Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 29: Dugaan. ✔

YAHYA Menjeling sekilas telefon pintarnya yang tidak berhenti berdering dari tadi.

"Sudahlah Zara." Ujarnya, seraya mengambil telefon pintar miliknya itu dan dilempar keatas sofa.

Beg besarnya ditarik keluar untuk mengemas barang-barang untuk pulang ke Malaysia besok.

_
SENYUMAN Terukir dibibirnya, apabila panggilan telefonnya akhirnya dijawab sang suami.

"Assalamualaikum. Ustaz.." Dia mendahului.

"Waalaikumsalam. Awak nak apa?."

Suara dingin Yahya di talian, membuatnya gugup.

"Saya minta maaf sebab tutup telefon." Tuturnya.

"Itu je awak nak cakap?."

Sedar akan kesalahannya. Dia tetap mengukir senyuman, meskipun terkilan dengan sikap Yahya yang acuh tidak acuh sahaja melayannya.

"Esok ustaz datang sini ambil sayakan?." Tanya dia menukar topik perbualan.

"Rasanya tak kot... Sebab saya banyak kerja ni.. Tak ada masa."

Zass... Hatinya tercalar mendengar jawapan Yahya. Air matanya bergenang serta-merta.

"Tak apalah kalau macam tu. Saya balik sana sendiri. Kereta sayakan ada dekat sini.." Tuturnya lembut.

3, 4 detik... Tiada jawapan dari Yahya.

"Ustaz..." Dia bersuara.

"No!".

Tersentak dia mendengarnya. Apa maksud suaminya itu?. Fikirnya.

"Awak tak perlu balik sini. Saya rasa lebih baik awak duduk je dekat sana dulu. Sebab saya tak nak tengok muka awak sekarang..."

Air mata yang tadi berada dikelopaknya, perlahan jatuh membasahi pipi mulusnya.

"Tapi kenapa?. Takkan sebab saya off phone je. Ustaz dah tak nak tengok muka saya lagi." Tuturnya pilu.

"Sudahlah Zara... Awak payah nak mempersoalkan keputusan saya. Just take your time for 1 or 2 month in kl."

Air matanya mengalir deras membasahi pipinya.

"No!. Saya tak nak!. Saya nak balik sana jugak!. Saya"

"Awak jangan degil boleh tak!."

Dia terdiam mendengar suara tegas Yahya dari dalam talian.

"Tapi kenapa?." Tanya dia dengan air mata bercucuran.

"Come on Zara... Saya tengah bagi awak peluang sekarang ni... Peluang yang awak tak pernah dapat sejak awak jadi isteri saya. Peluang untuk awak buat keputusan apa yang awak nak dalam hidup awak."

Dia menggeleng kepalanya mendengar kata-kata Yahya.

"Tapi saya tak nak!. Saya nak balik sana sekarang... Saya rindu pondok, saya rindu suasana dekat sana, saya"

Dia terdiam sejenak.

"Saya rindukan ustaz." Tuturnya perlahan.

"Saya tak izinkan awak balik sini."

"Tapi..."

"Awak jangan pandai-pandai balik sini sendiri!."

Dia terdiam. Air matanya terus mengalir. Dia tidak mampu lagi membetah kata-kata insan yang bergelar suami itu. Telefon pintarnya dilepas perlahan, seraya menyandarkan kepalanya dekat kepala katil.

Kenapa ustaz buat saya macam ni?. Saya bukannya minta ustaz balas cinta saya atau hargai cinta saya. Tapi cukuplah ustaz izinkan saya berada disisi ustaz. Itu je... Tutur hatinya pilu.

_
SUDAH Masuk hari keempat dia pulang dari tanah suci. Duduk dirumah sendiri, dia merasakan tidak lengkap hidupnya.

Tiada lagi sarapan yang biasa tersedia diatas meja, setiap pagi. Tiada lagi wajah yang selalu membuatnya tersenyum tanpa sedar.

Dia melepaskan keluhan berat. Tasik yang terbentang luas dihadapannya, dipandang kosong. Tidak mahu rasanya dia pulang kerumah, kerana tidak mahu di ulik rasa rindu kepada sang isteri.

FIKRI Berkerut dahi apabila melihat Yahya yang sedang duduk sendiri ditepi tasik. Dia segera menghampiri Yahya dan duduk disisi temannya itu.

"Assalamualaikum..." Sapanya.

Lamunan Yahya terhenti serta-merta. Dia menoleh sekilas melihat Fikri.

"Waalaikumsalam..." Jawabnya.

Fikri mengukir senyuman kepada Yahya. Hmm... Mana pernah tidak tersenyum wajah itu. Benak Yahya.

"Dah habis zikir petang?." Tanya Fikri."

Yahya sekadar mengangguk.

"Bila kau nak balik Kl?." Tanya Fikri.

Yahya mengeluh kecil mendengar soalan dari Fikri.

"Apa yang aku nak buat kalau aku balik sana?." Dia balik bertanya.

"Aduh... Encik Abang... Tak rindu ke dekat Cik adik dekat sana. Dah dua minggu lebih tak jumpa. Pergi balik sana dan bawa dia balik sini... Barulah ada senyuman terhias diwajah kau tu..." Tutur Fikri.

Senyuman terlakar dibibir Yahya. Tetapi tidak lama.

"Apa guna kalau aku je yang rindukan dia?." Tanya dia.

Fikri terdiam seketika mendengar soalannya.

"Kau ni kenapa?. Hari tu aku tengok kau ok je dengan dia sebelum pergi. Ini belum jumpa lagi dah tak ok?." Tutur Fikri.

Dia menghela nafas panjang.

"Entahlah... Fik. Aku sebenarnya pun pening. Aku tak tahu apa yang dia nak. Sometime aku rasa diri aku ni macam diperbodohkan je." Tuturnya

"Eh.. Kau ni. Tak baik cakap macam tu. Diakan isteri kau. Kalau ada salah faham. Pergilah bersemuka dengan dia.. Berbincang." Ujar Fikri

"Ini bukan lagi salah faham Fikri." Tuturnya.

Fikri berkerut dahi, tidak mengerti dengan apa yang di ucapkan Yahya.

Yahya menghela nafas panjang. Seraya berkata.

"Tak apalah... Aku pun dah buat keputusan dan aku yakin dengan keputusan aku kali ni. Aku tak akan melukai sesiapa melainkan diri aku sendiri."

"Maksud kau?." Tanya Fikri.

"Aku pilih Ainul Mardhiah... Aku yakin dialah cinta sejati aku..." Tuturnya.

FIKRI Terdiam setelah mendengar apa yang baru keluar dari mulut Yahya.

Seraya membuang pandangannya ketasik dihadapannya.

"Baguslah kalau kau dah yakin dengan keputusan yang kau buat. Tapi satu aku nak ingatkan kau. Kalau apa yang berlaku, tak sama macam apa yang kau fikir. Dan kalau keputusan yang kau ambik ni tak betul. Kau bukan sahaja melukakan Ainul. Tapi dia jugak..." Tutur Fikri penuh makna.

_
ZARA Menapak laju menuruni anak tangga.

"Zara."

Langkahnya terhenti apabila mendengar namanya dipanggil oleh Tan Seri Rahmat.

"Where are you going?." Tanya Tan Seri Rahmat yang sedang berdiri tepat dihadapannya.

"Zara nak keluar kejap.. Jumpa kawan." Tuturnya.

Air muka Tan Seri Rahmat apabila mendengar jawapannya. Dia berpaling kearah lain, berpura-pura tidak faham mengapa Tan Seri Rahmat demikian.

"Dah empat hari Yahya balikkan?. Bila dia nak datang jemput Zara dekat sini?." Tanya Tan Seri Rahmat.

Dia tersentak mendengar soalan Tan Seri Rahmat. Dia kembali teringat perbualannya dengan Yahya didalam talian tiga hari lalu.

Saya tak izinkan awak balik sini. Kata-kata itu kembali terngiang ditelinganya. Air matanya bergenang serta-merta.

Kalaulah Daddy tahu apa sebenarnya yang berlaku... Apa agaknya reaksi Daddy?. Tuturnya dalam hati.

Dia menundukkan kepalanya, cuba menyembunyikan air mata yang mulai bergenang dikelopak matanya.

Tapi aku tak boleh bagitahu Daddy perkara sebenar. Aku tak nak Daddy pandang suami aku buruk. Tuturnya didalam hati lagi.

"Zara lupa nak bagitahu Daddy. Zara akan stay kl dalam sebulan atau dua bulan macam tu... Sebab Zara ada benda nak buat.. But.. Daddy don't worry.. Zara dah minta izin Yahya and he said ok." Tutur Zara.

"Seriously Zara?. Zara tahu tak tempat seorang isteri itu adalah disisi suaminya!." Ujar Tan Seri Rahmat tegas.

"Daddy. Tak jadi masalah pun kalau suami izinkan." Balas Zara tanpa memandang pun wajah Tan Seri Rahmat.

"Excuse me Daddy... Zara dah lambat. Zara pergi dulu." Tuturnya lagi, seraya berlalu melepasi Tan Seri Rahmat.

Air mata yang dari ditahannya, tumpah membasahi pipinya sambil dia berjalan keluar rumah.

Ya. Zara tahu.. Tempat seorang isteri ialah disisi suami dia dan kalau boleh memang Zara nak ada disisi dia. Tapi dia masih marah dekat Zara sekarang!. Ungkap Zara di dalam hatinya.

Padanya. Biarlah dia buruk dimata Daddy-nya. Asalkan suaminya tetap menantu terbaik dimata Daddy-nya.

_
DIA Duduk sendirian di taman permainan kanak-kanak. Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Tidak masuk hari ini.. Sudah 18 hari dia tidak melihat wajah Yahya.

Dia amat merindukan insan yang bergelar suami itu. Dia juga merasa sakit. Sakit kerana dijauhi oleh suaminya itu.

Dan dia juga terpaksa mereka cerita, menipu orangtuanya untuk Yahya.

Sungguh dia merasa kesal. Kesal kerana terlalu cepat berputus asa... Andaikan sahaja dia tetap setia menunggu Yahya menghubunginya. Semua perkara ini, tidak akan terjadi. Fikirnya.

Saya tak akan putus asa kali ni. Saya janji dengan diri saya. Saya akan tunggu ustaz. Hati saya hanya milik ustaz. Tuturnya dalam hati.

Bunyi telefon pintar dari dalam poket bajunya, mematikan lamunannya. Dia pantas menyeka air matanya sebelum menyeluk poket bajunya mengambil telefon pintarnya.

Dia tersenyum melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon pintarnya.

'Ustaz Poyo'

Dengan penuh harapan yang Yahya telah memafkannya. Dia menjawab panggilan dari sang suami.

"Assalamualaikum." Dia mendahului.

"Waalaikumsalam."

Air mata yang baru diseka. Tumpah lagi membasahi pipinya saat dia mendengar suara yang amat dirinduinya itu.

"Saya dah boleh balik ke?." Tanya dia.

"Bukan itu yang saya nak cakap."

Dia mengerutkan dahinya tidak mengerti.

"Tadi Daddy telefon saya. Dia minta maaf dekat saya. Dan dia minta saya untuk nasihatkan awak, dan pujuk awak balik. Sebenarnya apa yang awak cakap dekat Daddy hah?."

Dia diam membisu. Air mata mengalir deras membasahi pipinya.

"Awak dengar tak saya tanya awak ni?."

"Saya minta maaf kalau Daddy mengganggu ustaz. Nanti saya terangkan semula dekat Daddy." Tuturnya.

"Bagitahu Daddy kalau saya yang tak kasi awak balik. Tak perlu awak nak tipu keluarga awak... Assalamualaikum..."

Talian dimatikan Yahya.

"Waalaikumsalam." Jawabnya dengan air mata bercucuran.

Dia mendongak kelangit.

Tabahlah wahai hati. Jangan kau berputus asa. Kau kena kuat. Dia mungkin perlukan masa untuk bersendiri. Tutur Zara kepada dirinya.

***

YAHYA Menghempas telefon pintarnya diatas meja kerja. Seraya menyandarkan kepalanya dikerusi.

"I miss you..." Tuturnya dengan mata terpejam.

_
"PERGI Mana?. Dah petang baru balik." Soalan sinis menyapa gegendang telinganya, sebaik sahaja dia melangkah masuk kedalam rumah.

Dia menoleh kearah Tan Seri Rahmat yang sedang duduk membaca surat khabar. Dia teringatkan perbualannya dengan Yahya tadi.

"Mind your own business." Jawabnya, seraya melangkah hendak pergi.

"Zara!." Tan Seri Rahmat bingkas berdiri apabila mendengar jawapannya.

Langkahnya terhenti.

"Apa nak jadi dengan Zara ni hah?. Kenapa dari dulu sampailah sekarang.. Zara tak habis-habis nak susahkan hati Daddy." Tutur Tan Seri Rahmat.

Air matanya mulai bergenang. Seraya berpaling menghadap Daddy-nya.

"Daddy tu yang kenapa?. Kan Zara dah bagitahu Daddy yang suami Zara izinkan Zara untuk stay dekat kl. Kenapa Daddy nak kena telefon dia, minta maaf dan minta dia untuk nasihat dan pujuk Zara, apa semua tu?." Tanya dia dalam ton suara tinggi.

Berubah air muka Tan Seri Rahmat apabila ditengkingnya.

I'm sorry Daddy. Zara terpaksa buat macam ni. Zara tak nak Daddy salah faham pada suami Zara.. Sebab Zara cintakan dia Daddy... Tuturnya didalam hati.

_
ZARA Malangkah lemah melintasi kios-kios kecil di Pavilon Mall. Dia sendiri tidak tahu apa yang dicarinya.

Dia lelah. Lelah untuk menangis setiap hari. Mungkin dengan cara ini dia dapat mengurangkan masa menangisnya setiap hari.

Dia berhenti dihadapan sebuah butik Muslimah kegemarannya. Bibirnya menguntum senyuman. Namun senyumannya mati apabila tubuhnya dilanggar dari belakang.

Dia segera menoleh kebelakang.

"Eryn. Melly." Gumamnya tersenyum.

"Zara." Gumam Eryn dan Melly serentak.

"Lama tak jumpa. Mana korang menghilang?." Tanya Zara.

Eryn dan Melly tersenyum dan menunduk.

Dia berkerut dahi apabila melihat wajah Eryn dan Melly yang seperti tidak senang melihatnya.

"Kenapa you guys macam tak happy je jumpa i?." Tanya dia.

Eryn mengangkat kepala, memandangnya.

"Zara. I think.. Better kita tak payah jumpa lagi lepas ni." Tutur Eryn.

"Ya. Lagipun kami ni bukan orang yang baik-baik. Kami tak nak kau terikut-ikut perangai kami." Tutur Melly pula.

Dia tersenyum, seraya membuang pandangan kearah lain.

"Tak payahlah nak berkias-kias. Cakap je lah... Kalau korang memang tak ikhlas pun nak kawan dengan aku kan!." Ujarnya emosi.

Ya, Allah. Aku ingatkan semuanya dah berubah. Rupanya tak... Benaknya.

"Thanks. Assalamualaikum..." Dia segera berpaling hendak pergi.

"Zara!"

Melly meraih tangannya.

"Tolonglah jangan salah faham... Kita orang ikhlas nak berkawan dengan you. Kita orang tak nak jadi penghasut you. Kita orang tak nak disebab kita orang you derhaka dengan suami you." Tutur Melly.

Dia berpaling menghadap Melly.

"Siapa yang cakap macam tu?." Tanya dia.

Melly dan Eryn berpandangan antara satu sama lain.

Daddy. Ini mesti Daddy. Benaknya.

"Ini mesti Daddy i yang cakapkan?." Tebaknya.

Eryn dan Melly menunduk.

Dia merengus kasar.

"Daddy you betul Zara. Kita orang ni bukan kawan yang baik." Tutur Eryn.

"No!. Daddy i tak ada hak nak tentukan dengan siapa i boleh berkawan dan dengan siapa tak." Ujarnya menggepal tangan.

***

KELUAR Sahaja dari perut kereta. Dia melulu masuk kerumah melepasi Puan Seri Mariam yang sedang berbual dengan orang didalam talian.

"Daddy!!" Laungnya.

"Daddy!"Laungnya lagi apabila panggilannya tidak mendapat sahutan.

"Ada apa ni?. Menjerit-menjerit. Zara tak malu ke!." Tanya Tan Seri Rahmat, sambil berjalan menuju kearahnya.

Dia segera menghampiri Tan Seri Rahmat dan memandang tajam wajah Daddy-nya itu.

"Apa hak Daddy nak warning kawan-kawan Zara?."

Tan Seri Rahmat.

"Jadi sebab merekalah Zara menjerit macam orang tak betul ni?." Tanya Tan Seri Rahmat.


Dia terdiam. Air matanya mulai bergenang ditubir matanya.

"Zara. Zara sedar tak?. Mereka bukan kawan-kawan yang baik untuk Zara. Daddy nampak. Zara dah banyak berubah lepas Zara kahwin dengan ustaz Yahya. Tapi lepas Zara balik sini dan jumpa mereka. Perangai Zara kembali macam dulu. Zara tak sedar lagi ke?." Tutur Tan Seri Rahmat.

Dia tetap membisu.

"Zara ingat Daddy tak tahu. Zara tak nak balik ikut suami Zara sebab Zara masih tak puas nak enjoy dengan kawan-kawan social Zara tu kan?." Ujar Tan Seri Rahmat lagi.

Dia menundukkan kepalanya.

Daddy tak tahu betapa Zara nak balik sekarang ni. Betapa Zara rindukan suami Zara. Tapi Zara tak boleh Daddy. Tuturnya didalam hati.

"Kalau Zara anggap Daddy sekarang ni tengah halau Zara. Yes, Daddy halau Zara, supaya balik rumah suami Zara. Daddy tak suka kalau Zara nak duduk rumah Daddy dan berprilaku macam ni." Ujar Tan Seri Rahmat.

Dia mengangkat pandangannya memandang wajah Daddy-nya.

"Thank you Daddy." Ucapnya dan segera berlalu naik keatas.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro