✔ Bab 37: Hari Air Mata. ✔
ZARA Tidak jadi menuju ke rumah orangtuanya. Dia takut kehadirannya akan menimbulkan tanda tanya pada orangtuanya. Dia memandu keretanya menuju kerumah bujang Melly dan Eryn.
_
ERYN Sedang menyusun kasut dilaman rumahnya. Kereta Alza putih yang berhenti dihadapan pagar rumah, menarik perhatiannya.
Macam kereta Zara... Tapi takkan Zara kot... Getus hatinya.
"Zara." Gumamnya terkejut saat melihat Zara keluar dari perut kereta.
Dia segera berjalan menghampiri pagar. Apa yang mengejutkannya lagi ialah Zara menangis.
Segera dia membuka pagar rumahnya dan melihat Zara dari atas kebawah.
"You kenapa ni?." Tanya dia memegang kedua bahu Zara.
Zara tidak menjawab. Tetapi terus memeluknya sambil menangis.
"I sedih Eryn..." Gumam Zara sambil menangis dibahunya.
Dia jadi serba salah. Seraya mengusap lembut belakang badan Zara.
"Ok. Kita masuk dulu ok.." Tuturnya.
Zara meleraikan pelukan dan memandang wajahnya, sebelum mengangguk tanda bersetuju.
***
"Boleh tak kalau I nak tumpang rumah you guys untuk seminggu ni?." Tanya Zara.
"Mestilah boleh." Jawab Melly.
"Ya. You kan kawan kita." Tambah Eryn.
Zara menundukkan kepalanya. Air matanya yang tadi sudah kering, mengalir lagi.
Melly bangun dari tempat duduknya dan duduk di sisi Zara.
"Kau kenapa ni?." Tanya Melly memegang bahu Zara.
Zara mengangkat kepalanya, memandang Melly. Rasa sebak menguasainya, dia tidak mampu untuk berkata-kata sekarang. Dia segera memeluk Melly.
"I sedih Melly." Hanya itu yang mampu diucapkannya.
Melly mengusap belakang badan Zara. Kemudian memandang Eryn meminta penjelasan.
Eryn menjungkitkan bahunya, kerana Zara pun masih belum menceritakan apa-apa kepadanya.
_
"AKU Terima nikahnya Ainul Mardhiah Binti Mansur dengan Maskahwinnya 100 Ringgit Malaysia Tunai."
Setelah empat kali. Akhirnya Yahya berjaya melafazkan akad dengan sempurna.
Ustaz Mansur menoleh kekiri dan kanannya meminta persetujuan.
Orang-orang dikiri dan kanannya menganggukkan kepala mereka tanda menyetujui.
Jantung Yahya bagaikan berhenti berdetak. Hatinya meraung. Air matanya sedaya upaya ditahan agar tidak keluar. Kini dia telah sah menjadi suami kepada Ainul Mardhiah.
Dia begitu bukan kerana terharu atau bahagia berjaya memiliki Ainul Mardhiah. Tetapi dia merasa bersalah terhadap Zara dan Ainul Mardhiah. Dua gadis yang tulus mencintainya. Wanita yang dicintainya dipatahkan hati dan wanita yang pernah dicintainya diberi harapan palsu.
Dia mengangkat tangannya turut sama berdoa dengan Ustaz Mansur dan yang lain.
_
MUG Kaca berisi kopi tiga dalam satu yang sudah siap dibancuh diletakkan atas meja dihadapan Zara. Melly kemudian mengambil tempat duduknya.
Eryn dan Melly saling berpandangan antara satu sama lain, melihat wajah sembab Zara.
"Zara. I'm so sorry. It's all because of me. Kalau bukan sebab i beria nak balas dendam dekat you. Semua ni tak akan jadi kan?." Tutur Melly serba salah melihat keadaan Zara.
Eryn angguk, mengiyakan.
"Ya. Me too."
Zara tersenyum melihat ketulusan Eryn dan Melly.
"It's ok. I tak salahkan sesiapa.. Lagipun suami i sayangkan i. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Itu dah cukup dah bagi i. Sedih sikit-sikit tu biasalah... Nama pun hidup bermadu kan?." Ujar Zara.
Air mata Melly bergenang serta-merta mendengarnya.
"I bangga dengan you Zara. You betul-betul lain dari Zara yang i kenal sebelum ni." Ujar Melly. Seraya menggenggam tangan Zara.
"Thank you Melly, Eryn... Lepas apa yang i dah buat dekat korang. Korang masih lagi nak berkawan dengan i." Tutur Zara.
"Auch.... Aaa......" Mereka menjerit serentak. Masing-masing mengalirkan air mata.
"Zara!!!. You buat i nangis." Teriak Eryn sambil mengusap air matanya.
Melly turut mengelap air mata dengan tangannya.
"You're too much Zara. I dah lama tak nangis tau." Tutur Melly.
Zara tersenyum. Meski hatinya sedang terluka. Tetapi dengan adanya Eryn dan Melly. Sedikit sebanyak mengubati lukanya.
_
YAHYA Melabuhkan punggungnya diatas tilam.
Telefon pintarnya direnung lama. Wajah Zara terbayang di matanya.
"I miss you." Gumamnya.
"I miss you too."
Sampuk Ainul Mardhiah berbisik ditelinganya. Tangan gadis itu memeluk lehernya dari belakang.
Yahya terkejut. Dia pantas melepaskan diri dan berpaling kearah Ainul Mardhiah.
"Mardhiah." Gumamnya.
Ainul Mardhiah tersenyum melihatnya.
Yahya menelan air liurnya melihat Ainul Mardhiah yang tidak mengenakan tudung. Rambut yang panjang mengurai itu dibiar lepas.
Cantik. Ya, sangat cantik. Itulah kali pertama dia melihat gadis itu tidak mengenakan tudung.
Tetapi tidak tahu mengapa, dia tidak merasakan getaran yang sama seperti mana yang dia rasakan saat kali pertama dia memandang wajah Zara, walaupun ketika itu Zara memakai selendang menutup kepalanya. (Rujuk Bab 2: Pertemuan.)
"Bila awak masuk? Saya tak perasan pun." Tanya Yahya kepada Ainul Mardhiah.
Ainul Mardhiah mencebik.
"Dah lama dah. Abang je tak perasan." Tutur Ainul Mardhiah.
Dia terdiam sejenak. Kerana merasa janggal apabila Ainul Mardhiah memanggilnya dengan panggilan 'Abang'.
Dia tersenyum dan menundukkan kepalanya.
"Sorry. Saya tak perasan." Balasnya.
Ainul Mardhiah mencebik lagi.
"Saya dah panggil awak dengan panggilan Abang. Tapi awak bahasakan diri awak 'saya' pulak." Ainul Mardhiah memeluk tubuhnya.
Dia memandang sekilas gadis itu.
Manja. Adakah gadis ini sedang bertingkah manja dihadapannya?. Itulah yang berada dibenaknya sekarang.
"Sorry." Balasnya sepatah.
Ainul Mardhiah berpaling kearahnya. Seraya menggenggam erat tangannya.
Dia terkejut dengan tindakan isteri keduanya itu. Namun dibiarkan sahaja, takut Ainul Mardhiah terasa dengan sikapnya.
Renungan Ainul Mardhiah dibalasnya.
"Siang tadi, kenapa Abang lambat?. Abang pergi mana?." Tanya Ainul Mardhiah.
Yahya terdiam mendengar soalannya.
"Urm..." Dia mula berfikir-fikir untuk mencari alasan yang masuk akal.
Ainul Mardhiah tersenyum. Seraya mengusap lembut tangan suaminya.
"It's ok. Saya tak kisah pun. Apa yang penting sekarang. Abang dah sah jadi suami saya." Tutur Ainul Mardhiah sambil tersenyum lebar kepadanya.
Dia bernafas lega.
Namun Ainul Mardhiah tiba-tiba merapati wajahnya. Dia tidak berganjak memandang wajah isterinya itu.
"I'm yours." Bisik Ainul Mardhiah ditelinga.
Dia menelan air liurnya mendengar bisikan Ainul Mardhiah.
Tergoda?. Sudah semestinya. Dia juga manusia biasa. Apatah lagi Ainul Mardhiah ialah isterinya yang sah sekarang ini.
Wajahnya terasa bahang apabila hembusan nafas Ainul Mardhiah terkena wajahnya. Wangian dari rambut Ainul Mardhiah membangkit nafsunya.
Aku tak boleh... Aku tak cintakan dia. Benaknya. Seraya berpaling dan mengangkat punggungnya dari katil.
Tindakannya, membuatkan Ainul Mardhiah terkejut dan merasa malu.
Yahya berpaling memandang Ainul Mardhiah yang masih diatas katil.
"Boleh. Abang pergi tandas sekejap?." Tanya dia.
AINUL Mardhiah yang sudah mula bersangka bahawa Yahya cuba menghindarinya, kembali tersenyum apabila mendengar Yahya membahasakan dirinya 'Abang'.
"Abang tak perlu minta izin pun. Rumah ni dah macam rumah Abang jugak.." Tuturnya.
Yahya tersenyum.
"Kejap lagi Abang masuk balik." Tutur Yahya. Seraya berlalu keluar dari bilik tersebut.
Ainul Mardhiah tersenyum sendiri. Dia menutup wajahnya dengan kedua tangannya kerana merasa malu dengan tindakannya sebentar tadi.
_
AMIR Menepis gelas yang berisi wine jatuh dari atas bar.
Semua mata memandang kearahnya.
Menyedarinya. Dia segera berdiri dan berpaling ke arah orang yang memandangnya.
"Korang pandang apa?." Teriaknya kasar.
Seorang lelaki datang memegang bahunya.
"Sabar Encik Amir." Tutur lelaki tersebut.
Amir merengus kasar dan memandang wajah lelaki tersebut. Bahunya digerak kasar menepis tangan lelaki berbangsa cina itu.
"We have to talk." Ujarnya kepada lelaki cina itu dan segera berlalu.
Lelaki cina itu ialah Pengurus Kelab malam tersebut. Dia dikenali dengan panggilan Jimy.
***
Amir memandang tajam wajah Jimy yang sedang berdiri dihadapannya.
"Ada apa Encik Amir datang sini?." Tanya Jimy.
Amir tersenyum sinis.
"Aku tahu kau banyak simpan rahsia Lim." Tutur Amir.
"Ma.. Mana ada Encik Amir." Ujar Jimy menafikan.
Amir menghampiri Jimy dan menggenggam kolar baju lelaki itu.
"Kau ingat aku bodoh ke Jimy?." Gertaknya.
"Aku nak semua info staf yang pernah tidur dengan dia dan juga doktor pribadi dia atau aku tutup tempat ni dan aku blacklist nama kau." Ujar Amir. Seraya melepaskan kolar baju Jimy.
"Kau jangan main-main dengan aku." Tambahnya lagi sebelum keluar.
_
YAHYA Duduk seorang diri diluar rumah dekat pangking di bawah pokok, berhadapan dengan rumah Ustaz Mansur.
Bukan dia terlupa dengan apa yang dikatakan pada Ainul Mardhiah tadi. Namun dia masih belum bersedia. Dia merasa bersalah terhadap Zara juga Ainul Mardhiah.
Wajah Zara terbayang dimatanya. Bagaimana wanita itu bisa menghabiskan hari-harinya dengan air mata?. Fikirnya.
Air matanya mengalir tanpa sedar. Dia merindukan isteri pertamanya itu. Walaupun baru pagi tadi gadis itu pergi meninggalkannya.
Dia menundukkan kepalanya dan mengusap air matanya sendiri.
"Mama. I perlukan you untuk cerita semua yang terbuku dihati ini. You satu-satunya orang yang faham i. I tak tahu nak buat apa Ma. I cintakan Zara... Tapi Mardhiah" Kata-katanya terhenti kerana rasa sebak menguasainya.
"Lepas you buang i, merekalah keluarga i. Macam mana i boleh lukakan mereka berkali-kali Ma?. I can't Ma. I tak sampai hati. Sekarang i dah lukakan hati wanita yang i cinta." Tuturnya sambil mengalirkan air mata.
Dia mengangkat pandangannya ke langit, berusaha menahan air matanya dari terus keluar.
I doa semoga Allah beri you petunjuk Ma. I'll always love you Ma. Doanya didalam hati.
***
Dia menguak perlahan pintu bilik. Dia bernafas lega apabila melihat Ainul Mardhiah telah pun lelap.
Dia menghampiri Ainul Mardhiah dan menatap lama wajah gadis itu.
Maafkan saya. Saya memang cintakan awak. Tapi itu semua dulu. Sekarang Zara adalah satu-satunya perempuan yang saya cintai. Bisik hatinya.
Jujur dia turut merasa kasihan dengan Ainul Mardhiah yang masih menyangka kalau mereka saling mencintai.
TBC.
Sis Eja:
* Ok. Sis tahu mesti ramai tak suka bila Ustaz Yahya dan Ainul Mardhiah berkahwin juga. Nak buat macam mana, memang itu yang sis rancang dari awal.
* Sis tak sure cerita ni tamat Bab 50. Tapi akan diusahakan.
* Sincerely 'Dia Ustazku' Dah sampai di penghujung. So sis ingat nak promotelah The second Romance by Eja Edyna 💁😀 . Tiga story dalam senarai sis. Tetapi hanya satu yang akan di publish selepas tamat 'Dia Ustazku'. Nanti sis akan Publish prolog untuk tiga story. Bagilah pendapat korang ok, yang paling banyak vote dan comment, will be the next. Please give your support. #SisCuba 😀.
* Jangan kecam ok 🙏. Sis tak bersedia.
* Thanks kepada semua yang sudi menunggu. Yang sudi membaca, komen dan vote 😊. I really appreciate it. Lots of love 😘😘😘
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro