Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 25: Persoalan Hati II. ✔

FIKRI Menghampiri Yahya yang sedang duduk termenung seorang diri didalam bilik azan.

"Ustaz Yahya!."

Sergah Fikri menepuk bahu Yahya sebelum dia tertawa melihat wajah terkejut Yahya. Seraya melabuhkan punggung disisi Yahya.

Yahya menjeling sekilas wajah Fikri.

"Kenapa kau ni?. Aku tengok kau macam tak selesa je dengan ustaz baru tu. Kau ada masalah ke dengan dia?." Tanya Fikri.

Yahya menghela nafasnya panjang.

Kau tak akan percaya kalau aku bagitahu kau siapa sebenarnya dia tu Fikri. Dia tu antogonis dalam drama aku. Tutur Hati kecil Yahya.

"Tak ada apalah... Biasalah baru lagi. Itu yang rasa macam ni agaknya." Ujar Yahya.

Fikri tersenyum mendengarnya.

"Lama-lama oklah tu." Balas Fikri.

Suasana hening seketika di dalam bilik azan tersebut.

"Kau dah bagitahu ustaz Mansur pasal kes orang yang kacau isteri kau tu?." Tanya Fikri.

"Tak perlulah.." Balas Yahya pendek.

Dahi Fikri berkerut tidak mengerti.

"Aku dah tahu siapa punya kerja ni." Tutur Yahya bersahaja.

Semakin bertambah kerutan di dahi Fikri.

"Siapa?." Tanya Fikri.

"Kalau aku bagitahu kau. Kau bukan kenal pun." Jawab Yahya.

Fikri tersenyum mendengar jawapan Yahya. Dia tahu ada yang cuba Yahya sembunyikan darinya.

Kedua mereka membisu lagi.

"Ada orang nak ambil dia dari aku." Tiba-tiba Yahya bersuara.

Fikri menoleh kearah sahabatnya itu.

"Dia? Siapa yang kau maksudkan?." Tanya Fikri.

Yahya memandang wajah Fikri.

"Isteri aku Fikri.." Tutur Yahya.

Fikri terdiam. Jujur dia tidak berapa mengerti dengan apa yang cuba disampaikan Yahya. Jadi dia memilih untuk mendiamkan diri. Takut tersalah cakap. Lain pula jadinya.

_
DIA Tidak lena tidur sejak Zara meluahkan perasaan terhadapnya dua hari lepas. Terkadang dia merasa bahagia mengetahui yang Zara mencintainya, namun terkadang dia merasa kesal kepada dirinya sendiri kerana tidak mampu memberikan apa-apa respon terhadap isterinya itu.

Hari ini pula, dia telah mendapat sepucuk surat. Kiriman dari Ainul Mardhiah di Mesir.

(Assalamualaikum. Awak apa khabar?. Saya berharap awak sentiasa di dalam rahmatnya. Saya baik-baik sahaja disini. Baru saya sedar. Tinggal 3 bulan sahaja lagi saya disini. Tak sabar rasanya nak pulang kesana. Tempat dimana para kekasih saya tinggal. Pasti banyak yang sudah berubah. Tapi seperkara saya yakin ianya tak akan pernah berubah. IAITU CINTA KITA, CINTA SAYA DAN JUGA CINTA AWAK.)

Yahya melipat kembali surat tersebut dan menghela nafas panjang.

Ini ialah peluang kedua yang Ainul Mardhiah berikan pada aku. Macam mana aku boleh lepaskan peluang ni?. Tak mungkin... Aku tak nak tengok dia menangis lagi. Dia dah cukup menderita semasa aku menikahi Zara di saat aku sepatutnya menikahi dia. Fikirnya.

Namun tawa dan tangis Zara terus bermain difikirannya.

Tegarnya gadis itu. Cekalnya dia. Bagimana bisa dia melafazkan kata-kata cinta kepadaku dan membenarkan kisah cintaku dengan gadis lain di saat yang sama. Sungguh aku lelaki bertuah kerana memilikinya. Getus hatinya.

Tanpa sedar air jernih keluar dari kelopak matanya. Dia segera mendongak ke langit.

Ya, Allah. Bantulah aku Ya, Allah...

_
SELESAI Mencuci pinggan selepas makan malam. Zara keluar dari dapur dan menuju ke ruang tamu.

Yahya yang melihat Zara, tersenyum. Seraya menepuk-nepuk kusyen disebelahnya, meminta Zara duduk di sisinya.

Zara tersenyum membalas senyuman suaminya. Dia menuju kearah suaminya dan melabuhkan punggung disisi suaminya.

Jujur dia merasa sedikit janggal dan malu kepada Yahya selepas dia meluahkan perasaannya kepada suaminya itu, berapa hari yang lalu.

Yahya kembali memandang telivisyen yang sedang menyiarkan rancangan cartoon.

"Ustaz..." Zara bersuara lunak.

Hmm... Sahut Yahya, seiring menoleh kearah isterinya.

"Ustaz lupakan apa yang saya cakap hari tu." Tutur Zara.

Yahya mengerutkan dahinya. Berpura tidak mengerti.

"Yang mana satu?." Dia balik bertanya.

ZARA Menundukkan kepalanya.

Ish... Kau ni Zara. Entah-entah dia dah lupa pun. Kau nak ingatkan lagi buat apa?. Kata hatinya memarahi diri sendiri.

"Zara.." Yahya menegurnya apabila melihat dia tidak memberi sebarang jawapan.

Dia segera mengangkat kepalanya, memandang Yahya.

"Ustaz cakap apa tadi?." Tanya dia.

YAHYA Tertawa kecil melihat tingkah Zara. Hidung Zara dicuit menggunakan jari telunjuknya sebelum dia tersenyum memeluk tubuhnya sendiri.

"Saya ada perkara nak bagitahu awak ni." Tutur Yahya.

"Perkara apa?." Tanya Zara menunjukkan rasa ingin tahu.

Yahya memandang sekilas wajah Zara dan kemudian tersenyum.

"Minggu depan saya nak kena bawa jemaah pergi umrah." Tutur Yahya.

MEMBULAT Mata Zara mendengarnya. Dia merasa gembira kerana akhirnya suaminya dibenarkan membawa jemaah lagi. Tetapi dalam masa yang sama dia turut merasa sedih kerana dia akan berjauhan dengan suaminya itu.

Dia masih belum bersedia untuk itu. Bagaimana jika perkara yang sama berulang kembali. No!. Berapa banyak gadis yang bertingkah sepertinya di Kuala Lumpur itu.

Zara jauhnya kau fikir. Zara cuba menenangkan dirinya.

"But. Don't worry. Saya tak bawa jemaah kl. Saya bawa jemaah sini je. Hari tu pun kebetulan cawangan Al-Amin dekat Kl tak cukup Ustaz." Terang Yahya yang bagaikan tahu sahaja isi hatinya.

"Habistu. Saya macam mana?." Tanya dia.

"Awak balik rumah Mummy. Nanti saya hantar awak guna kereta awak. So senanglah awak nak bergerak dekat sana nanti. Tak payah nak pinjam kereta Mummy." Tutur Yahya.

"Tapi. Macam mana dengan pelajaran saya dekat sini?. Saya baru je mula menghafal." Tuturnya.

YAHYA Meraih kedua tangan isterinya dan berkata.

"Zara... Awak tahukan yang Amir ada dekat sini... Pasal pelajaran. Awak ulangkaji je lah... Mengaji hari-hari. InsyaAllah... Dua minggu tu sekejap je."

AMIR Masih dekat sini?. Dia buat apa dekat sini?. Fikir Zara.

"Amir masih dekat sini?. Saya ingat dia dah balik." Tuturnya.

Yahya melepaskan tangan Zara dan memandang kehadapan.

"Orang macam dia. Mana kenal erti putus asa. Jangan haraplah dia nak balik selagi dia tak dapat apa yang dia nak." Tutur Yahya geram.

Zara menoleh kearah suaminya.

"Cara ustaz cakap macam ustaz dah lama kenal dia." Tutur Zara.

Yahya tersenyum sinis.

"Saya dah kenal dia sejak saya umur 12 tahun lagi." Tutur Yahya.

Melopong mulut Zara mendengarnya.

"Lamanya..." Gumamnya.

Yahya menoleh kearah Zara. Senyuman terukir dibibirnya melihat wajah gadis itu melopong.

_
YAHYA Termenung ditepi tasik sendiri.

"Yahya."

Fikri yang baru datang, menepuk bahu Yahya.

Yahya menoleh sekilas kearah Fikri.

Senyuman dibibir Fikri mati serta-merta melihat air muka Yahya.

"Kau ni kenapa?. Sejak kebelakangan ni aku tengok kau asyik termenung je. Kau berat hati eah nak tinggalkan isteri kau?." Tebak Fikri, sempat lagi dia mengusik.

Yahya memandang Fikri.

"Itu satu hal. Ini hal lain. Hal yang lebih besar lagi dari hal tu." Tutur Yahya.

Air muka Fikri berubah serius apabila melihat wajah Yahya yang serius.

"Hal apa tu?." Tanya Fikri.

Yahya menghela nafasnya panjang.

"Aku buntu Fikri." Balasnya pendek.

Fikri berkerut tidak mengerti.

"Aku terpaksa pilih untuk lukakan salah seorang dari mereka. Aku tak tahu nak buat apa. Aku betul-betul buntu." Tutur Yahya tanpa memandang wajah Fikri.

Fikri menghela nafasnya panjang. Tidak perlu diterangkan lagi. Dia sudah tahu apa yang bermain di fikiran Yahya.

"Lawan kedukaan ialah kebahagiaan. Kenapa kau kena pilih melukakan dari membahagiakan..." Tutur Fikri.

Yahya memandang Fikri. Kata-kata Fikri selalu penuh dengan hikmah dan maksud yang tersirat.

"Jika seorang dari mereka bahagia, yang lainnya akan terlukakan?. Jadi tak ke sama sahaja intinya." Balas Yahya.

"Jika cinta mereka itu benar. Bahagia kau ialah bahagia mereka." Tutur Fikri.

"Tapi aku tak akan bahagia jika salah seorang dari mereka terluka. Aku sayangkan keduanya." Tutur Yahya.

"Maaf Yahya. Aku terpaksa cakap yang kau salah... Kau bukan sayang keduanya. Tapi masalah sekarang ialah kau tak dapat membezakan yang mana cinta dan yang mana simpati." Ujar Fikri.

Yahya memandang wajah Fikri penuh tanda tanya.

Simpati?. Adakah aku merasa simpati kepada Ainul Mardhiah yang sudah lama menanti saat disatukan denganku. Sehingga aku menyangka itu cinta.

Atau aku merasa simpati kepada Zara Azzalea Isteriku?. Yang aku biarkan ungkapan cintanya tanpa jawapan. Sehingga aku menyangka itu ialah cinta.

Ahh... Aku benar-benar buntu. Ya, Allah...

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro