Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

✔ Bab 24: Isi Hati. ✔

DIA Merenung wajah Zara yang sedang tidur disisinya. Kepala isterinya itu diusap penuh kasih.

Perasaan apa ni?. Aku tak boleh ada perasaan ni pada dia. Getus hatinya.

Namun disudut lain hatinya.

Kenapa pula aku tak boleh?. Dia isteri aku. Tak berdosa pun kalau aku ada perasaan ni.

Tapi macam mana dengan Ainul Mardhiah?. Fikirnya.

Yahya menggelengkan kepalanya. Penat mahu berfikir. Dia segera turun dari katil dan keluar dari biliknya.

DIA Duduk dimeja makan dekat luar bilik, memikirkan kata-kata Amir siang tadi.

Sedar tidak sedar sudah hampir setengah jam dia berada dimeja makan. Dia melepaskan keluhan berat dan bangun kedapur mahu meletakkan gelas yang dia gunakan tadi.

Sedang dia mahu mencuci gelasnya. Matanya terpandang kelibat orang bepakaian hitam ditingkap dapur.

Tanpa berfikir panjang. Dia segera pergi membuka tingkap tersebut dan menghulur kepalanya ke luar untuk melihat gerangan orang tersebut.

Dia melihat orang berpakaian hitam itu sudah berlari jauh dari rumahnya.

Kepalanya dimasukkan kembali setelah meninjau keadaan sekeliling.

Di berfikir sejenak. Mengapa dia merasa seperti dia mengenali sosok itu.

"Amir." Gumamnya.

Fikirannya melayang teringatkan Zara yang sedang tidur dibilik. Dia bergegas masuk kebiliknya. Lega rasanya apabila melihat isterinya yang masih tertidur pulas. Matanya merenung sebentar kearah tingkap bilik yang dilindungi langsir sebelum berbaring kembali disisi Zara.

_
YAHYA Menggepal penumbuknya melihat Amir yang sedang bercakap-cakap dengan dua orang pelajar.

Peristiwa semalam masih segar di ingatannya. Kelibat orang berpakaian hitam yang di tingkap rumahnya.

Menyedari Yahya merenungnya. Amir menyuruh dua pelajar tersebut untuk pergi.

Yahya berjalan menghampiri Amir.

"Assalamualaikum. Ustaz." Ucap Amir.

Yahya merenung tajam wajah Amir.

"Waalaikumsalam."Jawabnya.

Amir tersenyum melihat wajah tegang Yahya.

"Ada apa ustaz datang jumpa saya ni?." Tanya Amir bersahaja.

"Apa sebenarnya yang kau nak dari aku?." Tanya Yahya.

Amir tersenyum mendengar soalan Yahya.

"Aku rasa kita dah discuss perkara ni semalam bro. Kan aku dah kata yang aku nakkan isteri kau." Tutur Amir tanpa rasa bersalah.

Yahya menoleh kearah Amir.

"Kau tak payah nak berbasa-basi dengan aku. Aku rasa kau tahu yang aku dah nampak kau semalam." Tutur Yahya.

Amir mengerutkan dahinya. Berpura tidak mengerti.

"Nampak?. Kau nampak aku semalam?. Memanglah kau nampak aku. Kan kita berjumpa semalam." Tutur Amir.

Yahya menggepal penumbuknya geram. Dia sedaya upaya cuba untuk mengawal kemarahannya.

"Orang lain mungkin tak kenal kau Amir. Tapi aku kenal kau." Ujarnya tegas.

Amir mencucuk-cucuk telinga kirinya menggunakan jari telunjuknya.

"Straight to the point please." Ujarnya tanpa memandang wajah Yahya.

Tingkah Amir benar-benar mencabar Yahya.

"Kau orang yang kacau isteri aku selama ni kan!." Tebak Yahya tanpa berselindung lagi.

Amir berhenti mencucuk telinganya dan memandang wajah Yahya. Dia kemudian tertawa.

"Isteri kau kena kacau? Siapa yang kacau dia?." Tanya Amir.

"Berhenti berpura-pura Amir. Aku kenal sosok kau." Ujar Yahya.

Senyuman dibibir Amir mati. Dia mendekatkan wajahnya dengan Yahya.

"Kalau betul pun. Kenapa kau kena peduli?. Aku cuma tengok je. Aku tak sentuh pun." Ujar Amir penuh makna.

Yahya hilang sabar. Seraya mencengkam kolar baju Amir.

"Kau jangan main-main dengan aku Amir!." Ujarnya tegas.

Amir tersenyum.

"Come on bro. Ini ke contoh seorang Ustaz."

Amir bersuara sinis. Namun tidak menolak Yahya .

Yahya seakan baru tersedar yang dia berada di tempat para pelajar beriadah. Kolar baju Amir dilepaskannya. Dia melihat sekelilingnya. Mujur tiada peajar yang melihat mereka.

Amir tersenyum menang. Seraya menghampirkan bibirnya ketelinga Yahya.

"Tapi kitakan dah biasa share. Apa salahnya kalau aku sentuh pun." Bisik Amir sinis.

Yahya memandang Amir tajam.

Amir tersenyum dan berlalu meninggalkan Yahya.

_
ZARA Memeluk tubuhnya diluar pagar sambil menunggu Laila keluar.

"Assalamualaikum." Suara garau menyapa gegendang telinganya.

"Waalaikumsalam." Jawab Zara seraya menoleh kearah gerangan yang memberi salam.

Membuntang matanya apabila melihat Amir.

"Amir." Gumamnya terkejut.

Amir tersenyum sinis.

Zara berpaling dari lelaki itu dan kembali berpeluk tubuh.

"Apa you buat dekat sini?." Tanya Zara.

"The same question. Lim pun tanya aku perkara yang sama. And i give the same answer. I'm here for Ainul Mardhiah." Tutur Amir.

Zara memandang kearah lain.

"So apa tujuan you datang jumpa i ni?." Tanya Zara tanpa memandang pun wajah Amir.

"Saje. Manalah tahukan kau perlukan bantuan aku." Tutur Amir.

Zara memandang Amir tajam.

"Sorry.. I don't need anyone's help, especially you." Tutur Zara.

Amir tersenyum senget.

"Excuse me." Zara meminta laluan.

"Jangan tipulah Zara. Mesti dalam hati kau sekarang ni tengah melonjak kegirangan sebab kau dah nampak sekarang betapa nekadnya akukan!."

Zara menoleh kebelakang mendengar kata-kata Amir.

"Terpulanglah you nak cakap apa pun. I malas nak layan orang gila macam you." Ujar Zara seraya berpaling dari lelaki tersebut.

"Aku bagi kau peluang terakhir. Tolong aku. Atau kau akan menyesal. Aku buat ni untuk kebaikan kau jugak." Ujar Amir.

Zara tersenyum senget.

"Kebaikan apa yang seorang isteri boleh dapat bila dia khianati suami dia sendiri?." Tutur Zara.

Amir terdiam.

"Amir i sarankan you buat hal you je lah... Don't bother me." Ujar Zara.

"Baiklah! Ini bermakna perang antara kau dengan aku dah bermula. Just wait and see. Kau tak akan ke mana dengan sifat bongkak yang ada dalam diri kau tu." Tutur Amir penuh makna sebelum pergi meninggalkan Zara.

Zara melihat sosok lelaki itu pergi.

"Ya, Allah... Berikanlah aku petunjuk. Kau hindarkanlah aku dari fitnah dan kejahatan makhluk-makhluk mu."

Jujur kata-kata Amir membuatnya goyah. Dia takut.. Sangat takut untuk dibenci suaminya buat kali kedua.

_
YAHYA Menarik tangan Zara dengan kasar sehingga masuk kedalam rumah.

Zara terkejut dengan sikap suaminya itu. Baru sebentar tadi suaminya itu beramah mesra dengannya di hadapan Fikri dan Laila. Tetapi mengapa dia tiba-tiba berubah apabila pulang.

Dahinya berkerut tidak mengerti dengan tindakan kasar suaminya itu.

"Kenapa dengan ustaz ni?." Tanya dia sambil menggosok pergelangan tangannya yang terasa sakit.

YAHYA Meraup wajahnya kasar. Dari tadi lagi dia ingin menghamburkan amarahnya. Tetapi sedaya upaya ditahannya dihadapan Fikri dan Laila.

"Awak duduk!." Ujar Yahya menunjuk kearah sofa yang berdekatan.

ZARA Sempat menjeling Yahya sebelum duduk di sofa sesuai arahan suaminya itu. Sakit hatinya dengan sikap Yahya yang terkadang 'ok' dan terkadang 'ko' itu.

Yahya merengus kasar. Gambar Zara dan Amir yang dihantar kepadanya dari nombor yang tidak dia kenali sebentar tadi, benar-benar membuat dia marah.

Namun dia segera beristighfar dan melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan Zara.

Zara menunduk. Meskipun dia masih tidak mengerti.

"Awak jumpa siapa petang tadi?."

Zara mengerutkan dahinya. Dia mengangkat kepala memandang wajah Yahya. Matanya terkebil-kebil mahu menjawab soalan Yahya.

"Tak... Tak ada jumpa sesiapa." Tuturnya tergagap-gagap.

Sementara otaknya ligat berfikir siapa yang ditemuinya petang tadi.

"No! You're lied. Please Zara.... Jangan tipu saya." Tutur Yahya separuh merayu. Namun ton suaranya masih rendah.

Otak Zara masih ligat berfikir. Cuba mengingat siapa yang ditemuinya petang tadi.

Zara baru teringat pertemuannya dengan Amir petang tadi.

"Ahh... Jangan-jangan ini rancangan Amir. Dia sudah berkata yang dia mahu membuat Yahya membenci aku." Fikir Zara.

Zara memandang wajah suaminya yang tegang. Detik-detik pertama saat dia masuk kedalam kehidupan lelaki itu kembali bermain di fikirannya.

"Tak! Tolong Ya, Allah. Aku tak nak dia benci aku lagi sekali."

Air mata mula bergenang ditubir matanya.

"TOLONGLAH Zara..." Rayu Yahya.

Dia amat berharap kalau Zara jujur dengannya.

Zara menundukkan kepala. Seperti takut untuk melihat riak wajahnya.

"Amir."

Yahya tidak mampu menahan amarahnya saat mendengar nama Amir keluar dari mulut isterinya. Dia segera berdiri dan berpaling dari isterinya.

"Kan saya dah cakap dengan awak. Jaga ikhtilat. Kenapa awak ni degil sangat?. Susah sangat ke nak dengar cakap saya?." Tengking Yahya.

Perkataan 'Degil' sengaja ditekannya untuk menunjukkan rasa marah.

AIR Mata Zara mulai jatuh. Rasa sedih apabila ditengking Yahya.  Dia takut.. Dia tidak mahu di benci buat kali kedua oleh insan yang bergelar suami itu.

"Sak... Saya tak jumpa dia ustaz.. Tapi dia yang datang jumpa saya...." Tutur Zara dengan air mata bercucuran.

YAHYA Menoleh kearah Zara yang sedang menangis diatas sofa. Dia dapat melihat bahu Zara yang terhinjut-hinjut seperti menahan sebak.

Dia segera melabuhkan punggungnya disisi Zara dan memeluk isterinya itu.

"Zara... I'm sorry ok." Tuturnya mula diselubungi rasa bersalah.

Zara semakin sebak mendengar kata maaf dari suaminya.

"Saya tak ada niat nak tengking awak. I'm so sorry. Saya percayakan awak. Tapi saya tak percayakan dia Zara." Tutur Yahya cuba memujuk kembali isterinya.

"Terima kasih sebab percayakan saya ustaz." Tutur Zara dalam tangis.

Dahi Yahya berkerut tidak mengerti. Mengapa Zara begitu sebak sekali?. Dia pernah menengking Zara sebelum ini, tetapi Zara tidak menangis seperti sekarang ini. Apa yang membuatkan Zara begitu sebak sebenarnya?.  Fikir Yahya.

Dia meleraikan pelukan. Seraya menyentuh memegang dagu Zara dan mengangkat wajah isterinya itu agar memandangnya.

Jemarinya membelai lembut pipi Zara yang telah basah dengan air mata.

Air mata Zara semakin deras membasahi pipinya.

"Shh... Jangan nangis lagi... Saya minta maaf." Tutur Yahya.

Zara kembali memeluknya dan berkata.

"Saya takut ustaz."

Yahya menggepal penumbuknya geram.

Mesti ada sesuatu yang kau dah buat sampai isteri aku takut macam ni Amir. Benak Yahya.

"Awak tak perlu takut dengan dia Zara. I'm here for you." Tutur Yahya.

"Saya takut ustaz bencikan saya." Luah Zara lagi.

Yahya terkedu mendengar luahan Zara. Pelukan Zara dileraikan. Dia mengangkat wajah Zara lagi agar memandangnya.

"Awak cakap apa ni?. Saya tak akan bencikan awak. You're my wife." Tutur Yahya.

Zara menundukkan dan meraih kedua tangannya.

"Ustaz..."

"Saya rasa dah tiba masanya untuk saya bagitahu Ustaz." Tutur Zara.

Yahya terdiam. Jantungnya berdegup laju. Tidak tahu kenapa.

"Apa dia?." Tanya dia.

"Saya dah jatuh cinta dengan ustaz." Tutur Zara.

Yahya terkedu mendengar luahan isterinya itu. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakannya. Perasaannya bercampur baur. Nyata dia merasa bahagia mendengar luahan Zara.

"Walaupun terkadang saya tak dapat nak jaga ikhtilat saya dengan ajnabi. Tapi percayalah ustaz... Saya tak akan curang dengan ustaz. Hati saya hanya milik ustaz." Tutur Zara lagi.

Meski merasa bahagia. Namun dia merasa bersalah kerana dia tidak dapat membalas kata-kata Zara kerana dia tidak yakin dengan hatinya yang masih belum memberikan jawapan untuk itu.

"But. Don't worry. Saya akan pegang janji saya. Saya tak akan jadi penghalang hubungan ustaz dengan ustazah Ainul. Saya akan buktikam pada ustaz yang ustaz tak salah mencintai ustazah Ainul." Tutur Zara.

MESKIPUN Sukar bagi Zara untuk menyatakannya. Namun sekarang dia merasa lega kerana telah meluahkan perasaannya.

YAHYA Tersenyum dan menarik Zara kedalam pelukannya. Hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Air mula bergenang ditubir matanya.

Ya, Allah. Berikanlah petunjuk. Agar aku dapat membuat keputusan tanpa menyakiti sesiapa pun. Doa Yahya didalam hatinya.

MALAM Ini. Aku telah meluahkan isi hati aku kepada dia yang aku cinta keranamu Ya, Allah dan aku akan menanggung segala kemungkinan yang akan berlaku selepas ini. Kau tabahkanlah aku Ya, Allah. Doa Zara didalam hatinya.

Tubuh suaminya dipeluk erat.

TBC.

PS:

* Kalau ada typo or ayat yang tak tersusun dengan betul. Tegur di komen. Akan segera diperbaiki.

* Anggaplah perbualan yang mengandungi simbol ini (ccc) menggunakan bahasa cina. Sorry. Kerana i tidak tahu berbahasa cina. I just know "Ni hao ma" "Xie xie" "Wo Ai Ni".

_______________________________________
Comment & Vote Please.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro