Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 36: Detik-Detik. ✔

YAHYA Merenung wajah Zara yang sedang tidur berbantalkan lengannya.

"I love you." Tuturnya sambil membelai lembut wajah isterinya.

Lingkaran hitam dibawah mata isterinya, kerana sering menangis dan kurang tidur turut menjadi perhatiannya.

"I'm sorry." Tuturnya mengelus pipi Zara.

Zara terjaga dari tidur. Seraya tersenyum memandang Yahya.

Yahya turut tersenyum.

"I love you." Tuturnya. Seraya mengambil tangan Zara dan menyatukan dengan tangannya.

Zara tersenyum memandangnya.

"Macam mana ustaz boleh cintakan dua wanita dalam masa yang sama?." Tanya Zara.

Dia tersenyum mendengar soalan Zara. Seraya mengalihkan seketika pandangannya dari mata Zara.

"Tak. Awak adalah satu-satunya wanita yang saya cinta." Tuturnya.

"Ainul Mardhiah?."

Dia terdiam mendengar soalan Zara.

"I don't know... Rasa cinta saya pada dia dah lenyap, sejak saya mula mencintai awak." Tuturnya.

ZARA Segera tersedar apabila mendengar luahan suaminya. Dia bingkas duduk.

Flashback.

Ainul Mardhiah tersenyum, seraya memeluknya.

"Terima kasih Zara... Saya tak dapat bayangkan macam mana hidup saya tanpa." Tutur Ainul Mardhiah.

End Flashback.

Yahya turut duduk bersamanya.

"Kenapa?." Tanya Yahya.

Air matanya bergenang serta-merta.

"Ustaz. Saya dah buat silap." Ujarnya. Seraya menoleh Yahya.

"Apa yang awak dah buat?." Tanya Yahya.

Dia menunduk.

"Tak mungkin ustaz cintakan saya." Tuturnya.

YAHYA Segera memegang kedua bahu Zara dan menghadapkan wanita itu kepadanya. Seraya merenung kedalam anak mata isterinya itu.

"Awak tak percayakan saya ke?." Tanya dia.

"Bukan itu yang saya maksudkan. Tapi ustaz... Saya rasa ustaz dah keliru dengan perasaan ustaz sekarang ni." Tutur Zara.

Dia mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Apa maksud awak?." Tanya dia.

Zara menunduk. Seraya berkata.

"Ustaz cuma kesiankan saya. Saya tahu... Ini semua salah saya.. Saya tak sepatutnya luahkan perasaan pada Ustaz."

Yahya menggelengkan kepalanya apabila melihat air mata yang mengalir membasahi pipi Zara. Seraya emperkemas pegangannya dibahu isterinya itu.

"Zara.. Listen here. Hari ni, saya akan cerita pada awak. Siapa sebenarnya diri saya. Tak ada siapa pun yang tahu tentang perkara ni... Kecuali Saya, Fikri dengan Amir." Tutur Yahya.

Zara memandangnya penuh tanda tanya. Seraya melepaskan bahu isterinya.

_
AIR Matanya mengalir deras membasahi pipinya.

Flashback.

Yahya meraih kedua tangannya.

"Maafkan saya Zara. Saya bukan sengaja nak lukakan hati awak. Tapi mereka dah banyak sangat berjasa pada saya. Sejak saya masuk islam sehinggalah sekarang. Ini akan jadi kali kedua saya melukakan keluarga mereka, kalau saya tak teruskan perkahwinan ni..." Tutur Yahya.

Dia tersenyum. Seraya menggenggam erat tangan suaminya.

"Ustaz jangan risau. Dapat memiliki cinta ustaz. Itu dah cukup bagi saya. Saya tak nak apa-apa dah. Ustaz wajib tunaikan tanggungjawab ustaz pada dia, bila dia dah jadi isteri ustaz nanti. Lupakan janji ustaz untuk tak nak sentuh mana-mana perempuan yang ustaz tak cinta. Jangan jadikan perkahwinan ustaz dengan dia, macam perkahwinan kita. Sebab.. " Kata-katanya terhenti.

Dia menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir deras.

"Ianya terlalu menyakitkan."

Yahya menariknya kedalam pelukan.

"I'm really sorry." Tutur Yahya.

Dia tersenyum di dalam pelukan suaminya itu.

"I love you." Gumamnya perlahan.

"I love you too." Balas Yahya.

End Flashback.

Dia menekan habis pedal minyak.

Aku redha Ya, Allah. Kalau inilah satu-satunya cara untuk aku tebus semua dosa-dosa aku sebelum ni. Bisik Hatinya.

Air mata terus menemaninya sepanjang perjalanan.

_
AINUL Mardhiah tersenyum sendiri melihat jarinya yang merah dengan warna inai.

Namun tidak lama. Senyumannya perlahan memudar.

Flashback.

Dia berdiri membelakangi Laila.

"Kau ni kenapa sebenarnya Laila?." Tanya dia.

"Ainul. Macam mana kalau Ustaz Yahya dah tak cintakan kau?."

Soalan Laila itu berjaya menggugat sedikit keyakinannya. Dia menoleh kearah Laila.

"Kau cakap apa ni Laila? Kami saling mencintai. Aku tahu ustaz Yahya akan setia dengan aku." Ujarnya cuba mengembalikan keyakinannya.

"Ya, memang. Sebelum kau berangkat ke Mesir. Kau dengan dia saling mencintai. Tapi sekarang? Kita tahu ke hati dia?. Hati manusia ni berbolak-balik Ainul. Lagipula masa kau pergi tu. Kau tak ada apa-apa ikatan pun dengan dia." Ujar Laila.

"Laila! Aku pergi bukan bertahun pun." Balasnya dalam nada tinggi.

"Ainul... Kau ingat lima bulan tu sekejap ke?. Dia dekat sini dengan isteri dia. Perempuan yang halal bagi dia. Dia pun manusia biasa Ainul." Ujar Laila.

Dia terdiam. Air jernih mulai bergenang dikelopak matanya.

Laila segera menghampiri dan memeluk bahunya.

"Ainul... Kau masih belum terlambat, selagi kau belum sah jadi isteri dia." Ujar Laila.

Dia melepaskan dirinya dari pelukan Laila.

"Tak!. Aku yakin. Dia tak akan kecewakan aku lagi." Ujarnya.

Laila melepaskan keluhan berat.

"Ok. Sekarang lupakan pasal ustaz Yahya. Macam mana dengan isteri dia?. Kau nak lukakan hati orang ke Ainul Mardhiah." Tanya Laila.

Dia menyilangkan kedua tangannya didada.

"Dia tak cintakan Ustaz Yahya pun." Balasnya bersahaja.

Berkerut dahi Laila mendengarnya.

"Yakinnya kau. Kau yang pegang hati dia ke?." Laila balik bertanya.

Dia merenung Laila tajam.

"Dia sendiri yang jumpa aku dan mengaku tentang perasaan dia pada Ustaz Yahya. Dan dia juga yang minta aku supaya tak seksa suami dia, sebab dia kata suami dia terlalu cintakan aku." Ujarnya.

"Macam mana kalau dia buat semua tu bersebab?." Tanya Laila.

"Sebab apa?." Tanya dia.

"Sebab dia rasa bersalah dengan kau dan suami dia." Tutur Laila.

Dia merengus kasar dan berpaling dari Laila.

"Baguslah kalau dia rasa macam tu. Dia memang patut rasa bersalah pun. Disebabkan dia lah..." Ujarnya.

Laila tergamam mendengarnya.

"Dan dia akan lebih lagi rasa bersalah lagi, bila dia cintakan bakal suami aku." Tambahnya lagi.

Laila menggelengkan kepalanya.

"Aku dah tak kenal siapa kau yang berdiri depan aku sekarang ni Ainul Mardhiah." Ujar Laila.

End Flashback.

Dia beristighfar didalam hatinya. Sungguh dia tiada niat untuk mengatakan demikian tempoh hari. Tetapi dia tidak mahu bersalah sangka. Dia tidak mahu membenci Zara.

Ya, Dia terlalu mencintai Yahya. Dia juga sudah mengikis rasa benci kepada Zara semasa di Mesir dan cuba untuk sentiasa berfikiran positif. Bukan niatnya untuk menyakiti sesiapa. Dia hanya inginkan kebahagiaan.

"Saya percayakan awak Zara." Gumamnya perlahan.

Senyuman kembali terukir dibibirnya.

Flashback.

"Saya minta maaf. Saya dah terbaca diari awak yang Umar bagi." Tutur Yahya.

Dia membuang pandangan kearah lain kerana malu. Didalam diari tersebut ada luahan perasaannya terhadap Yahya.

"Sebenarnya saya pun nak bagitahu perkara yang sama. Jadi awak tak payahlah nak malu, sebab kita ada perasaan yang sama." Tutur Yahya.

Dia terkejut mendengarnya. Namun dalam masa yang sama dia merasa bahagia mendengarnya. Seraya berpaling dan berlari meninggalkan Yahya.

End Flashback.

Saya harap perasaan tu masih tak berubah. Getus hatinya.

_
YAHYA Yang sudah siap dengan salinan untuk majlis akad nikah. Duduk seorang diri ditepi sungai.

Dia mendail nombor Fang Ying.

Berapa detik menunggu. Panggilannya dijawab oleh adik perempuannya itu.

"Hello.." Suara Fang Ying mendahului.

"Ying apa khabar? Mama apa khabar? (ccc)." Tanya dia.

"Kami baik-baik je disini. Abang pula? (ccc)."

"Ying. Abang sebenarnya ada perkara nak bagitahu Ying (ccc)." Tuturnya.

"Apa tu (ccc)."

"Abang nak menikah hari ni? (ccc)." Tuturnya.

"What? Dengan siapa?. Habis macam mana dengan Kak Zara?." Tanya Fang Ying.

Yahya menundukkan kepalanya. Air matanya mula bergenang bila teringatkan Zara yang pergi dengan air mata pagi tadi.

"Panjang ceritanya. Kak Zara dia dah balik Kl pagi tadi (ccc)." Tutur Yahya.

"Sampai hati Abang (ccc)."

Air matanya perlahan mengalir membasahi pipinya.

"Abang terpaksa Ying (ccc)." Tuturnya.

"Apa sebenarnya yang dah berlaku antara Abang dengan kakak ipar? (ccc)."

Yahya menundukkan kepalanya. Air matanya mengalir deras.

"Ying. Nanti kita borak lagi. Jaga Mama. Nanti Abang call lagi (ccc)." Ujarnya, seraya mematikan panggilan telefonnya.

Dia menyimpan telefon pintarnya dan mendongak kepalanya memandang ke langit.

Betul ke apa yang aku nak buat ni Ya, Allah... Getus hatinya.

***

AINUL Mardhiah diiring ketempat pernikahan.

Semua orang sudah bersedia dan mengambil tempat masing-masing. Namun Yahya belum lagi menunjukkan batang hidungnya.

Ustaz Mansur menoleh kekiri dan kanan. Lehernya dipanjangkan untuk mencari kelibat Yahya.

"Mana Ustaz Yahya?." Dia bertanya kepada orang yang duduk dikanan dan kirinya.

Masing-masing menjungkitkan bahu.

"Biar kami pergi tengok." Ujar dua orang itu. Seraya itu mereka bangun dan keluar dari surau.

Tidak lama kemudian. Mereka kembali dan menghampiri Ustaz Mansur.

"Maaf Ustaz. Dah merata kami cari. Tapi tak jumpa." Ujar salah seorang dari mereka.

Ustaz Mansur dan Isterinya Puan Khadijah berpandangan antara satu sama lain. Begitu juga Laila dan Fikri.

KATA-Kata Laila tempoh hari. Kembali bermain difikiran Ainul Mardhiah.

"Hati manusia ni berbolak-balik Ainul."

Dia menunduk. Air matanya mula bergenang.

Puan Khadijah yang berada disisinya. Menggenggam erat tangannya, cuba menenangkannya.

"Mana Ustaz Yahya Ummi?."Tanya dia.

"Ummi tak tahu." Jawab Puan Khadijah.

FIKRI Yang tidak jauh dari Ustaz Mansur. Mengensot perlahan menghampiri Ustaz Mansur.

"Ustaz. Biar saya yang pergi cari dia." Tuturnya.

Ustaz Mansur mengangguk perlahan.

Fikri segera bangun, meredah keramaian melangkah keluar dari surau untuk mencari Yahya.

***

DIA Menghela nafas lega apabila melihat sosok yang sedang duduk diatas bangku ditepi sungai itu. Dia segera menghampiri Yahya.

"Ustaz Yahya."

Yahya menoleh kearahnya.

Dia agak terkejut apabila melihat mata Yahya yang sembab.

"Kau kenapa ni?." Tanya dia prihatin.

"Kenapa lambat sangat aku sedar semua ni. Demi Allah Fikri. Aku cintakan isteri aku." Tutur Yahya, kembali mengalirkan air mata.

Fikri menghela nafas panjang. Seraya duduk disisi Yahya.

"Ini pilihan kau Yahya. Sekarang kau betul-betul dah lambat. Semua orang dah tunggu kau dekat surau tu." Ujar Fikri.

Yahya melepaskan keluhan berat.

TBC.

Sis Eja: Sorry sebab lama tak update 🙏 . Sis busy. Sis Update macam 'Jalan2 tepi pantai je.' Tak nak kelam kabut. Ada lagi ke orang yang nak baca? 😭. Thanks kepada yang komen dan vote. I really appreciate it. Thank you so much. Lots of love 💗💗💗💗💗💗💗💗😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro