu?. Benaknya.

Dia bergegas bangun dan mengunci pintu biliknya.

TERHENJUT Bahu Ainul Mardhiah kerana terkejut ditengking suaminya.

"Saya tahu awak berpelajaran tinggi. Ilmu agama awak tinggi. Tapi saya ni suami awak!. Kenapa baru sekarang awak nak persoalkan keislaman saya?. Ingat Ainul Mardhiah. Syurga awak dibawah telapak kaki saya. Tolong hormat sikit saya sebagai suami awak." Ujar Yahya.

Ainul Mardhiah merengus kasar. dan segera naik keatas katil.

Yahya menghela nafasnya panjang. Seraya berpaling keluar dari bilik.

DIA Melabuhkan punggungnya disofa dekat ruang tamu. Wajahnya ditutup menggunakan kedua tangannya.

Ya, Allah. Apa aku dah buat ni Ya, Allah. Getus hatinya.

Dia teringat kata-kata Eryn sewaktu diwarung tadi.

"Faiq tu gila. Dia sanggup gunakan anak dia sendiri."

"Amir." Gumamnya.

Sekali lagi dia teringat kata-kata Eryn.

"Dia selalu hasut Zara. Tapi Zara tak pernah terpedaya pun dengan hasutan dia."

"Besar sangat ke dosa aku pada kau sampai kau nak kena ganggu isteri aku?. Nasib baik Zara tak macam aku. Cepat sangat terpedaya dengan kau." Tuturnya perlahan.

Yahya mengangkat pandangannya memandang pintu bilik Zara yang tertutup rapat.

"Maafkan Abang sayang." Gumamnya.

Perlahan dia merebahkan tubuhnya disofa. Matanya tidak lepas memandang pintu bilik Zara yang tertutup. Air matanya mengalir tanpa dia sedar.

"Maafkan Abang. Abang betul-betul malu dengan sayang. Abang tak tahu macam mana Abang nak menghadap sayang lepas ni." Getus hatinya.

Dia terlelap disofa malam itu.

KEESOKANNYA Selesai dia menunaikan solat subuh di masjid. Dia pulang kerumah.

Namun langkahnya terhenti saat melihat Ainul Mardhiah yang keluar dari bilik dengan membawa beg besar.

Dahinya berkerut apabila melihat Ainul Mardhiah dengan beg besar tersebut. Dia melangkah menghampiri Ainul Mardhiah.

"Awak nak pergi mana dengan beg besar ni?." Tanya dia.

ZARA Yang baru keluar dari bilik air tersentak mendengar suara suaminya. Namun langkahnya diteruskan, tujuan mahu mengabaikan.

"Balik rumah Ummi." Jawab Ainul Mardhiah pendek.

Langkah Zara terhenti saat mendengar jawapan Ainul Mardhiah.

Dia teringat peristiwa semalam saat dia mendengar suara suaminya menengking Ainul Mardhiah.

YAHYA Memandang Ainul Mardhiah yang langsung tidak memandangnya.

"Tak minta izin saya pun." Tutur Yahya.

Ainul Mardhiah berpaling menghadapnya.

"Saya masuk rumah ni pun tanpa izin awak." Tutur Ainul Mardhiah.

"Apa masalah awak ni sebenarnya?." Tanya Yahya.

Ainul Mardhiah mengabaikan soalannya dan melangkah menuju ke pintu rumah.

"Ainul Mardhiah!" Dia bersuara didalam nada tinggi dan tegas.

Ainul Mardhiah kembali berpaling memandangnya.

"Saya tak izinkan awak balik rumah Ummi." Ujar Yahya.

Berkerut dahi Ainul Mardhiah mendengarnya.

"Saya tetap akan balik rumah Ummi walaupun awak tak izinkan." Ujar Ainul Mardhiah berkeras. Seraya berpaling.

Yahya merasa tercabar melihat kedegilan Ainul Mardhiah.

"Ainul Mardhiah!"

Sekali lagi dia melaung nama itu. Namun kali ini tidak dihiraukan oleh Ainul Mardhiah.

"Selangkah awak keluar dari rumah. Jatuh talak." Ujarnya mengugut.

LANGKAH Ainul Mardhiah terhenti mendengar apa yang dikatakan suaminya. Pantas dia berpaling kebelakang menghadap suaminya.

"Ustaz!" Pada masa yang sama Zara yang baru keluar dari dapur berteriak.

Air mata Ainul Mardhiah mula bergenang ditubir matanya.

Dia dan Yahya saling berpandangan antara satu sama lain tanpa menghiraukan Zara disitu.

"Awak nak ceraikan saya?." Tanya Ainul Mardhiah kepada Yahya.

"Ainul!" Teriak Zara tidak setuju dengan Ainul Mardhiah.

Laju jari telunjuk Ainul Mardhiah diangkat menuding kewajah Zara.

"Awak diam Zara!." Ujarnya.

Terhenjut bahu Zara kerana terkejut.

"Kalau awak ada dekat tempat saya. Awak pun akan buat perkara yang sama." Ujar Ainul Mardhiah lagi.

Zara terdiam, tidak mampu untuk menjawabnya.

Ainul Mardhiah kembali memandang wajah suaminya. Air mata dibiarkan mengalir membasahi pipinya.

"Tak ada siapa yang boleh halang saya." Ujarnya. Seraya itu berpaling dari suaminya.

Zara menelan air liurnya melihat kedegilan Ainul Mardhiah. Dia memandang wajah ego suaminya.

"Ustaz. Tarik balik kata-kata Ustaz." Pinta Zara.

Yahya tidak memberi sebarang reaksi.

Zara sudah tidak punya pilihan lain, selain berlari kearah Ainul untuk menahannya dari keluar.

"Ainul."

Dia berjaya meraih tangan Ainul Mardhiah.

Namun laju Ainul Mardhiah menarik tangannya terlepas dari Zara sehingga Zara terdorong kebelakang dan hampir terjatuh.

Yahya terkejut saat melihatnya. Dia melangkah mahu membantu Zara. Namun ditahan dirinya apabila melihat Zara dapat menstabilkan diri.

Ainul Mardhiah memandang Zara tajam.

"Ainul. Jangan pentingkan diri sendiri boleh tak?." Ujar Zara.

"Awak lebih baik diam kalau awak tak tahu apa-apa Zara." Ujar Ainul Mardhiah. Seraya berpaling dari Zara.

"Kalau awak tak kesiankan diri awak. Awak kesianlah dekat anak dalam kandungan awak tu." Ujar Zara.

Ainul Mardhiah terkedu mendengarnya. Dia kembali memandang Zara. Dia baru teringat tentang kandungannya.

Air jernih mengalir membasahi pipinya. Tanpa memandang kearah Zara atau Yahya, dia segera berlari masuk ke dalam bilik semula, sebelum menghempas kuat pintu bilik.

Zara menghela nafas lega melihat Ainul Mardhiah masuk kedalam bilik.
Dia kemudian menoleh kearah Yahya.

Yahya turut memandangnya.

Air mata Zara mulai bergenang, dia berpaling dari suaminya dan segera masuk kedalam biliknya.

Yahya melepaskan keluhan kecil. Dia segera melabuhkan punggungnya disofa.

_
YAHYA Duduk termenung ditepi sungai. Air mata yang membasahi pipinya dibiarkan sahaja.

Ya, Allah. Apa lagi ujian yang harus aku tanggung?. Aku tak kuat Ya, Allah.

"Yahya."

Dia terkejut saat bahunya ditepuk seseorang. Laju tangannya menyapu air mata dipipinya.

Fikri tertawa melihatnya terkejut. Seraya melabuhkan punggung disisinya.

"Ada apa lagi kau ni? Tak habis lagi ke masalah kau dengan Zara.." Tutur Fikri yang seperti tahu-tahu sahaja dia sedang bermasalah.

"Ini bukan masalah Zara. Tapi Ainul Mardhiah." Ujarnya lagi.

Berkerut dahi Fikri mendengar nama Ainul Mardhiah.

Aku tak salah dengar ke ni?. Benak Fikri.

"Aku hampir ceraikan dia semalam." Tutur Yahya.

Membulat mata Fikri mendengarnya.

"Yahya!. Apa benda kau ni, haritu kau hampir ceraikan Zara. Sekarang Ainul pulak. Kau ingat ini main pondok-pondok ke." Tutur Fikri didalam nada serius.

Yahya meraup wajahnya dengan kedua tangannya.

"Amir. Ini semua kerja dia." Tutur Yahya.

Fikri mengerutkan dahinya.

"Amir. Yang kawan isteri kau cerita tu?." Tanya Fikri untuk mendapatkan kepastian.

"Ya, dia. Amir. Ustaz Amir kononnya tu." Ujar Yahya.

Fikri terdiam seketika cuba memproses apa yang baru dikatakan temannya itu.

"Aku kena habiskan semua ni." Ujar Yahya.

_
LAILA Mengerutkan dahinya memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Dia hampir ceraikan aku semalam." Tutur Ainul Mardhiah.

Membuntang mata Laila mendengarnya.

"Macam mana boleh jadi sampai macam tu?." Tanya Laila.

Ainul Mardhiah menyilangkan kedua tangannya didada.

"Patutlah dia macam tak kisah je bila aku mengandung. Rupanya aku ni bukan perempuan pertama yang mengandung anak dia." Tutur Ainul Mardhiah.

"Apa maksud kau?." Tanya Laila.

"Sebelum dia masuk islam. Dah ramai perempuan yang mengandung anak dia." Tutur Ainul Mardhiah.

"Maksud kau dia ada anak luar nikah?." Tanya Laila.

Ainul Mardhiah terdiam seketika. Seraya menggelengkan kepalanya.

"Tak. Semuanya digugurkan." Tuturnya.

"Astaghfirullahaladzim." Laila beristighfar. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru dia dengar.

"Aku rasa jijik dengan dia Laila. Aku rasa jijik dengan diri aku sendiri." Tutur Ainul Mardhiah.

Laila segera memeluk bahu temannya itu.

"Kau tak boleh cakap macam tu Ainul. Itu masa silam dia. Kita tak layak nak hukum dia." Ujar Laila sambil mengusap lembut bahu temannya itu.

Air mata Ainul Mardhiah mula bergenang.

"Sejak dari kecil lagi. Aku dibesarkan didalam suasana agama. Ummi dengan Abi aku. Mereka cukup jaga pergaulan aku. Tapi akhirnya jodoh aku." Ainul Mardhiah terdiam. Dia tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya.

"Ainul.... Kau tak boleh cakap macam tu. Inilah yang dinamakan takdir. Lagipun diakan dah betul-betul insaf." Tutur Laila.

"Ye ke? Mudahnya orang macam dia nak insaf." Balas Ainul Mardhiah.

"Ainul. Walaupun sejak kebelakangan ni aku rasa marah, tak suka dengan dia atas apa yang dia dah buat pada kau dan Zara. Tapi aku percaya. Dia betul-betul dah insaf." Ujar Laila.

"Aku harap macam tulah Laila." Balas Ainul Mardhiah.

TBC.

Sis Eja:

* Thanks kepada yang sudi menunggu, baca, vote dan komen. Lots of love 💗💗💗😘😘😘

* Please give your support for my first 'Teen Fiction' 🙏🙏🙏 Dan kalau tak keberatan promote kan lah 😁 .

* Please ambiklah berat untuk 'AKU MENCARI BAHAGIA' Dan 'JAUH DARI CINTA'. Give your vote & comment please  🙏🙏🙏 . 'The Second Romance By Eja Edyna'. Kalau bukan anda siapalah lagi yang nak ambil berat 😅.

* Jangan kecam sis. Berani kecamlah! Sembelih buat korban 2018 🐂🐄🐐🐏🐑. Joke 😄. Sis cuma tak bersedia. Tegurlah dengan berhemah or Dm. InsyaAllah sis berusaha untuk menerimanya. Lots of love 😘😘😘😘😘😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro