Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 3: Cubaan Pertama. ✔

ZARA Duduk di buaian luar dekat halama rumah. Matanya fokus di skrin telefon pintar miliknya.

Kesibukan tetamu yang datang. Langsung tidak dihiraunya.

"Zara"

Dia memutarkan bebola matanya sebelum memandang Puan Seri Mariam yang sedang berdiri didekatnya itu

"Nak apa Mummy?."Tanya dia.

"Asyik belek phone je dari tadi. Cepatlah... Tetamu dah semakin ramai tu, pergilah layan mereka."Ujar Puan Seri Mariam.

Dia bingkas berdiri dan menghadap Puan Seri Mariam.

"Mummy dengan Daddy yang pandai-pandai nak buat majlis doa selamat kan. Zara pun tak diberitahu. So. Layan je lah sendiri!. Tak payah nak libatkan Zara."Ujarnya lantang.

Beberapa pasang mata para tetamu memandang kearahnya dan Puan Seri Mariam.

"Zara!."

Terhinjut bahu Zara kerana terkejut dengan herdikan Tan Seri Rahmat yang tiba-tiba sahaja muncul. Entah dari mana.

Dia menoleh kearah Tan Seri Rahmat.

"Kenapa ni? Asyik nak melenting je."

Dia menundukkan kepalanya. Ada rasa gerun dihatinya melihat wajah bengis Tan Seri Rahmat yang sudah lama tidak dilihatnya itu.

"Mummy ni."

Dia menuding jari kepada Puan Seri Mariam.

"Zara nak"

"Shut up!"

Herdik Tan Seri Rahmat memotong kata-katanya.

Terhinjut bahunya kerana terkejut.

"Makin lama. Makin melampau!."

Puan Seri Mariam memeluk lengan suaminya.

"Abang dahlah tu. Orang ramai ni."Tuturnya cuba meredakan kemarahan sang suami.

Tan Seri Rahmat memandang tajam wajah anaknya itu.

"Zara jangan ingat Daddy dengan Mummy diamkan perangai Zara selama ni. Maksudnya kami suka dengan perangai Zara ya."Ujarnya.

S

akitnya hati aku. Dahlah salah mereka. Aku jugak yang kena marah.

Aku membuang pandangan ku kearah lain. Penat rasanya mahu mengikut kehendak mereka ini. Tidak cukupkah mereka menyiksa aku dengan memaksa aku untuk ikut menunaikan umrah bersama mereka.

Tiba-tiba.

"Assalamualaikum. Tan Seri."

Seseorang lelaki menyapa Daddy.

Daddy dengan Mummy pun apa lagi? Berubah 360 darjahlah air muka mereka.

Bibir aku menguntum senyuman sebelum menoleh kearah lelaki berkenaan.

Membulat mataku saat melihat wajah lelaki yang sedang bersalaman dengan Daddy itu.

"Waalaikumsalam. Alhamdulillah... Sampai jugak Ustaz ke rumah kami."Tutur Daddy.

Aku terpegun melihat senyuman yang terukir dibibirnya.

Kenapa aku rasa berdebar pulak ni. Come on Zara. Ini cabaran. Kalau kau tak dapat tawan hati Ustaz ni. Malulah kau.

Daddy tiba-tiba menarik aku rapat dengannya.

"Ustaz. Kenalkan. Ini anak kami. Zara Azzalea."

Apa Daddy ni? Biarlah aku introduce diri aku sendiri.

Aku menjeling Daddy dan kembali memandang wajah lelaki yang baru sahaja bersalaman dengan Daddy itu.

Mataku tidak lepas memandang anak matanya. Untuk melihat, apakah matanya akan memandangku..

Seperti yang dijangkakan. Dia memandangku dan cepat-cepat mengalihkan pandangannya kepada Daddy.

Sakitnya hati aku dengan kau ni Ustaz Yahya.

Sabar Zara. Sabar. Senyum. Ingat misi kau.

Senyuman aku ukir seikhlas mungkin.

"Silakan masuk Ustaz."Tuturku ramah kepadanya.

Dia hanya mengangguk dan berlalu kedalam.

Zara menoleh kearah Tan Seri Rahmat dan Puan Seri Mariam.

"Sorry. I have to go."Kataku dan berlalu meninggalkan mereka.

***

ZARA Berjalan menghampiri Yahya yang sedang duduk seorang diri di salah satu meja makan.

Ehem... Dia berdehem sopan.

Yahya mendongak untuk melihat gerangan yang menghampirinya.

Dan dia kembali menunduk setelah melihat Zara.

"Cik Zara."Gumamnya bersahaja.

Zara tersenyum dan menarik salah satu kerusi dekat meja itu sebelum melabuhkan punggungnya disitu.

Yahya mula tidak senang duduk apabila melihat Zara duduk dihadapannya. Namun kepalanya tetap menunduk.

Zara tersenyum melihatnya.

Dia mengangkat kedua sikunya keatas meja dan menongkat dagu, sambil menatap Yahya. (Like This 👇)

"Cik Zara ada nak cakap sesuatu ke?"

Yahya akhirnya bersuara untuk menghilangkan rasa janggalnya.

Zara tertawa kecil.

"Tak payahlah bercik-cik. Panggil Zara je."

Yahya tersenyum mendengar pelawaan Zara.

"Zara ada nak cakap sesuatu ke?."Tanya Yahya sekali lagi.

"Tak ada apa. Saje nak tengok Ustaz makan. Sebab Ustaz nampak sexy bila makan."Tutur Zara mengusik.

Yahya memandang Zara kerana terkejut dengan kata-kata berani gadis itu.

Zara mengeyitkan sebelah matanya saat mata Yahya memandangnya.

Yahya kembali menunduk. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tahu mengapa setiap kali dia berhadapan dengan gadis ini. Degupan jantungnya menjadi keras.

"Ustaz...."

Zara menggerakkan tangan kanannya mahu menyentuh tangan kiri Yahya yang berada di atas meja.

Namun sepantas kilat Yahya menarik tangannya.

Zara menjulingkan matanya kesal. Dia menarik kembali tangannya dan kembali mengukir senyuman.

"Awak nak apa ni sebenarnya?."

Tanya Yahya lebih tegas kali ini, namun masih tetap menunduk.

Zara tersenyum.

"Ustaz ni... Kalau ya pun malu... Pandanglah saya bila bercakap tu."Tuturnya didalam nada manja.

Ehem... Yahya berdehem.

"Kalau tak ada apa. Saya minta diri dulu."

Yahya menolak kebelakang kerusi yang dia duduk.

"Ustaz nanti."

Pergerakan Yahya terhenti.

"Ok. Saya tak kacau Ustaz."

Yahya tidak jadi untuk bangun. Wajah Zara dipandang sekilas untuk memastikan gadis itu serius. Dia menarik kembali kerusinya ke hadapan.

Kedua mereka membisu.

Dan Yahya meneruskan makannya.

Selang berapa detik. Zara kembali bersuara.

"Sebenarnya. Saya nak kenal dengan Ustaz."

Yahya tersedak mendengarnya. Air didalam gelas cepat-cepat diteguknya.

Zara memutarkan bebola matanya.

"Ustaz ok ke tak ni."Dia berlakon prihatin.

"Saya ok."Yahya mengangguk.

Zara melepaskan keluhan.

"Back to the Story."

Yahya menunduk, tidak meneruskan makan.

"Saya nak berkenalan dengan Ustaz. Ya, memang saya dah kenal Ustaz. Tapi kalau boleh saya nak kenal dengan lebih dekat lagi."Tutur Zara.

Yahya bingkas bangun dari tempat duduknya.

"Sorry. Saya ada hal sikit dekat sana. Saya pergi dulu."Tutur Yahya.

"Ta. Tapi Ustaz."

Zara cuba menahan Yahya. Namun Yahya tidak menghiraukannya dan terus berlalu meninggalkannya.

Zara Merengus kasar.

***

AKU Melihatnya dari jauh. Dia sedang beramah mesra dengan Daddy dan kawan-kawan Daddy.

Kau betul-betul dah mencetuskan perang Ustaz Yahya. Aku nak goda kau cara baik, cara sopan. Tapi kau, langsung tak pandang aku kan.

Siaplah kau!.

Aku terpandang segelas jus oren yang masih sejuk diatas meja. Aku mencapainya dan melangkah laju menghampiri mereka.

Niatku hanya satu. Untuk menumpahkan jus oren tersebut pada pakaiannya.

Namun disaat langkah aku semakin hampir dengan mereka. Seorang kanak-kanak telah melanggarku dan menyebabkan air tersebut tumpah membasahi pakaian aku.

Aku mengetap bibir geram dan menoleh kebelakang, ingin memerahi kenak-kanak itu.

Namun belum sempat aku berbuat apa-apa. Daddy memegang lengan aku, menahan aku dari melakukan perkara yang tidak sepatutnya.

"Zara please. Dia tak sengaja."Ujar Daddy.

Aku memandang sekilas wajahnya dan tersenyum kepada Daddy.

"Ustaz."

Spontan Daddy bersuara.

Rupanya. Baju dia turut terkena air tadi. Bahkan lebih banyak dari aku.

Dengan kesempatan yang ada. Aku segera menyentuh lengannya yang berlapik baju.

"Ustaz pun kena. Maaf Ustaz. Saya tak sengaja"Tuturku.

Yahya memandang Zara kerana terkejut dengan tindakan gadis itu.

Zara tersenyum dan perlahan menarik tangannya.

"Sorry."Suaranya lunak menggoda.

"Ustaz. Mari saya bawa ke bilik tetamu, untuk Ustaz bersihkan pakaian Ustaz."Tutur Tan Seri Rahmat Prihatin.

Aku menjeling Daddy.

Potong je Daddy ni.

Tiba-tiba idea nakal aku muncul.

Aku memegang lengan Daddy.

"It's ok Daddy. Biar Zara yang bawakan. Kebetulan Zara punya baju pun basah. Nanti Zara bagitahu Mak Timah."Ujarku memasang perangkap.

Dan tanpa berprasangka. Daddy mengiyakan.

"Oklah kalau macam tu."Kata Daddy.

Membulat mata Yahya mendengar pelawaan Zara.

"Tak apalah Tan Seri. Sikit je ni."Ujarnya cuba mengelak.

Zara memutarkan bebola matanya menyampah.

Nak mengelaklah tu. Benaknya berkata.

"Ustaz. Janganlah segan dengan saya. Tak apa. Ustaz pergilah cuci sedikit pakaian Ustaz."Tutur Tan Seri Rahmat.

Yahya tersenyum kelat mendengar kata-kata Tan Seri Rahmat.

"Mari Ustaz."Tutur Zara sopan.

Yahya terpaksa akur demi menjaga hati dan air muka Tan Seri Rahmat dihadapan teman-temanya.

PINTU Bilik tetamu dibuka selebarnya oleh Zara. Dia kemudian menoleh kearah Yahya yang berada dibelakangnya.

"Masuklah."Pelawanya.

Yahya memandang Zara sekilas dan masuk kedalam bilik tersebut.

Zara meletak tangannya di bingkai pintu sambil matanya terus memandang Yahya yang dari tadi menunduk.

"Zara. Please.."Rayu Yahya.

"Okey.. Okey.."

Zara menurunkan kembali tangannya dan pergi.

Yahya menutup pintu bilik dan menguncinya dari dalam.

Sebaik mencuci kurtanya yang basah terkena jus oren tadi. Dia meletakkan kurta tersebut diatas katil secara terbentang.

Dia masuk semula kedalam bilik mandi untuk mencuci tubuhnya yang melekit terkena air oren yang meresap pada kurta yang dipakainya.

ZARA Membuka pintu bilik tetamu yang dimana Yahya ditempatkan, menggunakan kunci.

Dia memasukkan kepalanya terlebih dahulu untuk melihat keadaan sekeliling.

Dia tersenyum mendengar bunyi air didalam bilik air. Bererti Ustaz Yahya masih didalam.

Dia pun masuk kedalam bilik dan merapatkan pintu bilik sebelum menekan tombol mengunci pintu dari dalam.

Senyuman terukir dibibirnya apabila melihat kurta berwarna peach yang dikenakan Yahya tadi kini terbentang diatas katil.

"Ustaz.. Ustaz pun. Kau tetap manusia biasa. Kau tetap lelaki. Kau tetap ada nafsu macam lelaki lain."Tuturnya.

Tangannya melepas butang baju kurung moden yang dipakainya. Selendangnya dilepaskan dari kepala dan dicampak ke lantai.

Dia mengambil gelas yang berisi air kosong diatas meja dan menuang ke dada dan kepalanya sebelum dia mengambil tuala dari dalam almari dan dibawa menuju kearah bilik mandi.

Yahya keluar dari bilik air dan menutup kembali pintu bilik air.

Dia berjalan menghampiri katil. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Zara di dalam bilik itu.

Zara menelan air liurnya. Dia terpana melihat tubuh sasa yang dimiliki jejaka berdarah cina itu.

Oh my god. Kalau jadi boyfriend betul pun tak apa ni. So sexy. Benaknya berkata.

Namun dia segera tersedar dari lamunannya.

Kau gila ke Zara? Ustaz tu. Dia mengingatkan dirinya sendiri.

Ehem... Dia berdehem kecil.

"Wow... Saya tak sangka Ustaz ada six-pack yang begitu menggoda."Tuturnya.

Yahya yang terkejut mendengar suara asing didalam bilik itu. Segera menoleh kebelakang.

"Zz.. Zara.. Awak."Tutur Yahya gugup.

Dia menjadi tidak keruan saat melihat keadaan Zara dengan rambut dan baju yang basah.

Dia segera berpaling dari Zara.

"Apa yang awak buat ni Zara?."

Suaranya terketar-ketar.

Zara tersenyum. Dia berjalan menghampiri Yahya.

Kedua tangannya dibawa kehadapan tubuh Yahya dengan menempelkan bahagian hadapan tubuhnya di belakang tubuh Yahya.

"Saya cuma nak bagi tuala ni dekat Ustaz."Bisiknya menggoda. Tepat ditepi telinga Yahya.

Yahya pantas menoleh kebelakang dan melangkah berapa tapak kebelakang, menjauhi Zara.

Peluh membasahi dahinya.

Zara tersenyum. Tuala ditangannya dilepaskan diatas lantai.

Yahya melihat tuala yang dilepaskan Zara kelantai.

"Cuba Ustaz bayangkan. Kalau saya tengah pakai tuala tu dan dia jatuh atas lantai. Macam mana dia jatuh sekarang."Tutur Zara menggoda.

Yahya kaku ditempat dia berdiri.

Zara tersenyum dan membuka langkah menghampiri Yahya.

"Ustaz boleh tolong saya tak?."Tanya dengan suara lunak menggoda.

Yahya segera berpaling dari Zara. Dia mencapai bajunya diatas katil.

"Maafkan saya."Ujar Yahya.

Dia segera keluar dari bilik tanpa mengenakan pakaian terlebih dahulu.

Zara tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat Yahya yang sanggup keluar tidak berbaju. Hanya untuk mengelak darinya.

Dia merengus kasar, apabila rancangannya gagal lagi..

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro