✔ Bab 27: Rindu II. ✔
ZARA Memeluk tubuhnya melihat sosok Eryn dan Melly yang sedang berdiri dihadapannya itu.
"Ada apa you all datang sini?." Tanya dia.
"Kami datang nak jumpa kau. Kau apa khabar?." Jawab Eryn .
Zara mengerutkan dahinya pelik. Seraya membuang pandangan kearah lain. Sejujurnya... Dia masih terkilan dengan apa yang telah dilakukan Eryn dan Melly terhadapnya.
"You nampak lain sekarang..." Tutur Eryn lagi, apabila Zara tidak memberikan sebarang jawapan.
Zara menoleh kearah Eryn.
"Kau masih marah dekat kita orang lagi ke?." Tanya Eryn dalam nada memujuk.
Sementara Melly hanya menunduk, disisi Eryn.
"KAMI Nak minta maaf atas semua yang dah jadi." Tutur Eryn.
Dia menyiku lengan Melly yang berada disisinya, meminta agar Melly turut bersuara.
Melly memandangnya sekilas dan memandang Zara.
"Betul tu Zara... I tahu i melampau. I tak sepatutnya cakap macam tu.. Masa hari pernikahan you. I minta maaf. I terlalu ikutkan perasaan i masa tu. I..."
"CUKUP!".
Ujar Zara tegas mematikan kata-kata Melly. Dia merenung tajam wajah Eryn dan Melly, secara berganti-ganti. Dapat dia lihat ketulusan pada kedua wajah temannya itu.
Seraya menunduk dan meraih tangan kiri Melly dan tangan kanan Eryn.
"Aku pun nak minta maaf dengan korang... Yalah... Aku ni pun bukan baik sangat. Terima kasih sebab sudi datang cari aku." Tuturnya sayu.
Eryn dan Melly tersenyum. Serentak mereka memeluk Zara.
"We miss you Zara." Tutur Eryn tulus.
Lama mereka berpelukan melepaskan rasa rindu antara satu sama lain.
"KITA Dah lama tak keluar sama-sama. Kita keluar nak?." Tanya Melly, memegang tangan Zara.
Zara terdiam sejenak.
"Pergi mana?." Tanya dia.
"Macam dulu-dulu." Ujar Melly teruja.
Zara tersenyum kelat, seraya melepaskan tangannya dari genggaman Melly.
Macam dulu-dulu?. Means? Club? Karoke?. No! Aku tak boleh. Katanya didalam hati.
"I'm sorry Eryn, Melly. Apa kata kalau korang pergi berdua je." Tutur Zara.
Eryn yang melihat perubahan pada air muka Zara... Segera sedar... Dia menyiku lengan Melly dan kemudian meraih tangan Zara kembali.
"No! Zara. Kita just hang out pergi minum dekat cafe. Sembang-sembang... Itu je... Bukan macam dulu." Terang Eryn secara terperinci
Zara beralih pada Melly.
Melly tersengih. Sedar akan kesilapannya.
"Urm... Itulah maksud i." Tutur Melly menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Dia pun tahu, terang-terang dari penampilan Zara. Takkanlah dia mahu mengajak Zara lepak di kelab ataupun pusat karoke.
Zara tersenyum mendengar jawapan Melly.
"Oklah... Kalau macam tu... I pergi siap sekejap." Tutur Zara tersenyum.
"Naik kereta i." Tutur Eryn menunjuk kearah Proton Saga berwarna hitam.
Zara menunjukkan simbol 'ok' dengan jarinya. Dia kemudian berpaling, dahinya berkerut tidak mengerti... Seingatnya Eryn dan Melly tidak mempunyai kereta sendiri. Sebelum ini pun mereka hanya menumpang keretanya sahaja.
Aish... Zara. Kau ingat kau sorang je ke yang boleh ada kereta sendiri?. Ujar hatinya mengingatkan diri sendiri.
***
ZARA Melihat penampilannya di cermin. (Salinan Zara 👇)
Senyuman terukir dibibirnya.
Namun senyumannya mati serta-merta saat melihat telefon pintar miliknya yang terletak di hujung meja.
Keluhan berat dilepaskan. Segera dia mencapai beg tangannya dan keluar dari bilik. Telefon pintarnya yang kehabisan bateri dari semalam dibiarkan sahaja diatas meja tersebut.
_
SELESAI Menunaikan solat Asar. Yahya keluar dari Masjid.
Dia berdiri di salah satu tiang, dimana dia meminta para jemaahnya untuk berkumpul. Sementara menunggu jemaah wanita yang masih belum selesai keluar.
Dia termenung sendiri.
Hati saya hanya milik ustaz.
Bibirnya menguntum senyuman teringatkan kata-kata isterinya. Seraya mengeluarkan telefon pintar dari poket jubahnya. Ikon whatsapp dipilihnya.
Assalamualaikum.
Awak macam mana dekat sana?.
Ok ke?.
Saya minta maaf. Sebab lambat text awak.
Saya busy dekat sini. Banyak kerja.
InsyaAllah... Kalau ada masa, saya call awak nanti.
Semalam saya call. Tapi awak tak jawab.
Tak apalah. Mungkin awak busy masa tu 😥.
Tak tahulah kenapa, bila dah jauh ni rasa rindu pulak...
🙊🙈😳😊
Bibirnya menguntum senyuman melihat emoji yang telah dihantarnya. Dia menyimpan kembali telefon pintarnya ke dalam poket.
Senyuman masih tak lekang dari bibirnya. Wajah Zara terus membayanginya.
"Amboi... Ustaz... Lebarnya senyum, sampai ke telinga..." Sapa Pak Rahim mematikan lamunannya.
Dia melakar senyuman memandang lelaki tua yang juga ahli jemaahnya itu.
"Ada apa-apa ke?." Usik Pak Rahim, seraya menjeling anak perempuan temannya Hani, yang juga satu jemaah dengan mereka.
Yahya tersenyum faham dengan maksud Pak Rahim. Seraya menundukkan kepalanya.
"Kalau dah suka. Tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah... Sementara si dia masih single ni. Dia pun memang tengah menunggu yang alim-alim macam ustaz ni..." Tutur Pak Rahim.
Hani tersipu malu bila di ejek. Malu-malu tapi mahu 😜.
"Ish... Pak cik Rahim ni." Hani bersuara manja.
Yahya sekadar tersenyum dengan gurauan Pak Rahim.
"Ouh... Ye ke?. Dekat madrasah tempat saya mengajar banyak ustaz-ustaz bujang. Yang baru habis belajar pun ada... Yang tengah mencari pun ramai... Bolehlah kalau saya nak recommendkan Hani pada salah seorang dari mereka." Tutur Yahya.
Hani tersenyum kelat.
"Ustaz pun termasuklah salah seorang dari mereka yang tengah mencari calon isterikan?." Tutur Pak Rahim masih tidak berputus asa.
Yahya hampir tertawa melihat sikap Pak Rahim. Namun dia menahan tawanya untuk menjaga hati orang tua itu. Dia tersenyum lebar memandang Pak Rahim.
Sudahlah... Melalut jauh dah ni. Tak tahu ke yang yang aku dah ada Preity Zinta sedang menunggu dekat sana.. Hmm... Salah aku jugak. Tak bagitahu status sebenar aku. Tuturnya dalam hati.
"Saya dah ada isteri... Baru 5 bulan." Tuturnya berterus terang.
Semua di situ terbuntang mendengarnya.
"Aduh... Melepaslah kau Hani..." Tutur Pak Rahim cuba menutup malunya.
Sementara Hani pula menunduk malu.
Yahya tersenyum. Seraya memanjangkan lehernya berpura-pura untuk melihat para jemaahnya.
"Semua dah ada?. Kalau semua dah ada. Boleh kita gerak sekarang." Tuturnya.
Jujur dia pun merasa bersalah. Tetapi apa lagi yang bisa dia lakukan. Dia sudah berura-ura dengan menceritakan tentang ustaz bujang di tempat dia mengajar. Namun Pak Rahim tetap juga mahu mengejeknya.
Dia tiada pilihan lain selain berterus-terang.
_
TIGA Hari telah berlalu. Mereka menghabiskan masa bersama. Shopping, makan dan lain-lain seperti sebelumnya. Tetapi tidaklah sehingga ke kelab malam atau pusat karoke seperti sebelumnya.
Eryn dan Melly pun faham dengan melihat penampilan baru Zara. Mereka pun tidak mengajak Zara ke tempat-tempat seperti itu. Mereka hanya keluar sebagai teman biasa, bukan ber'social'.
Namun ada seperkara yang menjadi tanda tanya pada Eryn dan Melly. Sepanjang tiga hari bersama. Mereka melihat Zara monyok dan tidak ceria dan Zara langsung tiada membuka cerita tentang suaminya kepada mereka.
_
ZARA Menguis-nguis nasi didalam pinggannya.
Eryn Dan Melly berpandangan antara satu sama lain. Masuk kali ini entah berapa kali sudah mereka melihat Zara menguis-nguis nasi didalam pinggan.
"Zara." Tegur Eryn.
Zara mengangkat pandangannya memandang Eryn.
"Are you ok?." Tanya Eryn.
Zara tersenyum dan mengangguk laju. Seraya kembali memandang nasi didalam pinggannya.
"Can i ask you something?." Eryn bertanya lagi.
"Sure. Tanyalah!." Jawab Zara, memandang Eryn.
"You tak pernah cerita pun pasal suami you. Rasanya kita orang pun tak ada nampak dia. Dia outstation ke?." Tanya Eryn.
Zara menghela nafasnya panjang.
"Dia bawa jemaah pergi umrah 10 hari." Jawabnya malas.
Eryn dan Melly berpandangan antara satu sama lain.
"Ouhh.... That why..." Ujar mereka serentak sebelum kembali memandang Zara.
Dahi Zara berkerut tidak mengerti.
"Kenapa you guys cakap macam tu?." Tanya dia.
"You rindu suami you kan?." Giliran Melly pula bersuara.
Zara terdiam.
Ya... Tebakan mereka betul. Tapi... Macam mana mereka boleh tahu?. Ketara sangat ke? Sampai mereka pun boleh nampak. Getus hatinya.
Eryn dan Melly meneruskan makan.
"First time kena tinggal eah?.." Tanya Eryn lagi.
Zara mengangguk.
"Patutlah..." Sekali lagi Eryn dan Melly berucap serentak.
Dahi Zara semakin berkerut tidak mengerti dengan sikap Eryn dan Melly.
"Dah.. Dah... Sambung makan. Kejap lagi kita pergi shopping." Ujar Eryn.
Mereka meneruskan makan. Zara dibiarkan tertanya-tanya.
***
SETELAH Selesai makan. Masing-masing membersihkan mulut mereka dengan tisu yang disediakan.
"Excuse me."
Tiga pasang mata itu memandang kearah lelaki yang berdiri disisi meja tempat mereka makan.
"Faiq." Gumam Zara terkejut apabila melihat Faiq.
Apa dia buat dekat sini? Memang dia ni kena ada dekat mana-mana aku ada ke?. Benaknya.
Eryn dan Melly memandang Zara.
"You know him?." Tanya Eryn.
Dia menoleh kearah Eryn.
"Classmate i." Jawabnya.
Eryn dan Melly sekadar mengangguk.
"Nak join ke?. Tapi sorry kita orang baru je habis makan." Tutur Melly kepada Faiq yang masih berdiri.
Faiq pantas menggeleng kepala sambil memberi isyarat dengan tangan.
"No... No... No..."
"I just.." Faiq memandang kearahnya.
Dia berpaling dari Faiq.
Aduhai.... Suaminya sudah berkali-kali mengingatkannya untuk menjaga ikhtilat. Tetapi dengan Faiq selalu sahaja dia sukar untuk menolak.
Melly yang seakan faham dengan maksud Faiq. Segera berdiri menghadap Faiq.
"Ok. But we've to say sorry again. Because kami dah lama tak jumpa... Jadi kami memang tak boleh nak beralah. You kena buat appointment dengan tuan punya badan sendirilah kalau nak keluar dengan dia." Tutur Melly.
Dia dan Eryn tersenyum. Apabila Melly bersuara. Beginilah jadinya... Ingat apa? Melly ini jenis kawan seperti di dalam drama TV ke?. Datang sahaja lelaki mahu mengurat teman mereka, terus ditinggalkan berdua. Apatah lagi bila mengenangkan yang temannya itu sudah berkahwin.
Dia menghela nafas lega, kerana terlepas untuk malam ini.
Nasib baik ada Melly. Benaknya.
"OK.. Faham. I just nak cakap sikit je dengan Zara. I harap you guys tak kisah..." Tutur Faiq.
Melly dan Eryn berpandangan antara satu sama lain.
"Ok. Three minutes." Ujar Melly menunjukkan jam tangan yang dipakainya.
Faiq tersenyum lebar dan menunjukkan simbol 'ok' dengan tangannya.
_
DIA Melepaskan keluhan berat. 4 hari berturut dia cuba menghubungi Zara. Namun setiap kali itu telefon Zara mati. Pesanan juga tidak dibalas, malah dibaca pun tidak...
Mengapa dia mematikan telefonnya?. Ada perkara yang tidak diingini berlaku ke?. Fikirnya.
Mustahil. Mungkin isterinya tidak mahu diganggu kerana mahu meluang masa bersama keluarganya. Fikirnya lagi.
"Tapi... Macam mana dengan aku?. Dia tak rindu aku ke?." Tanpa sedar dia menyoal kepada dirinya sendiri.
"Tak apa. Hari ni aku akan cuba lagi. Tapi kalau tak dapat jugak. Esok aku akan call Mumy ataupun Daddy." Ujarnya kepada diri sendiri.
TBC.
PS:
* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.
* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".
_______________________________________
Comment & Vote Please.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro