Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 32: I'm Back. ✔

ZARA Menundukkan kepalanya. Takut untuk memandang wajah wanita yang bergelar ibu mertuanya itu.

"I'm so sorry Mama." Tuturnya tetap menunduk

"Pergilah balik Zara." Ujar Dato' Mei Lin tanpa memandang wajahnya

Zara segera melutut dihadapan Dato' Mei Lin yang sedang duduk di atas kerusi.

"Mama..." Suaranya sayu.

Tangan Dato' Mei Lin diraihnya.

"Tolong mama. Zara betul-betul minta maaf." Tuturnya memandang wajah Dato' Mei Lin dengan penuh harapan.

Dia meletakkan kepalanya diatas ribaan Dato' Mei Lin sambil menangis.

DATO' Mei Lin Memalingkan wajahnya kearah lain. Air matanya sudah mulai mengalir keluat dari tubir matanya.

"Saya yang sepatutnya minta maaf pada awak. Anak saya dah sakiti awak." Tutur Dato' Mei Lin.

Fang Ying yang mendengar perbualan mereka dari belakang tembok, mengalirkan air mata saat mendengar ucapan 'Anak Saya' yang keluar dari mulut Dato' Mei Lin.

"No! Mama. Anak mama tak salah. Zara yang salah." Tutur Zara.

"Itulah yang awak ulang-ulang dari awal. Suami awak tak salah. Awak yang salah." Balas Dato' Mei Lin.

"Apa yang awak nak dari saya?. Apa yang awak harapkan?." Tanya Dato' Mei Lin bertalu-talu.

"Ini bukan harapan saya. Tapi ini harapan Ying. Mama pernah cakap sebelum ni kalau Ying mungkin dah berputus asa nak bawa abang dia balik. Tapi tak Mama. Dia tak pernah berputus asa dan mama pun pernah cakap yang anak lelaki Mama mungkin dah lupakan Mama. Tapi tak Mama. Dia tak pernah lupakan Mama. Walaupun bibir dia mengukir senyum. Tapi mata dia penuh dengan kedukaan. Dia rindukan Mama." Tutur Zara.

Air mata Dato' Mei Lin mengalir deras membasahi pipinya. Ya. Dia memang tahu yang anaknya itu akan selalu mencintainya, begitu juga dia. Ego yang membuat mereka terus berjauhan.

"Go back." Ujarnya kepada Zara.

Zara mengangkat kepala memandangnya.

Dato' Mei Lin melepaskan tangannya yang dipegang Zara. Seraya memandang sayu wajah menantunya itu.

"I said go back Zara!." Ujarnya tegas.

ZARA Menundukkan kepala. Air matanya mengalir membasahi pipinya.

Salah aku. Ya salah aku sebab menipu. Benaknya.

"Go back to him!." Tutur Dato' Mei Lin lagi.

Zara kembali mendongak memandang wajah ibu mertuanya. Dahinya berkerut tidak mengerti.

Dato' Mei Lin menyentuh pipi kirinya yang dibasahi air mata. Perlahan bibir itu menguntum senyuman kepadanya.

"Mama tak pernah sangka anak Tan Seri Rahmat ialah menantu Mama." Tutur Dato' Mei Lin.

Zara tersenyum didalam tangisnya. Dia segera memeluk tubuh wanita itu.

"Terima kasih sebab terima Zara mama." Tuturnya sayu.

Dato' Mei Lin membalas pelukannya.

"I'm the only one who have to say Thanks. Sebab Zara sudi terima Mama. Dia bertuah sebab ada isteri sekuat Zara dan Mama juga bertuah ada menantu setia macam Zara." Tutur Dato' Mei Lin.

Air matanya mengalir deras mendengar kata-kata Ibu mertuanya.

"Go back to him Zara!. Go back to him!." Ujar Dato' Mei Lin sambil mengusap belakangnya

Zara melepaskan pelukannya. Seraya memandang wajah Dato' Mei Lin.

"Tapi dia tak kasi Zara balik Mama." Tutur Zara.

Dato' Mei Lin memegang pipinya.

"Dengar cakap Mama. Zara kena balik dulu jumpa dia." Ujar Dato' Mei Lin.

"Tapi macam mana kalau dia marah dan suruh Zara balik kl? Zara tak nak dia benci Zara Ma." Tuturnya.

"Bila masa tu datang. Barulah Zara buat keputusan untuk tetap dengan dia atau pun tinggalkan dia macam yang dia minta." Ujar Dato' Mei Lin.

Zara tidak tahu harus menjawab apa. Apa yang bisa dia lakukan sekarang. Hanya mengalirkan air mata. Dia kembali memeluk tubuh Dato' Mei Lin erat.

Aku tak tahu apa yang sepatutnya aku buat. Tapi aku ada dekat sini untuk dapatkan nasihat Mama. Mama lebih kenal dia dari aku. Benaknya.

_
YAHYA Duduk termenung di tepi sungai.

Flashback.

Ustaz Mansur melabuhkan punggung dihadapannya.

"Isteri awak dah balik ke sini?." Tanya Ustaz Mansur.

Dia tersenyum. Kepalanya digeleng perlahan.

"Belum lagi ustaz." Tuturnya.

Ustaz Mansur mengukir senyuman.

"Saya rasa awak pun dah tahu pasal perkara ni kan?." Tanya Ustaz Mansur.

Dia berkerut tidak mengerti.

"Perkara apa tu Ustaz?." Tanya dia.

"Lebih kurang dalam 3 minggu lagi. Ainul Mardhiah akan pulang dari Mesir." Tutur Ustaz Mansur.

Dia tersentak mendengarnya. Dia mula membuat kiraan didalam hatinya.

Ya. Dia baru sedar. Sudah hampir lima bulan dia hidup tanpa Ainul Mardhiah.

Saya akan tunggu awak.

Kata-kata terakhir Ainul Mardhiah sebelum bertolak ke Mesir kembali menerjah ingatannya.

"Saya yakin dia dah bagitahu awak pasal perkara ni. Dia juga ada minta saya untuk siapkan semuanya dan dia minta awak untuk tetapkan bila tarikh langsungnya." Tutur Ustaz Mansur.

Dia terdiam. Hatinya berbelah bagi. Wajah Zara mula terbayang dimatanya.

"Boleh kita tetapkan tarikh malam ni?." Tanya Ustaz Mansur.

Dia segera tersedar dari lamunannya. Seraya mengangguk kepalanya.

End Flashback.

"Yahya." Suara Fikri mematikan lamunannya.

"Fikri." Gumamnya.

Senyuman di ukir meski hati sedang tidak menginginkannya untuk tersenyum.

Fikri duduk disisinya.

"Kenapa bakal pengantin muka masam ni?." Tanya Fikri penuh makna.

Yahya menghela nafasnya panjang.

"Bakal pengantin." Gumamnya. Seraya tertawa kecil.

"Tapi isteri aku Fik?."

FIKRI Tersenyum. Dia memang sudah dapat mengagak kerana dia tahu Yahya sudah lama berpaling arah, dia tahu yang temannya itu sudah jatuh cinta kepada Zara. Buktinya sekarang dia merasa berat untuk mengahwini Ainul Mardhiah.

Sedangkan Yahya yang dia kenal, tidak pernah fikir soal dirinya itu sudah mempunyai isteri atau tidak sebelum ini. Apa yang dia tahu, dia akan tetap menikahi Ainul Mardhiah.

"Kau baru sedar kau ada isteri ke apa ni?." Tanya Fikri menyindir.

YAHYA Terdiam. Seraya menundukkan kepalanya.

Ya, Allah... Apa yang sepatutnya aku buat sekarang Ya, Allah... Tuturnya didalam hati.

_
MALAM Tadi. Semasa makan dia sudah memaklumkan kepada orangtuanya yang dia akan pulang hari ini.

Namun hubungannya dengan Dato' Mei Lin masih menjadi rahsia atas permintaan Dato' Mei Lin.

***

SETELAH Memasukkan semua barang-barangnya kedalam kereta. Dia menghampiri kedua orangtuanya untuk bersalaman.

"Dah bagitahu Yahya ke nak balik ni?." Tanya Tan Seri Rahmat.

Zara mengukir senyuman apabila Tan Seri Rahmat bercakap dengannya. Mana tidaknya? Sebulan dia dirumah itu. Tan Seri Rahmat bersikap dingin dengannya. Tidak menegurnya. Kalau tegur pun.. Dengan sindiran.

"Zara nak buat surprise dekat dia." Jawabnya.

Tan Seri Rahmat tersenyum lebar. Seraya mendepakan kedua tangannya.

Zara tersenyum memandang wajah Daddy-nya. Air matanya mengalir keluar dari tubirnya. Dia segera memeluk Tan Seri Rahmat.

"Maafkan Zara sebab selalu buat Daddy marah." Tuturnya.

Zara terpaksa. Tambahnya didalam hati.

"Daddy pun minta maaf dekat Zara." Tutur Tan Seri Rahmat.

PUAN Seri Mariam turut merasa hiba melihat anak dan suaminya. Kepala anaknya di usap lembut.

Di hatinya masih tertanya-tanya. Apa sebenarnya masalah yang cuba anaknya itu sembunyikan dari dia dan suaminya? Dan juga apa hubungan anaknya dengan Dato' Mei Lin?.

TAN Seri Rahmat memegang kedua belah pipi anaknya itu (Like This 👇)

"Sampai sana nanti. Minta maaf pada suami Zara. Sebab Zara dah tinggalkan dia seorang diri selama sebulan." Ujar Tan Seri Rahmat.

Zara tersenyum. Kepalanya diangguk perlahan.

Zara tak pernah tinggalkan dia Daddy. Tuturnya didalam hati.

_
ZARA Memeluk erat tubuh Eryn dan Melly.

"Terima kasih sebab sudi jadi kawan i lagi." Tuturnya.

Eryn dan Melly masing-masing menyeka air mata.

"Kita orang yang patut berterima kasih dengan you. You dah banyak ubah kita orang." Tutur Eryn sebak.

"Please... Jangan cakap macam tu. Segalanya bermula dari diri kita sendiri. Bukan orang lain. I cuma perantara je." Ujar Zara.

Melly segera memeluk Zara lagi.

"I'll miss you Zara." Tutur Melly.

Eryn tersenyum. Seraya memeluk mereka.

"Aku pun." Ujar Eryn.

Zara tersenyum. Dia membalas pelukan Eryn dan Melly.

"Aku akan selalu rindukan korang berdua." Tuturnya.

_
MEMBUNTANG Mata Zara apabila melihat kereta Pesona milik Faiq menghalang jalannya.

Dia mendengus, seraya memandu keretanya kebahu jalan dan keluar dari perut kereta.

Faiq turut keluar dari kereta.

"Faiq." Dia bersuara lantang.

Faiq berjalan menghampirinya.

"Awak nak pergi mana?." Tanya Faiq.

Dia mengeluh kecil.

Ish... Dia ni. Dah macam suami aku pulak. Aku pergi mana semua nak tahu. Tutur Zara dalam hatinya.

"Saya nak balik rumah suami saya." Jawabnya.

"Sampai hati awak tak jumpa saya dulukan.." Tutur Faiq.

"Sorry. Saya tergesa-gesa. Tak teringat nak jumpa awak." Ujarnya memberi alasan.

Faiq menapak kehadapan menghampirinya.

Sementara dia pula menapak kebelakang, menghindari Faiq.

"Kalau awak balik. Macam mana dengan Alisa?." Tanya Faiq.

Terkejut Zara mendengarnya. Ya. Dia akui memanglah dia rapat dengan Alisa. Itu pun kerana dia kasihan melihat Alisa yang tidak mempunyai ibu. Tapi dia masih mempunyai kehidupan sendiri. Lagipun Alisa bukannya tiada sesiapa. Dia masih ada Faiq. Fikirnya.

"Faiq. Saya ada suami. Alisa kan ada awak." Ujar Zara.

"Tapi dia nak awak. Awak Mama dia." Ujar Faiq lagi.

"Faiq. Saya bukan Mama Alisa. Mama Alisa ialah isteri awak, kalau awak kahwin nanti." Ujar Zara.

Faiq mengangkat kedua tangannya mahu memegang bahu Zara.

Namun Zara pantas menghindar sambil bersuara tegas.

"Faiq!."

Faiq kembali menurunkan tangannya.

"Sorry. Saya tak sengaja." Tutur Faiq.

"Zara. Please don't go. Alisa perlukan awak." Tutur Faiq lagi.

Dia terkejut mendengar permintaan Faiq.

"Kenapa dengan awak ni?. Saya ada suami Faiq!. Saya kena balik dekat suami saya. Alisa bukan anak saya." Ujar Zara tegas.

Faiq menundukkan kepalanya.

"Sudahlah Faiq. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum." Tutur Zara, seraya berpaling dari Faiq.

"Awak ingat saya tak tahu yang awak ada masalah dengan suami awak." Ujar Faiq lantang.

Zara terkejut mendengarnya, seraya menoleh kembali kearah Faiq. Dia tidak menyangka kalau Faiq akan berkata demikian.

"Apa awak cakap ni?." Dia merenung tajam wajah Faiq.

"Saya cakap perkara yang betulkan!." Ujar Faiq.

"Awak rasa awak tahu kisah hidup saya. Awak ingat saya tak tahu yang awak cuba gunakan Alisa untuk dapatkan saya." Balas Zara.

Kali ini Faiq terdiam. Dia tidak dapat menafikan kata-kata Zara, kerana apa yang dikatakan Zara itu benar.

"Awak kata awak kawan saya. Jadi tolonglah saya kalau saya ada masalah!. Bukannya menaguk di air yang keruh macam ni.." Ujar Zara kesal.

"Sudahlah Faiq. Saya gerak dulu. Assalamualaikum." Akhiri Zara.

Dia berpaling dan bergegas masuk kedalam keretanya.

Lega rasanya dapat melepaskan apa yang terbuku dihatinya selama ini. Sememangnya dia tahu niat Faiq dari awal lagi. Tapi sengaja dia buat-buat tak faham dan dia memang tak mahu faham pun kerana hatinya sudah dimiliki.

_
YAHYA Mengerutkan dahinya saat melihat Alza berwarna putih dihadapan rumahnya.

"Zara." Gumamnya.

Bibirnya menguntum senyuman dan anpa berfikir panjang dia segera berlari masuk ke dalam rumah.

TBC.

Sis Eja: Sorry sebab lambat update. Ok. Sis nak bagitahu yang sis akan update setiap hari, tapi tak tepat waktu. Mungkin malam, mungkin petang dan kalau sis tak update hari ni. Esok. Promise ✋ Double Update. Thanks kepada yang sudi tunggu. juga pada yang baca, komen dan vote cerita sis. I really appreciate it 😘😘😘

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

'Bukan Kekasihku' By: irenneiwana

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro