✔ Bab 31: Udara Pahit. ✔
MEMBUNTANG Mata Zara apabila melihat wajah ibu mertuanya didalam majalah bisnes yang dia ambil dari bilik pejabat Daddy-nya.
"Means dia bukan orang biasa. Patutlah aku macam pernah nampak." Getusnya.
Dia menutup majalah tersebut, seraya menyandarkan kepalanya dekat kepala katil.
_
DUA Minggu telah berlalu. Dia semakin cekal mengharungi hidup di dunia lamanya tanpa suaminya disisi.
Senyuman sudah kembali terukir diwajahnya. Meskipun hatinya masih terluka. Harapannya untuk mendapat kemaafan dari suaminya masih menggunung.
Dia tidak menghubungi atau menghantar pesanan kepada suaminya atas nasihat ibu mertuanya yang masih tidak tahu tentang hubungan sebenar dia dan ibu mertuanya.
Dia masih duduk dirumah keluarganya. Meski pun Daddy-nya sering memerlinya. Namun dia hanya memekakkan telinga dan tidak mengendahkan kata-kata Daddy-nya.
Setiap hari dia akan ke masjid untuk mengaji dan belajar ilmu agama bersama Eryn dan Melly. Di sana ada ustazah yang mengajar mereka.
Sementara Faiq pula. Tidak pernah mengenal arti jemu menganggunya. Dengan memberi alasan Alisa yang mahu bertemunya.
_
YAHYA Melepaskan keluhan kecil. Melihat kemesraan Fikri dan Laila setiap hari. Membuatkan dia teringat kepada Zara.
Kenapa dengan aku ni?. Dah dua minggu dah. Kenapa aku masih tak boleh lupakan dia lagi. Getus hatinya.
Dia melihat telefon pintarnya diatas meja.
Dah dua minggu. Langsung tak ada khabar. Dia pun tak ada hubungi aku. Dia betul-betul dah lupakan aku ke?. Getus hatinya lagi.
Ahh... Kenapa aku tak habis-habis fikirkan dia ni. Bentak hatinya.
Melihat panggilan masuk di telefon pintarnya. Pantas dia mencapainya. Namun nama yang tertera diskrin, tidak seperti yang diharapkan sekarang. Tetapi senyuman tetap terukir dibibirnya melihat nama pemanggil.
'Ying.'
Dia menjawab panggilan.
"Hello. Ying." Sapanya terlebih dahulu.
"Abang tengah buat apa? Sibuk ke? (ccc)."
"Tak adalah busy. Tapi abang ada dekat office ni (ccc)." Ujarnya.
"Abang sihat? (ccc)."
"Sihat. Ying sihat? Mama sihat? (ccc)." Tanya Yahya.
"Ying sihat. Mama pun sihat. Mama ada anak angkat baru sekarang (ccc)."
Tersentak dia mendengarnya.
"Anak angkat?. (ccc)." Gumamnya.
Sampai hati Mama. Anak mama sendiri mama buang (ccc). Benaknya.
Tiba-tiba hatinya merasa hiba. Air jernih mulai bergenang ditubir matanya.
"Anak angkat perempuan. Muda setahun dari Ying (ccc)."
Dia sedikit merasa lega apabila Fang Ying memberitahunya anak angkat Mamanya ialah perempuan.
"Chinese? (ccc)." Tanya Yahya.
"Nope!. Melayu (ccc)."
Dia sekali lagi tersentak.
"Melayu?. Anak angkat mama islam? (ccc)." Tanya dia.
"Yah... Dah nama pun melayu kan (ccc)."
Air matanya, akhirnya mengalir membasahi pipinya.
"Kalau kamu tak balik pada agama kita. Anggap sahajalah i bukan Mama you (ccc)"
Kata-kata Dato' Mei Lin 4 Tahun lepas kembali menerjah ingatannya. Dia segera menyeka air matanya.
"Abang. Kakak ipar Ying apa khabar? (ccc)."
Lagi-lagi soalan menyentakkannya.
"Dia.. Dia... Dia sihat (ccc)." Tuturnya tergagap-gagap.
Abang harap dia sihat Ying (ccc). Tuturnya dalam hati.
"Cepat-cepatlah sikit bagi Ying anak saudara. Ying tak sabar nak jadi makcik ni (ccc)."
Dia tersentak mendengar permintaan Fang Ying.
"Abang! (ccc). Do you hear me?."
Yahya tersedar. Dia berpura-pura batuk.
"Ying. Abang nak kena kerja ni. Next time kita borak lagi ok (ccc)." Tuturnya ingin segera mengakhiri perbualan.
"It's ok. Nanti balik rumah. Peluk dan ciumkan Kak Zara untuk Ying ok. Bye."
Talian dimatikan oleh Fang Ying. Yahya berkerut dahi. Dia teringat saat dia mencium ubun-ubun Zara sehari sebelum dia terbang ke tanah suci.
Perlahan bibirnya menguntum senyuman. Namun dia segera tersedar. Telefon pintar yang masih ditangannya, dipandang lama.
"Awak betul-betul pilih kehidupan lama awak ke?." Gumamnya tanpa sedar
_
DATO' Mei Lin Melangkah keluar dari lif.
"Dato' Mei Lin."
Wanita itu berpaling saat mendengar namanya dipanggil
"Tengku Farhan. Che' Puan Yana." Gumamnya.
Senyuman dibibirnya terukir lebar melihat teman baik suaminya itu bersama isterinya. Seraya berpelukan dengan isteri lelaki tersebut.
"Lama tak jumpa you. You buat apa sekarang?." Tanya Che' Puan Yana.
"I memang busy sikit sekarang ini. Tengah uruskan pemindahan saham syarikat i dengan suami i." Tuturnya.
Tengku Farhan dan isterinya berpandangan antara satu sama lain.
"Pindah? Ke mana?." Tanya mereka serentak.
Dato' Mei Lin menundukkan kepalanya.
"It's ok. Jom kita pergi minum." Cadang Che' Puan Yana.
_
DATO' Mei Lin berdiri di balkoni biliknya. Pandangannya mendongak ke langit.
Perbualannya dengan Tengku Farhan dan isteri Tengku Farhan tempoh hari masih mengganggu fikirannya.
Flashback.
"Cerita pasal Tan Seri Rahmat. Anak lelaki you. Lim dekat mana sekarang?."
Dia tersentak mendengar soalan Tengku Farhan.
"Dia.. Dia ada dekat.." Lidahnya kelu. Tidak tahu harus menjawab apa.
Kerana tiada siapa yang tahu yang dia telah menghalau anak lelakinya itu kecuali Tan Seri Rahmat. Itu pun baru tahun ini dia memberitahu Tan Seri Rahmat.
"You pernah jumpa menantu Tan Seri Rahmat?."
Belum dia menjawab soalan Tengku Farhan yang pertama. Tengku Farhan sudah mengajukan soalan lain.
"Menantu Tan Seri Rahmat?. I tak tahu pun." Balasnya.
"I pun baru tahu masa sambutan harijadi i hari tu. Dia ada bawa menantu dia. Katanya buat majlis kecil-kecilan. Ahli keluarga je. Memang tak panggil media." Ujar Tengku Farhan.
"Tapi pelikkan. Kenapa dia buat macam tu!." Giliran Che' Puan Yana pula bersuara.
"Mungkin ada sebab tertentu kenapa dia buat macam itu." Ujar Dato' Mei Lin.
"Tapi bukan itu yang i nak cakap sekarang. I nak bagitahu you yang muka menantu dia sebiji macam muka Lim, anak you." Ujar Tengku Farhan.
End Flashback.
Jadi. Yang aku jumpa semasa majlis itu. Memang Lim (ccc). Benaknya.
"Tapi. Macam mana dia boleh jadi menantu Rahmat? (ccc)." Getusnya.
"I don't even know Rahmat Daughter look." Keluhnya.
Nama anak Tan Seri Rahmat juga dia sudah lupa. Wajah semasa anak Tan Seri Rahmat masih kecil. Dia ingatlah. Tetapi sejak gadis itu menginjak dewasa. Dia tidak pernah lagi melihat gadis itu. Terpandang sekilas adalah. Tetapi manalah dia ingat raut wajah gadis itu.
"Aku kena pergi cari jawapan sekarang (ccc)." Tuturnya kepada diri sendiri.
Dia bergegas masuk kedalam.
_
ZARA Sedang termenung sendiri di balkoni biliknya.
Tiba-tiba matanya menangkap sosok yang amat dikenalinya dibawah. Matanya dikecilkan untuk memastikan dia tidak salah.
"Mama." Gumamnya.
Dia segera masuk kedalam biliknya. Jantungnya berdegup laju.
"No! Mama belum tahu lagi. Aku yakin. Dia datang untuk jumpa Daddy." Ujar Zara cuba menenangkan dirinya sendiri.
"Tapi Daddy-kan dekat office." Gumamnya lagi.
Dia berjalan mundar-mandir didalam biliknya. Kuku jari tangannya digigit tanpa sedar.
"Macam mana kalau dia dah tahu?. Matilah aku." Selorohnya, seraya melabuhkan punggungnya di atas katil.
Tidak lama kemudian. Terdengar bunyi ketukan dipintu biliknya.
Dia bingkas berdiri.
"Siapa?." Tanya dia.
"Mummy." Kedengaran suara Puan Seri Mariam dari luar.
Dia bergegas membuka pintu.
"Ada apa Mummy?." Tanya dia.
"Kawan Mummy nak jumpa Zara." Tutur Puan Seri Mariam.
Bagai mahu luruh jantung Zara mendengarnya.
_
PUAN Khadijah meletakkan secawan kopi panas diatas meja dihadapan suaminya. Kemudian dia duduk berhadapan dengan suaminya.
Ustaz Mansur memandang raut wajah isterinya yang kelihatan risau.
"Kenapa dengan awak ni? Masam je muka." Tanya Ustaz Mansur.
"Jah risaulah Abang." Puan Khadijah mula bersuara.
"Siapa pula yang awak risaukan ni?." Tanya Ustaz Mansur.
"Siapa lagi?. Anak kitalah Ainul." Tutur Puan Khadijah.
Ustaz Mansur tersenyum. Kini dia faham apa yang dirunsingkan isterinya. Sejujurnya dia turut merunsingkan hal yang sama.
Dia sendiri tidak faham dengan sikap anak gadisnya itu. Banyak-banyak lelaki didalam dunia ini. Mengapa mesti Ustaz Yahya juga yang dia mahukan, sehingga sanggup untuk menjadi isteri nombor dua.
"Awak tak payah risau sangat. InsyaAllah... Allah tahu apa yang dia buat." Tutur Ustaz Mansur menenangkan isterinya.
Puan Khadijah mengukir senyuman. Namun rasa runsing tetap ada dalam hatinya.
_
YAHYA Tersenyum kelat melihat kemesraan Fikri dan Laila.
"Saya rindu awak Zara." Gumamnya tanpa sedar.
Dia melarikan pandangannya kearah telefon pintarnya yang berbunyi menandakan pesanan whatsapp masuk.
Telefon pintar miliknya itu dicapai.
Ustaz Mansur.
Assalamualaikum. Yahya.
Boleh kita jumpa malam ni.
Di rumah saya.
Berkerut dahi Yahya membaca pesanan itu.
"Ada apa Ustaz nak jumpa aku?." Getusnya.
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro