Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 35: Ungkapan Cinta Darinya. ✔

AIR Matanya jatuh saat melihat sosok Ainul Mardhiah keluar dari perut kereta.

Saya rasa dah lama saya tak gambarkan pada awak. Betapa besarnya cinta saya pada dia. Kata-kata Yahya kembali terngiang ditelinganya.

Dia segera berpaling, pergi. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.

Ya, Allah... Kau berikanlah padaku kekuatan Ya, Allah. Tuturnya didalam hati.

Telefon pintarnya berdering, menandakan ada panggilan masuk. Dia menyeka air matanya dan melihat telefon pintarnya.

Melihat nama 'Mama' yang tertera di skrin membuatkannya semakin sebak. Dia segera mematikan telefon pintarnya dan menyimpannya didalam poket.

"I'm sorry Mama." Tuturnya perlahan.

_
'ASSALAMUALAIKUM Mana awak?. 😊. Saya gurau je... Saya faham awak sibuk uruskan perkahwinan kita, sampai awak tak sempat nak sambut kepulangan saya. Terima kasih sebab sudi untuk mengahwini saya. Saya janji saya akan jadi isteri yang terbaik untuk awak... Benarlah kata orang. Kalau dah jodoh... Tak akan ke mana... Setelah pelbagai dugaan kita harungi bersama... Akhirnya kita sampai kepuncaknya. Kita berjaya membuktikan Cinta Kita. Terima kasih Ustaz Yahya.'

Air matanya jatuh membasahi surat kiriman Ainul Mardhiah yang berada ditangannya itu. Seraya menunduk, memegang kepalanya.

"Maafkan saya Ainul Mardhiah..." Tuturnya.

Dia mengoyakkan surat tersebut sehingga kecil dan melemparkannya kedalam air sungai yang mengalir dihadapannya.

"Tiada cinta kita. Saya cintakan Zara Azzalea.. Isteri saya..." Tuturnya tulus.

_
ZARA Terkejut apabila melihat sosok Ainul Mardhiah yang sedang berdiri dihadapannya.

"Ainul." Getusnya perlahan.

Ainul Mardhiah tersenyum dan segera memeluknya. Dia terkedu dengan tindakan Ainul Mardhiah.

"Terima kasih sebab sedarkan saya." Tutur Ainul Mardhiah.

Air matanya bergenang saat merasakan eratnya pelukan Ainul Mardhiah. Inilah kali pertama Ainul Mardhiah memeluknya. Pelukan Ainul Mardhiah dibalasnya erat.

"SAYA Minta maaf sebab tak dapat jumpa awak sebelum saya pergi hari tu." Tutur Ainul Mardhiah.

"Saya yang sepatutnya datang jumpa awak. Sebab awakkan Ustazah saya." Tutur Zara tersenyum.

Ainul Mardhiah tersenyum mendengarnya. Seraya meraih tangan Zara.

"Juga saya nak minta maaf dengan awak.. Sebab layan awak teruk sebelum ni." Tutur Ainul Mardhiah.

Zara tersenyum.

"Tak ada apalah... Saya dah lupakan dah... Lagipun siapa je yang ada ditempat awak masa tu. Mesti akan buat perkara yang sama." Tutur Zara.

Ainul Mardhiah tersenyum.

"Zara. Saya nak tanya awak something. Tapi saya nak awak jawab dengan jujur." Tutur Ainul Mardhiah.

Zara mengerutkan dahinya.

"Macam serius je. Apa tu?." Tanya dia.

"Awak betul tak ada perasaan pada ustaz Yahya kan?."

Zara tersentak mendengar soalan tersebut.

Flashback.

"Habis?. Awak nak suruh saya buat apa?. Kahwin dengan dia?. Awak sanggup ke berkongsi kasih suami dengan perempuan lain?. Kalau saya tak!." Tutur Ainul Mardhiah.

"Dengar sini Ustazah Ainul Mardhiah. Awak tak pernah kenal pun siapa saya yang sebenarnya. Saya bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta. Saya goda dia pun sebab saya kena cabar dengan kawan-kawan saya. Cuma nasib tak menyebelahi saya, sebab ada orang busuk hati yang cuba nak jatuhkan dia dalam jemaah kami. Saya pun terpaksa kahwin dengan dia sebab nak jaga air muka keluarga saya." Ujarnya.

***

"Walaupun terkadang saya tak dapat nak jaga ikhtilat saya dengan ajnabi. Tapi percayalah ustaz... Saya tak akan curang dengan ustaz. Hati saya hanya milik ustaz..."

End Flashback.

"Zara."

Lamunannya terhenti. Seraya memandang wajah Ainul Mardhiah.

"Awak dengar tak saya tanya apa?." Tanya Ainul Mardhiah.

Dia tersenyum dan mengangguk.

"Jadi apa jawapan dia?." Tanya Ainul Mardhiah lagi.

"Macam sebelum ni saya cakap. Saya bukan jenis perempuan yang mudah jatuh cinta."

Ainul Mardhiah tersenyum, seraya kembali memeluk Zara.

"Terima kasih Zara... Saya tak dapat bayangkan macam mana hidup saya tanpa." Tutur Ainul Mardhiah.

AIR Matanya bergenang.

Memang saya tak mudah jatuh cinta... Tapi saya dah jatuh cinta dekat dia Ainul.... Itulah hakikat yang menyakitkan dan awak tak perlu tahu Ainul Mardhiah. Tuturnya didalam hati.

_
DIA Memandang biasnya dicermin.

Flashback.

"Saya tahu ustaz dah tak percayakan saya. Ustaz buatlah apa pun...Tapi tolonglah ustaz.. Jangan lepaskan saya... Saya merayu pada ustaz..."

"Sampai bila?."

"Sampai bila-bila."

Dia tersentak mendengar pengakua Zara.

"Awak dah tak betul ke? Habis tu keluarga awak? Kehidupan awak? Duda anak satu tu?. Awak tak sayangkan semua tu?."

"Memang. Semua orang yang dengar, akan kata saya tak betul. Sejak saya berkahwin dengan ustaz. Ustaz adalah kehidupan saya, ustaz segala-galanya untuk saya. Dan sekali lagi saya nak minta maaf dengan ustaz tentang Faiq. Salah saya tak jaga ikhtilat. Tapi percayalah... Saya tak ada apa-apa perasaan istimewa terhadap dia."

End Flashback.

"Dia maksudkan ke apa yang dia cakap?." Dia bertanya kepada diri sendiri.

"Tapi macam mana kalau dia main-main lagi?."

Jubah berwarna biru laut yang tergantung untuk dipakai sewaktu Akad nikah besok direnungnya lama.

Flashback.

"Tolonglah beri saya peluang Mardhiah. Saya tahu saya salah. Jadi maafkanlah saya. Saya akan cuba untuk buktikan pada awak yang saya benar-benar kasihkan awak."

***

"Kalau awak kesiankan anak dia. Kenapa awak balik sini?. Awak ingat saya kisah ke dengan awak Zara?. Saya langsung tak kisah Zara."

"Sebab saya pun akan menikah dengan Ainul Mardhiah tak lama lagi."

Dia tersenyum sinis apabila melihat air yang bertakung dikelopak mata Zara.

"Saya rasa dah lama saya tak gambarkan pada awakkan. Betapa besarnya cinta saya pada dia." Tuturnya lagi.

End Flashback.

Dia duduk diatas tilam dan maraup wajahnya. Tanpa sedar air jernih mulai keluar dari tubir matanya.

"Maafkan saya Ainul Mardhiah." Tuturnya.

Dia mula menyedari kalau dia sebenarnya menggunakan Ainul Mardhiah untuk mencemburukan Zara.

"Assalamualaikum..." Pintu biliknya dikuak.

"Waalaikumsalam..." Dia pantas bangun dan menyeka air matanya.

"Boleh saya masuk?." Pinta Zara masih diambang pintu.

Dia membuang pandangan kearah lain.

MESKI Terkilan. Dia tetap tersenyum. Seraya melangkah perlahan menghampiri suaminya.

Zara tidak dapat menahan sebak apabila melihat baju pengantin yang tergantung. Air matanya mengalir deras, membasahi pipinya.

Dia beralih memandang wajah Yahya yang mashi berdiri dan tidak mahu memandangnya.

Dia meraih tangan suaminya itu dan mengucupnya lama.

"Tahniah... Esok ustaz akan berkahwin dengan wanita yang paling ustaz cinta." Tuturnya sebak.

Yahya melepaskan tangan dari tangannya.

"Terima kasih." Balas Yahya dan berlalu melepasinya.

"Saya nak minta izin ustaz untuk balik kl malam ni." Tuturnya jelas dan laju.

LANGKAHNYA Terhenti saat mendengar kata-kata Zara.

Dia kembali menghampiri Zara dan merenung tajam mata berkaca itu. Seraya tertawa sinis.

"Nak buat apa balik kl?. Ouh... Mesti awak dah rindu sangat dengan Duda anak satu tu kan?. Pergilah!. Saya izinkan." Ujar Yahya.

ZARA Segera meraih kedua tangan Yahya. Suara tangisnya semakin keras. Seraya menunduk, memandang tangan suaminya itu

"Sekali lagi saya nak minta maaf pada Ustaz... Tolonglah... Percayakan saya.. Saya tak ada apa-apa perasaan istimewa pada Faiq. Kalau ikutkan... saya pun tak nak balik... dalam ustaz masih tak percayakan saya. Tapi.. saya terpaksa... Sebab." Tuturnya tersedu-sedan.

Dia terdiam. Dadanya sakit menahan sebak. Berat untuk dia meneruskan kata-katanya.

"Sebab apa?." Tanya Yahya.

Dia mengangkat kepalanya, memandang Yahya.

"I can't afford to see my own husband marriage with other woman. I know I'm not worthy to do that. But, I can't fool myself. Because... I love you so much..." Tuturnya tulus.

AKHIRNYA Air mata dia jatuh dihadapan wanita yang bergelar isterinya itu.

"Jadi sekarang ni awak nak minta saya lepaskan awak?." Tanya dia.

Zara menggeleng laju kepalanya.

"No! It's not like that. Saya tak nak bercerai dengan ustaz. Tolonglah... Saya tak kisah kalau ustaz tak nak mengaku saya ni isteri ustaz. Tapi tolong jangan ceraikan saya. Saya cuma balik kl sekejap je. Nanti lepas majlis semua selesai. Saya akan balik sini." Ujar Zara.

"Itupun kalau tak mengganggu Ustaz dengan dia." Tambah Zara lagi dengan air mata bercucuran memandangnya.

Perlahan bibirnya menguntum senyuman. Seraya memegang pipi kiri isterinya. Air mata Zara telah berjaya meruntuhkan benteng egonya.

ZARA Turut tersenyum. Terasa bahagia apabila dapat melihat lagi senyuman tulus suaminya itu.

Yahya menariknya kedalam pelukannya.

Dia semakin sebak apabila berada didalam pelukan suaminya.

"Shhh... I'm sorry ok." Tutur Yahya sambil mengusap kepalanya.

Dia mengangkat kepalanya untuk melihat wajah Yahya.

"Ustaz percayakan sayakan?." Tanya dia.

Yahya tersenyum, mengangguk.

Dia tersenyum dan kembali meletakkan kepala didada Yahya.

"Izinkan saya balik ustaz. Saya bukan wanita yang tabah." Tuturnya dengan air mata bercucuran.

YAHYA Memandang wajah Zara. Air mata yang membasahi pipi isterinya itu, diusap dengan ibu jarinya.

Telinganya mendengar dengan jelas setiap butir kata-kata Zara. Tetapi apa yang ada didalam fikirannya sekarang ialah dia ingin meluahkan rasa cintanya kepada wanita dihadapannya itu.

"I'm sorry Zara." Tuturnya. Seraya mengucup lembut bibir mungil isterinya.

Tangan kanannya beralih ke tengkuk Zara, sementara tangan kirinya menarik rapat pinggang Zara dengannya.

Membuntang mata Zara, kerana terkejut dengan tindakan Yahya.

YAHYA Meleraikan ciuman. Seraya menatap wajah Zara.

Zara turut memandang Yahya. Matanya meminta penjelasan dengan apa yang terjadi.

"I love you." Tutur Yahya.

Zara terkebil-kebil memandang Yahya. Dia seakan tidak percaya dengan apa yang baru didengarnya.

Yahya menghela nafas lega. Seraya mencempung tubuh Zara.

"Ustaz..." Teriak Zara kecil. Seraya memaut leher Yahya.

Mereka saling bertatapan.

Perlahan bibir Yahya menguntum senyuman. Seraya melangkah menuju kekatil dan membaringkan Zara disana. Kedua tangannya, menggenggam kemas tangan Zara.

"Saya tak tahu kenapa dan saya tak sedar pun bila. Saya mula jatuh cinta dengan awak." Tutur Yahya

"T.. T.. Tapi"

"Shh..." Yahya meletakkan jari telunjuknya diatas bibir Zara sebelum sempat Zara berkata lagi.

"No but. Saya tahu saya banyak sakitkan hati awak. But, trust me. I really love you Zara Azzalea. More than everything." Tutur Yahya.

Zara menelan air liurnya. Jantungnya berdegup kencang. Bunyi hujan mulai kedengaran diluar rumah.

"You're my wife, my heart, my soul. And I love you so much." Tutur Yahya tulus.

Zara tidak berkedip memandang wajah Yahya.

Betul ke apa yang aku dengar ni?. Benak Zara.

Yahya tersenyum lagi. Seraya menghidu wangian dari rambut Zara yang berada ditangannya.

"May i?." Tanya Yahya.

Lambat-lambat. Bibir Zara mulai menguntum senyuman. Dia memaut leher Yahya dan berkata.

"I'm yours."

Yahya mengukir senyuman dan mengucup ubun-ubun Zara.

"I'll always love you." Tutur Yahya lagi.

Lampu tidur dimatikan, selimut ditarik menutupi dirinya dan Zara.

Dan malam itu menjadi milik mereka berdua . Cerita hari esok dan semalam mereka lupakan untuk malam itu.

Ya, Allah.. Tolong jangan bagitahu aku kalau ini semua ialah mimpi. Kerana aku sungguh-sungguh mencintainya Ya, Allah... Terlalu mencintainya...

TBC.

Sis Eja: Bukan tak nak update hari2, tapi takut cerita menyimpang sebab kelam kabut nak siapkan, setiap hari. Lagipula nak dekat2 habis ni 😄 . Thanks kepada yang sudi menunggu, membaca, mengomen dan menge'vote' 😚 . Lots of love 😘😘😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro